Monday, 10 March 2014

Adik. Selamat hari lahir.

Assalamualaikum

10.3.2014
11.41pm

Post kali ni khas untuk adik aqis. Aqis tak tau Sue baca atau tak. Tapi kalau Sue baca, listen, this is from my heart lil sis.

Sue,
akak sangat mengantuk disebabkan banyak kerja akak kena settlekan kat praktikal ni. Akak baru je tutup kerja presentation akak sebab akak nak 'jumpa' kau kat sini.

Esok tepat tarikh 11 Mac 2011 bersamaan 10 Jamadilawal 1435H, kau dah pon berusia 17 tahun. Ini menandakan kau dengan rasminya semakin meningkat dewasa dik. Kau lah tempat akak gaduh, tempat akak mengadu bila susah senang. Tempat akak bermanja. Kiranya kaulah yang PALING rajin melayan kerenah akak. Kau ganas, kasar. Tapi dalam akak tau kau baik. Kau sangat baik.

Kau tau. Ada masa akak jelous dengan kau. Yela anak sulong ni kuat jelous sikit. huhu. Tapi bila makin besar, akak fikir, "tak payah lah nak dilayankan sangat sifat akak ni."
Dari dulu akan ada benda akak dapat, kau tak dapat dan begitulah sebaliknya.
Tapi akak tau mama papa selalu usaha untuk sama ratakan setiap sesuatu untuk kita 5 beradik.

Antara perkara paling penting, kau ialah sumber inspirasi akak. Untuk menjadi manusia.
Kau tau? Kedegilan, kekerasan kau yang akak tegur tu, akak selalu pandang balik diri akak. Reflect balik diri akak. Kalau akak boleh tegur kau, kenapa akak tak boleh ubah sikap akak sendiri?
Kau tau su? Tanggungjawab sebagai seorang kakak ni susah. Kadang kala akak bayangkan akak pulak macam mak. Yela, bila mama kerja, ada kelas kat UPSI, akak rasa kena bertanggungjawab untuk adik-adik akak. Kita semua ni harapan mama & papa, dik. Ingat tu.

Ada masa akak ni keras kepala. Nak menang. Yang mana sifat tak baik akak yang kau perasan, akak minta kau tegur akak. Akak tak kisah. Boleh jadi akak lawan balik tapi percayalah, akak 'mendengar'.

Dik,
kau ingat zaman kita kecik-kecik dulu? Kita tak boleh langsung dekat. LANGSUNG!
Entah la. Dulu kita suka sangat gaduh kan. Jangan dicerita.
Satu akak minta, sampai usia kita dah sampai pangkat nenek ke nanti, akak tak nak perkara camtu berulang.
Bila siapa2 antara kita buat salah, TEGUR.
Kalau tak tegur, siapa lagi nak tegur dik?

Pesanan akak, jadilah adik yang solehah. Jaga diri. Jaga suara.
Tengok orang sekeliling. Belajar dari manusia di sekeliling kau.
Ambil mana yang betul, jadikan pengajaran pada perkara yang buruk.
Jadi sumber inspirasi untuk orang ramai.
Tanggungjawab besar untuk orang ramai, dik. Mulakan dengan ajar adik-adik kita dulu k.
Insyaallah awak boleh berjaya dunya akhirat.

Sayang akak kat awak dik, akak tak ucap. Akak tak suka luah. Tau akak camne kan.
Perhatikan perbuatan mama, papa, akak dan adik-adik.
Kami semua sayang sue.

Ah, lain kali jangan malu untuk salam, cium dan peluk akak ea! hihi.
Ok lah. Kalau akak cakap kat kau depan-depan ni mesti akak dah habis cakap, akak terus blah. haha.

Selamat menyambut usia tua ya dik.
Semoga ketemu di Jannah sana.
Adikku, Haiqal Qadrini bt Zainuren.

Salam sayang,
Kakak.





Sunday, 16 February 2014

Into her room

Assalamualaikum ya habibti yang cantik manis. Habibi? err. Salam papa!^^

Ok insyaAllah harini Aqis nak share sumthing. Tapi mostly maybe habibti yang bakal tertarik kot. kot.

Let us. :)

Oh before that nak cakap awal-awal, cat dinding aqis ni lain macam sikit. Kaler dia meluntur. Dulu kitorang cat salah teknik. Al maklum lee, bilik saya, tangan saya, suke hati saya. hohoho.

Lai lai~ masuk bilik hantu feminin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (nak masuk wajib ketuk dan bagi salam)




Ni je koleksi tudung/shawl/inner aqis. Yang lain semua bawak p kolej.
Nanti abis belajar, aqis angkut semua. Haa,
gasak nak letak mana Balqis oii.

 One of my fav spot!
Books!^^
(Tengok dinding tengok dinding. Haduuu)

 <3 <3 <3
Agak-agak nak kasi hadiah hari jadi,
kasi buku je. I-olls rela u-olls.
Haha ok gurau. Ingat dan doa pon cukup dah ah.
Tu paling penting.

 Kayu tu-----
Selalu diguna untuk main samurai dengan adik-adik serta;
rotan adik-adik kerana sifat nakal mereka.
Dun worry, rotan ala-ala kakak sayang adik giteww.
Tak pasal masuk berita nanti. krik krik---

 Some of quotes.
For self-reminder.

 Ruang study yang aman dan damai serta ADA CONTENGAN DI DINDING.
Itu kerja Alis. Tak yah tanya pon aqis dah tau.
Sod ba ro Balqis--
Ketinggian kerusi tu rendah sangat. Sebenarnya aqis kena tambah benda lagi
bawah kusyen tu kasi tinggi.
Disebabkan nak post kat sini an an an. -,-

 Abang tengok you tube ni.
Ah frame dan benda bulat tu. Aqis taktau nak buat apa, so biar dulu buh situ.
Dan meja ni, Balqis cat sendiri. Asalnya kaler kayu. Kontra ngan kaler
perabot2 bilik. Tu cat. Kalau zoom in kan kan..........
Haha takyah zoom ah.

 Ladies'
Truthfully, aqis lagi suka guna losyen Johnson Baby ni dari perfume.
Bau babyyy. Lembut! I-olls kan baby. Muahahahaha.



 Jam peringatan.



 That girl in yellow kurung. That's me.
Arwan wan dukung aqis tu. 
Gambar ni sangat sentimental. Sangat :')

 Bakul kosong tu tempat baju kotor. Nasib kosong. Fuh.
Bakul dan beg berisi tu, barang-barang aqis tu.
Kalau nak buat something ke. Ambik kat situ je.

 Ruang ni kat laci meja. 
Apa-apa je something yang diberi family, sahabat, kawan-kawan dan sebagainya;
aqis simpan dalam ni.
Aqis ada tabiat suka simpan barang pemberian orang, meskipun sampul surat
yang hanya tertulis nama aqis je pon.
Bukan gambar je ada cerita. Benda pon ada cerita dan sentimental valuenya.





 Ruang solat.
Tu beg-beg dari hostel.
Nampak kotak gelap bawah meja tu? Tu lagi banyak barang kenangan
aqis. Stat dari darjah 6 dulu kot tak silap.



 Patung monyet tu, sepupu bagi. Dorang kata, tengok monyet tu ingat aqis. 
Citpooodah kakak, bulatan penuh. (panggilan untuk sepupu).
Yang selebihnya, itu Balqis punyaaa. hahahahaha.


 Namanya Bear. Tak suka ubah nama dia.
Bear ni pemberian acu bob. Masa aqis umur 3 bulan.
Rabak serta nipis dah bear.
Nampak kaki, mata dan hidung bear tu?
Kawan-kawan PLKN jahitkan tu :') Allah. Rindunya diorang.
Hidung tu, Kat yang jahitkan.
Syukran :))))))))))

Overall. Tak overall sangatlah.
Oh ya katil tu pon dicat. Asalnya warna biru langit.Mama dan papa hantar kedai. 
Spray ape namanya ntah. Tengok-tengok dah sampai kat rumah. Syukran mama papa.
I love youuuuuu so strong sampai takde penghujungnyaaa^^

Bilik duk sorang je tapi disebabkan pasukan ada 5 orang semuanya, semua pakat melawat tanpa pasport sambil tido free dalam ni. Adik-adikku, kalian memang hartaku.

Alhamdulillah masih diberi tempat perlindungan. Ni semua barang-barang of course la daripada mama dan papa. I-olls nak, i-olls sabar lah dulu ya. Dekorasi, sendiri fikir. Dah besar. Untuk tahun ni, 3 kali dah ubah perabot. Selagi tak perfect di mata. Lagi tu jugaklah kena ubah sampai puas hati. Aqis rasa ni turun perangai daripada mama kot. hehe. Kuah, dah dicedok, takkan nak tumpahkan kat lantai ye dak? 

Ok nak Asar dah. Jom kita.
Sampai ketemu lagi ya.
Salam. 
:)


Monday, 10 February 2014

Study. Best ke?

Assalamualaikummmm. ^^

Harini aqis nak cakap pasal study. Ya perkara yang wajib dilaksanakan oleh seorang student yang ingin membiwakan dirinya. Ceh Balqis.

Ok cakap pasal study ni, yes Aqis seorang student yang biasa-biasa aja. Tak bijak sangat tak kurang sangatlah. Alhamdulillah yang sedang-sedang saja.

Cakap pasal study plak. Yeah ni yang kita carriiii~
Tanggapan pertama aqis bila tau yang aqis kena study is like, "Study lagi. Malasnya malasnya MALASNYAAAA!" Tu dia kau punya pemalasnya. haha. melampau tau Balqis.

Tapi bila dah bukak buku, pegang pensel, colour-colour sikit, rasa bersemangat pulak. Yelah biasa study ni kira kita nak belajar perkara baru lah kan. So aqis teruskan jelah.

Dah habis tu, peraaaan diaa. Fuh fuh fuh!
"Alhamdulillah settle a few chapter."
Rasa bangga gila dah habis. Haha takdelah. Rasa puas la.
Maksudnya satu ilmu dah masuk dalam kepala. Dan masih ada ilmu yang beratur panjang untuk masuk dalam kepala otak aqis ni.
Pastu plan balik nak study time bila. Then bila nak study balik, rasa balik perasaan 'Aaaaa. Malasnyaaa' tu.

Tapi hey, perkara biasa kan tu. Agaknya student yang level tinggi tahap dewa ni ada perasaan camni tak?
Esok nak interview dorang. Sapa kau nak interview Balqis???

Tau tak aqis tengah study sekarang? Masih sempat kau kan Balqisss. Haha. Camni la i-olls. Selagi ada benda pk dalam kepala ni, kalau tak disampaikan, mesti rasa something je. Ok lah. Jumpa lain kali ea. Assalamualaikummm^^






Thursday, 30 January 2014

Ketahuilah, kamu itu wanita solehah.


Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


eh eh Assalamualaikum sahabat... ^^

Aqis selalu dengar/baca hadis ni. Baca. Ya baca. Persoalannya Aqis sendiri faham kah? *senyum kecil.

Wanita selalu dianggap permata. Susah nak cari. Bila dah jumpa, susah pulak nak lepaskan. Iyelah, benda rare kan, sape senang nak lepaskan cemtu je. Macamlah ada orang belanja ais krim 'Baskin Robbin' 31!' (sambil nyanyi lagu tema dia), memang kau boleh tolak tapi sape tak suka ais krim an an an. hehe. terasa nak pandang diri sendiri depan cermin pulak. Itu baru cermin diri an Balqis. hihi lagi.

Wanita.
Sape rasa dia seorang wanita, gadis, ibu, kakak, makcik, ustazah, puan semualah. Kita kaum yang berjiwa lembut, sensitif, penyayang (ewah, cam lain macam je bila describe yang ni. haha), dan sebagainya. 

Ketahuilah, hadis kat atas dah cakap, "....perhiasan dunia adalah wanita solehah...."

Walaupun dia pernah kerja di kelab malam ke, pernah hisap rokok ke, pernah buat perkara yang kurang baiklah ya, dia masih punya peluang untuk menjadi wanita solehah. Menjadi wanita yang bermaruah. Menjadi wanita yang mampu berdiri sendiri, dengan izin Allah. Ya, niat bila nak buat sesuatu mesti kerana Allah kan. Baru ada keberkatan. Baru ada nur nya. :))

Para wanita, ketahuilah kita semua ada chance untuk menjadi solehah. Cuma, tunjukkan ya sedikit usaha ke arah itu. Manusia bisa berhenti buat sesuatu jika dia mula bosan/penat. Itu perkara biasa. Itu lumrah.

Motivasi diri. Muhasabah diri.

Teruskan langkahmu. Kita hidup bukan untuk sehari cuma. Tengok, berapa sudah usia kita sekarang? (Dah reti baca ni mesti awak dah besar ni. hihi) Dan, mati itu rahsia Allah. Kita tak tahu bila. Kita hidup di bumi Allah sebagai khalifah. Untuk belajar dan menyampaikan ilmu Allah.

Allah~

Dunia ini sementara. Kira bonus kita bagus dalam ilmu dunia, tambah pula dengan ilmu akhirat. Bohonglah kalau mat rempit tak tau baca bismillah sebelum makan kan. See? Setiap manusia ada basic islaminya. Jadi jangan pernah bilang kau lupa Allah. Masakan kalimah "Assalamualaikum" pon tak pernah diucap. At least dalam minggu ni lah. Kan? See. 

Islamic basic dah ada dalam diri kita. Teruskan praktikkannya ya!^^

Eh macam dah bincang topik lain ni.  Wahh... teringinnya nak p usrah. Camna lah keadaannya. Cuba cari area sini tapi susah nak jumpa. Maklumlah, awak ni bukan boleh nak keluar sangat Balqis. Takpe, alternatif lain ada, INTERNET! Ya, manfaatkanlah sebaiknya ya.

Macam panjang sangat dah ni. Ada ke yang baca sampai habis ni? haha. Isokay. Balqis menulis untuk kongsian bersama. Mana yang Balqis tau, dia kongsi. Mana dia tak tau, dia kena belajar jugak kan? aiiiyiiii~

Ok lah, tadi tak tau nak taip apa sebenarnya. Pastu dah dapat taip, memang camni an Balqis. Esok lusa, andai Balqis masih bernafas lagi, sampai ketemu lagi ya. InsyaAllah. Salam tengah malam! (sambil babai-babai) 

Salam.

Saturday, 11 January 2014

Komik "Usaha Tangga Kejayaan"

Assalamualaikum wbt.

Ini komik sempoi punya~


Ily ialah seorang pelajar tingkatan 5 di SMK AAA. Ily seorang pelajar yang baik hati tetapi Ily ada satu tabiat buruk. Ily tak suka belajar. Ily tak minat. Bila buka buku, automatik! Ily jadi malas. 

Ily si rambut kuning.

A
Bebear: Ily, tak faham nanti kita belajar sama-sama ya. Awak tak faham, bagitahu lah.
*Ily bosan. BOSAN BOSAN BOSAN STUDY! Arghh! Tapi Ily selalu perhatikan bebear belajar.

B
Ily: Boleh ke aku ni? Macam malas. Ahh! SPM nak dekat. Yang nak berjaya ni aku. Ish, Ily Ily~

C
*Ily mula sesuaikan dirinya untuk belajar, ikut kefahaman dan keselesaannya.

D
*Ily buat study group. Ily ajak kawan-kawan sekali.

E
*Ily berjaya! Alhamdulillah. Ily tamat study dengan cemerlang! Sukanya, gembiranya mak ayah Ily.

F
*Ily usaha. Tapi tanpa doa, ikhtiar, juga bantuan orang sekeliling, sukar juga Ily untuk buat keputusan memajukan dirinya ke hadapan. 


Thursday, 2 January 2014

Adib Fahim. This is a birthday's post for you.

Assalamualaikum.

Harini hari jadi Adib Ayyim. In which Ayyim was spelled like this-----> Fahim. I do like to change people's name! Tapi bukan yang bawa maksud teruk-teruk aa.

Huih, bila masuk umur 21 tahun ni (sekarang memang tak malu mention umur. Tunggu makin naik nanti. Tengok ah. Berani bubuh ke tak. Haha), kakak makin membesar, adik-adik pon makin membesar.

Adib! Kakak buat post ini dengan harapan Adib akan baca lah bila besar nanti ya. Walaupun akak tau, boys tak suka baca something yang panjang.  Yekeeeee? Ok tepuk dada tanya selera.

Adib Ayyyim~~~
Adik kakak dah masuk umur 8 tahun ni. 10 tahun lagi, jadi 18 tahun pulak. Kakak tak tau apa cita-cita Adib yang sebenarnya sebab Ayyim suka tukar-tukar tapi takpelah. Survey la cita-cita adik dengan sebaiknya ya. Adib kecik lagi ni. Dah besar, Adib faham lah tu. Kan 'Fahim' bawa maksud 'yang faham' kan dik. So biarlah selari nama dengan maksudnya ya. Amin.

Adik! Kakak sayang adik. Kakak tak buat video dah. Kakak malas. Sekarang macam-macam lah kakak kena buat. Adik, mana yang baik sikap & sifat dari seluruh ahli keluargamu, mahupun dari insan sekelilingmu, teladanilah ya. Bila besar jadi insan berguna. Bukan untuk diri sendiri je. Untuk agamamu, keluarga, guru-guru, sahabat, kawan, dan masyarakat ya dik.

Ayyim.
Cipta nama sebagai insan cemerlang, bertaqwa. Mama dan papa pon mesti nak benda yang sama. Jangan degil-degil lagi. Jangan keluar rumah senyap-senyap pergi main kat rumah tok, main kat tempat rumput, main bola dan segala aktiviti yang Ayyim dan Abang suka buatlah. Lain kali nak keluar, CAKAP. Kakak malas nak membebel kat sini. Too public, too public. Miahahahaha.

Ayyim.
Boleh periksa dapat nombor yang cemerlang? Nak main, mainlah. Play hard, study smart jugak dik. (pesanan untuk kakak jugak. huhu). Haa, paling penting! Solat. Jangan sesekali tinggal solat. Jadi imam gilir-gilir dengan Abang. Solat jangan nak laju je sebab nak tengok tv. Kakak suruh papa potong Astro tu kang. Bahagi sikit, cerita kartun dengan cerita berfaedah lain. Faham dik?

Ayyim.
Kakak tau kakak garang. Teramat garang. Garang kakak ada sebab. Orang tengok macam hape je kakak ni an. Tapi percayalah, kalau orang tu duduk rumah sekali dengan kita selama seminggu, dia mungkin tau kenapa kakakmu perangai camni. Jangan risau. Kakak cuba untuk kurang ke'raksasa'an akak dan digantikan dengan kakak yang selembut sutera.

Kakak tau, kakak membebel lagi sekarang. Di mana kakak akan berhenti untuk menaip sekarang jugak. Ok. Itu sahaja. Panjang umur, jumpa lagi adik.

Mama, papa, kakak, sue, abang dan alis, semua sayang Adib. Adib kena tau tu.

Sanah helwah Adib Ayyim.
May Allah bless you and granted you Firdausi. InsyaAllah. :)


Monday, 30 December 2013

2014. Apa azam aku?

Assalamualaikum warahmatullah.

(28 Safar 1435H)

Rasanya baru kelmarin 2013 mengintai masuk. Esok tibanya tarikh keramat 1.1.2014. World Cup kan. Haha. Aqis pon dah masuk 21 tahun. Pergh. Mana perginya usia belasan tahunku dulu-dulu tu? Sampai hati tinggalkan i-olls tau. Well, hidup perlu diteruskan. (sambil buat muka serius. Really, aqis serius ni)

Masihkah aku hidup esok? Mungkinkah ni last post aku? Wallahu'alam. Hanya Allah yang mengetahui.

Azam.

Cakap pasal azam tahun baru ni, hmmmmmmm. Ada ke aku, azam ni? haha. Yang lepas pon entah langsai ke idak. The truth, previously aqis tak suka nak azam-azam bagai ni. Kau azam benda sama, tapi jadi ke tidak? Ada kesungguhan ke dalam keazaman tu?

Setiap manusia ada pendirian dia masing-masing Balqis. Tak yah nak emo sangatttttt~

Azam.

:)

Ya. Balqis ada banyak azam untuk diri untuk tahun ni. Dan kemungkinan akan improve for the next next next year lah ya. InsyaAllah. Tak perlu kot Aqis nak habaq mai. Biar diri yang tahu, untuk motivasi dirilah kiranya. Dan moga Allah juga redha. Tu paling penting. Jadi, marilah menanamkan azam baru di tahun baru ya.

Azam, azam jugak. Jangan mula-mula je. Lama-lama, bersawang. Jangan. Nak tau? Semua manusia tu seorang yang berjaya. Cuma sifat negatif je yang menjadi penghalang. Albert Einstein pon pelajar kurang bijak masa sekolah dulu. Tengok lah dia lepas tu. Lagi satu, contoh paling bagus, Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Masa kecil, apa sangatlah baginda ada. Dekat Luh Mahfuz dah sedia tercatat, baginda bakal menjadi Rasul masa umur 40 tahun. Tapi masa kecil, baginda hidup susah gak. Mengembala kambing. Ada orang nak kerja camtu sekarang? Kembala kambing pon boleh untung maa. Dapat berkat Allah lagi kalau kamu betul-betul ikhlas dalam pekerjaan. Ah, kerja apa-apa pon kan. Asalkan tak haraam.

Contoh: kembala kambing boleh dapat susu, makan daging dia, biakkan kambing tu, dapat hasil berganda-ganda dan banyak lagi la. Silap-silap haribulan boleh bukak pusat ternak kambing sendiri. Tak ke.......? So, selamat memotivasikan diri sendiri ya korang. Ni i-olls bagi contoh.

Hmm. Apa Aqis nak taip lagi ni? Dah la. Sampai sini jela. InsyaAllah next time, kita jumpa lagi ya diary mayaku. Adios amigos! Assalamualaikum.

Selamat membina diri menjadi manusia bestari ya! ^^