Friday 24 April 2015

Balqis kerja apa sekarang?

Assalamualaikum wbt readers! <3

Sekarang tengah layan lagu Lah Ahmad (Salam). Masya Allah tenang je rasa.

Hehe nak rahsia sangat Aqis ni. Em em izinkan Aqis bercerita sikit ye (yeke sikit Qis? Hahahahaha)
Sesiapa yang mengenali Aqis, ada yang tahu apa yang Aqis buat sekarang (I mean kerja and sort of things), Aqis kerja sebagai pembantu tadbir di Hospital Sungai Buloh.

“Bila kerja?”

“Dulu course lain kan?”

“Tak try fisio kat tempat lain ke?”

“Mohon tak fisio kat govern, swasta?”

“Berapa gaji? Camna kira?”

“Camna leh dapat keje sana?”

Jawab Aqis:

“Alhamdulillah 6 April 2015 Aqis start kerja.”

“Aah. Aqis tak suka duduk rumah saja. Sebelum ni Aqis kerja sebagai pembantu klinik. Aqis more kepada medical field/job i guess. heheh. Mungkin rezeki Aqis kat sini dulu. Bersyukur je apa yang ada. Nak pilih sangat, mereput Aqis kat rumah weh.”

“Dah. Hampir semua tempat Aqis mohon. Govern, swasta. All I’ve tried. Be patient. Jika ada rezeki Aqis, adalah. Doakan Aqis. Ya?” :)

“Adalah sikit. Biasa2 je.”

“Dulu Aqis interview kat hospital lepas belajar dulu. Tunggu punya tunggu, ah petak Aqis, tu Aqis keje klinik dulu. Dapat keje klinik melalui Atin (Tq Atin syg! <3). 3 bulan kemudian, Aqis ditawarkan kerja di Hospital Sungai Buloh. Sebagai pembantu tadbir. And I take it.”

Malu ke cakap kat orang keje lain dari course Aqis?

Jawapannya tak.

Aqis pernah minta secebis doa daripada Allah.
Pinta Aqis berkaitan kerja:

“Ya Allah, permudahkanlah aku dapat kerja yang baik-baik. Sesuai dengan apa yang aku mahu. Permudahkan aku untuk dapat kerja sebagai physiotherapist dan sambung belajar dalam bidang yang betul2 aku impikan. Permudahkanlah ya Allah.
Ya Allah, kalau aku kerja, bolehkanlah aku pakai baju kurung.” (hehe ayat Aqis kadang tu tak betul. Apa yang terlintas dek hati terus cakap dan berterusan ayat tu untuk jangka masa yang panjang hehe. Bila solat berjemaah, kan baca doa..sekat2 baca nak susun ayat kasi cantik padahal................hehe)

Masya Allah masya Allah, Allah really heard me. :’)

Kerja klinik pakai baju kurung. Kerja hospital pakai baju kurung. Seronoknyaaaaaa!

Alhamdulillah ya Allah.
Yang penting satu je, jangan pernah berhenti berdoa meskipun awak rasa doa tu macam remeh temeh or so whatever. Dont ever ever ever think like that!

Allah maha Mendengar. Berdoalah dengan konsisten :)


Bagi Aqis, apa yang Aqis dapat sekarang, is the best for me. Allah dah aturkan semuanya. Yang penting, Aqis, kita usaha untuk dapat apa yang kita nak. Allah nilai usaha kita. Berusahalah dengan cara yang baik ya :)

Sunday 19 April 2015

Mama

Saalam 'alayk.


Mama.

Dari rahimnya, kita dikeluarkan.
Teranan pedih menahan sakit.
Melihat dunia, sesuci hamparan baldu putih.
Merengek menangis 'hiburan' hati.

Mama.

Membesar sudah, menimba ilmu.
Tiada paksaan, redha dititip.
Menggali sehabis, sedaya mungkin.
Berkat doa mama, juga papa, bayi kecil tiada henti menangis, mengucap syukur.
Kembali berair mata kerana kegembiraan.

Mama.

Semakin dewasa usia mengintai.
Doa mohon anak tidak lupa.
Menjaga menitip memberi dan berkasih sayang.
Teringat anak, apakah pesanan mama berikan kepada si kecil ketika menyusukannya dahulu?

Mama.

Doa itu senjata kita.
Jangan lalai, jangan alpa.
Moga Tuhan merahmati semua.
Bertemu kita di Jannah sana.

Catatan,

Anak yang mencintaimu.



Friday 17 April 2015

Lesson from unknown mom.

Assalamualaikum wbt.

Haiiiiiii haiiiiiiiii haiiiiiiii

Untuk kali ni syukur amat nikmat Allah.
Tidaklah Aqis dapat kerja yang stick dengan course masa belajar dulu, cuma Alhamdulillah Allah mudahkan urusan pekerjaan Aqis.

Kerja Aqis biasa-biasa je sebenarnya. Rasanya Aqis tak perlu bagitau sini dulu ya.
Aqis nak capai dulu matlamat Aqis, in shaa Allah baru Aqis akan cerita bagaimana perjalanan hidup.

In shaa Allah suatu hari nanti.
Doakan urusan kita sama-sama dipermudahkan olehNya ya.
Tiap yang kita lakukan, niatkan kerananya.

In shaa Allah kita kerja tak penat, tenang dan tak stress :)

Ok lah bagi hint sikit sebab nak cerita hehe.

Aqis kerja kat hospital. Goverment hospital.
Satu hari ni ada seorang pesakit, Indian lady. Sangaaaaat lembut tutur kata, sopan santun je.

Masya Allah kita yang terasa banyak kerja pon boleh tenang sebentar bila tengok ketenangan orang lain.

Aunty ni datang dari Shah Alam. Ke Sungai Buloh.
Banyak kali dah ulang alik sebab nak pengesahan untuk anak beliau yang ada masalah mata.

Anak beliau nak exam PT3 dan perlu ambil paper yang tulisan dia bold dan saiz tulisan lebih besar dari sepatutnya.
Beliau naik atas (tak pasti atas ni bahagian apa), tapi orang tak layan beliau.
So beliau pergi ke bahagian Aqis bertugas ni.

Sayangnya...........
Beliau masih tak boleh dapat apa yang beliau mahukan. Masya Allah perasaan masa nak beritahu aunty ni rasa macam mm hmphh mm camne aku nak cakap ni? Nanti aunty ni sedih plak. Takpon marah, or buat muka (masya Allah husnudzon Balqis!)

Sekali lepas gitau aunty kena datang next time, aunty tu......

Senyum.

Beliau kata takpe dan tanya sikit prosedur akan datang.
Lastly Aqis kata, apa-apa aunty boleh call kat jabatan kitorang je. Tak payah travel jauh-jauh. Nak datang, call and tanya dulu.

Aunty tu senyum, kemas barang beliau dan pulang..

Apa yang Aqis fikir saat tu?

Ibu..
Demi anakmu, kau sanggup bersusah payah camni..

Tu apa yang Aqis fikir.

Ok, ni je Aqis nak kongsi. Ah, mama hadiahkan maskara.
Like seriously, pagi tadi Aqis memang cakap dalam hati nak beli maskara tapi bilaaaaaaaaa? Hehe.

Alhamdulillah, Aqis yakin Allah maha Mendengar.
Allah dengar kita.

Kita je kena usaha sungguh-sungguh untuk doa kepada Allah.

<3

Wednesday 1 April 2015

Classmate

Assalamualaikum wbt semua :)
Kalian, pernah tak dikelilingi kawan-kawan yang ramai dan take care pasal kalian?
Mereka bukanlah kawan yang dikenali sedari kecil atau dari darjah 1.
Mereka dikenali semasa usia semakin menjengah dewasa. Di mana ego sentiasa memuncak. Di mana manusia sudah mula belajar untuk bersikap pentingkan diri sendiri. Di mana, ada yang ditindas, maka ianya ialah secara berterusan atau dalam jangka masa yang agak lama.

Alhamdulillah.
Aqis mula sambung pengajian dalam kos yang aqis pernah impikan di salah sebuah kolej swasta.
Kawan-kawan kelas asalnya puluh-puluh, atas sebab-sebab tertentu maka tinggallah 12 orang pada semester akhir-akhir. Mula belajar pada Oktober 2011 dan tamat pada November 2014.

Dalam tempoh itu, Aqis menghuni hostel yang di mana, adanya mereka semua ini. (kecuali Abi aa. sebab Abi sorang je laki -,-)

Jom, Aqis nak share sikit sebanyak mengenai kawan-kawan di alam kolej ni :)

1. Siti Khatijah (Kat)

Kat ialah rakan yang paaaaaaaaaaaaaaling rapat ngan Aqis since sem 1 lagi. Segalanya buat bersama. Dolu dolu masa kat kolej, Aqis ni introvert sikit. Kat plak banyak cakap. Mula dulu nak tegur orang, nak ajak sembang pon payah Aqis ni haha. Tak biasa sayang. Aqis bukan dilatih tinggal di asrama masa belajar di sekolah. Pengalaman duk asrama pon masa PLKN tu je sobs! So memang takes time.
Dengan Kat, bahasakan diri ‘Syi’ (Kat) dan “Yeye’ (Aqis). Gedik je ah hehe. Seriously, Aqis cuba untuk adapt ngan cara Kat dan kawan-kawan. Aqis ni dalam 2 minggu sekali, mesti balik rumah Sg Buloh. So Kat pasti ikut. Family semua kenal Kat dah. Kat ni manje bak hangggg. Sebab tu meme Aqis pelik sikit. Pasai Aqis pon manja. Bila Kat dah manja, Aqis kental la sikit. Takleh gesel-gesel badan kat orang haha. Tak jadi diri sendiri masa awal sem. Tsk tsk. Sedih!
But sejak Aqis bersahabat ngan Kat, sedikit sebanyak Aqis tau camna untuk bergaul dengan orang dengan cara yang halus. Tq Kat! Aqis saaaaaaaaaaayang Kat walaupun apa-apa yang berlaku antara kita mahupun orang luar okay :)
oh! Jangan tak tau, Kat hebat gila memasak okay! Datang umah Aqis, Kat yang masak. Ajar la Aqis sikit-sikit. Hehe. Kat baru bertunang ni ngan Pak Din! Tahniah Kat sayang <3 I love youuuuuuuuu Kat sayang <3 Next time kita sembang kat beranda lagi oky! <3 <3 <3

2. Nur Fatihah (Aar)

Aar nama diberi. Dengan mengenali Aar, Aqis belajar untuk menjadi manusia hebat yang kuat emosi dan fizikalnya. Aar dah kehilangan mama dan ayahnya masa Aar tingkatan lagi. Adik beradik semua 4 orang. Aar yang last. Aar memang manja. Dari gaya ‘entau entau atu atu’ (entau-engkau; atu-aku) dia tu. Last2 Aqis yang terikut cakap camtu kat umah ni haha penangan Aar. Aar pandai masak. Masa duk hostel sama, Aar la rajin ke dapur. Kitorang potong-potong, kemas dapo je heheh. Aar masak sedap! J Haa! Suka bercakap on phone ngan Azim. Jeng jeng jeng. Siapakah Azim? Ahaks! Dengan Aar, Aqis rasa motivasi untuk buat extra ibadah. Kiranya persaingan secara sihat la. Persaingan ilmu :) Aar pandai. Pernah dapat 4 flat lagi tau. Aar, terima kasih ye. Ada ketika, kamu bersama Aqis :) Saaaaaaaayang Aar lillah :)

3. Nur Nabilah Syamim (Lala)

Kenapa Lala? Sebelum kami tinggal bersama, Lala duk serumah dengan housemate nursing. So panggilan dorang macam Lala, Rara, Mimi haa camtu. Jadi melekat lah. Tapi mak ayah Lala panggil Lala, ‘Adik’ hee sebab Lala anak bongsu of course. Lala 2 beradik je. Manusia paling sempoi pernah Aqis jumpa. Lala ganas tapi baik hati. Lala suka tolong orang tapi dia tak suka ungkit/cakap balik. Lala tak suka pujuk orang tapi Aqis tau Lala baik :) Bila Lala tak suka, dia kata tak suka lah. Makcik Google! Hehe. Apa2 informasi yang memerlukan arus internet, kami refer ke Lala. Camera pon guna phone Lala sebab gambar dia cantikkkkkkkkkkk <3 Sorry Lala hee. Lala otak bisness! Lala pernah cakap, pesanan dari ibunya, “Ngan kawan jangan berkira” Aqis pernah cakap ngan ibu Lala. Haa sejibik la sempoi macam Lala. Haa! Lala suka cakap lemak banyak kat perut dia heheh. Lala ideal dah la. Lala, anyeonggggggggggggg. Aqis saaaaaaaaaaaaayang Lala!

4. Abiayupansari (Abi)

Satu satunya hero dalam class kitorang. Orang Sarawak kitak! Abi is a nice man. Sentiasa tolong kitorang saat kitorang susah. Sanggup bawak kereta untuk tumpangkan gadis-gadis ni. Dak2 class kitorang aa. Ingat lagi masa class kitorang planned last mins p Bukit Broga. Aqis ada fikir nak pi sana sekali Abi cakap dulu. Bayangkan, class abis rini, esok dah nak naik Broga! Masya Allah sisterrrr Masya Allah brotherrrrr. Kelam kabut cari torchlight, bihun, air semua. Esok pagi pukul 4 panjat dah. Abi aa yang jaga kitorang. Kawan2 yang lain pon sama :) Abi buat kek Sarawak ngan makcik dia. Sedap gila! Murah plak tu. Tq Abi. Mama pernah order 10 kek tu. Diimport khas daripada Sarawak. Fresh! Haha. Abi ni plak suka melayan kerenah kitorang yang tah pape ni. Dia aa selalu mengalah. Abi, satu je pesanan Aqis. Reduce your temper ok. Tak kira lah if Abi dalam keadaan yang tertekan sekalipon. Learn. Ok Abi, sorry aa Aqis ni manusia yang suka buat Abi sakit hati hahahahahahahahahah

5. Nur Fatin Hanani (Nani)

Nani sayangggggggggggg. Nani dan nasi gorengnya dan suka pinjam handphone Aqis untuk tengok tv! Haha. Tapi if Aqis join, kami layan ‘Semanis Kurma’ tu je haa. Fefeeling sama-sama dah ada laki haha! Nani peminat tegar Fizo Omar kalau nak tau. Teruja gila bila sebut Fizo padahal baru sebut Fiiiii Zoooo~ Hehe ok gurau Nani sayang. Nani baik saaaaangat orangnya. If Aqis ada pape, dia la yang teman. *Terharu nak nanges dah hehe :’) Nani suka masuk bilik Aqis n Nana. Nani bilik 1. Aqis n Nana bilik 2. If Nana balik Raub, Nani la yang teman tidur sekali kadang-kadang tu. Pasal nasi goreng tu, Nani kata dia tak reti masak tapi dia nak cuba jugak. Bagusnya Nani. Tapiii Nani selalu masak nasi goreng. hehe. Jangan main2, kitorang ni, tak menu sardine, nasi goreng, takpon cekodok, takpon ikan goreng. Haa lauk cikai2 je macam masuk army dah tapi versi hostel aa. Heh. Seriously, walaupun Nani kerap masak nasi goreng, nasi goreng Nani sedap! Aqis suka <3 Nani jugak minat gila korea di mana Aqis tak kenal jadah pon sorang tu melainkan watak-watak dalam Running Man hahahahahaha. Nani, just want to let you know that Aqis saaaaaaaaaaaaayang Nani big big hehe. <3

6. Nor Hasibah (Baba)

Baba! :) Tempat Aqis memanjakan diri. Bukan dengan kawan-kawan lain Aqis tak memanjakan diri, tapi Aqis suka Baba melayankan je Aqis heheh. Kadang Baba suka tak nak layan. Baba Tanya, “Hish sapa ni sapa ni?” Haishhhh Baba niiiiiiiiiiii <3 Baba kan, suka memasak lagi2 bab bakery. Aqis selalu cakap kat Baba, “Ba..Baba bukak la bakery. Baba kan pandai buat kek”. Masa posting kat Hospitan Bentong dulu, Baba la ketua chefnya hehe. Masa tu ada makan2. Baba bake kek coklat. Hm hm sedapnya! Baba kan, dia jenis tak kisah tau. Baba suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuka bercakap hehe. Takpelah takdelah sunyi sangat kan. Ada masa Aqis layan Baba, tapi bila Aqis buat kerja assignment ke sorry tau Ba. Hoccus focus! Hehe. Baba.. Terima kasih tau layan kerenah Aqis yang ngade2 ni. Baba selalu tak kisah walaupun betapa annoying Aqis ni (kawa2 lain juga) <3 Baba dan Jay! Cepat2 oky. Kereta beres dah hehe. Baba dari Ganu. Ni berhijrah ke KL. Kerja sini. Good luck Baba! <3 Aqis saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Baba banyak2!

7. Nur Azilah (Azie)

Azie si pendiam. Diam-diam berisi tau. Azie ni jenis tak kisah orangnya. Suka duduk dalam bilik. Buat hal dia. Azie berdikari. Apa-apa Azie akan go on je dengan apa yang dia nak buat. Azie mudah terima pendapat. Anak sulong juga macam Aqis. Manja pon macam Aqis hehe. Apa yang buat Aqis tak lupakan Azie ialah ayam masak merahnya. Sedaaaaaaaaaaap <3 <3 <3 Baru baru ni Aqis ada gi interview. Sekali Allah nak tunjuk, rupanya tu tempat kerja Azie! Aqis tau Aie kerja as a physiotherapist tapi kat situ? Waaaaaaaaa. Azie pandai make up tau. Kening tu signature, jie <3 Masa kitorang pi dinner kolej, Ajie n Ika tak ikut. Nani yang pergi. Ajie la yang make up kan Nani. Ingat lagi, siang sebelum dinner, satu umah pakat tengok youtube make up. Hhahahahha. Kenangan bro. Aqis pon tengok senyap2. Tengah study kea pa masa tu, mata tengok tab Aar. Pastu jari sibuk taip, “natural make up” hahahahahaahahahah last last malam tu make up hape jeeee. Ada satukisah, kitorang ngah exam, balik tu semua macam stress (Aqis rasa tapi malas nak layan sangat), Aqis ajak semua pi taman laying-layang. Lepas tension. Abi pon follow dari seri kembangan ke ampang ke selayang tu haa. Semua pergi kecuali zaty and ain je. Dorang lain rumah. Sayang....
Ajieeee....Keep strong okay, how hard it can be, just be strong :) Aqis saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang ajieee! <3

8. Fatin Syafiqah (Ika)

Ika sayangggg. Seorang yang pagi-pagi takkan bercakap dengan orang punya dan akan buat muka paling kerek di abad ini. Hehe but we all know her. Selama Aqis posting, mm mm 8 posting dengan ika, ajie and nani. Dan dalam tempoh tu lah Aqis kenal dorang yang perangai rock-rock ni. Hehe. Ika pon anak sulong sama Aqis. Tiap kali ika nak keluar, suka suruh Aqis pakaikan eye liner. Pastu ayat dia mesti camni,

Aqis: Ika pejam mata.
Ika: Dah?
Aqis: Dah, tunggu kejap biar kering.

Ika pon duduk jela kat situ tak gerak-gerak. Kekadang tu balik dia balik sambil mata tutup. Mata ika kecik! Hehe comel je <3 Ika ni lantang bersuara. Semangat betul. Ada gaya debat. Gaya cakap mantop! Hehe. Ika sayang. Thank you. By knowing you, slowly Aqis became diri sendiri yang rock juga. :D Ika suka masak lempeng! Sedaaaaaap mm nyum nyum. Ikaaaaaaaaaa. Nak lempengggggggggg~~ *emo tak tahu malu hahahaha. Ikaaaaaa. Aqis saaaaaaaayang Ika dua puluh tiga pujuh juta kali hehe.

9. Nur Syazana Azyan (Nana)

Nana dan Paly so significant. Their chemistry so umph humph. Hehe. Haaaaa ni la teman sebilik Aqis untuk semester akhir2 ni. Dulu, masa Nana masuk course kitorang (Nana masuk lewat), Nana duduk sebelah Aqis tau. Baju hijau polo ngan air Nescafe tin dia. Nampak je kerek. Tu sebelum kenal la. After kenal Nana, alaaaaaaaaa perangai pon ala-ala macam bestfriend Aqis jugak. Yana namanya. Aqis panggil Yana ni ‘Mes’. Jadi Aqis panggil lah Nana ‘Mes’ juga kekadang tu hehe. Nana duduk Raub. Nana macam Aqis aa. Sminggu atau dua minggu sekali, kitorang balik hometown. Alhamdulillah dekat je kami. (Sorry kawan-kawan lain. Yang duduk jauh-jauh.....). And sebab tu la kita sebilik an Nana hahaha! Nana ni gigirl yang rock. Korang paham tak gamba tengkorak ke kan tapi ada hiasan kaler pink Haa camtu la Aqis bayangkan Nana ni. Hehe <3 Nana ni Nampak je tak peduli orang, as the roommate, for me she is good enough :) Beli apam balik nipis tu, suka kasi Aqis. Bila balik Raub and Aqis tinggal sensorang, dia soh amik makanan bawah katil dia if nak tu. (Nana, Aqis ritu amik 1 beskut tau hihi maluuu). Haa Nana, send my regards to your family. They are too kind <3  Nanaaaaaaaa nana messsssssssssti messsti JANGAN lupa Aqis tauuuuuuu. Saaaaaaaaaayang Nana yang suka gelak kuat-kuat pastu cakap selow nak mampuih bila sembang ngan Paly kat phone kehkeh <3

10. Nur Izzati (Zaty)

Jatieeeeeeeee. Si anak tunggal dalam keluarga. Duduk Mersing. Mak dia urus resort. Ayah Jaty Aqis tak sempat interview lagi hehe. Jaty ni tinggi tapi halussssssssss je orangnya. Kekadang Nampak blur tapi Aqis yakin, Jaty ada kelebihan tersendiri yang kitorang tak dapat detect. Express your talent okay Jaty sayanggggg. Jaty pakai spek, power tinggi nau. Jaty tak duduk sekali serumah ngan kitorang. But the thing I know is Belennn ya benerrrrrrr Jatyyyyyy hihi. Jaty ni jenis tak kisah if terkadang orang minta tolong. Flow with the flow je :) Suara Jaty bila tinggi tu comey macam mak jemah hehe. Mak Jemah yang ayu okayyyy <3 Jatyyyyyyy. Moga interview Jaty success ya in future. Biarpun lain umah ke, Im still saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Jatyyyyyyy! <3

11. Noraien (Aien)


Aien si kecikkkkkkkk <3 Selalu jadi model dalam kelas untuk kitorang patah riukkan tulang dia. hehe. gurau Aien sayang. Aien sebenarnya memang betul-betul patah kakinya sebab excident. Dan sebab itu jugalah Aien tak dapat habiskan lagi pengajian di kolej. Sabar ya Aien sayang, everything pasti ada hikmahnya J Aien ni Nampak je boyish but she is a lovely adik to be known :) Bila malu ke, kena bahan ke, dia suka menyendeng kat badan orang tu pastu gelak. Beapa kali dah Aqis jadi dinding geseran Aien hehe. Aien sayang, good luck in everything ya sayang. Jangan bersedih dengan dugaan yang menimpa sekarang. Aien baik sangat. qis tau semua kawan-kawan Aqis baik. Jaga diri selalu okay. Saaaaaaaaayang Aien! <3 <3 <3