Friday 16 August 2013

Jangan pandang rendah terhadap diri sendiri.

Assalamualaikum wbt.






Hai semua orang! :D 
Aqis sangat bersemangat untuk hari ini, esok dan seterusnya. InsyaAllah jika keadaan masih membenarkan diri Balqis berada dalam perasaan positif ini. Dari apa yang aqis kaji dari sekeliling aqis, aqis banyak sangat tengok manusia yang bukan mudah untuk berputus asa, tetapi manusia yang tak nak bawa diri dia ke tahap yang mereka sendiri belum tahu mereka boleh capai atau tak.

Yes! Balqis ialah seorang wanita (kerrrr? *tangan ke bahu, mata ke atas) yang dari luarannya tampak tenang tapi perasaan dia, boleh jadi SAMA dengan orang yang kat sebelah dia yang jelas mempamerkan riak wajah serta perbuatan yang resah gelisah. Siapa tahu isi hati masing-masing kan? Allah je yang tahu.

Wahai manusia, tika kamu berada dalam keadaan yang barangkali boleh menjatuhkan kamu, bolehkah kamu berusaha untuk meningkatkan kembali keyakinan diri kamu supaya kamu bisa mencapai apa yang kamu mahu? Bolehkah kamu lakukan itu jika kamu bersituasikan seorang diri? Bagaimana pula jika kamu berteman ketika itu?

Secara logiknya, apabila seseorang itu berada dalam situasi SEORANG DIRI, dia berusaha berfikir untuk menyelesaikan masalah secara solo. Contohnya, seorang lelaki telah kehabisan minyak kereta. Dia seorang diri ketika itu. Tambahan pula dia berada di lebuhraya Karak, dalam perjalanan pulang ke kampung. Tengah malam pulak tu (saja tambah bagi seremmm. hee). Esok pulak nak raya. Pastinya dia akan mencari ikhtiar memastikan dirinya selamat tiba di kampung bagi merayakan sambutan hari raya bersama keluarga. Tapi macammana?

  • hidupkan lampu kecemasan.
  • dia telefon rakan untuk memberitahu keadaan dirinya, berada di mana, apa yang berlaku.
  • dia telefon penarik kereta/mekanik.
  • dia telefon keluarganya, memberitahu kemungkinan tiba lewat ke kampung ("insyaAllah sebelum Suboh, along sampai mak.")
  • dan seterusnyalah.

Jika lelaki itu ditemani rakannya, rakannya boleh nasihatkan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi situasi seperti ini. Nasihat yang bernas, pasti akan diguna pakai. Contohnya, "kita stay je dulu dalam kereta sementara si polan sampai." Dan, jika kita rasa idea kita boleh diguna pakai, jelaskan pula kepada rakan. Idea bernas, jika disatupadukan, pasti akan membuahkan hasil yang sangat brilliant! Sedangkan idea yang tidak kedengaran yakin, was was dan kepastian bakal mendapat susah, jika digabungkan pasti akan mendatangkan kesan positif yang minimum sedangkan kita nak hasil positif yang maksimum.



Jika rasa yakin dengan tindakan kita, LAKUKAN. Maju ke hadapan.
Jika tidak, FIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK.




Monday 5 August 2013

Silent. Sometime I dont need it.

Peace be upon you.


In real life, silent is the best thing to do as a sign to prevent any misunderstanding.

In study, keep silent without asking make you permanent in your own 'circle'. Think of any solution on how to tread one step forward, out from that circle and start to build a new one.

Saturday 3 August 2013

A big step forward.

Assalamualaikum.




Syaitan bisik, "sudah.. tak payah buat baik dah. tak payah nasihat orang. takde sapa yang nampak perbuatan kau. stop, stop."


Hati pon balas balik, "patut ke? apa aku nak buat? jadi diri aku masa zaman jahiliyah balik?"

mari saya kata: apa yang awak mahu? apa benda yang awak kehendaki? awak mendengar bisikan yang negatif yang tentu tentu awak tahu, benda itu salah. Jadi....? Awak nak jadi yang mana? 

Tetapkan pendirian untuk jadi POSITIF atau senang lenang awak mindset untuk berubah menjadi yang seorang yang mudah berfikiran NEGATIF?

La tahzan. Cry when you need it.

Assalamualaikum w.b.t,

Kita boleh merasa sedih. Tak pernah ada dalam sejarah kehidupan manusia, kehidupan hanya berlandas kegembiraan sahaja. Dalam emosi, memang akan ada kesedihan. Tapi kita tak digalakkan untuk terus berasa sedih. Sebaliknya, fikirkan cara/inisiatif untuk buang kesedihan dan tambah keyakinan serta kegembiraan dalam diri.

La tahzan.

Kongsi perasaan dengan sesiapa yang boleh dipercayai. Pada mak contohnya. Tak tahu nak mengadu pada sesiapa, mengadulah pada Allah. Menangislah semahunya. Ikhlaskan hati. InsyaAllah ada jalannya :)