Friday, 2 January 2015

Thursday, 1 January 2015

SENYUM. Kau memang tak perlu kata apa-apa :)

Salaam 'alayk!

SENYUM.

Apa yang membuatkan Balqis tetibe pilih topik ni?

OK cemni cerita dia.
Haritu alhamdulilah spend time dengan mama dan Sue serta kawan mama di sebuah shopping mall. Menjadi tabiat Aqis untuk senyum je dengan sesiapa yang Aqis jumpa. Tak kira la kenal ke tak.

Apa yang Aqis noticed, almost all lady yang Aqis tembung, semua senyum! MasyaAllah seronoknya Aqis rasa masa tu. Aqis rasa macam, "Eh kenapa semua senyum ni? Selalu tak camni. Sikit je orang akan balas."

Ni, macam kitorang saling berebut nak 'sapa senyum dulu' hehe.

Its a great feelings really :)))))

Aqis teringat kisah sahabat2 baginda Muhammad SAW yang selalu kecewa.
Kecewa sebab apa?

Sebab tak dapat ucap salaam pertama buat junjungan Muhammad apabila bertembung. Nabi kita selalu menang dulu bab bagi salaam ni. hehe :) Itu satu contoh yang patut kita contohi.

Dan atas reason ni, Aqis nak kita semua bila jalan2 je kat shopping mall ke, kat akak cashier ke, kat makcik guard ke, kita SENYUM :) OK? Berani sahut cabaran tak? Yeah!

Ok kata tengah bertembung dengan pasangan suami isteri kan, kita sebagai kaum hawa ni lebih bagus senyum pada sang isteri. At least dapat elak dari bertembung mata dengan lelaki ajnabi dan tak membawa sangkaan buruk daripada si isteri.

Dengan senyum je pon, kita boleh dapat pahala. Apatah lagi makhluk yang dah buat pelbagai lagi perkara yang membawa darjatnya tinggi bukan di mata manusia. Tetapi Allah.

Ikhlaskan niat, perbuatan kamu keranaNya.

Kamu akan belajar apa itu bersikap humble dengan manusia bila kamu bersifat humble dengan sang Pencipta inshaaAllah :)




Masa sekejap yang berkualiti.

Salaam 'alayk :)
Alhamdulillah baru tengok berita tadi. Keadaan banjir di negeri Pantai Timur sudah makin surut. :)




Ada empat orang je. 
Tu hantu bunga tu Balqis, Noor Afiqah, Syukri dan Khairul Mubarak.

Tarikh 25/12/2014 so public holiday. Time ni la dapat jumpa depa ni. Asalnya Ika dan Syuk ajak lepak luar tengahari tu. Tapi asiif jiddan Balqis really cannot make it. Jadi planned kitorang jumpa petang tu.

Memang planned nak ziarah Kerol. Diagnosed Denggi Berdarah.

Ni, saat Balqis menaip ni, Kerol Alhamdulillah keluar hospital dah 2 hari lepas tarikh ziarah ni.
Depa cakap kat Aqis, Denggi ni elok makan SUP KETAM, BUAH KIWI dan AIR 100 PLUS. 

Aqis tak tau kenapa dan ada apa isi kandungan makanan/minuman ni sampai boleh lawan Denggi ni (malas cari, malas google. Cakap jela Balqis -,-), haa! Sup ketam boleh naikkan sel darah merah.
As we know, sel darah putih ni function dia macam askar dalam badan kita. Kerja dia attack sel2 tertentu je. Bakteria ke, benda2 asing dalam badan, sel darah putih ni punya kerja la tu.

Kalau sel darah putih increase terlebih, bahaya juga. Tu dah penyakit lain ya. Ok lari topik aint?

Kerol ni niaga dekat dengan kolej Aqis. Kat menara Axis tu ha. Jadi ada la certain2 time tu terjumpa. Tu lah, alang dah tau tempat, mai je ziarah. Ni kat Pantai Hospital, Ampang.

Dan! Mereka ni semua kawan-kawan PLKN Aqis la :)

KEM PLKN PRINCESS HALIZA, SEPANG.
KUMPULAN 2 SIRI 8 // 2011.

Thats why bila jumpa, mesti rasa rindu amat. <3

Thank you Ika, Syuk, Kerol.
Ni Allah nak kasi sebab kita jumpa kan, melalui Kerol. Nampak tak hikmah sakit ni? :)

Nota: Kepada mereka yang terpaksa duduk dalam wad, di mana2 sahaja, anda sihat ke, sakit ke, SOLAT kena jaga k ;)
Banyak cara. Kalau was2, boleh rujuk yang lebih arif. Jangan ambil lewa ya saudara saudariku.

Ni Aqis sediakan laman web JAKIM mengenai bagaimana cara2 wudu', tayammum untuk orang sakit/sihat. Moga bermanfaat.



Sunday, 28 December 2014

Bersikap sederhana. Itu lebih baik.

Salam 'alayk warga Bumi!
Innalillah wa inna ilaihi rajiuun buat mangsa2 banjir di Malaysia.

Menjadi satu prinsip hidup Balqis untuk sentiasa hidup secara bersederhana.
Alhamdulillah. Dilahirkan dan diberi peluang bernafas di muka bumi (syukur Allah), Balqis tidaklah daripada golongan keluarga yang dikategorikan kurang mampu dan sebagainya (maaf jika ada yang tersinggung). Semuanya secara sederhana.

Papa yang ketika itu bekerja sebagai operator kilang (Alhamdulillah sekarang sebagai technician di kilang yang sama) dan mama yang baru sahaja mula jadi guru di sebuah sekolah rendah (sehingga kini di sekolah yang sama).

Bila arus zaman makin maju, keluarga kami pun Alhamdulillah makin berkembang sehingga 5 beradik kami kini.Ya, Balqis yang sulong.

Dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, dan paling latest di kolej. Balqis diajar untuk berdikari dan tak dimewahkan hidup dengan harta dunia. Tipulah kalau Balqis tak impikan sesuatu yang cantik, mahal dan selainnya. Ya, niat hati mahu amat tapi........

Semuanya tak boleh dimiliki dengan bergantung harap dengan not kertas mama dan papa.

Seriously cannot!

Pernah satu ketika, Lala (kawan serumah, sekolej, sebilik) tanya Aqis, “Lala tak pernah dengar Aqis called mama papa Aqis minta duit.”

Aqis explained, hehe bukan tak pernah. Ada lah juga Aqis minta sekali dua pastu tak berani dah. Tu pon sebab kat tempat praktikal kat Bentong. Jauh kan. Aqis pulak tengok kawan2 selambek minta duit kt mama abah depa (mungkin dah biasa. tak salah k jika untuk keperluan), jadi Balqis pon try minta untuk PERTAMA KALINYA untuk kesekian kalinya! Haha! Dan pastu tak mau dah minta. Kesian pulak papa. Dah la papa selalu OT. Siapa tegar nak minta kan. Huhu. Tapi macam keiasaan ayah kan, anak minta lah duit ke apa ke. InshaaAllah ayah usaha tunaikan. Itulah papa Balqis <3

Wanita dan barang2 berjenama, deco rumah, barang kemas ke, memang tak boleh dipisahkan kan. Walaupun camna status wanita itu, suami kasi la gelang mami jarum tu ha, mau tak senyum ke telinga cik peah tu? hihi. Kesian Cik Peah dapat nama ni.

Aqis suka mm mm Carlo Rino brand. Ni sebab terpengaruh dengan mama. Sekian. Jadi, beg biasanya, Aqis prefer CR je. Tupon mama sponser. Huhu! Mana mampu nak beli sendiri nakk. Itu apa yang Aqis suka dan rasanya tak perlu bila keluar dengan kawan2 ke, Aqis nak pergi ke butik CR je kan 
kan? Aqis tau, kita kena hormat pilihan/pendapat orang lain. Beg2 tangan, kasut ke dari jenama lain, ya Aqis tiada lah perlu nak complained “ok ni Aqis tak suka, Aqis tak minat.” Pastu Aqis blah dan pergi ke CR? OK fine! Seriously I wont do that for sure!

Itu pentingnya bersikap SEDERHANA. Jangan memandang kepada orang yang tinggi pangkatnya, sebaliknya pandanglah mereka yang rendah statusnya. Dengan itu, kita akan sentiasa ingat diri, bukan 
LUPADIRI.

Aqis teringat, dulu kan Aqis kerja buat waffle, jagung tu semua kan, pas abis SPM 2010 dulu. Ada seorang sahabat Aqis ni. Kerja dengan Aqis. Anak kepada seorang doktor dan adik beradiknya hampir semuanya mempunyai kerjaya yang saaaangat bagus dan akademik cemerlang. So, apa nak cakap? She definitely a humble person! Yes, dari dulu sampai sekarang, dia tetap sama. Kitorang jarang jumpa sebab dia sambung study dalam bidang kedoktoran di USM. Bittaufiq wannajah Maryam Hanani! <3

Aqis rasa nil ah serba sedikit mengenai KESEDERHANAAN yang Aqis nak kongsi bersama kalian. Hoping korang juga boleh la amalkan mulai sekarang ya.

Harta dunia ni sementara. Jadi takde pape yang kita nak megahkan. Harta akhirat tu yang lebih indah <3

Dalam surah al-Isra’, ayat 20-21 Allah dah cakap, Allah akan kurniakan bantuan serta rahmatNya kepada 2 golongan ini. Iaitu golongan yang mementingkan dunia dan akhirat. Tapi golongan yang mementingkan akhirat lebih diutamakan. Jadi, Allah dah bagi firman kan? Apa lagi?

Sampai ketemu lagi ya kalian. Sayang kalian lillah <3

Balqis.
28/12/2014

9.14pm

Saturday, 13 December 2014

Real love by YM

Salaam 'alayk!

“Real love brings about calm—not inner torment. True love allows you to be at peace with yourself and with God. 

That is why Allah says: “that you may dwell in tranquility.” 

Hawa is the opposite. Hawa will make you miserable. And just like a drug, you will crave it always, but never be satisfied. You will chase it to your own detriment, but never reach it.”

by sister Yasmin Mogahed <3

Friday, 12 December 2014

Salaam 'alayk! ^^

Here, with random one! <3


"Her heart was a secret garden and the walls were very high."


--William Goldman, The Princess Bride

Wednesday, 10 December 2014

Laman Seni, Seksyen 7, Shah Alam // 2014

Salaam 'alayk!

Brpp. Eheheh. Alhamdulillah, kenyang mengunyah serbuk coklat+setengah sudu teh nescafe+madu di tengah malam yang dingin ini. Baru ada feel nak menaip. hihi <3

Siapa duduk Shah Alam sini?
In, kamu study sana kan? Heheh ;D

Siapa kaki jalan tu mesti tau LAMAN SENI TUJUH yang berlokasi di Seksyen 7, Shah Alam kan?

Sejujurnya, ni dah kali ke-3 kot Aqis p sini! haha. Seronok! Nak p muzium seni, entah bila kan. Walaupun bukan kaki seni tapi seronok tengok hasil2 seni. Seriously. <3

Mula2 dulu p ngan kawan2 kelas (kolej) then dengan Fattin Zurain ni haaa <3 <3 <3
Atin tak pernah p, jadi, jomlah Balqis bawa kalian 'jalan-jalan' ke Laman Seni Tujuh naa ^^

Haaaaaaaaaaa!
Sebelum tu, Balqis nak cakap. Balqis ni memang suka bergambar. Disebabkan blog Balqis ni public, that's why kalian akan nampak banyak bunga je kat gambar2 Balqis. Heks!

Slow2. If u know what I mean ^^
OK ready ea? JOM!

Ni antara kedai-kedai 'penanda' yang hampir dengan LS7.

Ni la Atin!
Wuhuuuuuu chu-wollsssssss. Yai-yolll pinjam gambar you-yowlsss
tauuu you-yowlssssssss <3
Haha annoyyyyyyyyyy Balqis!



























Please, don't.

Haa! Art ni kan, pas amik gambar kat sini,
berdebat jugaklah Aqis & Atin.
"Ni gambar apa? Arnab kan? Yang kantung ni apa?
Belon udara panas?"
heheh.
(asiif pelukis ni. Lukisan kamu memang cantik! Dont worry. Kami je yang kepelikan)
Aqis ingat, aqis siap cekak pinggang pastu kerut2 dahi tengok ni gambar apa. Hihi.
Malu je^^







<3 <3 <3

Start pic berdua, entah siapa2 kitorang minta tolong
ambilkan gambar xD



Salah satu art yang Aqis in love with! <3




Gambar Aqis shawl kuning, yang ni ngan kawan2 kelas (kolej) ya^^







This pic, sangat simple kan?
Tapi Aqis suka yang, "Ini cherita kita" tu.
Idk why. Tiap kali pergi sini, Aqis akan pandang je art ni lama2.







Dah penat berjalan, jangan lupa. Yang 5 waktu tu :) 

Masjid Sultan Salahuddin Shah, Seksyen 14, Shah Alam.




Alhamdulillah selesai dah.
Nak tau Aqis makan kat mana? Tempat yang sama Aqis makan ngan Atin & kawan2 sekelas!
Believe me, that place, makanan dia memang superb! 
Ulang2 je pegi. hihi.

Ehem ehem. In next post ya^^
Panjang sangat dah ni hehe.

Salaam semuanya. Anyeonggggggggggggggg! ^^