Wednesday 29 May 2013

D.I.Y penanda buku

Assalamualaikum.

sekarang ni penanda buku pon nak baru. ingat baju t-shirt, kain ela je nak baru? masa kecik-kecik, rajinlah aqis buat penanda buku guna manila kad. (sebenarnya nak cite masa subjek pendidikan seni masa sekolah dulu je :p ) aqis ada buku dan balqis nak penanda buku baru :)

 aqis nak cari kain felt, sekali kain flannel je yang ada.

'moustache' hitam tu aqis guna kain baldu.  

kemudian, tempekkan dua-dua kain ni dan jahit di sepanjang tepi-tepi tu. 

hasilnya akan jadi nipis camni. 
so, senanglah nak selit kat celah-celah buku kan.



Monday 27 May 2013

Ini kisah kami


Pembuat roti memerlukan kesabaran yang tinggi untuk buat roti. Kalau tak jadi, kena jugak buat balik sampai roti jadi cantik, gebu, sedap. Kalau tak orang tak nak beli. Rugi pakcik pembuat roti tu.

Seorang guru kena didik anak-anak murid. Bukan seorang, tapi berpuluh-puluh, beratus-ratus orang. Lagi2 cikgu yang dah 20 tahun mengajar. Boleh bayangkan sebanyak mana perkataan yang dah dilontarkan di hadapan kelas dalam tempoh tu? Lenguh mana tangan cikgu tu menulis di papan hitam? TARGET seorang guru ialah untuk memastikan anak-anak muridnya berusaha untuk menjadi 'pelajar grade A+'.

Sekarang, tinggal usaha serta tawakal anak murid tu sendiri.
"Aku nak berjaya atau aku nak gagal?"

Awak pilih.

Untuk mamaku, mama memang seorang guru yang baik. Kepada anak-anak murid mama, serta kelima-lima anak mama sendiri. Aqis dah tengok ramai anak murid mama yang dah berjaya. Ada yang jadi cikgu dan mengajar sama sekolah dengan mama lagi. Memang “wahhhhhh!” la bagi aqis!

Mama tak pernah paksa anak-anak mama untuk belajar. Mama tau nanti kiteorang cepat bosan. Tapi kami tau, mama nak kami berjaya. Aqis ingat, abang liat sangat nak buka buku belajar. Mama rileks lagi. Tapi satu hari tu mama panggil abang. Mama suruh abang buat kerja Math dengan mama sebab mama ajar abang Math kat kelas. Abang dengan berat hati melangkah masuk ke dalam bilik mama bersama buku latihan, pensel, pemadam serta pembaris.

Pintu ditutup.

Kami yang tengah tengok tv kat ruang tamu ni terkejut. Kami dengar mama tiba-tiba je tinggi suara setelah beberapa minit berlalu. Kami tau mama marah abang tu. Bukan abang je degil, kadang-kadang adik beradik yang lain ni pon same je ma. Cuma abang ‘nasib baik’ sikit hari tu. Huhuhu.

Pot pet pot pet pot pet suara merdu mama. Ape lah yang dimarahkan sangat tu.

Dekat sejam lebih, abang pon keluar. Abang buat muka kental je padahal aqis nampak mata abang merah. elelelleh abang ni...... bajet 2013 je tau. Lepas tu abang ok balik dengan mama. Tadi je kena raging. hihi. 

Lembut-lembut mama, tegas-tegas mama, mak ayah mana taknak anak-anak dorang berjaya kan. So, balqis pon tak terkecuali kayh~!

kami akan meneruskan perjuangan kami, mama & papa! Yeahh~
aja-aja fighting!

Sunday 5 May 2013

Tips study


Assalamualaikum
Hai, kabare, hashimida anda-anda semua. Jalani hari yang baik lepas mengundi ni? Yeah. Pastikan bakal pemimpin yang dipilih menepati ciri-ciri seorang pemimpin ya :) Balqis pon masih men-survey-kan dirinya untuk mencari bakal pemimpin negara di masa akan datang.  Al-maklumlah, usia saya bukan usia yang sesuai untuk mengundi. Huhu.

Tips untuk anda-anda yang bersituasikan seperti Balqis:

1.       Apabila nak mulakan study, p ambil wudu’ dulu. Mulekan pembacaan dengan al-Fatihah dan doa sebelum belajar. InsyaAllah, boleh masuk.
2.       Walaupon Balqis pon kadang rajin, kadang tak buat; peruntukan masa untuk study selama sejam-2 jam sehari.
 *kajian cakap, kalau kita tak study dalam masa 24 jam, kita akan mudah lupa apa yang diajar tu.
3.       Buat note kasi colour-colour sikit. Colour memainkan peranan yang baik untuk menghafal.
4.       Sebelum class, baca dulu subjek yang akan diajar. Jangan biarkan otak kosong masa belajar.
5.       Time in class, bila lecturer tekankan kat topic tu, tanda dengan apa-apa tanda PENTING lah kat nota tu. Eg: MASUK EXAM!
6.       Tanamkan semangat SUKA kat lecturer tu. Kalau otak set tak suka, tak suka, susah jugak. Dengan subjek dia sekali kita tak suka. Ye dak?
7.       Rajin bertanya dalam class, kepil kat mukasurat yang tak faham. Nanti boleh tanya balik.
8.       Selalu mencuba untuk jawab soalan lecturer, even jawapan tu salah. Tak payah nak malu-malu pokok kektus. Malu bertanya, kita boleh sesat jalan beb!
9.       Buat study group. Kadang-kadang lagi banyak idea yang akan diterima sebenarnya. Sape yang prefer study secara solo, just go on. Ikut keselesaan masing-masing :)
10.   Susun setiap subject mengikut fail.
11.   Ingat matlamat study sebab ape. Baru feel je rase nak belajar :)

ok, jom kita main kejar-kejar untuk jadi yang terbaik. fighting!

Friday 3 May 2013

Tips untuk exam


Assalamualaikum

Aqis baru je abis final dan dah berapa minggu dah pun masuk sem 5. Hihi. Buat gempak je. Some tips untuk adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, mak-mak, ayah-ayah. Betul la. Mereka pon ade yang masih belajar lagi k.

1.       Ambil wudu’, baca doa sebelum belajar sebelum bukak buku.
2.       Paling bagus, buat revision korang time suboh tu. Suasana yang tenang insyaAllah boleh menenangkan kepala otak korang.
3.       Sape yang study last-last minute tu, lebih baik korang study tutorial atau tips-tips yang lecturer korang bagi. Depa bagi hint ape yang keluar tu.
4.       Study ni of course la ade yang duduk jauh kan (macam Balqis :p). Call lah parents. Mintak restu, doa untuk mengiringi korang dalam hall tu. Back-up ok, itu doa :)
5.       Cukupkan tidur. Penting gila ni. Kalau tak cukup, otak pon penat. Percayalah, Balqis pernah rasa ni.
6.       Sediakan semua peralatan menulis.
7.       Masuk hall dimulakan dengan kaki kanan. kaki kiri untuk tempat tak bagus. Hall tu tempat yang bagus, BAGUSSSS!
8.       Bila dah blur tahap gaban tu, ade pokok hijau kat luar? Tataplah dia macam korang tengok Nicholas Cage. Waaaaa. Indahnya ciptaan tuhan.. hijau itu mendamaikan.

one of the recite:

9.       Dah abis jawab, check balik kertas tu. Aqis banyak kali buat ni, memang kadang-kadang tu aqis salah tulis jugak. Lagi-lagi kat bulat-bulat hitam tu.
10.   Dah keluar hall, jangan lah dok check balik ape yang korang jawab tadi. Buat tambah stress je beb. Relax, cool, dah jom kite blah p makan.

Yang penting, usaha dulu, baru dapat hasilnya.
Ade niat tapi tak diusahakan, susah jugak.
Dan jangan malas-malas selalu ye. Suruh dia main jauh-jauh.
Kata korang taknak kawan dengan dia :)

previous post: doa sepanjang exam

Wednesday 1 May 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2013 (teruja tahap maksimum!)

Assalamualaikum
sape-sape dah pergi PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2013? Balqis dah pergi! keseronokan terlampau meme ditunjukkan masa aqis p sana dengan mama dan para sepupu. aqis memang tak boleh tengok buku. whatever jenis buku lah (kalau lalu kat bahagian buku belajar, Balqis laju sikit jalan terus ke tempat lain. huhuhu) happadaa Balqis.

memang ramai kat sana, tapi tak berapa ramai lah. maybe awal kot aqis sampai. sampai-sampai aqis pergi cari buku yang aqis nak, sepupu tengok-tengok majalah dan mama..............?

MAMA HILANG.

sebab mamaku p tengok novel yang telah diberi diskaun. ade novel lama harga RM5 camtu. mukasurat nipis sikit berbanding novel biasa. novel tebal pon hado. ade harga RM10 tak tahan tu. tapi overall, semua, ya SEMUA buku-buku di situ boleh dibeli dengan harga yang MURRRRRRRRAHHH! wohoo! teruja gila taip.

why aa Balqis teruja macam tahap dapat makan udang goreng tepung? mama dah ajar kami adik beradik dari kecik lagi. supaya baca buku. sayang buku. family kami dah pindah rumah 3, 4 kali dah. mama tetap akan sediakan satu ruang khas untuk buku sahaja. masa duduk kuaters guru dulu, bilik tak cukup untuk bahagian buku. jadi mama sediakan jugak satu ruang, di mana, "hah, nak mentelaah, nak baca buku, nak main komputer, duduk sini. tapi jangan bawak makanan masuk dalam bilik." tapi kiteorang kadang-kadang tu bedal jugak makan dalam bilik. paling nikmat, makan sambil baca komik Shin Chan. ade ke patot?

even Balqis mampu mintak 1 buku je kat mama. huhuhuhu. tapi mama beli banyak buku. semua untuk setiap orang dalam rumah kami. buku, majalah, buku budak-budak malahan nasib mama tak beli ais-krim je. sebab ais-krim bukan kategori BUKU kan. :p

ni sikit info

Tarikh: 26 April - 5 Mei 2013.
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 10 am - 9 pm


so, ade masa lagi kan? p serbu ramai-ramai wok! aqis datang sana, banyak je bas-bas sekolah dari pelbagai ceruk negeri nuh. Klate, Perok, etc2. moh la ambo-ambo. ambo tu 'saya' ke 'awak'..?



sesi beli dan mintak signaturrrre dengan kartunis GEMPAK. 

kakak dengan ada 


mama :) 
mama beli buku alphabet untuk Alis ni. Aqis takde keje, aqis amik gambar mama.
hoho.

novel2! goreng pisang panas!

thanks mama! sebab sudi teman kami anak-anak gadis ni p sini :)
dan belanja aqis buku :p