barah payu dara
satu kes yang paling digeruni oleh manusia zaman kini. ayat formal gila, balqis!
tau tak, kat setiap organ badan kita ni ade sel-sel tisu? sel-sel ni akan membahagi mengikut keperluan sahaja. sel yang selebihnya, dipanggil KETUMBUHAN. yes! tumour. ketumbuhan pulak terbahagi kepada dua:
(i) benign- tumor bukan barah
(ii) malignant- tumor jenis barah
barah payu dara ni kategori MALIGNANT. yes sekali lagi. risau kan dengar? wait. dengar dulu aqis nak cerita. benda ni fakta, tapi anggap aqis macam cerita 'SLEEPING BEAUTY' kat anak-anaknya ya. hihihi. nak bagi semangat membaca sikit deh.
ketumbuhan bermula, of course dari bahagian payudara, di mana ia boleh merebak sehingga ke bahagian tisu-tisu berhampiran. contohnya, ke seluruh dada, leher dan so on so on. tambahan lagi, (oii balqis, boleh jadi cikgu BM nih) sel ni boleh keluar dari ketumbuhan asal dan merebak ke saluran darah. lagi bahaya!
penyebab?
memang jah tak tau. takde sape boleh selongkar 'almari' ni lagi.
tapi kebiasaannya, kaum wanita lebih cenderung nak dapat ni. bila usia menigkat? yup. kebiasaannya atas umur 40 tahun. ade sejarah keluarga pon sama. ni lah dipanggil penyakit genetik. turun temurun.
tahap kanser ni pulak balqis? hah! macam so bagus bagus je nak jadi doktor, balqis ni. i am sharing diz statement ok. ade 4 tahap.
Tahap 1
ni tahap paling awal. masa ni ketumbuhan dalam ukuran 2 cm atau kurang lah. masa ni jugak, dia serang bahagian payudara je.
ketumbuhan akan meningkat pulak. di antara 2-5 cm. dia dah nak mula attack bahagian bawah ketiak pulak. macam klimaks cerita dah ni.
saiz ketumbuhan dah sebesar 5 cm. ape lagi. dia pon nak jelajah bahagian bawah ketiak, kulit dan otot (bahagian dada) la. dah selamat jelajah dah masa ni.
Tahap 4
ketumbuhan dah menjalar ke organ-organ yang terletak jauh dari bahagian payudara. sasaran dia? kat leher, paru-paru dan tetulang.
rawatan pulak balqis?
kebiasaannya pesakit akan buat pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. - Pembedahan konservatif- pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada.
- Mastektomi- seluruh payudara “dibuangkan”.
successfulnya rawatan tu dipengaruhi jugak dengan kesihatan umum dan sikap positif seseorang dalam menentang penyakitnya. so puan-puan tuan-tuan, yeah! kita boleh wok!
tiada istilah putus asa serta mengalah!
*penyakit insyaAllah boleh sembuh, jika dikesan awal dan dirawat secepat-cepatnya! ayuh!
jom jom check! :))
*gracias! :DD
