Monday, 1 September 2014

Deco and self-thinking.

Assalamualaykum wbt! :)

Before,
(Ni aqis penah post masa cerita 'Mari ramai-ramai serbu bilik Aqis' tu.



        

dan ini gambar 'Selepas',



Best kan kalau rumah banyak bunga.
Ah! Aqis ada baca satu kajian ni;

Bila kita tinggal di dalam sebuah rumah bersama suami, jikalau boleh, elakkan menghias rumah/bilik utama bertemakan 'girly' sangat.
Kerana lelaki jiwanya tak sama dengan kita.

OK. Cuba perhati dan ingat balik.
Macam mana hiasan dalaman pejabat, sekolah, dewan makan, lobi, bilik hotel?
Semuanya nampak simple dan tenang je kan.

Ahha! That's why lah. Jika mahu menghias, biar berpada.
Jangan pelik jika suamimu keluar, prefer pekena teh tarik kat mamak daripada makan kat rumah.
Sebab tak kena jiwa dia.
Takkan nak tengok tv, suasana ruang tamu pinkkkkkkkk je kan.
Tak macho muchos la beb!
Tu lelaki la.
Kita perempuan, makin simple, makin nak beli barang hiasan banyak-banyak kannnnnnn.

Well, actually we're different in a good way! :)
Lelaki melengkapi wanita dan begitulah sebaliknya.

Allah ada firman untuk hamba-hambaNya bahawa Allah dah cipta setiap yang hidup ni berpasang-pasangan. Supaya kita saling melengkapi.

Ekkkkkkk tettttttttt~~~
Macam takde mengena? Ada kena mengena.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Lu pikirlah sendiri.
Assalamualaykum.

Aqis nak tido. Ngantuk.
OK bye. Adios!

Bingkisan hati.

Assalamualaykum wbt buat sang pembaca.
Ini, ku mahu titipkan cerita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuhan..
Jagakan hati aku.
Seandainya aku rapuh, pasakkan hatiku kepadaMu.

Rindu.
Acapkali aku nafikan.

Fitrah?
Ya. Kerana aku manusia.

Ya Rabb.
Dengarkan suara dari jasad ini.

Aku bimbang. Aku ini hambaMu yang metah bertatih mencari ilmuMu.
Kestabilan hati ini masih ecer.
Kerana perasaan ini ber’fitrah’ lah, maka aku mengadu kepadaMu Tuhan.

Jika ditanya kepada wanita, mereka boleh pupuk rasa sayang dalam masa sekelip mata; melainkan bagi mereka yang kuat jiwa, serta imaan.
Jika disoal kepada kaum Adam, ah~ riaknya seperti hati kering sahaja.
Meluahkan perkataan ‘sayang’ itu kerana terpaksa. Dek menjaga hati sang pencinta.

Ya Allah..
Kuatkan hati ini.
Tangisanku bukan kerananya. Curahan ini ku tuju buatMu.
Kerana aku mahu mendambakanMu, melebihi aku mendambakannya.
Aku ingin mencintaiMu, melebihi aku mencintainya.

Ya Hayyum ya Qayyum..
Jangan Kau lalaikan hati ini.
Teguhkan pendirianku.
‘Berdiri’kan aku.

Kiranya doktor itu cita-citamu, maka aku ungkapkan; menjadi Muslimah Solehah itu targetku.
Usai menjenguk akhirah, pascanya ku intai dunia.
(ini pesanan daripada salah seoang sahabahku)<3

Andai dia tercipta untukku, maka permudahkan jalan ini ya Tuhan.
Jika ada yang lebih baik, maka Kau bukakan mata hati ini ya Allah, jua buat dirinya. :')

Syaishhh~
Mengapa cinta, sayang dan kasih yang ku persoalkan?
Mengapa perihal dia yang berada di bibir selalu?
Mengapa dia ada di dalam doaku, otakku?

Kerana aku tahu.
Aku punya Tuhan.

Ya Rabb,
Kau sebaik-baik perancang kendati pun kami usai merancang.
Maka hati ini ku paksikan kepadaMu.

Uhh~
Sekali lagi bicara ini mengenai hati.
Kerana hati, aku bisa mati. Kerana hati, aku bisa bahagia.
Jadi aku pilih bahagia.


Izinkan aku ingin menjadi sang pencintaMu ya Tuhan <3

Wednesday, 27 August 2014

30 things you need to know about Balqis Faiqah.

Assalamualaikum wbt.

Dengan sekali nafas, ahaks.

1. Nama penuh Balqis is Balqis Faiqah binti Zainuren; 21 tahun.

2. Suka warna merah jambu teramat sangat! Bilik Balqis 90% diliputi warna ini. Jambu kan chuollss~ Ahak ahak ahaks-- Nayhhhh~

3. Yes. Balqis memang manja. Teramat. Maybe kamu boleh annoy dengan kemanjaan itu. Tapi memang taklah Aqis nk tunjuk kat orang khon. Memang tak laaa. Gua rock! Haha. Peace yo!

4. Tak kesah kena pukul jika itu salah sendiri tapi tak rela kena marah. Gila, cepat touching chuolls. Merajok kejap jela. Tak suka lama-lama. Menyusahkan orang je.

5. Suka tengok gambar. Setiap malam akan godam balik gallery handphone, slide2 gambar sampai lebam. Pastu baru tido. Bagus kan...

6. Ada bear yang dah dimiliki sejak usia 3 bulan lagi. Sory la derr. Takde sape boleh rampas dari gua.

7. Sangat sayang kepada persahabatan. Setiap orang yang dikenali/baru dikenali, akan dijaga ukhwah hingga ke akhir hayat. In syaa Allah.

8. Suka buat aksi tak tahu malu. Apa dia? Kenal lah Balqis ya. Muahahahah.

9. Ada misi hidup: Nak buat dunia aman walaupun bermula dari Malaysia je pon. I dont care. Tak suka simpan dendam. Nanti makan diri-- nanti misi hidup tak dapat diteruskan. Oh, it is so NO NO NO!

10. Takut nak makan nasi & lauk banyak2(dulu obes. pastu normal. sekarang pra obes. hahahhahahah). Kalau makan kerepek ke, coklat ke banyak2 xpe kan Balqis.......... -,-

11. Susah nak sampaikan perasaan sayang kat seseoang. Prefer perhati dari jauh perbuatan dia. Nak sayang, tunjuk je. Malas cakap. Haha. Nasib la laki gua.

12. Ada impian nak buat rumah kat kawasan yang takde pembangunan pesat. Di mana suasananya aman tenteram sejahtera sentosa negara berdaulat. Eh.

13. Suka tengok rumah tradisional moden daripada rumah yang completely moden. So not my taste. Tapi kalau dah kahwin, ehem! Tak perlu cakap sini la. Perbincangan is with him. Do not think Im live for luxury. Im normal person. Kena belajar hidup susah. Tak payah nak manja sangat Balqis.

14. Prefer dengar/tonton lagu/movie English berbanding Malay. Barangan/Ciptaan dari Malaysia, saya tetap sokong! Yeahhh!~ Currently listening to: Maher Zain's songs, Fynn Jamal.

15. Suka nak encourage orang supaya jadi semangat macam Balqis. Tak suka tengok orang sedih. Suka tengok orang senyum dan gelak. Kena la jadi orang yang bahagia. Ye dak? :)

16. Amaaaaaaaaat gila3 sampai gila dengan buku2. Rasa nak berenang dalam lautan buku. Tak lemas punya. Buku yang dibaca: Motivasi Islamik. Ah, novel jiwang2 gua tak layan. Sorry to say.

17. Suka pergi jalan2.

(Apahal macam banyak yang SUKA je? Erk. OK sambung!) :D

18. Tak suka cicak. Tau tak, haritu ada cicak dalam tempat blender. Warghhhhhhhhh. Geli geli bila ingat! Warghhhhhhh.

19. Makanan kegemaran: Tomyam, Makanan yang sihat. Ah pk la mana yang sihat2 tu ya. Peace mayn.
Minuman kegemaran: Limau ais, Coklat panas dan selalu paksa diri minum air masak. Pftt.

20. Suka fashion. Suka nak buat eksperimen mengenai penggayaan pemakaian seperti gaya tudung, baju. Vintage forever. Jyeahhhhh!~

21. Prefer piknik di taman2 berbanding lepak kat shopping mall.

22. Mendambakan camera NIKON. Tsk tsk.

23. Love flower! Real flower? Give to me? Na-ah. Tak minat. Sekian.

24. Tak minat mana-mana artis pon. Tak teruja bila nampak dorang pon. Dorang pon manusia biasa. Lainlah bila salah satu petanda kiamat besar berlaku. Salah satu, Nabi Isa turun ke bumi. Then, are you afraid or feeling grateful? Think people.

25. Suka nak sempurnakan mana yang kurang sempurna. Contoh; taip karangan kat lappy, pastu tak bubuh noktah. Nak jugak patah balik, buat noktah dulu. OK fine. Overrrrrrrrrrrrr. Takde la semua nak sempurna. Gua insan biasa beb.

26. Mama kata Aqis panggil mama macam kambing. Camni perbualan call kitorang (Aqis & Mama)
Aqis: Assalamualaikum wbt ma..
Mama: Waalaikumussalam wbt.
Aqis: Ma ma ma ma ma ma ma ma ma ma ma ma.
(mama marah manja)
Mama: Apa? Mamamamama. Cakap jela. Macam kambing dah.
Aqis: Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ape samakan macam kambing maaaaa~
Mama: Haa ada apa?

Perbualan kedua dengan papa pulak.
Aqis: Assalamualaikum wbt pa~~~
Papa: Waalaikumussalam wbt. Ha ya?
Aqis: Pa pa pa pa pa. Papa tengah buatpe?
(Papa gelak)
Papa: Papa tengah tengok tv dengan mama ni.

Konklusi: Papa lagi suka layan Aqis berbanding mama. Hahahahahaha. Tapi anak2 mama dan papa tau, kasih sayang mama dan papa itu SAMA. Fair and square. Takde lain2.

27. Akan bawak beg make up ke mana mana. Suka make up minilmalis berbanding bedak tempek sekilo dua kat muka.

28. Bila keluar, muka akan dibajetkan sebajet mungkin. Wa tak sombong. In syaa Allah jangan risau. Tegur je.

29. Tak bercakap/tak usya2 gaban terhadap lelaki yang tidak dikenali. Wa rock, wa pon pemalu jugak oo. Hahahahha. Tundukkan pandanganmu-- satu daripada ayat Quran. Surah an-Nisa tak silap. Ayat berapa Aqis kurang ingat. Betulkan jika Aqis salah ya. But, I admit. Aqis senang cakap dengan lelaki. Tapi yang dikenali/memang dah lama kenal la. Sebab boleh cakap sesuka hati smbil dorang buat muka slamber. Slamber kannn. For me, ladies are very very very sensitive in something. Including me. Sahabat2, kawan2, Aqis lebih prefer wanita la. Sometime, I can be so feminine you knowssss~ Apa? Ingat gangsta sangat Aqis ni? Haha.

30. Tak penah shopping baju/beg bagai bila hang out dengan kawan2. TAK PERNAH OK. Ada sebab kenapa.

OK cukup. Macam syok sendiri je taip2 ni. Haha.
Biarlah. For my own personal view bila dah tua nanti.

Good morning. May Allah bless us always <3

Balqis.
28/8/2014.
4.28am
Sungai Buloh, Selangor.

Monday, 11 August 2014

What should I do during my birthday?

11 ogos 2014.

Assalamualaikum wbt.
Balqis datang lagi. hehe.

Alhamdulillah dengan nikmat hidup. Sehingga ke usia 21 tahun ini.
Apa yang aku dah kecapi dalam hidup aku?

Boleh aku cakap, NOTHING??

Pftt. Then dont live. Erk, kidding!
You must live.
You have to.
That's why you were borne.
That's the promises that you hv made with your Creature, Allah.
You are the khalifah in this world.
Please, DONT WASTE YOUR TIME BY DOING NOTHING.

PLEASE.

Urgh. Susah. Cakap senang, buat susah.
So tak payah buat. Lagi senang.

Sanah helwa, Balqis
Happy birthday to Balqis
Selamat hari lahir, Balqis

Oh yes. Thankyou thankyou. No need to sing more. Ahaks!
Annoyingggg~~~

Ok, back to the story.
Pernah aqis dengar,

"Hari lahir kamu, patut kamu bagi hadiah kat mak kamu."

"Tak payah nak sambut sangat hari jadi. Sepatutnya setiap kali tibanya tarikh keramat lahirmu, kamu kena fikir/tahu, apa pencapaian yang kamu dah lakukan sepanjang usia itu."

"Merajuk ah yu tak ingat taikh lahir aiiiiiiiiiiiii~"
Ok ni keluar topik. Blerghhh. -,-

So, aqis amik point yang 'pencapaian' tu.
Aqis rasa tak perlu pon cakap di sini. Bukan taknak berkongsi, ada sesetengah perkara bolah Balqis ucap di sini, ada yang tidak. And I hope you will understand that :)

*Ok hingus meleleh sekarang. Spontanious chuollsss I tayeppp. Muahahaha!

Mama..
Thank you. Kerana melahirkan Aqis di dunia ni. Camna Aqis baru tau yang proses kelahiran Aqis menggunakan forceps & vakum. Dulu, di dalam bilik asing itu. Banyak mana darah mama yang keluar. Sakit yang mama rasa semasa nak melahirkan Aqis. Setiap makanan yang kita kongsi bersama masa Aqis dalam rahim mama dulu. 21 tahun yang lepas ma..

Aqis pastinya tak tahu. Dan tak ingat pon, "camtukah keadaannya? Mama melahirkan Aqis."
Aqis tangok dari macam-macam sumber ibu. So I guess we're in the same condition where as in the movie, ma.

Dah tu, dah besar pulak. Soooooooooooo many thing yang mama kena fikir bersama papa. Untuk membesarkan Aqis. Membentuk Aqis menjadi SEORANG INSAN.

Aqis berani mengaku, Aqis meman nakal dulu. DULU. Masa kecik2. Solat pon nak tipu papa. Please, JANGAN TIRU/COPYPASTE. Especially for kids! Oh I've already said it! Snap!
Just, jangan tiru ok. really, it's normal for kids, suitable with their age but still not good. hek-- hek-- hek-- (gelak terpaksa)

Dan kerana tipu dusta pasal solat tu lah yang buat Aqis rasa malu & rugi sampai sekarang. "Kenapa dulu aku macam tu?"
You know HIKMAH? Yes, that's it :)

Papa..
Yang tak pernah sekaliiiiiiiiiiiiiiipon complain penatnya, lelahnya, pengorbanannya.
Tak pernah! Walau sekali.
Kids, teenagers, PLEASE. Love and gv a full respect for your father. Surely! He is your hero. Bukan buayapreng kamu, tetapi ayah kamu.

Andai kena pukul dahulu dengan rotan, batang paip, tali pinggang (pernah kan kan kan), jangan simpan dendam.
Mungkin pukulannya kerana sayang. Kerana kamu degil. Bukan mudah untuk membentuk kamu menjadi insan mulia, sahabat.
Jadi, bersabarlah bersama ayah dan ibumu.
Banyak ganjaran yang bakal kamu terima. <3

Buat semua,
nama-nama kalian teraaaamatlah banyak! Pasti yang berkecil hati jika tidak ku sebut salah satu namanya. Jadi, keputusanku, biarlah karangan ini ku istimewakan buat Penciptaku serta nadi2 aku iaitu mama & papa <3 <3 <3

Kalian juga istimewa.
Ada yang berada di samping aku tika susah. Ada yang sabar mendengar celoteh aku. Ada yang baaaaaaaaaaaanyak gila bersabar dengan perangai aku.

Ada juga yang pergi tika aku susah, ada yang tidak ambil peduli tika aku jatuh.
Aku ambil itu sebagai rencah hidup. Itu kitaran hidup yang normal. No offence!
The key is; SABAR. Sod ba ro. SABAR.

Dan in syaa Allah kamu tidak akan hilang sesiapa melainkan maut yang datang menjemput.

Terima kasih Tuhan.
Alhamdulillah <3

Terima kasih duhai insan-insan yang istimewa di hatiku.
Kamu punca aku kenal erti hidup. Apa tujuan aku hidup.
Allah jadikan kita sebagai sebab dengan bertemu sesama sendiri kerana ini ialah perancangan Dia yang paling brilliant!
*Assalamualaikum buat sahabat di alam maya ini jua :) anyeonggggggggggggggggggggggggggggggggg~ hihi.

Pray for Gaza.
Do 5 times solah per day, dearie.
Pray. :)

Syukran jazilan.

Lots of love,
Balqis Faiqah binti Zainuren
11/8/2014
11.41pm
Temerloh.

Sunday, 27 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014

Assalamualaikum wbt

Fuh kalau nak dikobarkan meme lama gilos tak isi kau, wahai diari mayaku.
Mm mm nak bagi nama lah kat awak. Any suggestion? :D

Anyeongggggggggggggggggggggggggggggg~!
Haa kau. Nampak tak keterujaan kat situ?

Alhamdulillah, Balqis dapat lagi menjejakkan kaki ke sana! ke PESTA BUKU ANTARABANGSA kat PWTC! Has you already went there? Pergilah, seronok! :)

Pesta buku kali ni, ya sangat meriah. Macam tahun tahun lepas juga. Bak kata Sue, "Pesta buku ni seminggu. So hari apa yang tak ramai org?"

So, the schedule!
Aqis gerak p sana dalam pkul 12pm. Minta tolong mama hantar Aqis ke KTM Sungai Buloh. Yeah, Im alone. Aqis suka camtu walaupun tahu bahaya apa bakal muncul kan. Yela, books are my passion. So kalau nak beli buku, Aqis memang akan ambil masa yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaangat lama.

Yela, kandungan/isi kandungan mestilah kena mantap. Guna duit bhai wa nak beli. Dan mestilah berbaloi untuk dibaca! :)))

Jadi, kesian pulak siapa siapa yag ikut Aqis. Kena tunggu lama. (Sebenanya tak kisah pon orang nak ikut ke tak. You do your work, and I'll do mine. hee)

Sampai stesen KTM Putra (tambang KTM Sungai Buloh-KTM Putra= RM1.60), jumpa pula dengan kawan PLKN Aqis, Anum. janji dah dengan depa. Aqis panggil 'umi' je sebab anak anak Anum panggil Anum tu 'umi'. Nanti panggil 'Anum', tak pepasal anak anak panggil gelaran yang sama. Siapa ajar? 

"Kak Balqissssssss~" -,- hohoho

Sampai sana, Anum tak sampai lagi. Cari parking katanya. Hari Sabtu beb. Bayangkan ramai mana manusia datang atas tujuan yang sama? Jadi Aqis inform dulu Aqis nak melilau kat dalam. Cari booth mana yang best.

Dari pemerhatian Aqis, tahun ni banyak gila buku Islamik genre yang dijual. Masuk masuk ke pintu entry, dah nampak dah. Aqis usha lah dulu.
Aqis nak cari al-Quran rainbow yang boleh bawa p mana mana tu. Teringin sangat. 

Banyak booth yang jual. I'm in my budget okeh! Untuk beli beli buku ni. 

Survey dulu---

Kebanyakan ada jual tapi semua dari company yang sama. Tulisan dia. Comel sangat. Balqis tak nampak~ :(
Aqis fikir, buat apa nak Quran cantik cantik tapi isi pon susah kau nak baca Balqis??
Minta pendapat Umi, Umi kata ikut mata si pembaca juga. Umi pon kata cantik Quran rainbow tu <3

Aqis bukan apa. Bukan nak memilih sangat apatah lagi dengan niat baca Quran untuk dipertontonkan kat umum. Tak...
Aqis suka baca/tengok sesuatu yang cantik. Jadi bila aqis pandang, "Wah.... Cantiknya... Ni ada mood nak baca ni." Haa camtu. :) <3

Oh lupa, time ni dah jumpa Umi. Rindu Umi serta anak anaknya!
Muahmuah depa. Hihi. Yang Aqis tak tahan, hubby Umi dukung baby sorang. Yang kakaknya(1tahun) diikat dengan belon kasi tak lari jauh. Hihi. Geli hati Aqis tengok :D
BTW, Umi is same age as mine and she really is a good mother and wife. Proud to call her 'UMI' :)
Jalan-jalan nak dekat 4 jam kami kat situ. Kesian anak anak Umi, so Umi kena gerak awal. 

Oh ya, sesiapa yang nak singgah The Mall, ia tengah nak ubah suai ya. So tak pasti buka ke tak The Mall tu. Umi kata tutup. I dont know whether ada pintu masuk lain. 

Dah borong semua, Umi nak tolong hantar tapi it's okay. Aqis dekat ke KTM tu. Pasal Umi n hubby nak cari surau. Better they go 1st. KL famous dengan jalan jammed okayhhh. Sedih nak berpisah, ambil gambar dengan anak anak Umi pon tak sempat tau. On the other page, Aqis bisa jumpa Umi untuk kali ni lagi kan. A sad PLUS! (+) happy moment that we have :)

Umi beli buku mengait~ Uuuuu~

Some picture,

Ni ruangan khas untuk novel novel terkini.
'Suami aku ustaz', 'Sebenarnya saya isteri dia' dan so on so on la.
Tak minat novel camni. Masuk sebab nak tengok ada apa
dan ambil gambar je. Ha ha ha (gelak satu satu)
Sebahagian manusia dalam ruangan novel.
PACK PACK PACK!
Ramai wanita an an. Hihi.
Tu diaaaaaaa manusia yang ramai, padat dan mutakhir.
Ni kat ruangan/bilik lain pulak.
Pesta buku ni banyak ruangan khas untuk buku buku tertentu, under company apa
semua tu lah.
Haa ni pon ruangan novel. Tapi! Novel yang mm mm camne entah nak describe.
Dia tak macam novel biasa au. Dia unik.
Tu Aqis rasa tertarik nak beli. Padahal bukan selalu baca pon.
Haaa korang rasa ni hape?
Ni novel derr. BUKAN coklat.
Some of Quran :)
Ni kat ruang KARANGKRAF.
Ada promosi. Beli 2 dapat murah. Harga pakej.
Gila kauuu. :DD
This is Umi.
Balqis suruh Umi pura pura baca untuk mendapatkan satu caption
yang cantik. Hahaha.

Suasana dalam ruangan KARANGKRAF.

Peminat tegar novel?
Anda tak terliur kah?
Let us remind each other, should we? :)

Aina bersama ayahandanya.
Ni la situasi yang buat Aqis geli hati tu. Hee.
Hasil dari baucer buku. Hihi.

Sesiapa nak tahu harga buku semua, jangan segan segan tanya naa. Mana Aqis ingat, Aqis bagitau.
Sampai ketemu lagi pesta buku!
<3 <3 <3

Cepat cepat kita p serbu!





Monday, 10 March 2014

Adik. Selamat hari lahir.

Assalamualaikum

10.3.2014
11.41pm

Post kali ni khas untuk adik aqis. Aqis tak tau Sue baca atau tak. Tapi kalau Sue baca, listen, this is from my heart lil sis.

Sue,
akak sangat mengantuk disebabkan banyak kerja akak kena settlekan kat praktikal ni. Akak baru je tutup kerja presentation akak sebab akak nak 'jumpa' kau kat sini.

Esok tepat tarikh 11 Mac 2011 bersamaan 10 Jamadilawal 1435H, kau dah pon berusia 17 tahun. Ini menandakan kau dengan rasminya semakin meningkat dewasa dik. Kau lah tempat akak gaduh, tempat akak mengadu bila susah senang. Tempat akak bermanja. Kiranya kaulah yang PALING rajin melayan kerenah akak. Kau ganas, kasar. Tapi dalam akak tau kau baik. Kau sangat baik.

Kau tau. Ada masa akak jelous dengan kau. Yela anak sulong ni kuat jelous sikit. huhu. Tapi bila makin besar, akak fikir, "tak payah lah nak dilayankan sangat sifat akak ni."
Dari dulu akan ada benda akak dapat, kau tak dapat dan begitulah sebaliknya.
Tapi akak tau mama papa selalu usaha untuk sama ratakan setiap sesuatu untuk kita 5 beradik.

Antara perkara paling penting, kau ialah sumber inspirasi akak. Untuk menjadi manusia.
Kau tau? Kedegilan, kekerasan kau yang akak tegur tu, akak selalu pandang balik diri akak. Reflect balik diri akak. Kalau akak boleh tegur kau, kenapa akak tak boleh ubah sikap akak sendiri?
Kau tau su? Tanggungjawab sebagai seorang kakak ni susah. Kadang kala akak bayangkan akak pulak macam mak. Yela, bila mama kerja, ada kelas kat UPSI, akak rasa kena bertanggungjawab untuk adik-adik akak. Kita semua ni harapan mama & papa, dik. Ingat tu.

Ada masa akak ni keras kepala. Nak menang. Yang mana sifat tak baik akak yang kau perasan, akak minta kau tegur akak. Akak tak kisah. Boleh jadi akak lawan balik tapi percayalah, akak 'mendengar'.

Dik,
kau ingat zaman kita kecik-kecik dulu? Kita tak boleh langsung dekat. LANGSUNG!
Entah la. Dulu kita suka sangat gaduh kan. Jangan dicerita.
Satu akak minta, sampai usia kita dah sampai pangkat nenek ke nanti, akak tak nak perkara camtu berulang.
Bila siapa2 antara kita buat salah, TEGUR.
Kalau tak tegur, siapa lagi nak tegur dik?

Pesanan akak, jadilah adik yang solehah. Jaga diri. Jaga suara.
Tengok orang sekeliling. Belajar dari manusia di sekeliling kau.
Ambil mana yang betul, jadikan pengajaran pada perkara yang buruk.
Jadi sumber inspirasi untuk orang ramai.
Tanggungjawab besar untuk orang ramai, dik. Mulakan dengan ajar adik-adik kita dulu k.
Insyaallah awak boleh berjaya dunya akhirat.

Sayang akak kat awak dik, akak tak ucap. Akak tak suka luah. Tau akak camne kan.
Perhatikan perbuatan mama, papa, akak dan adik-adik.
Kami semua sayang sue.

Ah, lain kali jangan malu untuk salam, cium dan peluk akak ea! hihi.
Ok lah. Kalau akak cakap kat kau depan-depan ni mesti akak dah habis cakap, akak terus blah. haha.

Selamat menyambut usia tua ya dik.
Semoga ketemu di Jannah sana.
Adikku, Haiqal Qadrini bt Zainuren.

Salam sayang,
Kakak.





Sunday, 16 February 2014

Into her room

Assalamualaikum ya habibti yang cantik manis. Habibi? err. Salam papa!^^

Ok insyaAllah harini Aqis nak share sumthing. Tapi mostly maybe habibti yang bakal tertarik kot. kot.

Let us. :)

Oh before that nak cakap awal-awal, cat dinding aqis ni lain macam sikit. Kaler dia meluntur. Dulu kitorang cat salah teknik. Al maklum lee, bilik saya, tangan saya, suke hati saya. hohoho.

Lai lai~ masuk bilik hantu feminin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (nak masuk wajib ketuk dan bagi salam)




Ni je koleksi tudung/shawl/inner aqis. Yang lain semua bawak p kolej.
Nanti abis belajar, aqis angkut semua. Haa,
gasak nak letak mana Balqis oii.

 One of my fav spot!
Books!^^
(Tengok dinding tengok dinding. Haduuu)

 <3 <3 <3
Agak-agak nak kasi hadiah hari jadi,
kasi buku je. I-olls rela u-olls.
Haha ok gurau. Ingat dan doa pon cukup dah ah.
Tu paling penting.

 Kayu tu-----
Selalu diguna untuk main samurai dengan adik-adik serta;
rotan adik-adik kerana sifat nakal mereka.
Dun worry, rotan ala-ala kakak sayang adik giteww.
Tak pasal masuk berita nanti. krik krik---

 Some of quotes.
For self-reminder.

 Ruang study yang aman dan damai serta ADA CONTENGAN DI DINDING.
Itu kerja Alis. Tak yah tanya pon aqis dah tau.
Sod ba ro Balqis--
Ketinggian kerusi tu rendah sangat. Sebenarnya aqis kena tambah benda lagi
bawah kusyen tu kasi tinggi.
Disebabkan nak post kat sini an an an. -,-

 Abang tengok you tube ni.
Ah frame dan benda bulat tu. Aqis taktau nak buat apa, so biar dulu buh situ.
Dan meja ni, Balqis cat sendiri. Asalnya kaler kayu. Kontra ngan kaler
perabot2 bilik. Tu cat. Kalau zoom in kan kan..........
Haha takyah zoom ah.

 Ladies'
Truthfully, aqis lagi suka guna losyen Johnson Baby ni dari perfume.
Bau babyyy. Lembut! I-olls kan baby. Muahahahaha.



 Jam peringatan.



 That girl in yellow kurung. That's me.
Arwan wan dukung aqis tu. 
Gambar ni sangat sentimental. Sangat :')

 Bakul kosong tu tempat baju kotor. Nasib kosong. Fuh.
Bakul dan beg berisi tu, barang-barang aqis tu.
Kalau nak buat something ke. Ambik kat situ je.

 Ruang ni kat laci meja. 
Apa-apa je something yang diberi family, sahabat, kawan-kawan dan sebagainya;
aqis simpan dalam ni.
Aqis ada tabiat suka simpan barang pemberian orang, meskipun sampul surat
yang hanya tertulis nama aqis je pon.
Bukan gambar je ada cerita. Benda pon ada cerita dan sentimental valuenya.





 Ruang solat.
Tu beg-beg dari hostel.
Nampak kotak gelap bawah meja tu? Tu lagi banyak barang kenangan
aqis. Stat dari darjah 6 dulu kot tak silap.



 Patung monyet tu, sepupu bagi. Dorang kata, tengok monyet tu ingat aqis. 
Citpooodah kakak, bulatan penuh. (panggilan untuk sepupu).
Yang selebihnya, itu Balqis punyaaa. hahahahaha.


 Namanya Bear. Tak suka ubah nama dia.
Bear ni pemberian acu bob. Masa aqis umur 3 bulan.
Rabak serta nipis dah bear.
Nampak kaki, mata dan hidung bear tu?
Kawan-kawan PLKN jahitkan tu :') Allah. Rindunya diorang.
Hidung tu, Kat yang jahitkan.
Syukran :))))))))))

Overall. Tak overall sangatlah.
Oh ya katil tu pon dicat. Asalnya warna biru langit.Mama dan papa hantar kedai. 
Spray ape namanya ntah. Tengok-tengok dah sampai kat rumah. Syukran mama papa.
I love youuuuuu so strong sampai takde penghujungnyaaa^^

Bilik duk sorang je tapi disebabkan pasukan ada 5 orang semuanya, semua pakat melawat tanpa pasport sambil tido free dalam ni. Adik-adikku, kalian memang hartaku.

Alhamdulillah masih diberi tempat perlindungan. Ni semua barang-barang of course la daripada mama dan papa. I-olls nak, i-olls sabar lah dulu ya. Dekorasi, sendiri fikir. Dah besar. Untuk tahun ni, 3 kali dah ubah perabot. Selagi tak perfect di mata. Lagi tu jugaklah kena ubah sampai puas hati. Aqis rasa ni turun perangai daripada mama kot. hehe. Kuah, dah dicedok, takkan nak tumpahkan kat lantai ye dak? 

Ok nak Asar dah. Jom kita.
Sampai ketemu lagi ya.
Salam. 
:)