Saturday, 16 January 2016

Usrah

Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh!

Apa khabar semuanya? :)
Sihat?

Mata Aqis ada calezion (ketumbit) la ni.Nak dekat 2 bulan youwolssss tak surut-surut tsk tsk.
Jumaat depan if tak surut juga, doktor nak korek nanah ni kasi keluar wohhooo!

Harini pagi, Aqis ada usrah di Masjid kat Bandar Baru. Tak ingat dah nama masjidnya.
Setelah lama usrah ditunda, maka diadakan semula :)

Masya Allah rindu sangat rasanya pada ahli-ahli usrah kecil tu :')
Mula-mula nak pergi, rasa macam, "Alaaaaa lama dah tak pergi ni, camno ni nak jumpa balik ahli-ahli lain?"

Tapi pergi juga memandangkan Aqis nak cekup ilmu. Itu je yang Aqis fikir.
Alhamdulillah sampai je kat masjid, ahli sedang bertadabbur. Aqis lewat kit hihi.
Jadi tak sempat nak baca terjemah Quran.

Kami baca terjemahan surah Al-Baqarah dari ayat keberapa Aqis kurang pasti, tetapi sehingga ke ayat 126.

Dan kami juga terima seorang ahli baru. Namanya Kak Aida :)

Sesi taaruf dimulakan.
Bila dengar balik, oh Aqis rupanya paling muda. Muda sangatttttt!

Banyak sangat pengisian kak naqibah, Kak Leena kongsikan.
Kiranya setiap bait kata yang diucapkan, semuanya sangat bermotivasi, penuh inspirasi. Lembut je setiap pesanan yang Kak Leena berikan kepada kami :)

Semasa sesi perkongsian sesama ahli, Aqis sangat tertarik dengan cerita akak ni.
Sampai buatkan Aqis mengalirkan air mata tanpa Aqis jangka langsung!

Aqis rasa tak perlu untuk Aqis cerita semua.
Sama-sama kita jaga aib sahabah kita ya.

Main point dia ialah bila akak ni cakap,
"Jangan letakkan cinta kita yang utama kepada manusia. Sebaliknya, jadikan Allah nombor satu dalam hati kita."

"Akak berdoa pada Allah, Ya Allah, jangan Kau biarkan aku berasa sunyi. Alhamdulillah akak tak pernah sekalipun rasa sunyi waktu ini. Ada je terisi dengan aktiviti."

Masya Allah, entah kenapa Aqis rasa macam Aqis just akan dengar camtu je, but once she mentioned Allah and to not love human more than Him, I cried. Its so really me, sometimes. I felt that Allah really near by me. Allah that always heard my dua'. Masya Allah.

I do wrong, regularly.
I do sin, each day I lived.

But He never abandoned me. Never.

Banyak sangat Kak Leena shared hadith, stories and much more.

Jazakumullahu khairan katheer untuk keluarga kecil ini, sahabat-sahabat usrah <3