Sunday, 7 December 2014

Poster WORLD HJAB DAY 2015

Salaam 'alayk!
Sorry for disturbing you! 4.36am dah? heheh.

See what I've found on insta!





Much of looooooooooove!,
Balqis. <3

WORLD HIJAB DAY 2014 // notes from Mujahabah (final)

Salaam 'alayk!

A little note that I've wrote during WORLD HIJAB DAY (WHD) sessions :)

Kami didedahkan dengan surah-surah Quran (ada 3 ayat yang diberitahu) yang merangkumi/berkaitan/peringatan mengenai wanita & hijab, iaitu:

(i) Surah an-Nuur: 31

A031

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


(ii) Surah al-Israa': 46



 A046

Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.


(iii) Surah al-Ahzab: 59


A059

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Cover our aurah, Cover our qalb (heart).


Maksudnya, segala perbuatan/tindakan tidak boleh ditipu melalui hati. Dengan menutup aurat, inshaaAllah secara automatik hati pun perlu dikawal daripada melunaskan nafsu dunia yang pelbagai.

Contohnya dalam isu wanita yang baik tetapi masih belum menerima hidayah Allah untuk menutup auratnya. Teringat Balqis pada satu ceramah Ustaz Azhar Idrus;
Beliau mengatakan bahawa hilang Islam seorang Muslim jika dia meninggalkan solat 5 waktunya.

Jadi bagaimana dengan wanita yang tidak menutup aurat tetapi masih solat?

Jawapannya: Solat wanita itu sah, TETAPI dosanya terhadap Allah SWT dalam bab menutup aurat perlu ditanggung olehnya. Kesimpulannya, solat sah dan dia berdosa kerana tidak menutup aurat di luar solat. Yang penting, jangan tinggal solat. Kerana solat ialah 'Muslim basic' bagi segenap orang yang agamanya Islam, dalam mendisiplinkan akidah, tauhid serta akhlaknya. Jika baik solatnya, maka baiklah akhlak dan sebagainya. Dia malu untuk berbuat kejahatan kerana dia tahu bahawa Allah maha Melihat. Wallahu'alam.

Jangan lupa! Malu itu terbitnya dari hati, sehingga boleh buat kuit wajah bertukar warna merah hati! ^^ 


Hijab. Step by step.


Wanita free hair yang hendak berhijab segalaknya biarlah 'bergerak' secara perlahan-lahan. Biar lambat, asalkan niat untuk menutup aurat itu bersifat konsisten. Bagi wanita2 yang alhamdulillah sepurna penutupan auratnya, jangan dibash mereka ini. Husnudzon. Beri mereka peluang/masa untuk menyesuaikan diri dengan hijab, pakaian longgar, stokin dan sebagainya. 

Peranan kita?

  • Nasihat.
  • Beri kata2 semangat/motivasi.
  • Sentiasa ikhlas berkawan dengannya.
  • Membantu di saat dia jatuh.
  • Dan pelbagai lagi kerja pahala yang boleh dibuat :)


Tanamkan sifat sabar dalam diri! ^^



Setiap langkahmu. Setiap ceritamu. Itu plan Allah.

Kita istiqomah dalam mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik. Kita mencuba.
Selebihnya, kita bergantung doa kepada Allah. Doa juga satu istiqomah. <3



Accept dulu. Baru boleh faham.

Macam dalam kelas, kalau nak berjaya, kita kena belajar. Kalau nak faham satu matapelajaran tu, belajar untuk terima siapa gurunya, apa pengisian pelajarannya, adapt dengan suasana kelas, terima teguran kawan-kawan. Kemudian, barulah kita boleh memproses ilmu dan dengan mudah, kita menjadi cepat faham.

Begitu juga dengan menutup aurat. Apa itu aurat? Kenapa kena tutup aurat?
Kita belajar dulu untuk faham kenapa, mengapa, dengan siapa kena tutup aurat/jaga ikhtilat?
Kalian boleh tahu kan mengapa.. :)

Bila kita dah faham, baru kita rasa seronok untuk tutup aurat ^^ Kita ada rasa malu seandainya rambut Asia ni dilihat oleh bukan mahram. Kita mula sedar, Allah turunkan macam2 ayat untuk wanita dalam Quran sebab Allah sayang kita <3 <3 <3



Simpan satu hadis/ayat Quran untuk diri;

"Dengan mengingati Allah ('zikrillah'), maka hati kamu akan tenang." (Surah ar-Raad: 28)




Allah loves you because you're TRYING to be good again, again and AGAIN.

We dont choose the colour of hijab,
We choose what we want get from Allah by wearing hijab.

Accept. Then you're a mukminah.

When you see the mirror, see the heart in you.


Muhajabah= Someone WANTS to wear a hijab.



Tetapkan niat, "For the sake of Allah" ketika nak buat apa2 sahaja.



Tak banyak yang Balqis dapat kongsi sebab ada masa fokus, tangan tak jadi nak menulis. Hehe. Ini sahaja ya yang Balqis boleh beri. Moga bermanfaat. Sama2 kita kejar syurga Allah ^^





Friday, 5 December 2014

WORLD HIJAB DAY 2014 // experienced

Salam 'alayk! ^^
1 Februari 2014 // Taman Tasik Titiwangsa.

Seperti yang dijanjikan, Balqis nak share sedikit pengalaman semasa meraikan WORLD HIJAB DAY or HARI HIJAB SEDUNIA :)


Poster for 2014.
Oh ya! No pictures stated but
Aliza Kim (Public figure, ex International Model), Dina Al Mashoor and 
Dr Mohd Naim Mukhtar (Hakim Mahkamah Syariah) 
also came as the speakers.

Bagi menunjukkan sokongan, wanita2 berhijab ini boleh menulis perasaan/pandangan/solusi/inspirasi
di atas sekeping kertas dan boleh ambil gambar dengannya!
Boleh hantar ke SINI untuk dikongsi bersama dunia!
Inspire others! ^^

Dari depan: Suraya, Kakak Dayah & Ada.








Sisters & cousins <3










Nampak beg love2 pink kitam tu?
That's the goodies! Alhamdulillah ^^

Penutup acara by these clever adik adik cilik. ^^

My sweetest youngest's been forced by her cutest eldest sister
to snap this picture. And she's supporting this event! <3

Tentatif program.





Event 2014 dianjurkan oleh
Muslimah Interest Zone And Networking (MIZAN) <3

As you may see, the theme iz purrrrrrrrrple yawww.
Hoping next year will be pink. Oh it may be so lovely <3

  • Sampai2 je pukul 7.30 am tu, ramai amat manusia berpakaian purple!
  • Ada satu booth yang dikendalikan oleh Ayesha Syahira di mana shawl disediakan bagi sesiapa sahaja yang mahu mencuba pakai :)
  • Balqis terlihat a foreign lady dipakaikan shawl oleh kak Ayesha. How lovely! <3
  • Decoration masa event sangat comel!
  • Masa habis program, depa jual semua shawl dengan harga yang berapa sahaja yang kami mahu. RM1 pon boleh dapat. Tsk tsk. Ramai gila beratur time tuuuuuuuuuu. Uuuu next time Balqis next time. (the money is for charity <3)
  • Cuaca amat baik. Khemah pon besar. :)
  • Disediakan makanan at the end of program. 
  • Masuk FREEEEEEEE ok! Ilmu dapat, pengalaman pon dapat <3

Pengisian program will be on next entry! Stay tuned! InshaaAllah <3




WORLD HIJAB DAY 2014 // intro

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya kan, entri kali ni memang throwback memang back ah. Heheh.

Pernah dengar mengenai WORLD HIJAB DAY?

Secara summarynya lah ya.

WORLD HIJAB DAY ni diraikan pada setiap tarikh 1 Februari dan tahun 2015 ialah tahun yang ke-3 pelancarannya. Ia diasaskan oleh seorang wanita Muslim; Nazma Khan yang berasal daripada Bangladesh dan berpindah ke Bronx, New York pada usia 11 tahun.

KENAPA TERTUBUHNYA WORLD HIJAB DAY?

Wanita berhijab didiskriminasikan oleh segelintir pihak. Di Malaysia dah biasa kan nampak wanita berhijab tetapi macammana di negara-negara bukan Islam?

Nazma Khan ni berpindah ke New York pada usia gadis lagi. Satu cabaran bagi beliau kerana NEW YORK beb! Its a biggggg orangs putihs place yaww.
Beliau dipanggil gelaran 'Batman' & 'Ninja' hanya kerana berhijab.
Bila masuk ke universiti pula, beliau dicop sebagai Osama bin Laden, terrorist and so over.
Sedih kan bila dengar.

Jadi, beliau menubuhkan WORLD HIJAB DAY di atas pengalaman daripada diri beliau sendiri. Yela, ada manusia yang menulis/bercerita berdasarkan kisah hidup mereka sendiri kan. Untuk dijadikan iktibar dan sebagainya. So, she did the same thing.

Aimsnya ialah, beliau nak orang ramai tahu bahawa wanita berhijab tidak perlu dijudge berdasarkan penampilan luarannya sahaja. Perlu dilihat dari sudut bagaimana intelektual dan bijak seseorang wanita itu dalam menguruskan hal-hal lain biarpun berhijab.

Juga manusia sejagat perlu menerima perbedaan setiap makhluk itu. That's the point.

Alhamdulillah seperti yang Balqis ketahui, organisasi ini dah gerak meluas, terutamanya melalui sokongan media sosial kepada 116 buah negara sekarang termasuk MALAYSIA!
Ianya mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim. Itu yang kita mahu. <3

Boleh refer sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai WORLD HIJAB DAY :)





Nak promote kempen ni? Klik link Balqis bagi ni. Ada brosur, default picture, poster. Semua ada. Download je. Tak payah korang susah2 nak cari dah ^^

Dan Balqis dah merasai sendiri pengalaman WORLD HIJAB DAY tu, Praise to Allah :)

Post pasal tu, di dalam entri selepas ni ya. Annyeongggggggggggggggg^^

deafult picture microsoft


Wednesday, 3 December 2014

KELEBIHAN.

Assalamualaikum wbt.

Really the time iz 2:47am and Im not sleeping yet?! -,-

Ok rasa nak cerita sesuatu ya anak-anak^^

KELEBIHAN.

Ya, kelebihan. So what's with it?

Pernah tak bila kawan-kawan korang tengah sedih ke, korang berusaha nak pujuk dia. Ayat tak lain tak bukan, cenggini hah;

"Sabarlah. Kau ada kelebihan tersendiri yang dia takde."

Kalian, kalian perlu bawa 'kelebihan' tu di dalam paksi yang betul dan baik.
Dengan kelebihan, tak mustahil manusia boleh jadi riak, ujub dan takbur. (Na'uzubillah min zaalik)
Janganlah ya. Tiada apa yang untung dengan bersikap sebegitu.
Balqis sendiri masih bertatih mencari pedoman hidup. Doakan.

Kelebihan ni pastinya sifat/sikap yang paling terbaik yang dimiliki oleh setiap makhluk.
Even haiwan & tumbuhan pon ada kelebihan.

OK, kalau tumbuhan banyak mati/ditebang, hidupan apa yang nak sedut kentut korang, pastu tukarkan kepada oksigen, bagi free pulak tu kat korang.

Jadi, bersyukurlah dengan kelebihan makhluk lain. Bukan jelous dengan kelebihan dia. Kejap, nanti sambung lagi bab ni.

Sambung eh.

Apa yang korang fikir bila dengar/baca pasal kelebihan ni?
Ce fikir. Bagi masa 10 saat.















Tetttttttt. Masa dah tamat! Haha annoying gila.

Ada orang ada kelebihan yang sangat baik tapi, dia tak tunjuk.
Kita usaha untuk jangan jadi takut untuk tunjuk kelebihan kita k.
Kelebihan kita ni kan, UNIK.

Sebab tu kita takut nak pamerkan kan kan kan?
Segan nanti semua orang tengok kita pastu mengharapkan kita akan express perkara yang lebih da bomb lagi kan.

"Nak cakap ke tak nak? Nak ke tak?" <-- Pernah dalam situasi ni? Last2 kita blah je. Tak jadi nak cakap/buat kan.

Kalian,
Kita segalaknya berfikir dahulu sebelum buat sesuatu perkara. Ianya akan bawa kesan jangka masa yang lama/pendek untuk kita pada masa akan datang.

Kalau rasa korang nak benda elok, so apa lagi?
Hati kering je. Gagahkan je kaki tu.

Malu nak angkat tangan tanya lecturer dalam class?
Tak tanya sesat jalan beb.

Malu nak cakap bahasa Inggeris?
Tak cuba, tak pandai beb. Jadilah anak bangsa yang maju dalam pelbagai aspek/bidang. MALAYSIA BOLEH!

Malu nak tegur makcik yang entah siapa2 tetiba duduk sebelah aku?
Tak tegur, tak bina ukhuwah saudara Muslim beb. Kalau bukan Muslim, tunjuk attitude/akhlak yang baik, dah mencukupi :) sabar naa. Sama2 pikat hati mereka <3 :)

Malu itu boleh, sayang.
Berani pon kena ada.

Balancekan ya ;)

Aduhhh laparrrrr. Takpe mari kita teruskan.

Haa sambung atas tadi tu.

Andai, eh mesti ada punya lah situasi camni. Fact!

Tipu ok, kalau korang takde perasaan jelous.
Tahu? Salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Aisyah RA seorang yang sangat cemburu.

Walaupun Siti Khadijah, isteri pertama Nabi telah lama wafat, tetapi itu tidak bisa melembutkan cemburuan Aisyah itu.

Ada kisah,

KISAH 1
Seorang wanita tua datang kepada Nabi Muhammad dan wanita itu dilayan dengan istimewa sekali oleh baginda Nabi.

Sampai Aisyah bertanya, "Wahai suamiku, kenapa engkau melayan wanita itu dengan begitu istimewa sekali?"

Jawabnya Nabi, "Makcik itulah yang sering mengunjungi aku dan Khadijah semasa dahulu." 

KISAH 2
Aisyah secara terang-terangan menyatakan kecemburuannya terhadap Siti Khadijah.

Nabi telah menyembelih seekor kambing lalu membahagi2kan kepada sahabat2 Khadijah.
Tindakan baginda itu ditanya Aisya.

Maka jawab baginda, "Aisyah, ketahuilah kamu, melalui Khadijahlah aku memperoleh anak."

KISAH 3
Aisyah menyatakan bahawa apa yang Baginda Rasulullah sayangkan amat Siti Khadijah itu? Sedangkan Khadijah sudahlah lanjut usianya berbanding Nabi. Sementelahan, setelah ketiadaan Khadijah, Nabi digantikan dengan pengganti yang lebih baik/cantik.

Jawapan Baginda ini paling tersemat dalam hati Balqis :')


"Demi Allah SWT, tak seorang wanita pun lebih baik darinya. Ia beriman saat semua orang kufur. Ia membenarkan saat manusia mendustaiku. Ia melindungiku saat manusia kejam menganiayaku, Allah SWT menganugerahkan anak kepadaku darinya."

Konklusinya?
Wajarlah seseorang itu ada sifat cemburu.
Sebagai manusia dan insan biasa, belajarlah untuk sabar menghadapi insan yang kuat cemburu dan belajar bagaimana untuk kawal sifat cemburu.

Kerana cemburu, manusia bisa binasa.
Kalau begitu, ah, banyak perkara aku kena tahu :)

Bila ada rasa cemburu, cuba buang. CUBA. AT LEAST U TRY.
Jangan layankan. Nak layan 5-10 minit boleh la tapi jangan sampai esok pon nak buat muka toye lagi.
Bahaya. Lama2 kita jadi terbiasa. Jadi hati pon boleh jadi manyak hitam maa. Tak nak ea :)

Huh huh sod ba rooooooooo :) <3

Aqis pon kena sebenarnya. Mama selalu cakap Aqis ni kuat jealous dengan adik2. Memang Balqis kuat jealous tapi malas nak cakap je. Malas nak layan perasaan camni. Pastu blah masuk bilik. Hhahahahahahahahahaha. Bayangkan akak pertama perangai macam anak last.
Haha. Selalu bila mama cakap camtu, Aqis terus jadi ok balik je. Pandai mama tackle Aqis. hihi. Anyeongggggggggggggg <3 <3 <3

Hehe. Ok lah ya. Balqis mengantuk dah.
Salam bertemu lagi! <3 <3







Saturday, 29 November 2014

Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum wbt.

Hihi. Tak pernah post pasal makanan, tetibe kan.
No lah. Aqis mahu kongsi sahaja dengan kalian, andai yang sedang mencari cari nak makan apa lah harini kan.

Hari hari terakhir di Ampang, kami para gadis melempiaskan masa kami dengan mencari kedai kedai makan yang umphh umphh!

So sebenarnya dah 2 tahun dok mengidam Burger Bakar Abang Burn ni.
At last! Alhamdulillah berjaya pujuk kawan kawan terjah Kedai Abang Burn ni haa. Kedai tau. Hahahahahaha.


Yang kitorang p ni, kat jajahan Ampang. Dekat je dengan IPD Pandan Jaya. Dagang Avenue nama penanda dia. Kira Kedai Abang Burn ni dalam kawasan Dagang Avenue tu la. Kecik je kawasan Abang Burn ni. Sebab memang khas untuk tempat masak depa je.

Tempat duduk no worries. Boleh duduk mana2. Cuma kepada sesiapa yang datang malam, meme kena melilau cari meja la. Full house oooo!

So, kalian boleh usha FB Abang Burn di sini:
Facebook Abang Burn

Tempat jajahan Abang Burn:
Lokasi jajahan Abang Burn

Haaaaaa!
Ni ada satu berita baik.
Abang Burn ada buat satu kempen untuk turunkan harga burger dr belasan ringgit ke RM5 sahaja! Bayangkan harga barang yang tengah membuak2 naik sekarang, dapat pulak makan burger bakar murah. Kongsi rezeki jika kita masih bisa.

Apa kalian kena buat, isi form yang Aqis bagi ni ya. Klik link ni:
Borang kempen turun harga burger!

Selamat makan burger bakar!

Sambil sambil ingat kat insan yang hanya mampu makan sekeping roti sehari ya.

Anyeongggggggggggg! ^^


Paper last *Ini final year yawww.

28/11/2014 / 6 Safar 1436H

Assalamualaikum wbt.
Subhanallah Alhamdulillah Balqis dan rakan2 dah tamat studyyyyy!

Last paper harini, Neurology II.
Macam biasa, sentiasa jadi yang terakhir meninggalkan pengawas exam. 

Tengah tepu lepas keluar dewan, boleh pulak ada presentation 5 minit. Pftt---
Gua memang tepu beb time tu. Gua tak tipu. Otak jammed oii.

Takpe lah. Pergi jelah. Fikir ini semua markah. Final tu. Jangan nak buat main sangat, Balqis.
Alhamdulillah, boleh lah jawab dengan muka sememeh. Mana taknya, soalan direct, gua kena jawab spontan oii. Wuwuwuwuwuwuwuwuwu.

Disebabkan baru lepas bukak nota kan. Sapa nak Aqis terangkan apa itu Stroke/Lumpuh?
InshaaAllah cikgu akan kongsi di lain hari ya. Cikgu nak rehat sat kepala otak ni. Sian bekerja sokmo.

2 paper je pon.
PON -,-

If u know how important an exam is, u know eventhou 1 paper pon, u still want to study well to get the best mark so that your parents may be happy and u could treat patients with new inshaaAllah effective treatment.

No need to get hard with studies pon. Cuba untuk chill. Kasi otak santai tapi bagi dia pandai.

Well, lain orang lain cara. Respect it please.

Last subject paper. <3

Haa lagi satu. Tolong tolong tooooooolong tanamkan sifat suka bekerja/belajar jika itu yang kamu buat sekarang. Asalkan ianya baik&halal, maka tiada apa yang bisa buat kamu rugi.

Kena marah?
Relaxxx~

Kena tengking?
Sabarrrrrrr~

Kena sepak?
Aih, dah kenapa kena sepak?

Aqis mahu pesan, andai kata kita dimarah orang atasan kita, contohnya bos/cikgu/lecturer ke an, sabar dulu. Nak nanges, nanges la. Perempuan lembut sikit bab soal jiwa dan raga ni. Awh!

Sabar ya.
Semak balik. Apa yang kita salah.
JANGAN MALU MENGAKU SALAH JIKA TERBUKTI KITA SALAH.
MINTA MAAF JALAN TERBAIK.
SEMAI SILATURRAHIM.

Relax. Nabi kita kena lempar tahi ketika sedang solat pon masih boleh relax. 
Ya, kita bukan Nabi. Mesti ada punya buat salah.

Tapi kita ambil contoh sifat Nabi.
Jadikan baginda idola kita. InshaaAllah berjaya kita.

Ok, salam selamat malam.
Anyeongggggggggggggggg~~~ ^^