Saturday, 11 January 2014

Komik "Usaha Tangga Kejayaan"

Assalamualaikum wbt.

Ini komik sempoi punya~


Ily ialah seorang pelajar tingkatan 5 di SMK AAA. Ily seorang pelajar yang baik hati tetapi Ily ada satu tabiat buruk. Ily tak suka belajar. Ily tak minat. Bila buka buku, automatik! Ily jadi malas. 

Ily si rambut kuning.

A
Bebear: Ily, tak faham nanti kita belajar sama-sama ya. Awak tak faham, bagitahu lah.
*Ily bosan. BOSAN BOSAN BOSAN STUDY! Arghh! Tapi Ily selalu perhatikan bebear belajar.

B
Ily: Boleh ke aku ni? Macam malas. Ahh! SPM nak dekat. Yang nak berjaya ni aku. Ish, Ily Ily~

C
*Ily mula sesuaikan dirinya untuk belajar, ikut kefahaman dan keselesaannya.

D
*Ily buat study group. Ily ajak kawan-kawan sekali.

E
*Ily berjaya! Alhamdulillah. Ily tamat study dengan cemerlang! Sukanya, gembiranya mak ayah Ily.

F
*Ily usaha. Tapi tanpa doa, ikhtiar, juga bantuan orang sekeliling, sukar juga Ily untuk buat keputusan memajukan dirinya ke hadapan. 


Thursday, 2 January 2014

Adib Fahim. This is a birthday's post for you.

Assalamualaikum.

Harini hari jadi Adib Ayyim. In which Ayyim was spelled like this-----> Fahim. I do like to change people's name! Tapi bukan yang bawa maksud teruk-teruk aa.

Huih, bila masuk umur 21 tahun ni (sekarang memang tak malu mention umur. Tunggu makin naik nanti. Tengok ah. Berani bubuh ke tak. Haha), kakak makin membesar, adik-adik pon makin membesar.

Adib! Kakak buat post ini dengan harapan Adib akan baca lah bila besar nanti ya. Walaupun akak tau, boys tak suka baca something yang panjang.  Yekeeeee? Ok tepuk dada tanya selera.

Adib Ayyyim~~~
Adik kakak dah masuk umur 8 tahun ni. 10 tahun lagi, jadi 18 tahun pulak. Kakak tak tau apa cita-cita Adib yang sebenarnya sebab Ayyim suka tukar-tukar tapi takpelah. Survey la cita-cita adik dengan sebaiknya ya. Adib kecik lagi ni. Dah besar, Adib faham lah tu. Kan 'Fahim' bawa maksud 'yang faham' kan dik. So biarlah selari nama dengan maksudnya ya. Amin.

Adik! Kakak sayang adik. Kakak tak buat video dah. Kakak malas. Sekarang macam-macam lah kakak kena buat. Adik, mana yang baik sikap & sifat dari seluruh ahli keluargamu, mahupun dari insan sekelilingmu, teladanilah ya. Bila besar jadi insan berguna. Bukan untuk diri sendiri je. Untuk agamamu, keluarga, guru-guru, sahabat, kawan, dan masyarakat ya dik.

Ayyim.
Cipta nama sebagai insan cemerlang, bertaqwa. Mama dan papa pon mesti nak benda yang sama. Jangan degil-degil lagi. Jangan keluar rumah senyap-senyap pergi main kat rumah tok, main kat tempat rumput, main bola dan segala aktiviti yang Ayyim dan Abang suka buatlah. Lain kali nak keluar, CAKAP. Kakak malas nak membebel kat sini. Too public, too public. Miahahahaha.

Ayyim.
Boleh periksa dapat nombor yang cemerlang? Nak main, mainlah. Play hard, study smart jugak dik. (pesanan untuk kakak jugak. huhu). Haa, paling penting! Solat. Jangan sesekali tinggal solat. Jadi imam gilir-gilir dengan Abang. Solat jangan nak laju je sebab nak tengok tv. Kakak suruh papa potong Astro tu kang. Bahagi sikit, cerita kartun dengan cerita berfaedah lain. Faham dik?

Ayyim.
Kakak tau kakak garang. Teramat garang. Garang kakak ada sebab. Orang tengok macam hape je kakak ni an. Tapi percayalah, kalau orang tu duduk rumah sekali dengan kita selama seminggu, dia mungkin tau kenapa kakakmu perangai camni. Jangan risau. Kakak cuba untuk kurang ke'raksasa'an akak dan digantikan dengan kakak yang selembut sutera.

Kakak tau, kakak membebel lagi sekarang. Di mana kakak akan berhenti untuk menaip sekarang jugak. Ok. Itu sahaja. Panjang umur, jumpa lagi adik.

Mama, papa, kakak, sue, abang dan alis, semua sayang Adib. Adib kena tau tu.

Sanah helwah Adib Ayyim.
May Allah bless you and granted you Firdausi. InsyaAllah. :)


Monday, 30 December 2013

2014. Apa azam aku?

Assalamualaikum warahmatullah.

(28 Safar 1435H)

Rasanya baru kelmarin 2013 mengintai masuk. Esok tibanya tarikh keramat 1.1.2014. World Cup kan. Haha. Aqis pon dah masuk 21 tahun. Pergh. Mana perginya usia belasan tahunku dulu-dulu tu? Sampai hati tinggalkan i-olls tau. Well, hidup perlu diteruskan. (sambil buat muka serius. Really, aqis serius ni)

Masihkah aku hidup esok? Mungkinkah ni last post aku? Wallahu'alam. Hanya Allah yang mengetahui.

Azam.

Cakap pasal azam tahun baru ni, hmmmmmmm. Ada ke aku, azam ni? haha. Yang lepas pon entah langsai ke idak. The truth, previously aqis tak suka nak azam-azam bagai ni. Kau azam benda sama, tapi jadi ke tidak? Ada kesungguhan ke dalam keazaman tu?

Setiap manusia ada pendirian dia masing-masing Balqis. Tak yah nak emo sangatttttt~

Azam.

:)

Ya. Balqis ada banyak azam untuk diri untuk tahun ni. Dan kemungkinan akan improve for the next next next year lah ya. InsyaAllah. Tak perlu kot Aqis nak habaq mai. Biar diri yang tahu, untuk motivasi dirilah kiranya. Dan moga Allah juga redha. Tu paling penting. Jadi, marilah menanamkan azam baru di tahun baru ya.

Azam, azam jugak. Jangan mula-mula je. Lama-lama, bersawang. Jangan. Nak tau? Semua manusia tu seorang yang berjaya. Cuma sifat negatif je yang menjadi penghalang. Albert Einstein pon pelajar kurang bijak masa sekolah dulu. Tengok lah dia lepas tu. Lagi satu, contoh paling bagus, Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Masa kecil, apa sangatlah baginda ada. Dekat Luh Mahfuz dah sedia tercatat, baginda bakal menjadi Rasul masa umur 40 tahun. Tapi masa kecil, baginda hidup susah gak. Mengembala kambing. Ada orang nak kerja camtu sekarang? Kembala kambing pon boleh untung maa. Dapat berkat Allah lagi kalau kamu betul-betul ikhlas dalam pekerjaan. Ah, kerja apa-apa pon kan. Asalkan tak haraam.

Contoh: kembala kambing boleh dapat susu, makan daging dia, biakkan kambing tu, dapat hasil berganda-ganda dan banyak lagi la. Silap-silap haribulan boleh bukak pusat ternak kambing sendiri. Tak ke.......? So, selamat memotivasikan diri sendiri ya korang. Ni i-olls bagi contoh.

Hmm. Apa Aqis nak taip lagi ni? Dah la. Sampai sini jela. InsyaAllah next time, kita jumpa lagi ya diary mayaku. Adios amigos! Assalamualaikum.

Selamat membina diri menjadi manusia bestari ya! ^^

Friday, 6 December 2013

Learn.

Assalamualaykum people.

If you are not good in something, dont give up.


Learn.

Friday, 1 November 2013

Solat is the way to meet Allah. :)

Assalamualaikum peeps. :)

You know?

It's hard to wake up in dark of the morning to perform Suboh. Ask someone to alarm you.


It's hard to perform Zuhur at the noon because you are too busy doing work. 


It's hard to perform Asr in the evening because you are already sleepy. (Time to tidur petang mayn!)

It's hard to stand on sajadah for Maghrib because you are watching movie. (I've paid for the ticket! And the movie start at 7.30pm)

It's hard to perform Isya' because I'm too lazy?

People, please read Yassin terjemah if you are too strong, too brave, too powerful enough to leave this 5 prayer time to meet Allah.



Saturday, 26 October 2013

Hijab.

Assalamualaikum.

Hijab. Women.



Sister, the same way your beauty doesn't fade when you're wearing a Hijab.

Whoever leaves something for Allah, Allah will substitute for him/her something much better.

Sunday, 20 October 2013

Smile is sunnah.

Assalamualaikum.

Senyumlah kalian jika tiada wang ringgit yang mampu diberi. Sesungguhnya satu senyuman bisa memberi keceriaan yang tiada tara nilainya.

Spread the love. Spread the deeds. 

“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Baihaqi).