Saturday, 16 January 2016

Usrah

Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh!

Apa khabar semuanya? :)
Sihat?

Mata Aqis ada calezion (ketumbit) la ni.Nak dekat 2 bulan youwolssss tak surut-surut tsk tsk.
Jumaat depan if tak surut juga, doktor nak korek nanah ni kasi keluar wohhooo!

Harini pagi, Aqis ada usrah di Masjid kat Bandar Baru. Tak ingat dah nama masjidnya.
Setelah lama usrah ditunda, maka diadakan semula :)

Masya Allah rindu sangat rasanya pada ahli-ahli usrah kecil tu :')
Mula-mula nak pergi, rasa macam, "Alaaaaa lama dah tak pergi ni, camno ni nak jumpa balik ahli-ahli lain?"

Tapi pergi juga memandangkan Aqis nak cekup ilmu. Itu je yang Aqis fikir.
Alhamdulillah sampai je kat masjid, ahli sedang bertadabbur. Aqis lewat kit hihi.
Jadi tak sempat nak baca terjemah Quran.

Kami baca terjemahan surah Al-Baqarah dari ayat keberapa Aqis kurang pasti, tetapi sehingga ke ayat 126.

Dan kami juga terima seorang ahli baru. Namanya Kak Aida :)

Sesi taaruf dimulakan.
Bila dengar balik, oh Aqis rupanya paling muda. Muda sangatttttt!

Banyak sangat pengisian kak naqibah, Kak Leena kongsikan.
Kiranya setiap bait kata yang diucapkan, semuanya sangat bermotivasi, penuh inspirasi. Lembut je setiap pesanan yang Kak Leena berikan kepada kami :)

Semasa sesi perkongsian sesama ahli, Aqis sangat tertarik dengan cerita akak ni.
Sampai buatkan Aqis mengalirkan air mata tanpa Aqis jangka langsung!

Aqis rasa tak perlu untuk Aqis cerita semua.
Sama-sama kita jaga aib sahabah kita ya.

Main point dia ialah bila akak ni cakap,
"Jangan letakkan cinta kita yang utama kepada manusia. Sebaliknya, jadikan Allah nombor satu dalam hati kita."

"Akak berdoa pada Allah, Ya Allah, jangan Kau biarkan aku berasa sunyi. Alhamdulillah akak tak pernah sekalipun rasa sunyi waktu ini. Ada je terisi dengan aktiviti."

Masya Allah, entah kenapa Aqis rasa macam Aqis just akan dengar camtu je, but once she mentioned Allah and to not love human more than Him, I cried. Its so really me, sometimes. I felt that Allah really near by me. Allah that always heard my dua'. Masya Allah.

I do wrong, regularly.
I do sin, each day I lived.

But He never abandoned me. Never.

Banyak sangat Kak Leena shared hadith, stories and much more.

Jazakumullahu khairan katheer untuk keluarga kecil ini, sahabat-sahabat usrah <3

Friday, 11 December 2015

Gloomy Post (Strength I need)

Assalamualaykum wbt and sobahul kheir.
I hope this morning would be enough kheir for you dear reader(s) :)

How are you, Heart?
I guess it should be kheir enough. Yaiks too many kheir!
May it goes back upon you, and me <3
Aamiin.

Dear Heart,
I bet, so this is the day that I thought in my mind before, ‘The would be a gloomy day for me to write to’.

Today is it.

Time now is 7.33 am. Too early for me to still get up and write! Wow.

Heart,
This morning I already decide to read some Quran verse.
That’s my medicine whenever I felt sad, nor in others negative feeling.
Quran with translator is the best way. For sure.
This is not a commercial on any product(s), this is over beyond reality.

I cry.
Felt like feeling that I disappointed my mom.
That feelings.
It blend altogether.

I asked Allah, to talk to me in His way.
To give some strength upon me.

He replied, in Surah Ar-A’raf, verse150-151.

Lemme google first.

A150

English Translate: When Moses came back to his people, angry and grieved, he said: "Evil it is that ye have done in my place in my absence: did ye make haste to bring on the judgment of your Lord?" He put down the tablets, seized his brother by (the hair of) his head, and dragged him to him. Aaron said: "Son of my mother! the people did indeed reckon me as naught, and went near to slaying me! Make not the enemies rejoice over my misfortune, nor count thou me amongst the people of sin."

Malay Translate: Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: "Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu?" Dan ia meletakkan Lauh-lauh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku, dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim".

In the same time, I asked for dua’ to recite, and He replied fast:

A151

English Translate: Moses prayed: "O my Lord! forgive me and my brother! admit us to Thy mercy! for Thou art the Most Merciful of those who show mercy!"

Malay Translate: Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".

Masya Allah He heard me :’) Too soon He replied :’)
I know I was not alone.
Thank you Allah.

I am a sinner. And always will be.
And He keep ‘guiding’ me, for me to always remind of Him.
Thank you Allah.
Allah is Merciful.

Well said, I’m not angry, nor going to be mad.
It was just, a tiny disappointed feeling, stain in my little tiny heart.

Dear my love of mine (you know who you are),
I’m not just a typical woman whom will be okay whenever I faced with some unexpected circumstances.

To be honest, I expected this before. While we know each other?
To face with it, I need Him. Strength. So much.

I will never aversion nor hate you.
You’ll always be in my heart, your name within my daily dua’.
I promise, always will be.

Take a good care of your heart, our heart-- very well.

The one whom love you silently,
B.

Wednesday, 9 December 2015

Sepetang bersama Ustazah

Evening at ustazahs'.
--
Rutin harian selepas balik daripada kerja, Aqis akan singgah ke rumah ustazah. Untuk perbetulkan kembali bacaan quran Aqis.
Sungguh, tajwid entah di mana-mana 😅
--
Yang hadir ke sana rata-rata daripada segenap umur. Dari budak tadika hingga ke nenek yang dah mungkin usianya nak mencecah 80 tahun, wallahu'alam.
--
Aqis perhati sekeliling.
Adik tu. Nenek tu. Makcik tu.
Semua datang. Semua hadirkan diri.
Terlintas dalam benak fikiran, "Bila Aqis dah tua nanti, mampu tak Aqis konsisten untuk jadi Aqis yang sekarang?", "Masih tersisakah imaan Aqis untuk terus terusan menuntut ilmu dan dari segi pengAMALannya?"
--
Wallahi.
Sebak rasanya.
Allah beri pinjam kehidupan seketika.
Ada masa Allah beri Aqis lalai.
Satu saat Allah cuit hati  Aqis untuk berada/merasa dekat denganNya.
:')
--
Semoga yang lepas-lepas jadi teladan. Bukan untuk ingatan manis, tetapi peringatan daripadaNya supaya Aqis tak kekal lalai.
--
Doakan Aqis untuk menjadi wanita solehah.
Dunya wal akhirah.
--
Sayang dari hati,
B.

Friday, 4 December 2015

Kisah Balqis dan Cashier

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi 🌹

Pagi yang tak berapa hening tapi cerah sempurna ni Aqis nak kongsi pengalaman Aqis bila berurusan dengan cashier.

To be honest, Aqis bukanlah seorang pemakai gloves. Memang nak pakai, sebab kena banyak berurusan dengan orang luar kan, lagi2 dalam proses transaksi secara nyata ni. Biasa la. I suka beli chocolate Nips kat kedai runcit eheks.

Berbalik, sebelum ni Aqis suka sangat tadah tangan bila cashier nak pulang baki duit. Kalau wanita it's okay. Aqis memang boleh concern lagi. Kalau lelaki? Wow sis wow

Takyah nak wow sangat Balqis 😑

Dulu Aqis fikir, "Alaaaa dia nak pulang baki 20 sen je."
Nak sedapkan hati kan. Aqis pon tadah je tangan ni haa dengan rela dan redha. Fuh

Sampai satu tahap tu, Aqis suka ambil atau jaga wuduk aqis sebelum pergi kerja sebab nak buat Dhuha terus. Kalau nak ambil wuduk kat klinik, kena banyak hal nak buat. Aqis pulak pakai shawl gi kerja haa hamekau. Dengan patient yang sangat ramai di klinik, agak ambil masa juga lah if nk ambil wuduk  di sana. So sebab tu Aqis siap-siap je dari rumah.

Nak dijadikan cerita, Aqis pagi-pagi akan beli sarapan dekat cafe hospital. Samada kuih karipap, puding roti, makaroni goreng atau karipap. Heheh suka karipap sebenarnya heheh

Mestiiiii pastiiiiii for sureeeee lah akan ada agenda kau bagi duit kau pulang duit. Haa macam nama tajuk nama novel tau.
Dan cashier di sana kebanyakannya lelaki.

Aqis dah ada air wuduk ni.
Acanno?
Baki ada 40 sen lagi ni.
Acanno?

Aqis pon tanpa segan dan silu cakaplah, "Aaa encik, letak bawah ya bakinya. Saya ada wuduk"

Zasssss!
Just simple as that!
Alhamdulillah terluah juga.
Yelah nak jaga hati orang tapi diri kita kena sentuh bagai ishh tak best lah camtu kan..

Lagi satu, selain wuduk, kita kaum hawa yang mahal, eksklusif lagi berharga ni kena tau, kita mana boleh sentuh ajnabi. Kan berdosa.

Even cuit hujung jari ke hujung jari yang lain, itu masih dikategorikan sebagai sentuhan kan.
Nak pegang, salam-salam kita-kita je tak pelah takde hal, sis.

Nak kata kolot, katalah.
Nak kata poyo ke, katalah.

Den tak kisah.
Asalkan diri den dijaga dengan baik, den happy dah 😌🌹

Haa lepas Aqis bagitau suh letak baki duit tu kat atas meja je, cepat-cepat abe tu kata, "ohh sorry sorry" atau dorang akan letak duit tu laju-laju kat atas meja. Cam spontan tau. Entah lah dorang fikir apa, terkejut ke hape.

Alhamdulillah sejak daripada peristiwa tu, Aqis takyah cakap bnyak kali dah dengan cashier tu. Dorang tau sendiri, asal nampak muka Aqis, baki kena pulang dan letak kat atas meja.
Kalau dorang amalkan kat wanita wanita lain yang membeli pon lagi bagus kan 😊

Ladies, awak pon sayang.
Start harini berani ambil tindakan okay.
Jaga diri kalian sebaiknya 🌹
Mahalkan, jangan murahkan.

Kalau dicop sombong ke, bajet ke;
Maka ABAIKAN.

Sekali orang kata camtu, berlipat ganda pahala kita terima balik.

Yang menyayangi,
B.



Wednesday, 2 December 2015

Malu

Assalamualaikum wbt.

Kerana sifat pemalu itu perlu ada dalam diri seorang wanita.
Bukan cover malu, tetapi malu secara bertempat.


Bila di hadapan ajnabi, rendahkan pandangan. Bila terlihat sesuatu yang mengaibkan, tundukkan penglihatanmu.

Bukan Muslimah je.
Muslimin pon kena ambil kira perasaan malu tu.

Bila masa pula harus ditepis rasa malu?
Ketika berbicara sesuatu yang benar. Tika ingin menghujahkan sesuatu secara berhemah.
Tika mahu membimbing manusia lain ke arah lebih baik dan pelbagai lagi.

Kawal perasaan malu mu.
Pada waktu bila? Tika bila?

Jangan pernah hilang rasa malu.
Kerana malu itu ada kelebihannya .





Wednesday, 25 November 2015

#dakwahsantai

Bila mahu menegur manusia, hati kata mahu tapi jiwa menahan diri.
Sungguh.
Hati meronta, kadang pinta pada Allah agar kaki, tangan, anggota badan lain melangkah ke hadapan.
Lalu seolah olah diberi kekuatan dari sang Pencipta, masya Allah seronok bukan kepalang tika meluahkan.

Aku salah, kau tegur.
Kau salah, ya aku tahu aku mesti tegur.
Ukhuwah apa, kalau sahabat tengok sahabat yang lain terumbang ambing dek keseronokan dunia?

Dakwah.
Aku sedar, meskipun kau baru sahaja 'dewasa' semalam, hari ini kau kena tahu bahawa kau ialah khalifah. Yang menyampaikan ajaran Allah; juga pengikut Rasulullah SAW.

Aku juga ter'libat' sama.
Yang berceramah itu bukan aku. Aku tak pandai dalam berkata2, lagian membabitkan isu menyampaikan agama.

Caraku mudah. Simple.
Daripada kehidupan seharian, kau akan nampak dakwah itu ada di mana2.
Cth: seorang wanita memimpin tangan seorang buta naik KTM, seorang ummi menyuap bubur ke anak kecilnya. Pelbagai lagi.
Pilih akhlak Rasulullah buat ikutan. Itu akhlak paling THE BEST!!!

Kau mungkin terlihat seorang lelaki metropolitan, ber tie, ber blazer. Waktu zohor, dia pergi ke masjid.

Kau mungkin juga terlihat wanita free hair ambil wuduk.
Kau tak tahu dia struggle untuk kumpul kekuatan bertudung.

Kita apa tahu?
Judge tak sudah.

Hentikan dan mulakan berdoa.
Untuk mereka, kita, aku dan kau.
Moga Allah Mendengar.

* Maaf dengan penggunaan aku, kau. Rhythm sebati dengan panggilan itu.


Sunday, 22 November 2015

Part 1 - Klinik Keusahawan Dr Azizan Osman

Assalamualaikum wbt.
22/11/15 // Sabtu

Semalam Aqis, Atin dan Aira pergi ke Klinik Keusahawanan Dr Azizan Osman.
Ini kali kedua Aqis ke Klinik ni. Bertempat di Menara PGRM, Cheras, KL.
Sebelum ni Aqis pergi kat Menara MCA, KL.

Perkongsian kali ni lebih kurang sama dengan 1st Klinik Aqis pergi. Cuma ada yang berubah, ikut isu semasa sekarang. Dr still Dr yang sama :)

Atin dan Aira, 1st time pergi.
So semangat bila diorang pon semangat sekali mendengar yeah!

Perkongsian yang sama ni membuatkan Aqis suka nak mendengar lagi sebab last gi Klinik Keusahawanan ni bulan berapa kot. Apa? Ingat Aqis ingat semua ka?

Aqis ingat Ustazah Saadiah pesan,
"Kalau belajar, biar ulang-ulang. Macam kasut kotor. Kena sental/berus berulang kali baru bersih."
Haa camtu perumpamaan ustazah bagi.
Setiap kali ada kelas dengan ustazah, ni je ayat ustazah.
Mana la Aqis boleh lupa? Hehe.

Banyak sangat perkongsian daripada DAO.
Hampir 10 muka surat penuh Aqis tulis. More kepada kata-kata motivasi untuk Klinik. Dan strategi untuk IMKK dan selanjutnya.

1 hari nanti Aqis nak ke IMKK.
Moga Allah izinkan.. Aamiin.

Bersama Aira dan Atin :)
Dapat buku freeeeeeee hiks
Dah ada buku ni satu, tambah lagi satu hiks

Sunday, 1 November 2015

Random Poet

Entah.
Mungkin tidakku faham.
Mungkin ku kejam.

Andai ku kenal diri,
Tidak mungkin jadi begini.

Yang mencari Ilahi,
Dalam membaiki proses kendiri.

Ku semat di hati,
Agar Tuhan bantu diri.

Mencari paksi,
Takkan ku sangsi.

Tuhan.
Dengarkan doa ini.
Aku takkan pernah berhenti.

B.

Saturday, 31 October 2015

Ada apa dengan Usrah?

Assalamualaikum wbt
Harini kami berusrah lagi di Masjid Bandar Baru Sg Buloh.

Kalau nak tahu, ni lah usrah pertama yang Aqis join.
Aqis tak malu untuk kata, “Ya, saya pertama kali hadir ke usrah” masa 1st berusrah dulu.

Datang usrah kali ke 3, naqibah kami, Kak Leena minta sesiapa untuk sampaikan hadis untuk minggu ni (hari ini). Jadi Kak Leena minta Aqis.

Masya Allah, Allah je tahu apa aku nak habaq mai ni oiii.
Ramai atau rata-rata orang bimbang untuk ikuti usrah sebab fikir mereka, usrah ni untuk yang Islamik sokmo. Yang tudung labuh. Yang baju longgar dabak.

NOPE!
Usrah is really friendly for me :) Sangat :)
Macam kita ni adik beradik tau.

Aqis hadir dulu, segan juga. Yela mana la Aqis kenal sesiapa kat sana.
Alhamdulillah baru perjumpaan yang beberapa kali ni dah buat Aqis jatuh cinta dengan group usrah kecil kami ni. Sungguh :)

Nak tahu lagi?
Sebenarnya ramai yang sama macam Aqis rupanya.
Maksud Aqis, yang pertama kali datang, yang teringin nak datang sebab tengok kawan serumah pon hadir sama dan sebagainya.

Group usrah, saling mengingati.
Usrah mean family :)

Saat kita rasa masalah kan, boleh juga luah di sini.
Nasihat yang akan kamu terima balik sangat bersifat kerohanian dan mendamaikan. Sungguh.

Nak buat perkara baik, macam business jugak.
Jangan tangguh-tangguh. Baru berjaya. Baru dapat hasil yang paling bagus.

Cubalah sekali hadir ke mana-mana usrah yang kalian tahu.
Jangan lupa selidik terlebih dahulu usrah bagaimana yang akan dihadiri.
Siapa naqib/naqibah dll :)

Perhatikan bagaimana perasaan berada di sana dan bandingkan dengan kehidupan harian kalian.
Rasa macam nak buat baik je selalu hehe <3

Wow!

Pasang niat starting today, nak pergi usrah okay! ^^



Cinta saya buat siapa?

Assalamualaikum wbt.
Semua sihat dak? :)
Tanyalah Aqis. Sihat Alhamdulillah :)

Boleh Aqis nak berkongsi kisah cinta?
Bukan kisah Aqis hehe haaaaaaa dok fikir kisah Aqis la tu. Tak sabo hee.

Ini kisah cinta pada Tuhan.

Haip! Relaks dulu. Dengar dulu kisah Aqis nak cerita ni :)

Cinta pada Allah dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan insan yang berwibawa. Lagi-lagi dalam membawa agama Allah iaitu Islam.

Kerana itu adanya Rasul sebagai penyampai. Sebagai khalifah bumi.

Cinta pada manusia akan pudar.
Cintailah dia tidak melebihi cinta kamu kapada Allah. Bagitu juga terhadap ibu bapa dan sahabat andai.

Cinta pada kaum jantina yang berbeza dengan kita itu fitrah manusia.
Macam mana nak elak kalau dah hadir dalan hati, dalam fikiran?

Solat, ada muka dia.
Mandi, ada muka dia.
Makan, even nak pakai stoking pon muka si dia masih berlegar2 dalam benak fikiran.
Tu belum depan mata.

Bagaimana mahu kawal diri?
Masya Allah.
Kepada Allah kita kembali serah diri.

Pada era moden ni, tak mustahil pasangan (before marriage) wujud.
Yang pegang-pegang, sentuh-sentuh, cucuk-cucuk tu mungkin perkara biasa.

Yang type couple Islamik pula?
Tak terlepas juga. Pasti.
Maksud saya dari segi pergaulan.

Mungkin saya juga tidak terkecuali.
Mungkin saya punya masalah sama.
Mungkin saya masih tertanya-tanya.

Saya menulis kerana yang hadir dari hati.
Kalau saya tak boleh meluahkan pada si dia, saya lebih selesa menulis.

Saya bicara dengan Tuhan, seandainya saya perlu melepaskan perasaan cinta pada manusia seajnabi saya, bagaimana ya Tuhan?

Tika itu Allah seakan memberi jawapan pada saya,
“Tinggalkanlah dia. Sesungguhnya Aku akan menjaga kamu.”

Masya Allah derasnya air mata saya mengalir di ketika itu. Subhanallah.
Kuatkah saya, ya Allah?

Di fikiran saya tika itu, takkan itu bisikan syaitan?
Syaitan sememangnya mahukan saya terus bersama seajnabi saya.
Pasti syaitan seronok bila saya selalu bertemu mata dengan si dia. Pasti.

Jadi saya assumed, itu satu peringatan yang baik.
Adakah saya akan menolaknya mentah-mentah sedangkan rasa sayang sudah dipupuk lama?

Ya, itu silap saya.
Kerana ia sudah saya pupuk lama tanpa saya kawal.
Mungkin.

Saya insan kecil.
Banyak kurang daripada kelebihannya.

Cinta saya biar paksi pada Allah.
Redha Allah atas perbuatan saya, semestinya saya harus ambil kira.

Doakan saya.


B.

     

Thursday, 24 September 2015

Makkah and Madinah

Assalamualaikum wbt.

Diary,
Harini dah Hari Raya AidilAdha (1436 H dah).

Walaupun harini Raya AidilAdha, kami sekeluarga still beraya ke rumah saudara-saudara di kampung. Kali ni pergi ke rumah saudara yang tak sempat ziarah masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Diary,
Sambil duduk2 dalam kereta, Aqis dok fikir, "Apa aku nak tulis dalam diary/blog aku ni? Lama dah tak menulis, dan rasa nak menulis."

Dan tetibe Aqis teringat Makkah. Madinah :')

Then, terus dengar kat radio Ikim FM;
"Labaikallah hummalabbai, Labbai kalaa syariikala kalabbaii~"

Menangis Aqis kat belakang.
Aqis terlampau rindukan Makkah. Aqis rindukan Madinah.
Aqis rindukan suasana kat sana.

Masya Allah TERAMAT SANGAT........

Diary,
Aqis menulis ni secara general.
Ramai orang boleh baca.
Tujuan Aqis tulis entry kali ni bukan dengan niat ujub, riak, jauh sekali takbur.
Aqis cuma nak menulis dan meluahkan sesuatu.

Diary,
Pada tahun 2000, Alhamdulillah Aqis dipilih untuk menjadi tetamu Allah.
Umur baru 7 tahun je masa tu. Aqis pergi dengan arwah Wan dan Tok.

Biarpun baru 7 tahun, setiap apa yang berlaku kat sana, semua Aqis ingat. Dari masa Aqis bawa bear Aqis ke sana, Aqis tertumpahkan air Fresh Orange masa tengah makan dan sebagainya.

Ya, tidaklah semua Aqis ingat tapi yang manis-manis masih dalam ingatan :')

Apa yang Aqis ingat Aqis cerita ya. Yang tak ingat takdelah cerita hehe.

Aqis bertolak ke sana, family kembangan semua hantar kat airport. KLIA tak silap (ada gambar lagi kat airport tu, Aqis pakai baju kurung biru, ngan tudung sekolah heheh)

Sampai je kami ke bumi Allah yang terasa janggal kerana belum dipijak kaki lagi, kami ke Madinah. Menginap di sebuah hotel kat sana. Masya Allah hotel selang beberapa tapak je ke masjid. Nama hotel Aqis tak ingat dah hee.

Apa yang masih dalam ingatan Aqis, Aqis tiap2 hari beli ais krim vanilla kat sana. HARI-HARI.
Sebab sedaaaaaaaaaaaaap sangat. Aqis pon taktau nape sedap sangat <3 Dulu, sebelum sampai ke sana, Aqis ada cakap ngan arwah Wan yang Aqis nak kereta mainan yang remote control tu. Mula2 takdela dapat sebab aktiviti disibukkan dengan beribadah. Aqis? Apa yang Aqis tahu, Aqis buat.

Tiap2 petang, kami akan lalu kat bahagian tempat lepak burung-burung lah kiranya. Maksudnya, tempat pekedai bagi burung makan. Masya Allah banyaaaaaaaaaaak gila burung2 tu dan semuanya jinak-jinak belaka. Aqis datang dekat pon, dorang tak terbang. Still maintain makan.

Satu hari tu, Wan ngan Tok tanya, Aqis nak bagi makan burung tu tak?
Aqis kata tak nak, Aqis tak reti.
Wan belikan jugak. Wan senyum, Wan kata, "Nah (sambil letak makanan burung kat tangan Aqis). Bagi burung tu makan."

Aqis: Camna Wan? Aqis tak reti...........

Wan senyum.
Wan: Campak je macam orang tu buat.

Aqis pon campak lah. Yang kelakarnya, style Aqis campak makanan burung tu pelik tau (Aqis rasa lah). Sebab semua burung-burung tu terbangggggggggggggggggggggggggg waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~

Wan ngan Tok gelak je.

Dah tu burung tu tempek balik gi makan makanan yang Aqis campak tu. Alah sayang.

Ada time tu, kami makan KFC.
Tu dia, kat sana pon ada KFC. Ayam dia comey-comey blako. Kecik molek je.

2, 3 hari kemudian, kami bertolak ke Makkah pulak. Masa ni Aqis tak faham, kenapa kena pindah dari Madinah ke Makkah.

Dan hotel kami menginap juga dekat benor dengan Masjidil Haram.
Keluar hotel je memang terus nampak masjid.

Haa yang ni banyak peristiwa terjadi :)

Aqis minum dan ambil air wuduk kat tempat bawah tanah (sekarang tempat tu tutup dah). Sejuk, nyaman sangat bila air tu mengalir dalam tekak dan kena kulit. Jujur, Aqis tak suka minum air zam-zam time tu. Sebab bagi Aqis rasa dia pelik. Tak macam air yang selalu Aqis minum. Bila dah tau khasiat dia, Aqis minta banyak-banyak permintaan kat Allah, then Aqis minum. Hehe zaman bebudak dulu.

Aqis tawaf Kaabah.
Cuaca kat sana sangat terik tapi tak panas langsung. LANGSUNG!
Masa Aqis tawaf ngan tok, Aqis tengoklah stokin Aqis (stokin Avon Strawberry Shortcake warna putih), hitam legam haa tapak dia. Sebab Aqis rasa macam panas. Tapi sebenarnya tidak.
Ada satu time, Aqis tanya Tok, "Tok, Wan mana?"

Tok: Tu, Wan pergi dekat hajarul aswad. Wan nak cium batu tu.
Aqis tengok lah kawasan Hajarul Aswad tu. Memang ramai orang. Tapi lelaki la. Semua nak sentuh batu hitam. Tapi tak pulak Aqis nampak kelibat Wan masa tu.

Aqis ada satu buku untuk beribadat umrah tau. Pocket size punya. Punya banyak doa, zikir, bacaan dalam tu, yang Aqis paling hafal bacaan time tawaf kaabah tu je. Bila Aqis baca kat Tok ngan Wan, punyalah Aqis seronok sebab Wan ngan Tok kata, "Pandai Aqis", sampai baca tu je sepanjang Aqis tawaf di sana. Hehe

Wan ada ajak Aqis ziarah makam Rasulullah tapi Aqis takmau masa tu. Sayang.....
Alasan Aqis, sebab makam Rasulullah kat bahagian solat lelaki. Kena lalu sana.

Aqis ngan Tok ada juga solat depan Kaabah. Betul2 depan Kaabah. Dengan matahari kat atas kepala, dengan orang ramai tawaf tapi Alhamdulillah tak jadi masalah untuk solat di situ. Apa yang Aqis fikir time tu, "Ooo Aqis solat kat rumah, rupa-rupanya hadap ke sini. Mama papa, semua orang.........." Haa camtu.

Then kami buat sa'ie. Aqis jalan ngan Wan dan Tok.
Tiba kat satu check point, ada lampu kaler hijau tau kat atas tu, Aqis nampak Wan berlari2 anak. Then Aqis nampak ada sorang lelaki ni tolak kerusi roda, dia pon berlari sambil tolak kerusi roda tu sekali. Banyak perkara Aqis tanya Tok dan Wan kat sana. Kenapa camtu, kenapa camni. Half way, Aqis nampaklah ada sebahagian atok, nenek yang kepenatan kat hujung jalan tu. Dorang duduk atas batu besar, hilangkan lelah. Termasuk Tok pon berhenti rehat. Aqis yang semangat betul.

Ada time kami solat dalam masjidil haraam, Aqis solat sebelah Tok dan sorang wanita Arab ni. Wanita Arab tu tinggi sangat. Lepas solat, wanita Arab tu pandang Aqis then senyum kat Aqis ngan Tok then dia speaking Arab. Tu diaaa. Aqis tengok jela dia, Aqis nak buat apa lagi haha. Tetiba dia habis cakap, dia pegang pipi Aqis, dia cium dahi Aqis. Dia nak ke saf lebih depan rupanya.
Aqis ingat sangat perkara tu. Macam manalah Aqis tak rindu suasana kat sana :')

Apa lagi?
Haa Wan sangat generous. Memang, Wan kami saaaaangat generous.
Tok kata takyah la beli barang banyak2 tapi Wan beli jugak. Alasan Wan, setiap cucu kena dapat benda yang sama. Masa tu berapa tah cucu Wan. Masuk satu kedai, nampak gaun, haaa 10 helai beli. Gi pulak kedai cincin, haa beli banyak2. Semua untuk anak cucu. Baiknya Wan.

Diary nak tau?
Masa Wan ada dulu, Aqis sangat sangat sangat rapat dengan Wan. Kalau Aqis sedih kena marah ke, nak makan ke, Aqis cari Wan. Minta 20sen hari2 nak beli keropok Mamee tu haha.
Wan tak pernah tak layan Aqis.
Diary, Aqis nanges ni hahahahahahah

Aqis rindukan Wan....................................

Pasal kereta remote control tu?
Hehe Aqis dapat laaaa. Warna biru kereta tu. Wan tanya, Aqis reti ke main ni kalau Wan beli?
Sungguh2 Aqis jawab, nanti boleh tengok kat kotak tu nak main camna. Sekali balik Malaysia haa hamek kau, jahaman kereta biru gua. Nak kereta mainan, tapi tak reti control remote dia, acannoooooooooooooo?

Sepanjang kat sana, sekali je Aqis dapat call Mama.
Masa Aqis call tu pukul 12 noon. Mama kata kat sana malam pukul 11pm dah. Mama ngah tunggu papa balik kerja.
Aqis cerita kat mama yang Aqis ada satu buku kecik, diary Aqis. Aqis kata Aqis nak tunjuk kat Mama bila Aqis balik nanti.

Sebenarnya Aqis tak berapa ingat pasal buku kecil ni tapi Tok ada cakap yang Aqis memang ada buku ni. Tiap kali Aqis balik hotel, Aqis akan tulis dalam buku tu. Apa yang Aqis buat. Aqis pergi mana. Semuanya. Tok kata Aqis kata kat Tok yang Aqis nak tunjuk kat Mama bila Aqis balik nanti.

Aqis bawa bear gi sana hehehehehehe
Tiap kali nak ke masjid, air cond pasang tau. Katil Aqis tengah-tengah. Tok belah kanan Aqis. Wan katil belah kiri Aqis. Aqis akan selimutkan bear Aqis dan kata, "Bear, kakak nak pergi masjid. Bear tidur ye" Dan perkara tu masih berlanjutan sampai sekarang eheks

Ada masa Aqis akan rasa penat. Jadi Aqis akan tidur dalam hotel je. Tak Wan, Tok yang akan teman Aqis. Begitulah sebaliknya. Wan ngan Tok jaga Aqis ngan baiiiiiiiiiiiiiiik sangat :)

Kami juga ada ambil al-Quran yang diwakafkan. Banyak!
Al-Quran tu masih ada :)

Rasanya ni sedikit sebanyak yang dapat Aqis cerita pengalaman kat sana. Pengalaman budak umur 7 tahun hehe :)

Salam Aidiladha :)

Thursday, 20 August 2015

Selamat Hari Lahir, Balqis Faiqah!

Assalamualaikum wbt.

10 Ogos 2015.

Masya Allah rasa macam macam-macam muqadimah Aqis nak buka ni hehe.

Perasaan sambutaan birthday yang sayu bagi Aqis :') but indeed Allah dah ganti semua tu dengan kehadiran orang sekeliling Aqis yang sangat supportive!

Mereka buat Aqis tersenyum kembali Alhamdulillah.

AQIS DAH 22 TAHUN LAH! hehe <3

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Balqis Faiqah binti Zainuren
Allah selamatkan kamu

Nyanyi untuk diri sendiri je huehueh

Alhamdulillah
Masih bernafas lagi Balqis Faiqah.
Allah masih beri lagi peluang untuk menyebut namaNya
Peluang untuk melakukan ibadah kepadaNya.
Peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Yang terbaik in shaa Allah :')

Sepatutnya Aqis pergi keluar dengan Atin. Sedap-sedap tengah gosok tudung, mama dan papa balik.

"Siap, siap. Nak keluar."
"Nak pergi mana?"
"Jalan-jalan."

Terus mama kata nak g Restoran De Manggis.
Alhamdulillah Allah beri rezeki.

Untuk makan. Untuk minum. Untuk jumpa mereka yang Aqis sayang :')

---------------------------------------------------------------------------------

Then Alhamdulillah Atin pon belanja makan. Kat Food Jam.
Kembung perut Aqis. Alhamdulillah :)

Sebenarnya kisah dia cemni.

Atin kan memang nak keluar dengan Aqis untuk beli kasut. Then Aqis minta tangguh esoknya sebab Aqis nak keluar dengan family kan.

Esoknya kitorang keluar lah.
Atin tanya Aqis nak makan apa??

Aqis pon macam. Haa? Bukan kita nak beli kasut ke?
Haa cemtu.

Atin kata rupanya Atin dah beli online dah kasutnya.
Masya Allah.

Adalah Aqis expect sebenarnya (hahahahahahha) tapi takdelah terus gi makan.
Terkedu jugaklah.

Atin beli Aqis kek slice Secret Recipe tu haa.
Then makan kat Food Jam pasal Aqis kata nak makan Western (hhahahahahah lagi)
Demand betol.

Ala sekali sekala heheh.
Tapi takdelah selalu heheh

-----------------------------------------------------------------------------

Sue pulak balik je dari matrik, belanja Aqis roti naan. Makannya 2 orang. Ordernya 3 roti naan!

Naan kosong
Naan garlic
Naan cheese

Masya Allah sisterrr.
Makan ke hape tu sisterrrrr?

In the end, terima kasih mama papa kurus Yana sue adik2, sahabat2 kawan2. Jujur, Aqis sangat sangat sangat menghargai setiap doa kalian, setiap perbuatan kalian terhadap Aqis :')

Macam mana kalian doakan Aqis masa hari jadi Aqis. Moga Allah Mendengar ya :')

Selamat Hari Lahir buat Balqis Faiqah binti Zainuren <3






Saturday, 15 August 2015

Thursday, 13 August 2015

Laman e-Rayuan UPU

Assalamualaikum wbt.

Hai apa khabar? :)

Dah tau kan result UPU untuk STPMSetaraf dah keluar?
Sayangnya, Aqis kena buat rayuan balik.

Kan ada 2 pilihan kali ni kan.
Tengoklah, jika ada rezeki, sudah semestinya Aqis akan kongsi di sini in shaa Allah :)

So, bagi sesiapa lepasan STPMSetaraf, boleh buat permohonan rayuan di link ni:
Laman e-Rayuan UPU

Then ikut je arahan yang diberikan.
Selamat berjaya! :)

Friday, 31 July 2015

ImaanBalqis

Assalamualaikum wbt.

Diary, Aqis demam ni. Bulan ni je dah 2 kali demam. Tadi kat tempat kerja, masya Allah menggigil Aqis. Sampai nak jalan pon berpeluk tubuh. Tak daya nak buat apa-apa. Alhamdulillah ni Aqis dah makan ubat okay sikit dah :)

Diary, Aqis nak tunaikan impian Aqis sejak dari sek menengah lagi. Aqis nak jual tudung. Aqis nak buat apa yang Aqis minat.

Alhamdulillah diary, Alhamdulillah.

Allah dah bagi rasa sabar dalam hati Aqis untuk terus bertahan sehingga ke hari ini. Camna Aqis kawal nafsu dari beli barang-barang bila pergi window shopping. Semua tu Diary. Aqis tahu, Aqis nak buat sendiri pakaian untuk Aqis bila Aqis tengok baju-baju, skirt, shawl. Aqis kalau boleh nak elakkan membeli. Biar rasa puas hati.

Diary, tengok ni.

Label shawl Aqis <3


Alhamdulillah all praise upon Him :)

Kenapa ImaanBalqis?

'Balqis' tu sudah tentunya nama Aqis sendiri <3

Tapi 'Imaan'?

Aqis sangat menyukai, SANGAT SANGAT sayangkan nama tu. Satu hari nanti, andai Aqis ada anak perempuan, Aqis nak letak nama 'Imaan'. Subhanallah. Aqis fikir, andai bangun jatuh, Aqis nak jaga ImaanBalqis ni umpana anak Aqis sendiri. Sebab nama dia Imaan kan. Hehe <3

Doakan Aqis mampu kukuh berdiri dalam bidang ni. Dalam bidang yang Aqis terlampau minat!

Ps: In shaa Allah esok Aqis bakal jalan ujian MUET. Berdebonyeeeeeeee. 2 Ogos ni plak result UPU keluar. Masya Allah.

Esok jom pi cari kain! <3

Sunday, 26 July 2015

Lullaby (thinking of Him)

Assalamualaikum.

Dear heart,
Do you know something?

It's hard to forget.
Even tho you want it to.

It's just so hard.
Probably the one who should let it go is me.

Me, myself.

Dear you whoever read this,
Being silence doesn't mean that I don't care

And by being silence surely, won't solve any problems.

Being silence for a reason is a good thing.

But how's it supposed to be?
How's the result by being like that?

Oh, dear heart,
You've Allah.

Put your trust in Him.

Losing someone, its mean to remember Allah as a major thing in your life.

Keep husnudzon.

Tuesday, 21 July 2015

Posto tengah malam

Assalamualaikum wbt.

Esok kerja, Balqis dah kenapa takmau tido lagi?

So Alhamdulillah masuk harini (1.06am) dah raya Aidilfitri ke 6 dah.
Setiap hari yang berlalu dalam bulan Syawal kali ni, syukur Aqis panjatkan kepada yang Esa. Semuanya kelihatan hampir sempurna. Maksud Aqis kebahagiannya :)

Sebab apa?
Tetamu kali ni bagi Aqis, ada sahaja yang datang. Seronok! Walaupun Aqis tak banyak buat kerja, Sue je banyak heheh (sorry tuwaya) still Aqis rasa bahagia. Alhamdulillah.

Iyelah. Sue balik cuti raya. Berjumpa dengan setiap orang yang Aqis sayang masya Allah. Walaupun selalu jumpa, perasaan kemenangan Syawal ni lain macam tau. :)

Diary,
Awak nak tahu? Sepanjang ketiadaan Aqis di sini, Aqis planning untuk lunaskan impian Aqis yang dah lama Aqis simpan. Haritu Aqis tulis dalam diary nyata Aqis, dalam buku. Aqis terjumpa!

Ni Aqis tulis kat diary nyata Aqis pada tahun lepas ke tak silap.
Saje Aqis ambil gambarnya. Untuk bagi semangat dalaman in shaa Allah :)

Nanti Aqis story lebih lagi mengenai ImaanBalqis okay, diary :) <3

Diary,
Aqis sudah pun mengadu pada Allah, ni Aqis nak mengadu pada diary pula ya.
Aqis sebenarnya rasa hiba gila hari ini. Aqis td adi pergi pasaraya. Nak cari bunga kantan, penat betul Aqis, tak jumpa-jumpa. Hmph hmph. Boleh keluar lagu jiwang, Aqis gi jalan slow-slow, ingat nak buat clip video apa, pastu hujan turun rintik-rintik? Hahahahahah. Cepat-cepat Aqis tersedar.

Petang tadi, ada saudara dari Kuala Selangor datang.
Mak lang dan 2 orang anak perempuannya solat dalam bilik Aqis. Diary, dorang nampak baju Aqis tergantung, mesin jahit. Dorang ingat Aqis business baju. Hehe. Aqis kata Aqis jual tudung. Tapi belum release lagi. Uuuu. Aqis kena mantapkan skill komunikasi dalam berniaga la Diary.

Akaknya kata adiknya tengok gaya Aqis pakai shawl. Aqis pakai biasa je pon. Style lilit satu kali je. Dorang nak tengok tudung Aqis. Aqis pakaikan shawl ImaanBalqis tu kat akaknya. Camna nak bagi muka nampak bujur, lilitan yang kemas, etc. Alhamdulillah Subhanallah Aqis bersyukur sangat, Diary. Sekali 3 helai dorang beli! Alhamdulillah.

Di saat tu, satu je Aqis fikir. Aqis mungkin/bakal kehilangan sesuatu/seseorang yang berharga dalam hidup Aqis tapi Allah dengan pantasnya hadiahkan ke Aqis rezeki yang Aqis sendiri tak duga. Masya Allah hebatnya Allah :') Air mata Aqis keluar sikit ni, Diary......

Takpelah. It's okay.
Mungkin kehilangan yang bakal Aqis hadapi sebagai petanda untuk Aqis lagi ingat Allah. Supaya menjadi manusia yang terus bersyukur. Menjadi manusia yang berusaha untuk menjaga akhlaknya, in shaa Allah.

Aqis lalai banyak sangat dah sebelum ni.
Jika ini cara Allah untuk biarkan Aqis sendirian, maka Aqis redha seredhanya.

Semoga Aqis sentiasa tetap dalam pendirian Aqis yang baik-baik.
Semoga Aqis dan adik-adik serta muslimin muslimat kat luar sana menjadi seorang yang soleh/solehah. Aamiin.

Ok lah diary. Aqis tidur dulu ya. Tadi taknak menaip sebenarnya, Sebab dah mengantuk. Tapi nak taip juga hehe ;')

Semoga hari esok menjadi lebih baik dari hari-hari sebelum ni :)

Assalamualaikum wbt.

Menjadi wanita terbahagia

Assalamualaikum wbt :)

Buat mereka yang sedang bersedih hati.

Setiap kesedihan yang kamu hadapi, pasti akan ada penghujungnya. Pasti. Kerana ianya akan diganti dengan suatu perkara yang lebih baik. Tidak kiralah dalam bentuk manusia, harta benda, atau jua rezeki yang tak tersangka.

Berlapang dada lah dengan setiap ujian yang dihadapi.

Andai kamu bersedih, maka pejamkan mata.
Bayangkan kembali setiap nikmat yang pernah Allah berikan kepadamu. Jadilah manusia yang bersyukur di saat kesukaranmu.

Semoga kamu mampu tersenyum kembali :)

Love, Balqis.

Friday, 17 July 2015

Eid 2015 // 1436H

Assalamualaikum wbt.
17/7/2015 @ 1 Syawal 1436H

Today is 1st of Syawallllllllllll. Masya Allah excitement feeling going to burst out! :D

Alhamdulillah setelah 29 hari kita menahan pelbagai nafsu yang kita ada di bulan Ramadha, hari ini kita meraikan pula Hari Raya Aidilfitri. #syukurselalu

Pagi Syawal, mama dan sue (yeay! su balik!) masak rendang ayam, aqis macam biasa aa. Susun perabot kat depan, sapu2 alahaiii kiranya mengemas bahagian ruang tamu la. 1st time mama bagi kepercayaan kat Aqis untuk menata rias bahagian tu. Biasa mama yang buat. Rasa cam mama baca je blog Aqis ni. Yelah. Kan antara wishlist, Aqis nak deco rumah sendiri kan :) Alhamdulillah Allah bagi Aqis rasa awal :)

Pagi raya, kitorang masih mengemas rumah! Hahahaha. Rock an. Keluarga Acu Bob (adik mama) ialah tetamu pertama kami :)
Lepas ambil gambar, beraya, sembang2, makan2, kami dua keluarga sepakat untuk ke Tanjung Karang. Kampung belah mama. Acu Bob gerak dulu pasal kami tunggu papa balik daripada solat Jumaat.

Alhamdulillah untuk raya tahun ni, keluarga kami bertema kaler coklat tua.
Raya pertama banyak jugalah gambar diambil. Mama's request hehe. Alaa guna Oppo je pung. Heheh.

Harini je dah 4 buah rumah kami jelajah. Esok ada lagi ni sebab harini punya tak habis lagi ahaks.
Alhamdulillah, Aqis pon dapat juga duit raya seringgit dua. Wuwuwu. Jadilah nak. Syukur. Ada orang tak mampu bagi pon. Takpe, tujuan raya kan nak mengeratkan kembali ukhwah persaudaraan. Duit raya hanya adat :)

Baju raya Aqis tahun ni, Aqis designed sendiri.
Bila baju ni dah siap kan, FynnJamal ada lancarkan jubah FYNNJAMALRTW kan, boleh plak hai sama pattern kat bahagian tangan tu. Itulah, keluarkan ideamu Balqissss. Spend it out to world! ^^











 Salaam Eids' from our family :)