Monday, 24 November 2014

I wish I could. I wish~~

Assalamualaikum wbt.
This is a post from sister Yasmin Mogahed (famous Islamic motivator).
If you are trying to get over a person you can’t be with, treat it like an addiction:
1. Cut yourself off from the drug completely: Cut off all communication and reminders–even if that means blocking numbers, emails, a Facebook profile, and stop checking their Facebook! This is your detox.
2. Replace it with something better: Increase in your thikr (remembrance of Allah) and get closer to Allah. If you aren’t praying your daily prayers, fix that. Pray all and pray on time. Pray qiyam in the last third of the night (just before fajr). Make duaa, tawbah (repentance), cry, plead to Allah. This is your treatment.

Friday, 21 November 2014

Heritage Physiotherapy & Rehab Center Part 1

22.11.2014 / 29 Muharram 1436H

Assalamualaikum wbt.

Saat Aqis taip diary ni, aqis rasa sedih amat.
Semalam ialah last day aqis & kawan2 praktikal. Last tempat di Heritage Physiotherapy & Rehab Center. Masa dihabiskan di sini? 3 bulan chu wollsss. ;'D Arghh I'm feeling so sad yawww. Malas nak cakap an.

Apa yang aqis dapat kat sini?
BANYAK. TERAMAT BANYAK!

Sebelum ni hanyak praktikal di hospital kerajaan. Center ni of course swasta. Suasana amat berbeza dengan Goverment Hospital (GH).

Point nak cakap kat sini?
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Aqis tak lalu nak cerita pasal pengalaman bekerja dulu. InshaAllah ada rezeki, Aqis cerita ya. Haih, orang kental pon kena sedih ke deyyy? Ya benerrr. Gua punya perasaan yang lemah lembut yawww. Hahahahahha. Gelak rasa macam tak ikhlas. Pftt--

Kali ni batch kiteorang 8 orang daripada 12 orang sebab ada problem sikit. Alhamdulillah all praise to Allah, we've done our practical and waiting for next week final exam. Pray for us ya. <3

Antara yang paling aqis akan ingat insan-insan di rehab ni pastinya Kak Sal (pembantu rumah), Atok, Opah, Pn Habibah dan semua of course. Cuma mereka ini antara yang paling terkesan di hati :'''''''''''')

Kak Sal.
Rehab ni berkonsepkan home environment. So pembantu rumah diperlukan. Aqis tak anggap kak Sal sebagai pembantu pon. More to a mother. Tapi versi Indonesia la. Hehe. Paling aqis takkan lupa, mm mm Aqis tengah pantang makan sekarang. Ayam, telur, seafood dan makanan2 tertentu dah sebulan tak ambil. Jadi pagi2 suboh memang kena bangun masak bubur. Hari2 bubur sayur tapi beza2 ah. hehe. Sedih. Takkan nak suruh kawan2 masak. Stok makanan rumah kiteorang more kepada makanan yang Aqis in pantang. If you have any solution, then try to do it until you can. That's what I'm trying to do.

Nakk. Makanan tu banyak. Pandai2 la sara diri ya nak. Haa, ambik nasihat untuk anak. Anak? Awwwwwh. <3
Kak Sal kata on last day kiteorang tu, "Balgis (Kak Sal takleh sebut huruf Q betul2. hihi kak Salll~), ni kak Sal bawak in ikan. Kak Sal adanya ayam. Jadi kau ambil saja ikan kak Sal. Kau tak bisa makan ayam kan.."

Kalau korang, tak rasa macam nak peluk2 ke kak Sal ni? Fikir ramai orang je, gua conrol diri dan hanya mampu ucapkan "terima kasih kak Sal" dan rasa serba salah sebab kak Sal yang bawak dari rumah ikan ni. Kot kak Sal nak makan ke kan. Kak Sal kata, tidak apa2. Waduh2 kak Sal.

Tagline tiap kali balik dari rehab, aqis akan salam kak Sal dan ucap "ANNYEONGGG" bajet2 comel sambil buat tangan bentuk Love. Heheh. Ya benerrr gitu. Kak Sal pon layankan aje. Dengan kak Sal sekali buat gaya macam Aqis. Harus cari pengikut Anyeongg. Hihi. Malu i olls.

Disebabkan kak Sal ni, orang cakap, kak Sal iyakan ajja, jadi bila ada orang kacau kak Sal ke, Aqis marah. Protective la konon. Tak tau, Aqis jadi berani bila kadang dorang ada panggil kak Sal, tanpa ada pangkal 'Kak' tu kan, Aqis marah. Aqis kata hormat sikit, kak Sal tu. Haa tau diam. Pastu sengeh2. Hehe. Bukan apa, benda betul, inshaaAllah kekuatan itu cuba Aqis serap. Kalau tak, Aqis diamkan aja. Cegah melalui hati. Hii.

Opah & Atok.
Opah & Atok ni pasangan suami isteri yang menetap di rehab ni. Depa je pasangan tunggal yang stay di sini. Sebab apa Balqis cerita pasal mereka?

Atok ni patient stroke. Opah mesti kena ada di sisi atok. Kalau tak, Atok tak senang baring. Jeles tau Atok ni. Tua2 sapa kata tak boleh romantik? Kau nak tak nak, malu tak malu je. Hoii. Cakap macam ada pengalaman kan Balqis. Chill.

Ok. Untuk treatment Atok, Fatihah & Balqis yang akan uruskan. Everyday except Sabtu & Ahad.
Ya, Atok ni patient lelaki. Im trying to care of our 'line' well, InshaaAllah.

Atok Alhamdulillah mampu bercakap dah dan suka bincangkan ilmu keagamaan dengan kami. Sambil buat2 treatment tu kan, Atok suka cerita. Pastu loyar buruk pon kuat. Sebab Si Fatihah ni nakal. Ala, nakal gadis2 ni. Kelakar2 je. Hehe. Aqis pulak orangnya suka buat lawak bila perlu, kerja bila perlu waktunya, main bila tengah rehat, belajar bila nak tahu sesuatu. Im that type of person. Childish tapi tetibe boleh jadi serious in moment.

Opah pulak bekas guru. Rasanya opah ni lebih kurang mama je. Mama pon cikgu. Jadi sifat & karakter guru meme tak boleh pisah. Opah suka bercakap. Tak berhenti. Hehe. Bilik opah ada TV, jadi petang2 kiteorang memang suka layan astro Oasis. Boleh plak petang2 selalu ada rancangan motivasi. Layan la nakkk. <3

Tiap2 kali nak balik, opah mesti ada je bekalkan kiteorang makanan. Makanan opah tiap2 hari ada orang hantar. Jadi yang opah tak makan tu, opah kasi ke kiteorang. Aqis tanya jugak la, "Opah kasi ni, malam nak makan apa?"

Haa, ada jela Opah kata dah ada makanan la. Malam Opah tak makan sebab petang dah makan la. Makanan Atok ada, boleh kongsi la. Awww. Sweet tak depa? Kurr kurr kurr <3

Aqis kan sekarang ada health probs sikit, Opah rajin la bagi itu ini kat Aqis. Katanya Opah pon pernah guna, jadi OK. Haii. Jazakallahu khairan Opah Norma. Banyak budi opah kat kiteorang, Pah. Walaupon Aqis mengaku pernah merajok ngan Opah tanpa Opah sedar. Hihihihihihihi. ;)

Aqis ingat, disebabkan kiteorang nak habis praktikal, Opah ada tanya, nak ke kerja dengan Opah? Aqis & Fatihah la. Setelah berbincang dengan lebih detail, Opah & Atok akan stay sahaja di rehab tu. Balqis & Fatihah inshaaAllah mahu langkah ke hadapan lagi, Opah, Atok. Jaga diri baik2 :'(

Bila kiteorang treat Atok, Atok menangis bila kiteorang cakap kiteorang nak habis dah. Opah pon selalu cakap, "Kome habis ni, siapa lagi la nak rawat Atok. Siapa lagi nak urut badan Opah..."

Aduhhhhhhh. Faham kan perasaan gua?.......

Nak cerita, banyak amat kenangan dengan Opah & Atok.
Banyak...



Pn Habibah.
Pn Habibah salah seorang patient stroke dan kehilangan kaki kanan akibat blood clot. (Sesiapa ada ahli keluarga stroke, pastikan anggota badan mereka digerakkan selalu ya. Mereka tak boleh bergerak selalunya jadi darah tak dapat mengalir baik di bahagian anggota badan yang tertentu. Terutamanya tangan & kaki).

Mula2 treat Pn Habibah dulu, Fify (Assistant Physio) yang take over. Aqis hanya bantu yang mana patut. Lama2 Alhamdulillah Aqis diberi kepercayaan untuk take over Pn Habibah dengan bantuan junior2 jikaFify on leave.
Jadi pape, memang rajin bersembang dengan Pn Bibah meskipun ada rasa penat. Yela, hari2 treat benda sama, korang penat tak? Untuk buang persaan tu, Aqis fikir je, Aqis nak kasi Pn sembuh. Apa la function belajar Physio kalau malas buat itu ini. Jadi Aqis cuba elakkan dari fikir perkara camtu berulang kali.

Copp! Kalau Aqis la kan, asyik fikir camtu, cuba kalau mama/papa sakit atau dah tua nanti. Nak ke Aqis ada rasa boring nak jaga depa? Doa moga Aqis bisa jadi anak Solehah. Buat kalian jua. Aamiin.

Peristiwa dengan Pn yang paling Aqis akan ingat sampai bila2?
Hm hm sebenarnya Aqis malas nak cerita benda yang negatif dalam penulisan Aqis. Nanti Aqis ingat. Tak suka. Takpelah.

Adat di tempat kerja kena tegur/marah. Yeah, jarang Aqis kena tapi Balqis terkena. Ini pon sebab misunderstanding. Agak nangis jugak la. Dengan Baba. P dapo pastu nangis an. Hahahahaha. Aqis ingat, Opah tanya nape, Aqis telengkup je tangan Aqis. Tak pandang depan dah. Tak cakap apa2 pon. (Minta maaf la pastu dengan Opah sebab tak jawab soalan Opah.) Heh.

Dan Aqis diberitahu, Pn Habibah menangis kat depan tu, sebab Balqis & Baba kena marah. Ya Allah, sebaknya rasa masa tu Allah je yang tahu. Aqis bukan apa. Dalam kesenangan/kesusahan Aqis, masih juga ada orang yang memikirkan Aqis. Alhamdulillah, Allah memang tak pernah lupa akan hamba-hambaNya.

Alhamdulillah juga, lepas peristiwa tu, Aqis sendiri jumpa insan yang berkenaan untuk terangkan perkara sebenar/misunderstanding tu. Jujurlah, Aqis tak suka untuk bermusuh dengan sesiapapun walaupun Aqis tahu Aqis di pihak yang benar/sebaliknya.

Kuncinya satu, SABAR DAN JANGAN MUDAH MARAH.

BAYANGKAN BILA KITA MARAH, KITA MESTI NAK UNGKAP PERKATAAN YANG TAK ELOK TANPA KITA SEDAR/BOLEH KAWAL. SYAITAN DI BELAKANG BERTEPUK TANGAN MELOMPAT-LOMPAT TANDA KEMENANGAN.

CAKAP MEMANG SENANG, KENAPA TAK USAHA DULU? 
BARU KITA BOLEH JUDGE YANG KITA BOLEH ATAU PON TIDAK.




Sunday, 9 November 2014

Rindu.

10112014 / 17 Muharram 1436H

Assalamualaikum wbt

Aku rindu.
Entah kenapa.

Kuat.
Pasti aku takkan bilang.

Monday, 1 September 2014

Deco and self-thinking.

Assalamualaykum wbt! :)

Before,
(Ni aqis penah post masa cerita 'Mari ramai-ramai serbu bilik Aqis' tu.



        

dan ini gambar 'Selepas',



Best kan kalau rumah banyak bunga.
Ah! Aqis ada baca satu kajian ni;

Bila kita tinggal di dalam sebuah rumah bersama suami, jikalau boleh, elakkan menghias rumah/bilik utama bertemakan 'girly' sangat.
Kerana lelaki jiwanya tak sama dengan kita.

OK. Cuba perhati dan ingat balik.
Macam mana hiasan dalaman pejabat, sekolah, dewan makan, lobi, bilik hotel?
Semuanya nampak simple dan tenang je kan.

Ahha! That's why lah. Jika mahu menghias, biar berpada.
Jangan pelik jika suamimu keluar, prefer pekena teh tarik kat mamak daripada makan kat rumah.
Sebab tak kena jiwa dia.
Takkan nak tengok tv, suasana ruang tamu pinkkkkkkkk je kan.
Tak macho muchos la beb!
Tu lelaki la.
Kita perempuan, makin simple, makin nak beli barang hiasan banyak-banyak kannnnnnn.

Well, actually we're different in a good way! :)
Lelaki melengkapi wanita dan begitulah sebaliknya.

Allah ada firman untuk hamba-hambaNya bahawa Allah dah cipta setiap yang hidup ni berpasang-pasangan. Supaya kita saling melengkapi.

Ekkkkkkk tettttttttt~~~
Macam takde mengena? Ada kena mengena.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Lu pikirlah sendiri.
Assalamualaykum.

Aqis nak tido. Ngantuk.
OK bye. Adios!

Bingkisan hati.

Assalamualaykum wbt buat sang pembaca.
Ini, ku mahu titipkan cerita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuhan..
Jagakan hati aku.
Seandainya aku rapuh, pasakkan hatiku kepadaMu.

Rindu.
Acapkali aku nafikan.

Fitrah?
Ya. Kerana aku manusia.

Ya Rabb.
Dengarkan suara dari jasad ini.

Aku bimbang. Aku ini hambaMu yang metah bertatih mencari ilmuMu.
Kestabilan hati ini masih ecer.
Kerana perasaan ini ber’fitrah’ lah, maka aku mengadu kepadaMu Tuhan.

Jika ditanya kepada wanita, mereka boleh pupuk rasa sayang dalam masa sekelip mata; melainkan bagi mereka yang kuat jiwa, serta imaan.
Jika disoal kepada kaum Adam, ah~ riaknya seperti hati kering sahaja.
Meluahkan perkataan ‘sayang’ itu kerana terpaksa. Dek menjaga hati sang pencinta.

Ya Allah..
Kuatkan hati ini.
Tangisanku bukan kerananya. Curahan ini ku tuju buatMu.
Kerana aku mahu mendambakanMu, melebihi aku mendambakannya.
Aku ingin mencintaiMu, melebihi aku mencintainya.

Ya Hayyum ya Qayyum..
Jangan Kau lalaikan hati ini.
Teguhkan pendirianku.
‘Berdiri’kan aku.

Kiranya doktor itu cita-citamu, maka aku ungkapkan; menjadi Muslimah Solehah itu targetku.
Usai menjenguk akhirah, pascanya ku intai dunia.
(ini pesanan daripada salah seoang sahabahku)<3

Andai dia tercipta untukku, maka permudahkan jalan ini ya Tuhan.
Jika ada yang lebih baik, maka Kau bukakan mata hati ini ya Allah, jua buat dirinya. :')

Syaishhh~
Mengapa cinta, sayang dan kasih yang ku persoalkan?
Mengapa perihal dia yang berada di bibir selalu?
Mengapa dia ada di dalam doaku, otakku?

Kerana aku tahu.
Aku punya Tuhan.

Ya Rabb,
Kau sebaik-baik perancang kendati pun kami usai merancang.
Maka hati ini ku paksikan kepadaMu.

Uhh~
Sekali lagi bicara ini mengenai hati.
Kerana hati, aku bisa mati. Kerana hati, aku bisa bahagia.
Jadi aku pilih bahagia.


Izinkan aku ingin menjadi sang pencintaMu ya Tuhan <3

Wednesday, 27 August 2014

30 things you need to know about Balqis Faiqah.

Assalamualaikum wbt.

Dengan sekali nafas, ahaks.

1. Nama penuh Balqis is Balqis Faiqah binti Zainuren; 21 tahun.

2. Suka warna merah jambu teramat sangat! Bilik Balqis 90% diliputi warna ini. Jambu kan chuollss~ Ahak ahak ahaks-- Nayhhhh~

3. Yes. Balqis memang manja. Teramat. Maybe kamu boleh annoy dengan kemanjaan itu. Tapi memang taklah Aqis nk tunjuk kat orang khon. Memang tak laaa. Gua rock! Haha. Peace yo!

4. Tak kesah kena pukul jika itu salah sendiri tapi tak rela kena marah. Gila, cepat touching chuolls. Merajok kejap jela. Tak suka lama-lama. Menyusahkan orang je.

5. Suka tengok gambar. Setiap malam akan godam balik gallery handphone, slide2 gambar sampai lebam. Pastu baru tido. Bagus kan...

6. Ada bear yang dah dimiliki sejak usia 3 bulan lagi. Sory la derr. Takde sape boleh rampas dari gua.

7. Sangat sayang kepada persahabatan. Setiap orang yang dikenali/baru dikenali, akan dijaga ukhwah hingga ke akhir hayat. In syaa Allah.

8. Suka buat aksi tak tahu malu. Apa dia? Kenal lah Balqis ya. Muahahahah.

9. Ada misi hidup: Nak buat dunia aman walaupun bermula dari Malaysia je pon. I dont care. Tak suka simpan dendam. Nanti makan diri-- nanti misi hidup tak dapat diteruskan. Oh, it is so NO NO NO!

10. Takut nak makan nasi & lauk banyak2(dulu obes. pastu normal. sekarang pra obes. hahahhahahah). Kalau makan kerepek ke, coklat ke banyak2 xpe kan Balqis.......... -,-

11. Susah nak sampaikan perasaan sayang kat seseoang. Prefer perhati dari jauh perbuatan dia. Nak sayang, tunjuk je. Malas cakap. Haha. Nasib la laki gua.

12. Ada impian nak buat rumah kat kawasan yang takde pembangunan pesat. Di mana suasananya aman tenteram sejahtera sentosa negara berdaulat. Eh.

13. Suka tengok rumah tradisional moden daripada rumah yang completely moden. So not my taste. Tapi kalau dah kahwin, ehem! Tak perlu cakap sini la. Perbincangan is with him. Do not think Im live for luxury. Im normal person. Kena belajar hidup susah. Tak payah nak manja sangat Balqis.

14. Prefer dengar/tonton lagu/movie English berbanding Malay. Barangan/Ciptaan dari Malaysia, saya tetap sokong! Yeahhh!~ Currently listening to: Maher Zain's songs, Fynn Jamal.

15. Suka nak encourage orang supaya jadi semangat macam Balqis. Tak suka tengok orang sedih. Suka tengok orang senyum dan gelak. Kena la jadi orang yang bahagia. Ye dak? :)

16. Amaaaaaaaaat gila3 sampai gila dengan buku2. Rasa nak berenang dalam lautan buku. Tak lemas punya. Buku yang dibaca: Motivasi Islamik. Ah, novel jiwang2 gua tak layan. Sorry to say.

17. Suka pergi jalan2.

(Apahal macam banyak yang SUKA je? Erk. OK sambung!) :D

18. Tak suka cicak. Tau tak, haritu ada cicak dalam tempat blender. Warghhhhhhhhh. Geli geli bila ingat! Warghhhhhhh.

19. Makanan kegemaran: Tomyam, Makanan yang sihat. Ah pk la mana yang sihat2 tu ya. Peace mayn.
Minuman kegemaran: Limau ais, Coklat panas dan selalu paksa diri minum air masak. Pftt.

20. Suka fashion. Suka nak buat eksperimen mengenai penggayaan pemakaian seperti gaya tudung, baju. Vintage forever. Jyeahhhhh!~

21. Prefer piknik di taman2 berbanding lepak kat shopping mall.

22. Mendambakan camera NIKON. Tsk tsk.

23. Love flower! Real flower? Give to me? Na-ah. Tak minat. Sekian.

24. Tak minat mana-mana artis pon. Tak teruja bila nampak dorang pon. Dorang pon manusia biasa. Lainlah bila salah satu petanda kiamat besar berlaku. Salah satu, Nabi Isa turun ke bumi. Then, are you afraid or feeling grateful? Think people.

25. Suka nak sempurnakan mana yang kurang sempurna. Contoh; taip karangan kat lappy, pastu tak bubuh noktah. Nak jugak patah balik, buat noktah dulu. OK fine. Overrrrrrrrrrrrr. Takde la semua nak sempurna. Gua insan biasa beb.

26. Mama kata Aqis panggil mama macam kambing. Camni perbualan call kitorang (Aqis & Mama)
Aqis: Assalamualaikum wbt ma..
Mama: Waalaikumussalam wbt.
Aqis: Ma ma ma ma ma ma ma ma ma ma ma ma.
(mama marah manja)
Mama: Apa? Mamamamama. Cakap jela. Macam kambing dah.
Aqis: Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ape samakan macam kambing maaaaa~
Mama: Haa ada apa?

Perbualan kedua dengan papa pulak.
Aqis: Assalamualaikum wbt pa~~~
Papa: Waalaikumussalam wbt. Ha ya?
Aqis: Pa pa pa pa pa. Papa tengah buatpe?
(Papa gelak)
Papa: Papa tengah tengok tv dengan mama ni.

Konklusi: Papa lagi suka layan Aqis berbanding mama. Hahahahahaha. Tapi anak2 mama dan papa tau, kasih sayang mama dan papa itu SAMA. Fair and square. Takde lain2.

27. Akan bawak beg make up ke mana mana. Suka make up minilmalis berbanding bedak tempek sekilo dua kat muka.

28. Bila keluar, muka akan dibajetkan sebajet mungkin. Wa tak sombong. In syaa Allah jangan risau. Tegur je.

29. Tak bercakap/tak usya2 gaban terhadap lelaki yang tidak dikenali. Wa rock, wa pon pemalu jugak oo. Hahahahha. Tundukkan pandanganmu-- satu daripada ayat Quran. Surah an-Nisa tak silap. Ayat berapa Aqis kurang ingat. Betulkan jika Aqis salah ya. But, I admit. Aqis senang cakap dengan lelaki. Tapi yang dikenali/memang dah lama kenal la. Sebab boleh cakap sesuka hati smbil dorang buat muka slamber. Slamber kannn. For me, ladies are very very very sensitive in something. Including me. Sahabat2, kawan2, Aqis lebih prefer wanita la. Sometime, I can be so feminine you knowssss~ Apa? Ingat gangsta sangat Aqis ni? Haha.

30. Tak penah shopping baju/beg bagai bila hang out dengan kawan2. TAK PERNAH OK. Ada sebab kenapa.

OK cukup. Macam syok sendiri je taip2 ni. Haha.
Biarlah. For my own personal view bila dah tua nanti.

Good morning. May Allah bless us always <3

Balqis.
28/8/2014.
4.28am
Sungai Buloh, Selangor.

Monday, 11 August 2014

What should I do during my birthday?

11 ogos 2014.

Assalamualaikum wbt.
Balqis datang lagi. hehe.

Alhamdulillah dengan nikmat hidup. Sehingga ke usia 21 tahun ini.
Apa yang aku dah kecapi dalam hidup aku?

Boleh aku cakap, NOTHING??

Pftt. Then dont live. Erk, kidding!
You must live.
You have to.
That's why you were borne.
That's the promises that you hv made with your Creature, Allah.
You are the khalifah in this world.
Please, DONT WASTE YOUR TIME BY DOING NOTHING.

PLEASE.

Urgh. Susah. Cakap senang, buat susah.
So tak payah buat. Lagi senang.

Sanah helwa, Balqis
Happy birthday to Balqis
Selamat hari lahir, Balqis

Oh yes. Thankyou thankyou. No need to sing more. Ahaks!
Annoyingggg~~~

Ok, back to the story.
Pernah aqis dengar,

"Hari lahir kamu, patut kamu bagi hadiah kat mak kamu."

"Tak payah nak sambut sangat hari jadi. Sepatutnya setiap kali tibanya tarikh keramat lahirmu, kamu kena fikir/tahu, apa pencapaian yang kamu dah lakukan sepanjang usia itu."

"Merajuk ah yu tak ingat taikh lahir aiiiiiiiiiiiii~"
Ok ni keluar topik. Blerghhh. -,-

So, aqis amik point yang 'pencapaian' tu.
Aqis rasa tak perlu pon cakap di sini. Bukan taknak berkongsi, ada sesetengah perkara bolah Balqis ucap di sini, ada yang tidak. And I hope you will understand that :)

*Ok hingus meleleh sekarang. Spontanious chuollsss I tayeppp. Muahahaha!

Mama..
Thank you. Kerana melahirkan Aqis di dunia ni. Camna Aqis baru tau yang proses kelahiran Aqis menggunakan forceps & vakum. Dulu, di dalam bilik asing itu. Banyak mana darah mama yang keluar. Sakit yang mama rasa semasa nak melahirkan Aqis. Setiap makanan yang kita kongsi bersama masa Aqis dalam rahim mama dulu. 21 tahun yang lepas ma..

Aqis pastinya tak tahu. Dan tak ingat pon, "camtukah keadaannya? Mama melahirkan Aqis."
Aqis tangok dari macam-macam sumber ibu. So I guess we're in the same condition where as in the movie, ma.

Dah tu, dah besar pulak. Soooooooooooo many thing yang mama kena fikir bersama papa. Untuk membesarkan Aqis. Membentuk Aqis menjadi SEORANG INSAN.

Aqis berani mengaku, Aqis meman nakal dulu. DULU. Masa kecik2. Solat pon nak tipu papa. Please, JANGAN TIRU/COPYPASTE. Especially for kids! Oh I've already said it! Snap!
Just, jangan tiru ok. really, it's normal for kids, suitable with their age but still not good. hek-- hek-- hek-- (gelak terpaksa)

Dan kerana tipu dusta pasal solat tu lah yang buat Aqis rasa malu & rugi sampai sekarang. "Kenapa dulu aku macam tu?"
You know HIKMAH? Yes, that's it :)

Papa..
Yang tak pernah sekaliiiiiiiiiiiiiiipon complain penatnya, lelahnya, pengorbanannya.
Tak pernah! Walau sekali.
Kids, teenagers, PLEASE. Love and gv a full respect for your father. Surely! He is your hero. Bukan buayapreng kamu, tetapi ayah kamu.

Andai kena pukul dahulu dengan rotan, batang paip, tali pinggang (pernah kan kan kan), jangan simpan dendam.
Mungkin pukulannya kerana sayang. Kerana kamu degil. Bukan mudah untuk membentuk kamu menjadi insan mulia, sahabat.
Jadi, bersabarlah bersama ayah dan ibumu.
Banyak ganjaran yang bakal kamu terima. <3

Buat semua,
nama-nama kalian teraaaamatlah banyak! Pasti yang berkecil hati jika tidak ku sebut salah satu namanya. Jadi, keputusanku, biarlah karangan ini ku istimewakan buat Penciptaku serta nadi2 aku iaitu mama & papa <3 <3 <3

Kalian juga istimewa.
Ada yang berada di samping aku tika susah. Ada yang sabar mendengar celoteh aku. Ada yang baaaaaaaaaaaanyak gila bersabar dengan perangai aku.

Ada juga yang pergi tika aku susah, ada yang tidak ambil peduli tika aku jatuh.
Aku ambil itu sebagai rencah hidup. Itu kitaran hidup yang normal. No offence!
The key is; SABAR. Sod ba ro. SABAR.

Dan in syaa Allah kamu tidak akan hilang sesiapa melainkan maut yang datang menjemput.

Terima kasih Tuhan.
Alhamdulillah <3

Terima kasih duhai insan-insan yang istimewa di hatiku.
Kamu punca aku kenal erti hidup. Apa tujuan aku hidup.
Allah jadikan kita sebagai sebab dengan bertemu sesama sendiri kerana ini ialah perancangan Dia yang paling brilliant!
*Assalamualaikum buat sahabat di alam maya ini jua :) anyeonggggggggggggggggggggggggggggggggg~ hihi.

Pray for Gaza.
Do 5 times solah per day, dearie.
Pray. :)

Syukran jazilan.

Lots of love,
Balqis Faiqah binti Zainuren
11/8/2014
11.41pm
Temerloh.