Saturday, 4 July 2015

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum wbt.

Aqis tengah godek-godek blog sebenarnya. Nak edit blog la kononnya hehe.
Nak edit blog ni, biasa Aqis akan buka blog Kak Lyssa ni dulu. Mudah nak faham.

Alhamdulillah kita nak masuk ke Syawal dah kan :) So apa salahnya kita reward sesuatu untuk diri sempena Hari Raya Aidilftri tahun ni? Lebih-lebih lagi bagi orang yang tak menyopingkan (ada ea perkataan camni?) macam Aqis ni? Wuwuwuwuwu.

Siapa pernah dengar pasal laman web nile.com?
Aqis pernah bukak, masya Allah barang-barangnya murah ya ampunnnn.

So sempena Ramadhan Kareem ni, pihak nile.com. ada buat RAYA GIVEAWAY ! Yeay! Repeat again bebeh.

RAYA GIVEAWAYYYYY!

Ada sikit je syarat kena ikut. Tak perlu nak repost-repost bagai. Eh memang kena repost tapi yang bestnya, kita boleh PILIH 5 SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN oleh pihak nile.com.!

OK ni 4 steps yang kalian boleh lakukan.

1. Tajuk entry: "Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015"

2. Copy banner kat bawah ni, disertai dengan link ni:

http://www.nile.com.my/page.php?cd=101
ni link senarai 5 barang yang korang boleh pilih tu:
http://www.nile.com.my/page.php?cd=101


3. Apa yang perlu kalian buat, pilih 5 barang daripada list tu (copy paste je), dan buat camni:


Product: Haniya Shoulder Design Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 2.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited 
Quantity: 140 pieces

Product: Rider Jacket
Price Meletop: RM33.20
Date: 07/07/2015
Time: start: 11.00am 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited 
Quantity: 150 pieces

Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited 
Quantity: 60 units

Product: S Type Push Up Frames
Price Meletop: RM6.90
Date: 09/07/2015
Time start: 2.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited 
Quantity: 150 sets

Product: Haniya Long Fish Tail Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Time End: When limited  quantity sold out
Limited 
Quantity: 100 pieces


4. Last sekali, email terus entry kalian ni kepada: give_away@nile.com.my 

Ikut format ni ya (email):

To: give_away@nile.com.my
Subject: Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

Kat ruangan kotak messenger bawah tu, sertakan:

Blog link:
Nama Penuh:
No Telefon:

Ni Aqis bagi contoh:

Blog link: http://balqisfz.blogspot.com/
Nama Penuh: Balqis Faiqah binti Zainuren
No Tel: 01736xxxxx

Thank you.



Tarikh tutup pada 14/07/2015, pada jam 11.59pm.
So CEPAT CEPAT CEPAT!

Dah hantar melalui email, kalian boleh check status kalian di SINI.


Ini sahaja :)
Selamat mencuba. Kita tunggu rezeki siapa ya kali ni :)

Ps: JANGAN LUPA EMAIL LEPAS SIAP ENTRY NI TAU! ^^

Wednesday, 1 July 2015

Jom pakai handsock! :)

Assalamualaikum wbt.

Aqis rasa cam Aqis perlu kongsikan dengan dunia perkara ni.

HANDSOCK atau INNER LENGAN.

OK senang cerita, mudah untuk kalian faham. Yang tertutup rapi itu pasti indah <3
Ini termasuk tangan kita. Perasan kan, bila kita pakai baju lengan panjang, slek pulak bila angkat tangan je, nampak la kulit tangan kita yang putih gebu halus mulus tu. Duh -,-

Sejujurnya tiada apa yang kita perlu banggakan dengan anggota badan kita. Boleh nak rasa camtu, tapi lebih baik cantikkan secara MAKSIMUM di depan mata suami kita. Anda memang cantik. Tapi cantik lagi yang tertutup rapi :)

Perasan bukan, sesetengah wanita itu kelihatan cantik tapi sayang, bahagian yang seringkali terdedah itu lebih banyak daripada yang tertutup :(

Bahagian yang seringkali terdedah:

1. Dada
2. Pergelangan tangan
3. Lengan
4. Bentuk badan (pinggang/abdomen)
5. Bentuk kaki
6. Pergelangan kaki/tapak kaki
7. Leher

Kenapa Aqis terangkan bahagian yang lebih banyak terdedah berbanding yang sebaliknya?

SUPAYA KITA NAMPAK. KITA LIHAT.
MANA BAIK. MANA BURUK.

Maaf. Andai perkataan ini mengguris hati.
Duhai wanita, dikaulah permata hati.

Cuma satu Aqis pesan, andai kamu lihat seorang wanita yang belum sempurna penutupan auratnya, JANGAN MENGKRITIK dirinya. JANGAN KELUARKAN KATA-KATA YANG TIDAK BAGUS. SESUNGGUHNYA KATA-KATA ITU DOA. SAYA ULANG SEKALI LAGI..

KATA-KATA IALAH DOA.

Jadi, katakanlah yang baik-baik sahaja. Husnudzon jalan terbaik. Andai rasa nak cakap perkara tak elok, fikirkan Nabi Muhammad pernah bersabda, Sesungguhnya penghuni NERAKA paling RAMAI adalah di kalangan kaum WANITA.

Jadi Muslimahku sayang, kita usaha untuk tidak menjadi salah seorang penghuni neraka ya. Usahalah untuk menjadi penghuni syurga dan menjadi BIDADARI di dalam sana :) in shaa Allah moga Allah redha dengan setiap jihad kecil kita.

Aqis menulis kerana tiap kali Aqis keluar pergi jalan2, Alhamdulillah bagi yang manis tertutup semua tapi yang sebaliknya. Apa yang Aqis mampu buat, doakan dia dari jauh. Meskipun Aqis tak kenal pon siapa orang tu.

Jadi Aqis harap, kalian boleh buat perkara yang sama ya.

Kita DOA DARI JAUH.

Jadi manusia yang positif. Proses perubahan ke arah keburukan itu mudah, malah cepat je. Tapi nak jadi ke arah kebaikan masya Allah DUGAAN, UJIAN nya sampai kita rasa kita tak boleh nak lalui.

Kejap sayang. Ujian Allah tu, semua DI DALAM KEMAMPUAN kita :)

Ingat Allah; lebih-lebih lagi bila kamu nak buat perkara yang mendatangkan was-was (ke arah keburukan). Maka belajar untuk tidak pedulikan dan sedikit-sedikit anda TINGGALKAN.

CUBA.

CUBA.

USAHA. In shaa Allah berjaya :)

Jadi mulakan dengan pakai handsock harini jom! ^^

Slow2.

Panas sekejap. Sekejap je.

Waktu dunia ni apalah sangat lamanya berbanding di akhirat kelak.

Mari sahabat. Kita berpimpin tangan :)
Siapa diri kamu, bagaimana cara hidup kita pun duhai sahabatku sayang, mari, kita jalan sama-sama. :)

Ikhlas,
Balqis yang juga masih bertatih :)


Jom pakai handsocks! <3




Baby born, Rayyan

Assalamualaikum wbt.
Kalian nak tau tak? Harini Alhamdulillah hari yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat gembira bagi Aqis! Yes sangat sangat sangat bahagia :)

Harini tanggal 29/6/2015 bersamaan kalendar Islam, 12 Ramadhan 1436H seorang sahabat Aqis sejak dari darjah 5 lagi telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.7kg pada pukul 2.15pm <3

Yana dah masuk wad kat Hospital Sungai Buloh since semalam (Ahad) lagi. Dan dah diyakini bahawa beliau melahirkan baby secara Caesar. Isnin kan keje, Aqis asyik tengok jam je. Rasa nak balik awal sebab nak tau keadaan Yana cemna. Aqis sentiasa mahukan yang terbaik buat keadaan Yana sepanjang proses tu. Sungguh, melahirkan merupakan satu sejarah em rasa cam, "Weh, ada jasad & roh lain kot dalam badan kau dan dia nak dilahirkan ke doniaaaaaaa~~~ Masya Allah sisterrr~~" <3 <3 <3

Petang tu lepas balik kerja Aqis terus pergi kat wad bersalin. Wad 6D katil 18. Aqis senyap2 datang hehe. Terus nampak BABYYYYYYYYYY! Seriously rasa nak lompat-lompat sampai mak Yana yang hulur tangan nak salam dulu. Biasa kita la yang sorong tangan dulu kan acik hihi. Maaf cik! :)
Muka anak Yana cam Yana! Mata dia, hidung. Hihi. Hello there little Ean ^^

Aqis lepak sana sampai Maghrib jugaklah. Waktu melawat kan sampai pukul 7.30pm. Aqis buat cam rumah sendiri. Pukul 8pm baru keluar haha. Lagipun ada je family yang stay kejap sebab nak berbuka. Then, singgah surau then terus gerak pergi tempat kerja kakak kat emergency ibu bersalin tu. Apa nama departmentnya kak? Lupa dah Aqis heheh.

Kakak abis kerja pukul 9pm. Kakak nak tengok Yana. Kakak bawa pas kerja, Aqis plak tertinggal. Sekali kitorang pergi jugak. Nak masuk tu, dua-dua buat muka tak tau, terus masuk. wuwuwuwu. Aunty yang jaga kat situ, kami lalu depan aunty, sorry ya aunty. Kami nak tengok patient <3 And that time, husband Yana, Zikri pon datang untuk hantar barang-barang Yana.

Dapat gak kakak jumpa Yana. Yana baring jela daripada lepas bersalin sampai pukul 9pm. Makan & minum time tu pon tak boleh. Sian Mes (panggilan Aqis kat Yana), haus bebeno beliau.
Aqis siap rakam video lagi kat Ean, nanti Ean boleh tengok bila dah besar nanti ya sayang.

Haa! Nanti Ean dah pandai cakap, Ean panggil Aqis as a 'Ummi Balqis' ea hihihihihi <3 Peh! Tulisan dibesarkan dan diboldkan! Haha takleh blah Aqis hehe.

Nah..
Memori bersama Ean on his 1st day after born. ^^






Sunday, 14 June 2015

Teach our sisters/daughters to wear hijab :)

Assalamualaikum wbt sisters :)

How to 'persuade' your sister(s)/daughter(s) to wear hijab.

1. Tell them why should a lady wears something that may cover her body. Better ask them 1st before explain.
-Which part should be covered.
-Teach them Quran also mention about it (no need to say what juz/ayah, they doesn't understand well)

2. Wear a tudung also make a lady/girl looks beautiful :)

3. Talk softly/gently (more to advise) that by wearing tudung, Allah will not mad at us. In addition, Allah loves us :)

4. Show a picture of any muslimah girl icon. Tell them, "Looks great,  super cute if you're wearing one like this, sister/my daughter. Then Allah loves you more!" :)

5. Be tegas once you see them going outside without hijab. Train by always be a reminder to them.

6. Once, say to them, "If you're not wearing hijab sister/daughter, cannot go to kedai with me. Go get your hijab 1st."

7. Take a picture with them with hijab as they may see their reflection within it :)

8. Buy one or more hijab for them.

9. Listen to them. Why they do not want to wear hijab? Prepare any solutions for that.

10. Love them as who they are. If they doesn't want to wear, be sabr by repeating remind them. Sabr is the key of any problem and may becoming a good solution.
#iShare
#iCare
#hijab
#sisters

Friday, 12 June 2015

Who Am I?

Assalamualaikum wbt :)

What's in my bag/make up bag bebeh?

Ehem.. Before that. Aqis nak cerita. Aqis tak pernah nak cerita kat siapa2. Aqis tunjukkan je kalau perasan (orang sekeliling Aqis).

Em tau tak Aqis ni suka amat amat AMAT kat perkara yang melibatkan wanita cam fashion, trend semasa camtu. Agak2 faham kan maksud Aqis?

Aqis amat meminati perkara2 yang feminin camni. Bukanlah boleh dilabel sebagai mangsa fashion or so whatever tapi ianya bak kata orang kampung, PASSION.

Aqis rasa, ianya bermula masa Aqis kecil2 dulu kot. Dulu, mama ada satu meja make up ni tau. Penuh gila barang make up atas tu. Bila mama takde, Aqis suka main2 dengan make up tu. Pastu main cikgu-cikgu. Kerap jugak lah Aqis main dengan benda alah tu.

So bila makin membesar, kita tengok mama kita tau. Camna gayanya. Camna caranya. Camna pemakaiannya. Cara pergaulannya. Aqis perhati. Kalau nak tau, perangai Aqis ni sejibik mama ler. Mama versi moden. Hehe.

Cakap mengenai fashion. Ya Aqis tengok semua jenis fashion yang ada. Starting dari Islamik sehingga ke barat punya. Dont get me wrong please. Atas sebab suka perhati benda2 camni, Aqis selalu bayangkan, OK gaya terdedah ni boleh alter sikit, kasi Islamik sikit. Cover your aurah sikit :) Haa cemtu. Aqis juga punya impian, Aqis nak cipta sesuatu yang berkaitan dengan fesyen yang boleh memartabatkan koleksi/design Islamik secara 100% di mata dunia. Islamik 100% means is, TO COVER PROPERLY, NOT TO CLOSE YOUR BODY. 

Iyelah, sebagai contoh, baju kena longgar ya a auuu, tudung/shawl boleh labuh :) seluar tak payah nak nampak peha sangat. Kind of that thought. Ini semua impian. Aqis juga nak, haish! Takmau cakap la. Biar terlaksana dulu, baru Aqis kongsikan in shaa Allah :)

Walaupun Aqis tertarik gila dengan perkara2 camni, but still in same time, Aqis sangat dahagakan majlis2 ilmu. Tak kira ilmu apa2, janji bukan ilmu syirik na'uzubillah min zalik. That's why Aqis suka untuk dekatkan diri dengan mereka yang boleh dedahkan pada Aqis apa itu ilmu agama. Aqis tidaklah pandai sangat, sebab tu jangan malu untuk bergaul dengan mereka. Merendah diri dalam soal agama itu tak salah, tapi jangan pulak sampai tak nak campur/tak nak ambil tahu mengenai selok belok agama. Lagi2 kita ni Muslim, sayang. Jadi, tak payah malu sangat aih :) Depa tak makan orang pon.

Aqis lagi best. Siap lepak ngan acik2 surau. Aqis sorang je adik2 kat situ haha. Apa kisah? Sama je kita. Kita sama2 nak belajar :) <3

Em nak tengok ada apa dalam bag make up Aqis? Ya saya, saya ada juga make up bag! Wuwuwuwu. Tapi! Setiap kaler make up (lipstik, eye shadow, etc) semuanya natural/earth colour. Maksudnya, kadang kalau pakai, orang tak perasan pon Aqis pakai. Nak nampak segar je Aqis pakai. Tu pon ape je, bb cream, bedak compact, gincu sikit je haa gitu2 je seharian bila nak keluar. Takdelah Aqis nak eye shadow kaler merah hijau kuning gitu bawa keluar. Kang kelip sikit, kereta berhenti. Sebab 'lampu merah' hee. OK tak baik Balqis. Konklusi, nak make up ke, jangan la sampai tabarruj amat, sisters. Biasa2 je okay :) Nak merah biru hijau, haa tunggu kawen. Pakai depan laki ang tu haa. Kasi terbeliak skekkk hahaha nakal!

OK meh meh tengok,

Overall, Balqis ada ni sahaja.
Alaa macam main mak2 je kan barang dia kehkeh

PIXY is my fav brand sebab kena ngan kulit Aqis.

Cop!
Rasa cam,"Ek elleh, boleh aa barang camni"

Taklah. Bagi Aqis, kebanyakan barang make up ni Aqis simpan buat stok dan hanya beberapa je yang diguna seharian. Bedak compact is a must ler.

Dengan terlibat dengan benda2 cmni, bukan bermakna Aqis ni tak boleh didekati, nak dekat, fashionista only. Hello, Aqis  berkawan dengan semua orang..Secara dasarnya Aqis pon comot2 gak. Selekeh2 hahaha. 

Jadi ingat!
Nak berhias bagai nak rak, kalau boleh cuba elakkan ya. Aqis sebagai seorang wanita, sedikit sebanyak tau apa yang wanita tu mahukan untuk kelihatan cantik. Jadilah seorang yang cantik fizikal secara minimalis, cantikkan hati dan jiwa juga ya wanita2 hebat di luar sana, in shaa Allah :)

Wednesday, 10 June 2015

Coretan tengah malam.

Assalamualaikum.

Secara jujurnya, sukar. Untuk menyembunyikn sesuatu yang sepatutnya kita sembunyikan.
I mean, PERASAAN.

Masya Allah, hati kena sado Balqis.

Pernah tak bila kita sukakan seseorang then secara tiba-tiba kita rasa nak jauhkan dari dia?
Well, tu perkara yang patut dilakukan sedari dulu lagi. SELAGI TAK HALAL, BAIK JAUH OKAY. SEKIAN.

Dan pernah tak terfikir, bila kita tak layan dia, mesti dia akan fikir, "OK dia taknak layan. Aku try awek lain pulak aa." 

It'll be like, pfttttt----

Andai dia dah tau kita suka dia camna pulak? Tapi kita tetap buat-buat jual mahal.

Haa dia dah tau lagi bagus. At least bila kita jauhkan diri daripada dia, kita mesti cakap sebab apa kan kat dia. Jangan tak bagitau. In case kita kenal dia lah. Crush tu lain cerita okay.

Berdoa pada Allah moga si dia faham.
Bukan semua yang baik ada dalam diri kita.
Yang sempurna itu bukan kita.
Kerana itulah, kita plih untuk menjauh dengan si dia.

Semoga kamu faham.
Hati wanita ini nipis. Kadang goyah. Kadang kental.

Jangan kau getarkan hatinya dengan bicara dan tindakanmu melainkan kamu serius dalam perhubungan serta ingin membawanya ke arah yang diredhaiNya.

Itu sahaja.
Sekian.

Coretan hati,
Aku.

Tuesday, 9 June 2015

Rakshee, Kota Damansara

Assalaumualaikum wbt.

Tanggal 9/6/2015, Aqis dan Atin telah pergi ke sebuah gedung kain untuk beli kain la of course! Hee. Asalnya nak pergi lepas zohr, tapi terlajak, pukul 2.30pm baru gerak deh.

Sampai sana belek punya belek, before Asr jugalah baru keluar dan kami pergi ke Laman Seni 7 LAGIIIIIIIIII! Hihihi. Kali ni guna handphone Aqis pula kata Kurus (Atin). Lawa katanya, Alhamdulillah. Sekarang Alhamdulillah Aqis guna OPPO Mirror 3. Siapa survey handphone, bolehlah usha brand dan jenis handphone ni. Ritu abang kamera, photographer majlis walimah Abang Pet pon kata kamera dia lawa. Bukan nak kata kamera handphone Aqis sorang je lawa ya..Nak kongsi bagi yang tengah survey tu.. Kamera depan, 5MP. Belakang 8MP.

Kurus sanggup lompat sebab penyapu heheh <3



Ni close-up OPPO Aqis tu. Not bad to use it, WISELY.

OK dah kenapa cerita pasal OPPPO neh.

Alhamdulillah, harini dapat juga makan di Rakshee. Pernah dengar Boat Noodle? Haa ni lebih kurang camtu la. Alahhhh lapar pulak dah cerita pasal makanan lewat gini. Signature dish kat Rakshee ni, BAKSO SOUP depa. 

Masya Allah sedap gila sup dia! Aqis makan 4 mangkuk kecik tu. Kurus makan 4 mangkuk jugak. Sama. Satu mangkuk kecik tu harga RM 1.90. Then kitorang order spaghetti marinara. Ok lah bagi Aqis. Air, air mineral je. Air mineral tak cas. Pilihan air tak banyak. Ada 3 pilihan je tak silap. Semua air botol yang antik dulu tu. Kitorang plak daripada tengahari minum manis je, bagus jugak minum air masak ni. Pergi kafe order air masak. RARE. Rare ke? Cover la, "Bang, air mineral ada kan?" Sedap sikit dengar hee.

Untuk Bakso Soup ni, ada perasa tambahan.

1/ Sos
2/ Lada blender
3/ Kicap pekat manis
4/ Air perahan limau.

Aqis suka makan asli camtu je. Bila kuah sedap, Aqis tak suka nak tambah perasa lain. Hilang la rasa sedap tu kan. Tapi! Sup dia memang sebati dengan perasa lada blender tu. Ada buh kicap je, hilang sokmo rasa sup wuwuwuwuwu. Cover dengan lada blender tu, pehh! Mantop tu joooooo~
Sedap! ^^

Yang ganjil keseorangan tu la spaghetti marinara. Cheese on top bebeh!

Masya Allah ini sangat mengiurkan! 


Lupa pulak. 1st masuk tu, pergi kaunter terus ea. Order semua kat situ. Pas order, dia akan bagi benda bulat kaler merah, benda tu macam penggera sebenarnya. Macam cerita omputih tu. Team Rakshee akan call kat penggera tu, menandakan order dah siap!

Kitorang kan 1st time kan, lari2 kitorang berdua bawak benda alah bulat ni masuk dalam kafe (kitorang pilih meja kat luar) balik. Bunyi tu taknak berhenti plak kannnnnn~~~~ Ya benerrrrrr~~~
Pengalaman mendewasakan usiaaaaaaa. Heheh.

Aqis nak snap gambar mangkuk pas abis makan tu, sekali baiya tu kutip mangkuk awal daaaaaaaa~~~ Tak sempatttt~~~

Kemudian ke Encorp (Strand) Mall le kite. Tumpang solat Maghrib sahaja. Tandas kat Strand Mall macam hotel oiii.

Pastuuuu, kami pon balik ke tanah air. Sungai Buloh je pon hehehe.
Alhamdulillah, barang dah dapat, eratkan hubungan pon dah, in shaa Allah segala perancangan berjalan dengan baik.

Semoga esok membawa sinar baru dalam kehidupan kita ya. In shaa Allah :)

Salaam selamat malam daripada Aqis :)

Nah info Rakshee:

Instagram: RAKSHEE
Alamat: No 13G, Jalan PJU 5/20A,The Strand, Kota Damansara. 
No telefon: 0122474673

RAKSHEE TUTUP HARI ISNIN TAU!