Tuesday, 19 March 2013

smoothies (balqis tak diet)

Assalamualaikum

semalam aqis ade bukak belog cikepal, dan balqis terlihat syurgaaa di dalamnyaaa~ wahaahha. ok melampau. aqis tengok smoothies aa. dulu selalu jugak lah tengok resepi ni. tapi tak pernah keinginan nak hafal. al maklumlah. balqis memang suka tengok rancangan makan tanpa mempedulikan resepi yang diberi. terbaekk balqis! haha. tapi sekarang adelah kena rajin-rajinkan diri tengok resepi, walaupon hati rase, "cepatlahh. aku nak tukar tengok cerita Pirates of the Carribean pulak nihhh." tapi steady depan rancangan Chef Wan, Anna Olson. lagi terbaekk balqis~! haha. jangan first-first je ye balqis. awak tu dah besar panjang dah. jangan nak malas-malas sangat.

okkkkkkkkk~

balqis pon nak jugak lah try buat smoothies ni. ape selehnya sesekali berserepan ele-ele mat selehh ey? ( loghat mat seleh sikit :p ) cuma kali ni. smoothies versi aqis aa. cik epal nuh buat ade stoberi bluberi bagai semua. mana nak cekau stoberi pagi-pagi ni balqis oii? boleh tak aqis naik Cameron Highlands semata nak cari stoberi buat sarapan pagi ni? heheheh. tak de laaa.



hah! ni lah benda alah smoothies ciptaan aqis ni. al maklumlah. sebenarnya, yang hado buah pisang n epal je kat rumah ni. muahahah. yang lain, timun, tempoyak, etc2. nak ke masuk tempoyak dalam smoothies? nak try? (ade yang tengah cakap "eeyuwww~!" tak sekarang ni? hihi!) so! ikut tekak aqis sedap je sebab aqis dapat rasa kerangupan epal hijau nuh. ditambah lagi rasa lemak-lemak pisang dan dicampur air mango yogurt tuh. pehhhh. memang I tambah 2 cawan lah kan (balqis memang suka habiskan sekaligus kalau buat benda-benda blended camni).

resepi ikut dan sendiri:

pisang
epal hijau
air mango yogurt (aqis beli jenama TESCO punye)

then kisar kisar kisar. siap! selamat meminum! :)


Sunday, 17 March 2013

Si Dia :)



Assalamualaikum


ok balqis?

balqis sebenarnya tak suka nak cerita cintan cintun ni sebenarnya. tak tau den nak kobar camno. setakek kek mama den, adik den, kawan-kawan rapat den buleh la. ini tayangan umum, memang den it's a fail, it's a fail lah. 

woii. balqis ade pakwe! balqis ade pakwe! yekeeeeeeeeeeeeee.... muahahhahahh. adakah betul atau adakah auta semata???

hmm. just a note lah untuk diri ini :')

Friday, 15 March 2013

happy birthday adik!

Assalamualaikum

weh adikku yang tercinta. kau sekarang dah berganjak ke angka 16 kan. kecik beso kecik beso je akak tengok kau. weh su! kau tau tak perasaan akak masa kau kata nak ke asrama? insyaAllah kalau jadi. well, depan memang akak sedih tapi gelak-gelak. akak main-main. but inside of me, akak fikir. camna akak balik, kau pulak takde? dengan sapa akak nak bergusti nanti? dengan sapa akak nak bertekak mulut nanti? haha :'D kate kental, Balqis!

sekental-kental akak, I am still a lady u knows. punyai feelings and sentimental yang mendalam. dalamlah sangat! hahahaha. but at the end, akak tau. ini untuk kepentingan kau. masa depan kau lagi. add math, physic, bio sume jadah-jadah ni su. bende ni kau sebut je, truly, I am pening-pening lalat dan boleh membawa ke tahap di mana akak akan ubah topik lain bila berbual ye. hahaha. kau nak cite ape, cite jelah.

weh su, kau ni. tak pernah kata kau rindu kat akak tau. tapi takpe. akak tak kesah pon. baik gile tak akak post pasal kau? alah, akak anggap benda ni macam diary kecil akak jugak aa. ke gile yang baik? --------------------- ok merepek macam kerepek.

HAPPY BIRTHDAY HAIQAL QADRINI!
MAY UR WISH COME TRUE. INSYAALLAH :)
i love you :)


Monday, 11 March 2013

Balqis versi kartun?

Assalamualaikum

ini ialah Balqis yang dilukis oleh rakan sekelasnya. sungguh baik hati rakan kelasnya itu. Balqis hargai ini. pesanan Balqis, terima kasih sebab lukis gambar Balqis instead jadi 'BALQIS ORANG LIDI'. huhuhu.


Tuesday, 26 February 2013

alis dan papa

Assalamualaikum

hari sabtu.

alis merajuk.

papa: kenapa....?
alis: alis tak nak pergi sekolah esok. (sambil buat muka seposen)
papa: ok............... (senyum) esok tak nak pergi sekolah pon takpe........

satu family gelak terkekeh-kekeh. ngehngeh. terasa nak gelak sekali lagi.

Friday, 22 February 2013

hijabi

Assalamualaikum! :)

lets this talking and represent ME :)

girls,
credit: weheartit.com



eventhough the skater wearing veil or scarf..
tak menghalang langsung dia nak zass sana, zass sini.

si kecik ni pulak? kan :) anak sapa lah ni. hehe.


 Islam itu mudah. tak pernah Islam nak susahkan umat dia.



muka tak sesuai ke dengan gaya tudung camni? shawl ni buat muka awak 
lagi nampak bulat ke? rase tak sesuai? 
awak, salah ape yang difikirkan tu.

 macam-macam cara boleh dipraktikkan. dont worry, be happy...




satukan pulak dengan cara pemakaian yang sopan :)
credit: kivitz




 some peninggalan barang berharga untuk you alls... :))



muehehe. bawal pon bolehhhh. cara ni paling senang aqis pk untuk pakai tudung.
selalu p kedai runcit depan rumah, rilek je gaya camni.
(saje nak bagi nama YouTube sendirikkkk. kehkeh)













semoga berjaya para-para gadis dan wanita! :)

Wednesday, 20 February 2013

bidadari syurgawi

Assalamualaikum.
sekadar perkongsian balqis untuk hari ini. hee. sesungguhnya bagi seorang perempuan, rasa seronoknya baca nih. (sebenarnya balqis yang rasa. heheh) hei seorang lelaki, apakah perasaan anda ketika membaca ini? anda suka? anda rasa "wahhhhh.. tak sabarnya.." atau anda rasa, "haishhh, ini seronok beronok ronok!"

hehe. wahai kaum Adam, sahutlah cabaran untuk jadi lelaki yang macho, hensem, kacak bergaya, bijak geliga, baik akhlak, etc2 dengan LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI DENGAN SEBAIKNYA. ada bran? ada bran? heheheh.

*p/s: kaum hawa, samalah kita sebenarnya pongggg. nyehnyehnyehh~ kepala kenyeh. 



"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." (Al-Waqi’ah:22)

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin." (Ar-Rahman:56)

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan." (Ar-Rahman:58) 

"Dalam Syurga itu terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya." (Ar-Rahman:70)

“Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, yang tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.” (Ar-Rahman:72)

"Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman:74) 

“KAMI kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (At-Thur:20)

"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya." (Sad:52)

"Demikianlah keadaannya,  dan KAMI jadikan teman mereka, bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya." (Ad-Dukhan:54)

"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah matanya." (As-Saffat:48)
  
"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan ciptaan istimewa, Dan kami jadikan mereka perawan (yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa). Penuh cinta dan sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah: 35-37) 


"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, iaitu kebun-kebun dan buah anggur dan bidadari yang sebaya umurnya.” (an-Naba’: 31-33)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya macam bulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, di mana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang licin itu.” (HR. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (HR. Ath-Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas ra, Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya bidadari nanti akan menyanyi di syurga, bidadari yang cantik disembuyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)

Dari Abdullah ibnu Mas’ud ra, Nabi saw. bersabda, “Kelompok pertama kali yang masuk syurga, wajah mereka bercahaya bagai bulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi setiap orang dari ahli syurga itu diberi dua bidadari syurga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan, shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745) 

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (HR. Thabrani) 


Wallahu 'alam, sekadar perkongsian ya anak-anakkk~