Monday 30 September 2013

Imaginasi positif.

Imaginasi.
Aqis suka untuk  berimaginasi. Tapi bukanlah suka berangan tahap mat jenin sampai orang kata boleh tumbuh jerawat tu. Nope. Aqis suka berimaginasi tentang masa depan, benda-benda kreatif, macam-macamlah. Tak tau nak describe cemna.

Dengan imaginasi, kita dah berfikir luar dari batasan kepala otak kita sebenarnya. Ok, seorang budak umur dalam 5 tahun tengah duduk main lego. Budak tu dah bayang sebuah bangunan dalam pemikirannya. Dan, pap! Budak tu berjaya ‘membina’ sebuah bangunan mini KLCC tapi versi senget-senget. (Biasa le bebudak. At least ada bentuk petak bangunan juga kan.)

Hebat budak ni. Benda nampak simple je dari mata kasar kita. Ok, budak tu tengah main lego. Dia susun-susun. Pastu kita pon blah dari situ untuk sidai baju yang sudah siap dispin itu. Jika kita kaji betul-betul, tinggi imaginasi budak-budak ni. Tapi, dorang more on kisah dongeng imagination. Nak jadi princess la. Nak ada baju cantik lah. Budak lelaki nak jadi Spiderman, panjat sana, panjat sinilah. They have theirs. Cantik imaginasi kanak-kanak ni. Indah. So what about ours???

Bagi manusia yang sedang mula melangkah ke alam dewasa, imaginasi kita dah lain. Imaginasi kita kebanyakkannya boleh dikawal.  Sebab akal kita dah sempurna. Akal kanak-kanak dari umur 0-7 tahun, (tak silap aqis lah untuk umur ni) masih belum sempurna. Cara belajar kanak-kanak dalam usia ni, biasanya tertumpu pada apa yang dorang nampak.

Contoh 1: Seorang budak perempuan, berumur 6 tahun tengok mak dia memasak. Dia pon nak tolong mak dia potong sayur. Dia belajar dengan melihat perbuatan mak dia.
Contoh 2: Seorang budak perempuan, berumur 6 tahun tengok mak dia suka jerit-jerit, dia pon nak jerit-jerit. Nak main dengan kawan-kawan pon nak jerit-jerit. Padahal kawan dia wat lek, wat peace (buat relax, buat peace)  je. Siap dengan gaya lagi.

Sebab tu, untuk ibu bapa, jangan pukul/rotan anak yang berusia dalam lingkungan ni ya. Islam pon tak galakkan. Lagi-lagi bila nak ajar anak bersolat. Solat itu adalah satu perkara yang paling basic if nak ajar anak kenal Islam. Bicara dengan anak-anak dengan teguran berhemah. Ingat, kanak-kanak suka bertanya. Kalau bisa, jelaskan kepada mereka. Sikap sod ba ro itu perlu ada walaupun rasa macam malas je nak layan kan. 

Manusia suka/bisa untuk berimaginasi.

Esok anda hendak hadapi peperiksaan SPM. Anda sudah bayangkan soalan yang susah. Anda bayangkan anda pasti keluar awal dari dewan peperiksaan sebab tak tahu nak jawab apa dah.

Kenapa tak bayangkan, sebelum ambil kertas Bahasa Melayu tu, anda dah siap sedia bayangkan keputusan anda yang sangat sangat sangat cemerlang! Wahhhh. Ini sangat positif. Positive mind thinking Aqis panggil. (Habis orang lain panggil ape? Hihi)

Bukankah emosi boleh mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran seseorang? Yes! Jadilah seorang yang positif.


Jadilah seorang yang positif untuk peroleh hasil yang BOOMBASTIC!

Thursday 19 September 2013

Helping each other. Allah loves you.

Assalamualaikum.

Some people want to change their attitude, but in the end, they failed.

WAIT!

in life, there is no such ending story. Ending only for people in akhirat(for my perception). Soon.

So, they/we yet still in learning process on how to change. To be better one. A better Muslim nor Muslimah nor a person should be.

Don't simply judge people by attitude that you've seen Not everyone know others inner feelings.

Please stop judge and give chance and support. 

When you help people, in the same time, you've helping yourself.

Pray for others :)

Friday 13 September 2013

Man jadda wajada.

Assalamualaikum kalian.

Man jadda wajada. Siapa berusaha pasti berjaya.

Jam ni dah koyak-koyak tulisan nombornya. Kesian, uzur dah setelah banyak memberi jasa. Sentiasa 'suruh' Balqis untuk tepati masa walaupun tiada suara menyapa. (Bagus dak jam dinding ni.)

Asalnya nombor+jarum jam je ada. Benda asas jam kan. Aqis buat juga benda yang sama, cuma aqis tambah sesuatu.

Man jadda wajada.
Siapa berusaha, dia berjaya.

Sapa taknak berjaya kan. Disebabkan manusia sentiasa perhatikan jam untuk tahu waktu, Balqis pulak tengok jam plus peringatan untuk diri. Ada disertakan doa sekali. Moh kita:

"Robbi zidni 'ilman"
Ya Allah, tingkatkan pengetahuanku.

Random but assured prayer :)

Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." -HR Bukhari



Monday 9 September 2013

Cinta.

Assalamualaikum




Cinta.

Itu fitrah dalam kehidupan manusia. Haiwan & tumbuhan juga ber'cinta'? Wallahu'alam.

Manusia bisa untuk cinta kepada manusia. Cinta kepada Rasul. Cinta kepada haiwan ternakan. Tapi, cinta yang paling agung pastinya cinta kepada sang pencipta kita. Allahu Rabbi <3

Perasaan cinta itu akan hadir, tidak perlu ditelefon terlebih dahulu untuk mengkhabarkan akan kedatangannya. Ianya berlaku secara spontan. Jika kita terpandang wajah si sukun, dari mata turun pula ke hati. Hati pula bisik kata cinta. Nah, pasti siang malam teringatkan si dia. Tengok gambar tak berkelip. Dalam toilet pon boleh bayang wajah si dia. Tengah potong bawang pon boleh termenungkan si dia! Wah, kira dahsyat dah tu. Rileks brader rileks~

Allah tidak melarang manusia untuk bercinta. Untuk saling meluahkan isi hati yang saling terpendam. Sebab itu, adanya "Aku terima nikahnya Peah binti Bakar dengan mas kahwinnya......"

Tu diaa.
Indahnya alam perkahwinan ni. Bagi yang sedang atau pernah melaluinya lah. Bagi yang tak pernah ni, sila bayangkan sahaja ya. Terima kasih :D

Saling meluahkan kata cinta sebelum bernikah kan tak syiok. Nanti dah ada ikatan yang sah, 'Kanda kekurangan ayat', 'Dinda pula bosan mendengar'. Aaa. tak bestnya. Jadi, itu pentingnya sikap sabar. Sod ba ro. Sabar.

"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang indah" (al-Ma'rij: 5)
"Sesungguhnya setiap kesukaran itu akan disertai kemudahan" (al-Insyirah: 5)
"Dan kerana Allah, bersabarlah kamu" (al-Muddhathir: 7)

Mudahnya untuk jadi sabar jika kita belajar untuk jadi sabar. Macam sadaqah. Sadaqah free? Senyum jerr-err. Mudah kan? :)

Dalam al-Quran, surah an-Nisa' ayat 1 ada dinyatakan,

"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari yang satu (Adam) & Allah menciptakan pasangannya (Hawa) daripada Adam;

dan dari keduanya, Allah memperkembangkan lagi lelaki dan perempuan. Bertakwalah kepada Allah & (peliharalah) hubungan kekeluargaan."

Nah.. boleh sambung lagi tu kecintaan kita kepada anak-anak. Umpama kitaran hidup manusia. Dari atok nenek, adanya mak ayah, kemudian lahirnya kita, seterusnya dah berumah tangga, ada anak-anak pula. Kemudian anak-anak pula berkahwin, dapat lagi keturunan baru. Fuh. Selamat memimpin kelasi (anak2) di dunia ini ya wahai kapten (ibu bapa).

Ingat, hilangnya kasih sayang sesama manusia, hilang jugalah kasih Allah terhadap kita.