Monday, 30 December 2013

2014. Apa azam aku?

Assalamualaikum warahmatullah.

(28 Safar 1435H)

Rasanya baru kelmarin 2013 mengintai masuk. Esok tibanya tarikh keramat 1.1.2014. World Cup kan. Haha. Aqis pon dah masuk 21 tahun. Pergh. Mana perginya usia belasan tahunku dulu-dulu tu? Sampai hati tinggalkan i-olls tau. Well, hidup perlu diteruskan. (sambil buat muka serius. Really, aqis serius ni)

Masihkah aku hidup esok? Mungkinkah ni last post aku? Wallahu'alam. Hanya Allah yang mengetahui.

Azam.

Cakap pasal azam tahun baru ni, hmmmmmmm. Ada ke aku, azam ni? haha. Yang lepas pon entah langsai ke idak. The truth, previously aqis tak suka nak azam-azam bagai ni. Kau azam benda sama, tapi jadi ke tidak? Ada kesungguhan ke dalam keazaman tu?

Setiap manusia ada pendirian dia masing-masing Balqis. Tak yah nak emo sangatttttt~

Azam.

:)

Ya. Balqis ada banyak azam untuk diri untuk tahun ni. Dan kemungkinan akan improve for the next next next year lah ya. InsyaAllah. Tak perlu kot Aqis nak habaq mai. Biar diri yang tahu, untuk motivasi dirilah kiranya. Dan moga Allah juga redha. Tu paling penting. Jadi, marilah menanamkan azam baru di tahun baru ya.

Azam, azam jugak. Jangan mula-mula je. Lama-lama, bersawang. Jangan. Nak tau? Semua manusia tu seorang yang berjaya. Cuma sifat negatif je yang menjadi penghalang. Albert Einstein pon pelajar kurang bijak masa sekolah dulu. Tengok lah dia lepas tu. Lagi satu, contoh paling bagus, Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Masa kecil, apa sangatlah baginda ada. Dekat Luh Mahfuz dah sedia tercatat, baginda bakal menjadi Rasul masa umur 40 tahun. Tapi masa kecil, baginda hidup susah gak. Mengembala kambing. Ada orang nak kerja camtu sekarang? Kembala kambing pon boleh untung maa. Dapat berkat Allah lagi kalau kamu betul-betul ikhlas dalam pekerjaan. Ah, kerja apa-apa pon kan. Asalkan tak haraam.

Contoh: kembala kambing boleh dapat susu, makan daging dia, biakkan kambing tu, dapat hasil berganda-ganda dan banyak lagi la. Silap-silap haribulan boleh bukak pusat ternak kambing sendiri. Tak ke.......? So, selamat memotivasikan diri sendiri ya korang. Ni i-olls bagi contoh.

Hmm. Apa Aqis nak taip lagi ni? Dah la. Sampai sini jela. InsyaAllah next time, kita jumpa lagi ya diary mayaku. Adios amigos! Assalamualaikum.

Selamat membina diri menjadi manusia bestari ya! ^^

Friday, 6 December 2013

Learn.

Assalamualaykum people.

If you are not good in something, dont give up.


Learn.

Friday, 1 November 2013

Solat is the way to meet Allah. :)

Assalamualaikum peeps. :)

You know?

It's hard to wake up in dark of the morning to perform Suboh. Ask someone to alarm you.


It's hard to perform Zuhur at the noon because you are too busy doing work. 


It's hard to perform Asr in the evening because you are already sleepy. (Time to tidur petang mayn!)

It's hard to stand on sajadah for Maghrib because you are watching movie. (I've paid for the ticket! And the movie start at 7.30pm)

It's hard to perform Isya' because I'm too lazy?

People, please read Yassin terjemah if you are too strong, too brave, too powerful enough to leave this 5 prayer time to meet Allah.



Saturday, 26 October 2013

Hijab.

Assalamualaikum.

Hijab. Women.



Sister, the same way your beauty doesn't fade when you're wearing a Hijab.

Whoever leaves something for Allah, Allah will substitute for him/her something much better.

Sunday, 20 October 2013

Smile is sunnah.

Assalamualaikum.

Senyumlah kalian jika tiada wang ringgit yang mampu diberi. Sesungguhnya satu senyuman bisa memberi keceriaan yang tiada tara nilainya.

Spread the love. Spread the deeds. 

“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Baihaqi).





Monday, 30 September 2013

Imaginasi positif.

Imaginasi.
Aqis suka untuk  berimaginasi. Tapi bukanlah suka berangan tahap mat jenin sampai orang kata boleh tumbuh jerawat tu. Nope. Aqis suka berimaginasi tentang masa depan, benda-benda kreatif, macam-macamlah. Tak tau nak describe cemna.

Dengan imaginasi, kita dah berfikir luar dari batasan kepala otak kita sebenarnya. Ok, seorang budak umur dalam 5 tahun tengah duduk main lego. Budak tu dah bayang sebuah bangunan dalam pemikirannya. Dan, pap! Budak tu berjaya ‘membina’ sebuah bangunan mini KLCC tapi versi senget-senget. (Biasa le bebudak. At least ada bentuk petak bangunan juga kan.)

Hebat budak ni. Benda nampak simple je dari mata kasar kita. Ok, budak tu tengah main lego. Dia susun-susun. Pastu kita pon blah dari situ untuk sidai baju yang sudah siap dispin itu. Jika kita kaji betul-betul, tinggi imaginasi budak-budak ni. Tapi, dorang more on kisah dongeng imagination. Nak jadi princess la. Nak ada baju cantik lah. Budak lelaki nak jadi Spiderman, panjat sana, panjat sinilah. They have theirs. Cantik imaginasi kanak-kanak ni. Indah. So what about ours???

Bagi manusia yang sedang mula melangkah ke alam dewasa, imaginasi kita dah lain. Imaginasi kita kebanyakkannya boleh dikawal.  Sebab akal kita dah sempurna. Akal kanak-kanak dari umur 0-7 tahun, (tak silap aqis lah untuk umur ni) masih belum sempurna. Cara belajar kanak-kanak dalam usia ni, biasanya tertumpu pada apa yang dorang nampak.

Contoh 1: Seorang budak perempuan, berumur 6 tahun tengok mak dia memasak. Dia pon nak tolong mak dia potong sayur. Dia belajar dengan melihat perbuatan mak dia.
Contoh 2: Seorang budak perempuan, berumur 6 tahun tengok mak dia suka jerit-jerit, dia pon nak jerit-jerit. Nak main dengan kawan-kawan pon nak jerit-jerit. Padahal kawan dia wat lek, wat peace (buat relax, buat peace)  je. Siap dengan gaya lagi.

Sebab tu, untuk ibu bapa, jangan pukul/rotan anak yang berusia dalam lingkungan ni ya. Islam pon tak galakkan. Lagi-lagi bila nak ajar anak bersolat. Solat itu adalah satu perkara yang paling basic if nak ajar anak kenal Islam. Bicara dengan anak-anak dengan teguran berhemah. Ingat, kanak-kanak suka bertanya. Kalau bisa, jelaskan kepada mereka. Sikap sod ba ro itu perlu ada walaupun rasa macam malas je nak layan kan. 

Manusia suka/bisa untuk berimaginasi.

Esok anda hendak hadapi peperiksaan SPM. Anda sudah bayangkan soalan yang susah. Anda bayangkan anda pasti keluar awal dari dewan peperiksaan sebab tak tahu nak jawab apa dah.

Kenapa tak bayangkan, sebelum ambil kertas Bahasa Melayu tu, anda dah siap sedia bayangkan keputusan anda yang sangat sangat sangat cemerlang! Wahhhh. Ini sangat positif. Positive mind thinking Aqis panggil. (Habis orang lain panggil ape? Hihi)

Bukankah emosi boleh mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran seseorang? Yes! Jadilah seorang yang positif.


Jadilah seorang yang positif untuk peroleh hasil yang BOOMBASTIC!

Thursday, 19 September 2013

Helping each other. Allah loves you.

Assalamualaikum.

Some people want to change their attitude, but in the end, they failed.

WAIT!

in life, there is no such ending story. Ending only for people in akhirat(for my perception). Soon.

So, they/we yet still in learning process on how to change. To be better one. A better Muslim nor Muslimah nor a person should be.

Don't simply judge people by attitude that you've seen Not everyone know others inner feelings.

Please stop judge and give chance and support. 

When you help people, in the same time, you've helping yourself.

Pray for others :)

Friday, 13 September 2013

Man jadda wajada.

Assalamualaikum kalian.

Man jadda wajada. Siapa berusaha pasti berjaya.

Jam ni dah koyak-koyak tulisan nombornya. Kesian, uzur dah setelah banyak memberi jasa. Sentiasa 'suruh' Balqis untuk tepati masa walaupun tiada suara menyapa. (Bagus dak jam dinding ni.)

Asalnya nombor+jarum jam je ada. Benda asas jam kan. Aqis buat juga benda yang sama, cuma aqis tambah sesuatu.

Man jadda wajada.
Siapa berusaha, dia berjaya.

Sapa taknak berjaya kan. Disebabkan manusia sentiasa perhatikan jam untuk tahu waktu, Balqis pulak tengok jam plus peringatan untuk diri. Ada disertakan doa sekali. Moh kita:

"Robbi zidni 'ilman"
Ya Allah, tingkatkan pengetahuanku.

Random but assured prayer :)

Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang." -HR Bukhari



Monday, 9 September 2013

Cinta.

Assalamualaikum




Cinta.

Itu fitrah dalam kehidupan manusia. Haiwan & tumbuhan juga ber'cinta'? Wallahu'alam.

Manusia bisa untuk cinta kepada manusia. Cinta kepada Rasul. Cinta kepada haiwan ternakan. Tapi, cinta yang paling agung pastinya cinta kepada sang pencipta kita. Allahu Rabbi <3

Perasaan cinta itu akan hadir, tidak perlu ditelefon terlebih dahulu untuk mengkhabarkan akan kedatangannya. Ianya berlaku secara spontan. Jika kita terpandang wajah si sukun, dari mata turun pula ke hati. Hati pula bisik kata cinta. Nah, pasti siang malam teringatkan si dia. Tengok gambar tak berkelip. Dalam toilet pon boleh bayang wajah si dia. Tengah potong bawang pon boleh termenungkan si dia! Wah, kira dahsyat dah tu. Rileks brader rileks~

Allah tidak melarang manusia untuk bercinta. Untuk saling meluahkan isi hati yang saling terpendam. Sebab itu, adanya "Aku terima nikahnya Peah binti Bakar dengan mas kahwinnya......"

Tu diaa.
Indahnya alam perkahwinan ni. Bagi yang sedang atau pernah melaluinya lah. Bagi yang tak pernah ni, sila bayangkan sahaja ya. Terima kasih :D

Saling meluahkan kata cinta sebelum bernikah kan tak syiok. Nanti dah ada ikatan yang sah, 'Kanda kekurangan ayat', 'Dinda pula bosan mendengar'. Aaa. tak bestnya. Jadi, itu pentingnya sikap sabar. Sod ba ro. Sabar.

"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang indah" (al-Ma'rij: 5)
"Sesungguhnya setiap kesukaran itu akan disertai kemudahan" (al-Insyirah: 5)
"Dan kerana Allah, bersabarlah kamu" (al-Muddhathir: 7)

Mudahnya untuk jadi sabar jika kita belajar untuk jadi sabar. Macam sadaqah. Sadaqah free? Senyum jerr-err. Mudah kan? :)

Dalam al-Quran, surah an-Nisa' ayat 1 ada dinyatakan,

"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari yang satu (Adam) & Allah menciptakan pasangannya (Hawa) daripada Adam;

dan dari keduanya, Allah memperkembangkan lagi lelaki dan perempuan. Bertakwalah kepada Allah & (peliharalah) hubungan kekeluargaan."

Nah.. boleh sambung lagi tu kecintaan kita kepada anak-anak. Umpama kitaran hidup manusia. Dari atok nenek, adanya mak ayah, kemudian lahirnya kita, seterusnya dah berumah tangga, ada anak-anak pula. Kemudian anak-anak pula berkahwin, dapat lagi keturunan baru. Fuh. Selamat memimpin kelasi (anak2) di dunia ini ya wahai kapten (ibu bapa).

Ingat, hilangnya kasih sayang sesama manusia, hilang jugalah kasih Allah terhadap kita.



Friday, 16 August 2013

Jangan pandang rendah terhadap diri sendiri.

Assalamualaikum wbt.






Hai semua orang! :D 
Aqis sangat bersemangat untuk hari ini, esok dan seterusnya. InsyaAllah jika keadaan masih membenarkan diri Balqis berada dalam perasaan positif ini. Dari apa yang aqis kaji dari sekeliling aqis, aqis banyak sangat tengok manusia yang bukan mudah untuk berputus asa, tetapi manusia yang tak nak bawa diri dia ke tahap yang mereka sendiri belum tahu mereka boleh capai atau tak.

Yes! Balqis ialah seorang wanita (kerrrr? *tangan ke bahu, mata ke atas) yang dari luarannya tampak tenang tapi perasaan dia, boleh jadi SAMA dengan orang yang kat sebelah dia yang jelas mempamerkan riak wajah serta perbuatan yang resah gelisah. Siapa tahu isi hati masing-masing kan? Allah je yang tahu.

Wahai manusia, tika kamu berada dalam keadaan yang barangkali boleh menjatuhkan kamu, bolehkah kamu berusaha untuk meningkatkan kembali keyakinan diri kamu supaya kamu bisa mencapai apa yang kamu mahu? Bolehkah kamu lakukan itu jika kamu bersituasikan seorang diri? Bagaimana pula jika kamu berteman ketika itu?

Secara logiknya, apabila seseorang itu berada dalam situasi SEORANG DIRI, dia berusaha berfikir untuk menyelesaikan masalah secara solo. Contohnya, seorang lelaki telah kehabisan minyak kereta. Dia seorang diri ketika itu. Tambahan pula dia berada di lebuhraya Karak, dalam perjalanan pulang ke kampung. Tengah malam pulak tu (saja tambah bagi seremmm. hee). Esok pulak nak raya. Pastinya dia akan mencari ikhtiar memastikan dirinya selamat tiba di kampung bagi merayakan sambutan hari raya bersama keluarga. Tapi macammana?

  • hidupkan lampu kecemasan.
  • dia telefon rakan untuk memberitahu keadaan dirinya, berada di mana, apa yang berlaku.
  • dia telefon penarik kereta/mekanik.
  • dia telefon keluarganya, memberitahu kemungkinan tiba lewat ke kampung ("insyaAllah sebelum Suboh, along sampai mak.")
  • dan seterusnyalah.

Jika lelaki itu ditemani rakannya, rakannya boleh nasihatkan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi situasi seperti ini. Nasihat yang bernas, pasti akan diguna pakai. Contohnya, "kita stay je dulu dalam kereta sementara si polan sampai." Dan, jika kita rasa idea kita boleh diguna pakai, jelaskan pula kepada rakan. Idea bernas, jika disatupadukan, pasti akan membuahkan hasil yang sangat brilliant! Sedangkan idea yang tidak kedengaran yakin, was was dan kepastian bakal mendapat susah, jika digabungkan pasti akan mendatangkan kesan positif yang minimum sedangkan kita nak hasil positif yang maksimum.



Jika rasa yakin dengan tindakan kita, LAKUKAN. Maju ke hadapan.
Jika tidak, FIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK.




Monday, 5 August 2013

Silent. Sometime I dont need it.

Peace be upon you.


In real life, silent is the best thing to do as a sign to prevent any misunderstanding.

In study, keep silent without asking make you permanent in your own 'circle'. Think of any solution on how to tread one step forward, out from that circle and start to build a new one.

Saturday, 3 August 2013

A big step forward.

Assalamualaikum.




Syaitan bisik, "sudah.. tak payah buat baik dah. tak payah nasihat orang. takde sapa yang nampak perbuatan kau. stop, stop."


Hati pon balas balik, "patut ke? apa aku nak buat? jadi diri aku masa zaman jahiliyah balik?"

mari saya kata: apa yang awak mahu? apa benda yang awak kehendaki? awak mendengar bisikan yang negatif yang tentu tentu awak tahu, benda itu salah. Jadi....? Awak nak jadi yang mana? 

Tetapkan pendirian untuk jadi POSITIF atau senang lenang awak mindset untuk berubah menjadi yang seorang yang mudah berfikiran NEGATIF?

La tahzan. Cry when you need it.

Assalamualaikum w.b.t,

Kita boleh merasa sedih. Tak pernah ada dalam sejarah kehidupan manusia, kehidupan hanya berlandas kegembiraan sahaja. Dalam emosi, memang akan ada kesedihan. Tapi kita tak digalakkan untuk terus berasa sedih. Sebaliknya, fikirkan cara/inisiatif untuk buang kesedihan dan tambah keyakinan serta kegembiraan dalam diri.

La tahzan.

Kongsi perasaan dengan sesiapa yang boleh dipercayai. Pada mak contohnya. Tak tahu nak mengadu pada sesiapa, mengadulah pada Allah. Menangislah semahunya. Ikhlaskan hati. InsyaAllah ada jalannya :)

Sunday, 21 July 2013

Akhlak anak-anak, ibu bapa yang corakkan.

Assalamualaikum.

Teringat dulu masa sekolah rendah agama, bila balik bawa report card, papa selalu tanya, "Akhlak berapa?" Aqis akan diam.


Aqis fikir, kenapa papa asyik tanya Akhlak je? aqis dapat Tauhid tinggi ni. tengoklah Tauhid. (sebab result Akhlak tak seberapa masa tu)


Sampai habis darjah sekolah agama tu, papa tetap tanya, "Berapa Akhlak?" Dan Balqis tetap akan diam dan redha je serah report card kat papa. Tiap kali tu jugaklah papa akan cakap, "Hmm. camne boleh dapat sikit je Akhlak ni? hmm" Dalam masa yang sama, papa tengok jugak subjek yang lain. Sekarang saya dah besar. aqis faham apa maksud papa tu. "Berapa dapat Akhlak?" .Cantik akhlak anak-anak, cantiklah cara didikan mak ayah.

Wednesday, 19 June 2013

Eye shopping di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Assalamualaikum wbt.

Hello, arigato! wah, macam 1st time buat belog dulu je intro dia tau. Sepertimana yang anda tau, kan Balqis amat menggemari buku-buku. Takdelah dikira yang aqis ni ulat buku sangat. Tapi, entahlah. Kalau boleh, nak Perpustakaan Negara tu dialihkan letak sebelah rumah tau. Pehh. Hari-hari I tak pergi shopping kat mall. I shopping dalam library jewwww-er-er! Untung dapat Balqis nih! hahah!

Setelah beberapa minggu pujuk mama dan papa, AT LASTTTTT~!

Aqis dapat pergi perpustakaan! (macam kolej kau takde perpustakaan je kan, Balqis) -------- krik krik.
Aqis pergi Perpustakaan Raja Tun Uda. Alah, tu kat Shah Alam tu. Teringin aqis nak pergi sana, dengar cerita tempat dia best. Best tu la yang membuatkan google image terus! Wah.... memang menarik hati~~~
 Alis in Wonderland. (Children zone)

 ok, gambar atas kat bahagian orang dewasa. Bawah, tempat makan minum.
Total tingkat dalam bangunan: 6 tingkat.

lagi info tentang Perpustakaan Raja Tun Uda: tekan sini

Wednesday, 29 May 2013

D.I.Y penanda buku

Assalamualaikum.

sekarang ni penanda buku pon nak baru. ingat baju t-shirt, kain ela je nak baru? masa kecik-kecik, rajinlah aqis buat penanda buku guna manila kad. (sebenarnya nak cite masa subjek pendidikan seni masa sekolah dulu je :p ) aqis ada buku dan balqis nak penanda buku baru :)

 aqis nak cari kain felt, sekali kain flannel je yang ada.

'moustache' hitam tu aqis guna kain baldu.  

kemudian, tempekkan dua-dua kain ni dan jahit di sepanjang tepi-tepi tu. 

hasilnya akan jadi nipis camni. 
so, senanglah nak selit kat celah-celah buku kan.



Monday, 27 May 2013

Ini kisah kami


Pembuat roti memerlukan kesabaran yang tinggi untuk buat roti. Kalau tak jadi, kena jugak buat balik sampai roti jadi cantik, gebu, sedap. Kalau tak orang tak nak beli. Rugi pakcik pembuat roti tu.

Seorang guru kena didik anak-anak murid. Bukan seorang, tapi berpuluh-puluh, beratus-ratus orang. Lagi2 cikgu yang dah 20 tahun mengajar. Boleh bayangkan sebanyak mana perkataan yang dah dilontarkan di hadapan kelas dalam tempoh tu? Lenguh mana tangan cikgu tu menulis di papan hitam? TARGET seorang guru ialah untuk memastikan anak-anak muridnya berusaha untuk menjadi 'pelajar grade A+'.

Sekarang, tinggal usaha serta tawakal anak murid tu sendiri.
"Aku nak berjaya atau aku nak gagal?"

Awak pilih.

Untuk mamaku, mama memang seorang guru yang baik. Kepada anak-anak murid mama, serta kelima-lima anak mama sendiri. Aqis dah tengok ramai anak murid mama yang dah berjaya. Ada yang jadi cikgu dan mengajar sama sekolah dengan mama lagi. Memang “wahhhhhh!” la bagi aqis!

Mama tak pernah paksa anak-anak mama untuk belajar. Mama tau nanti kiteorang cepat bosan. Tapi kami tau, mama nak kami berjaya. Aqis ingat, abang liat sangat nak buka buku belajar. Mama rileks lagi. Tapi satu hari tu mama panggil abang. Mama suruh abang buat kerja Math dengan mama sebab mama ajar abang Math kat kelas. Abang dengan berat hati melangkah masuk ke dalam bilik mama bersama buku latihan, pensel, pemadam serta pembaris.

Pintu ditutup.

Kami yang tengah tengok tv kat ruang tamu ni terkejut. Kami dengar mama tiba-tiba je tinggi suara setelah beberapa minit berlalu. Kami tau mama marah abang tu. Bukan abang je degil, kadang-kadang adik beradik yang lain ni pon same je ma. Cuma abang ‘nasib baik’ sikit hari tu. Huhuhu.

Pot pet pot pet pot pet suara merdu mama. Ape lah yang dimarahkan sangat tu.

Dekat sejam lebih, abang pon keluar. Abang buat muka kental je padahal aqis nampak mata abang merah. elelelleh abang ni...... bajet 2013 je tau. Lepas tu abang ok balik dengan mama. Tadi je kena raging. hihi. 

Lembut-lembut mama, tegas-tegas mama, mak ayah mana taknak anak-anak dorang berjaya kan. So, balqis pon tak terkecuali kayh~!

kami akan meneruskan perjuangan kami, mama & papa! Yeahh~
aja-aja fighting!

Sunday, 5 May 2013

Tips study


Assalamualaikum
Hai, kabare, hashimida anda-anda semua. Jalani hari yang baik lepas mengundi ni? Yeah. Pastikan bakal pemimpin yang dipilih menepati ciri-ciri seorang pemimpin ya :) Balqis pon masih men-survey-kan dirinya untuk mencari bakal pemimpin negara di masa akan datang.  Al-maklumlah, usia saya bukan usia yang sesuai untuk mengundi. Huhu.

Tips untuk anda-anda yang bersituasikan seperti Balqis:

1.       Apabila nak mulakan study, p ambil wudu’ dulu. Mulekan pembacaan dengan al-Fatihah dan doa sebelum belajar. InsyaAllah, boleh masuk.
2.       Walaupon Balqis pon kadang rajin, kadang tak buat; peruntukan masa untuk study selama sejam-2 jam sehari.
 *kajian cakap, kalau kita tak study dalam masa 24 jam, kita akan mudah lupa apa yang diajar tu.
3.       Buat note kasi colour-colour sikit. Colour memainkan peranan yang baik untuk menghafal.
4.       Sebelum class, baca dulu subjek yang akan diajar. Jangan biarkan otak kosong masa belajar.
5.       Time in class, bila lecturer tekankan kat topic tu, tanda dengan apa-apa tanda PENTING lah kat nota tu. Eg: MASUK EXAM!
6.       Tanamkan semangat SUKA kat lecturer tu. Kalau otak set tak suka, tak suka, susah jugak. Dengan subjek dia sekali kita tak suka. Ye dak?
7.       Rajin bertanya dalam class, kepil kat mukasurat yang tak faham. Nanti boleh tanya balik.
8.       Selalu mencuba untuk jawab soalan lecturer, even jawapan tu salah. Tak payah nak malu-malu pokok kektus. Malu bertanya, kita boleh sesat jalan beb!
9.       Buat study group. Kadang-kadang lagi banyak idea yang akan diterima sebenarnya. Sape yang prefer study secara solo, just go on. Ikut keselesaan masing-masing :)
10.   Susun setiap subject mengikut fail.
11.   Ingat matlamat study sebab ape. Baru feel je rase nak belajar :)

ok, jom kita main kejar-kejar untuk jadi yang terbaik. fighting!

Friday, 3 May 2013

Tips untuk exam


Assalamualaikum

Aqis baru je abis final dan dah berapa minggu dah pun masuk sem 5. Hihi. Buat gempak je. Some tips untuk adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, mak-mak, ayah-ayah. Betul la. Mereka pon ade yang masih belajar lagi k.

1.       Ambil wudu’, baca doa sebelum belajar sebelum bukak buku.
2.       Paling bagus, buat revision korang time suboh tu. Suasana yang tenang insyaAllah boleh menenangkan kepala otak korang.
3.       Sape yang study last-last minute tu, lebih baik korang study tutorial atau tips-tips yang lecturer korang bagi. Depa bagi hint ape yang keluar tu.
4.       Study ni of course la ade yang duduk jauh kan (macam Balqis :p). Call lah parents. Mintak restu, doa untuk mengiringi korang dalam hall tu. Back-up ok, itu doa :)
5.       Cukupkan tidur. Penting gila ni. Kalau tak cukup, otak pon penat. Percayalah, Balqis pernah rasa ni.
6.       Sediakan semua peralatan menulis.
7.       Masuk hall dimulakan dengan kaki kanan. kaki kiri untuk tempat tak bagus. Hall tu tempat yang bagus, BAGUSSSS!
8.       Bila dah blur tahap gaban tu, ade pokok hijau kat luar? Tataplah dia macam korang tengok Nicholas Cage. Waaaaa. Indahnya ciptaan tuhan.. hijau itu mendamaikan.

one of the recite:

9.       Dah abis jawab, check balik kertas tu. Aqis banyak kali buat ni, memang kadang-kadang tu aqis salah tulis jugak. Lagi-lagi kat bulat-bulat hitam tu.
10.   Dah keluar hall, jangan lah dok check balik ape yang korang jawab tadi. Buat tambah stress je beb. Relax, cool, dah jom kite blah p makan.

Yang penting, usaha dulu, baru dapat hasilnya.
Ade niat tapi tak diusahakan, susah jugak.
Dan jangan malas-malas selalu ye. Suruh dia main jauh-jauh.
Kata korang taknak kawan dengan dia :)

previous post: doa sepanjang exam

Wednesday, 1 May 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2013 (teruja tahap maksimum!)

Assalamualaikum
sape-sape dah pergi PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2013? Balqis dah pergi! keseronokan terlampau meme ditunjukkan masa aqis p sana dengan mama dan para sepupu. aqis memang tak boleh tengok buku. whatever jenis buku lah (kalau lalu kat bahagian buku belajar, Balqis laju sikit jalan terus ke tempat lain. huhuhu) happadaa Balqis.

memang ramai kat sana, tapi tak berapa ramai lah. maybe awal kot aqis sampai. sampai-sampai aqis pergi cari buku yang aqis nak, sepupu tengok-tengok majalah dan mama..............?

MAMA HILANG.

sebab mamaku p tengok novel yang telah diberi diskaun. ade novel lama harga RM5 camtu. mukasurat nipis sikit berbanding novel biasa. novel tebal pon hado. ade harga RM10 tak tahan tu. tapi overall, semua, ya SEMUA buku-buku di situ boleh dibeli dengan harga yang MURRRRRRRRAHHH! wohoo! teruja gila taip.

why aa Balqis teruja macam tahap dapat makan udang goreng tepung? mama dah ajar kami adik beradik dari kecik lagi. supaya baca buku. sayang buku. family kami dah pindah rumah 3, 4 kali dah. mama tetap akan sediakan satu ruang khas untuk buku sahaja. masa duduk kuaters guru dulu, bilik tak cukup untuk bahagian buku. jadi mama sediakan jugak satu ruang, di mana, "hah, nak mentelaah, nak baca buku, nak main komputer, duduk sini. tapi jangan bawak makanan masuk dalam bilik." tapi kiteorang kadang-kadang tu bedal jugak makan dalam bilik. paling nikmat, makan sambil baca komik Shin Chan. ade ke patot?

even Balqis mampu mintak 1 buku je kat mama. huhuhuhu. tapi mama beli banyak buku. semua untuk setiap orang dalam rumah kami. buku, majalah, buku budak-budak malahan nasib mama tak beli ais-krim je. sebab ais-krim bukan kategori BUKU kan. :p

ni sikit info

Tarikh: 26 April - 5 Mei 2013.
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 10 am - 9 pm


so, ade masa lagi kan? p serbu ramai-ramai wok! aqis datang sana, banyak je bas-bas sekolah dari pelbagai ceruk negeri nuh. Klate, Perok, etc2. moh la ambo-ambo. ambo tu 'saya' ke 'awak'..?



sesi beli dan mintak signaturrrre dengan kartunis GEMPAK. 

kakak dengan ada 


mama :) 
mama beli buku alphabet untuk Alis ni. Aqis takde keje, aqis amik gambar mama.
hoho.

novel2! goreng pisang panas!

thanks mama! sebab sudi teman kami anak-anak gadis ni p sini :)
dan belanja aqis buku :p

Friday, 19 April 2013

secantik mana anda?

Assalamualaikum warah matullah hi wabarokaatuh..


masa aqis tak tau nak berblog pasal apa, aqis terlihat ini video kat timeline kawan aqis. mule-mule tak paham, sebab ape tau? dengar sok sek sok sek je. rupe-rupenye sound den tak kuat. MEMANG BALQIS~! 

diriku sangat mendapat inspirasi setelah melihat video ini. korang nak tunggu aqis cerita pasal vid ni ke? korang tak 'PLAY' eh? hah hah hah! sergah waklu! hahaha. oklah, maybe line lambat ke or korang dah malas nak tengok video disebabkan 'new tab' yang dibukak dengan teramat banyak ya? haha. (sebenarnye balqis pon camtu jgk :p kadang-kadang ok. tengok kerajinan diri)

video ni mengisahkan, al kisah~~~ ade pelukis ni. dia lukis potret seseorang tu tanpa melihat orang tu. cara dia melukis? pelukis ngan wanita tu dipisahkan dengan kain putih. kakak tu pon bla bla bla pasal diri dia. susah wok korang, nak terangkan macam mana rupa kita. dan sangat susah nak terangkan 'kecantikan' rupa kita. 

pakcik tu lukis jela. dengan hanya berpandukan suara.

then, kakak tu keluar, orang lain pulak tukar. org lain tu akan describe balik rupa wanita sebelum tu. so, konklusinya pelukis tu lukis DUA POTRET yang sama cuma beliau mendengar dari DUA SUARA yang berbeza. TANPA MELIHAT LANGSUNG MUKA MEREKA. 

dan dan dan!

hasilnya membuatkan tuan punya potret yang original mengalirkan air mata. balqis tengok, balqis tertouching kot! bayangkan, lukisan potret yang dilukis berdasarkan suara kawan dia lagi CANTIK berbanding tuan yang ori punya potret. ape kehe betul ke ayat den nih. korang faham-fahamlah ye. orang tengok kita sikit punya cantik dari pandangan kaca mata kornea iris dia. bila kita describe diri sendiri, terasa amat pelik ya. kalau korang suruh aqis describe diri aqis, sorry to say lah. korang tengok sendiri dan describe lah melalui lukisan hati korang. cewahhh! ewah ewah kau balqis~ melampau~ 

anda memang cantik :) jadi, hargai diri anda sebaiknya. dan! cantik-cantikkan batin korang jugak ye. insyaAllah, lagi orang suka. Allah pon sayang :)

Saturday, 6 April 2013

gagal sekali tak bermakna selamanya kau gagal, Balqis!


Assalamualaikum



since I was a little girl (specifically in standard 6), I made this word as my MAGIC WORD. truly, I have seen this in my Biodata Book. *entah sape2 yang buat ayat ni jadi prinsip hidup dia. so I thought, "ok..ayat dia macam best je. nak ambik lah."

whenever friends told me to state "what is you life's principe?", I wrote: gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. hundred of biodatas, I still wrote this. It began to seep in my brain. 

*Balqis boleh berjaya! yeahh!

when I went to secondary school, there is up down, up down in my lesson. sometimes, I would feel lazy to revise. for me, everything is okay as long I can score in exam. On occasion, I failed in some subjects. heart said: "it is okay. only one failed, the others pass." 

I remain in this state until the end of grade five.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOW BALQIS IN COLLEGE

I realized something, I do not ever have to be in this situation. Balqis must do something. yesterday definitely not like today. everything gonna be new as a plain white fabric. I want to prove something to mama and papa. for the rest of my life, they sacrificed too many things for me. I started learning to toddle back in my academic field, especially.

Alhamdulillah, Allah simplify my dealings. now, I am trying to climb the 'mountain' and reach to destiny. semester 5 to go!

I hold into this until now, Balqis already 20 years! thanks heart, for staying and fight with me :) 

sincere,
Balqis.

Saturday, 23 March 2013

ayam makan ke isi dia?

Assalamualaikum

Cik Q: Kak, isi ayam lebih ni nak bubuh mana?
Cik B: em. em.. haa. (sebab tengah godek-godek ikan goreng kot time ni, boleh pulak ikan melekattt)
Cik Q: nak bagi burung, burung makan ayam tak kak?
Cik B: aa. kau bagi jela. eh, burung makan ke ayam?
Cik Q: nak bagi (ntah hape-hape ntah nama binatang yang disebut lagi budak sorang nih), dia makan tak?
Cik B: kau bagi jelah ape-ape pon (khusyuk buat kerja lain)
Cik Q: kalau su bagi ayam makan, dia nak tak? eh, AYAM MANA MAKAN ISI DIA SENDIRI.
Cik B: hahahhahahahahhahahahhahahahahahahahahahahhahahahahaahhahhahahahahahhahahahahahahhahahahahahhahahah
Cik Q: rilek aa kak. kau pehal?
Cik B: hahahhahahahahhahahahahahahhahahahahahhahahahahahahahhaha. 

*den baru terpk sebenarnyooo. hohohooho


Friday, 22 March 2013

exam lagiiiiii~

Assalamualaikum


ini tutorial EP II. Balqis telah melakukan kesilapan teknikal bean.
*colliseum bukan nama bangunan kat ROME ke??
hohoho

makin hari, terasa makin dekat pulak tarikh 1 april ni. boleh tak main jauh-jauh untuk beberapa hari ni, exam? arghh! rileks balqis. rilekkkkss~ istighfar sikit. tarik nafas. (sebenarnya tak habis study lagi, tu tension) so ape lagi, syuh syuh, p depan nota sir Arun, Balqis. sobs! (jahat tauu)

ok, sudah sudah balqis! tak payah nak sobs sangat! hihi. aqis nak final dah untuk sem 4. banyak benda nak kena prepare. paling tak tahan, exam praktikal nanti. sir suka bulat-bulatkan mata kalau mengajar. "sir, dont round-round ur eyes in front of us time practical nanti ye! smile can make us comfortable and happy, sir" hee. doakan kami dipermudahkan jawab teori serta praktikal ye :)

Tuesday, 19 March 2013

smoothies (balqis tak diet)

Assalamualaikum

semalam aqis ade bukak belog cikepal, dan balqis terlihat syurgaaa di dalamnyaaa~ wahaahha. ok melampau. aqis tengok smoothies aa. dulu selalu jugak lah tengok resepi ni. tapi tak pernah keinginan nak hafal. al maklumlah. balqis memang suka tengok rancangan makan tanpa mempedulikan resepi yang diberi. terbaekk balqis! haha. tapi sekarang adelah kena rajin-rajinkan diri tengok resepi, walaupon hati rase, "cepatlahh. aku nak tukar tengok cerita Pirates of the Carribean pulak nihhh." tapi steady depan rancangan Chef Wan, Anna Olson. lagi terbaekk balqis~! haha. jangan first-first je ye balqis. awak tu dah besar panjang dah. jangan nak malas-malas sangat.

okkkkkkkkk~

balqis pon nak jugak lah try buat smoothies ni. ape selehnya sesekali berserepan ele-ele mat selehh ey? ( loghat mat seleh sikit :p ) cuma kali ni. smoothies versi aqis aa. cik epal nuh buat ade stoberi bluberi bagai semua. mana nak cekau stoberi pagi-pagi ni balqis oii? boleh tak aqis naik Cameron Highlands semata nak cari stoberi buat sarapan pagi ni? heheheh. tak de laaa.



hah! ni lah benda alah smoothies ciptaan aqis ni. al maklumlah. sebenarnya, yang hado buah pisang n epal je kat rumah ni. muahahah. yang lain, timun, tempoyak, etc2. nak ke masuk tempoyak dalam smoothies? nak try? (ade yang tengah cakap "eeyuwww~!" tak sekarang ni? hihi!) so! ikut tekak aqis sedap je sebab aqis dapat rasa kerangupan epal hijau nuh. ditambah lagi rasa lemak-lemak pisang dan dicampur air mango yogurt tuh. pehhhh. memang I tambah 2 cawan lah kan (balqis memang suka habiskan sekaligus kalau buat benda-benda blended camni).

resepi ikut dan sendiri:

pisang
epal hijau
air mango yogurt (aqis beli jenama TESCO punye)

then kisar kisar kisar. siap! selamat meminum! :)


Sunday, 17 March 2013

Si Dia :)



Assalamualaikum


ok balqis?

balqis sebenarnya tak suka nak cerita cintan cintun ni sebenarnya. tak tau den nak kobar camno. setakek kek mama den, adik den, kawan-kawan rapat den buleh la. ini tayangan umum, memang den it's a fail, it's a fail lah. 

woii. balqis ade pakwe! balqis ade pakwe! yekeeeeeeeeeeeeee.... muahahhahahh. adakah betul atau adakah auta semata???

hmm. just a note lah untuk diri ini :')

Friday, 15 March 2013

happy birthday adik!

Assalamualaikum

weh adikku yang tercinta. kau sekarang dah berganjak ke angka 16 kan. kecik beso kecik beso je akak tengok kau. weh su! kau tau tak perasaan akak masa kau kata nak ke asrama? insyaAllah kalau jadi. well, depan memang akak sedih tapi gelak-gelak. akak main-main. but inside of me, akak fikir. camna akak balik, kau pulak takde? dengan sapa akak nak bergusti nanti? dengan sapa akak nak bertekak mulut nanti? haha :'D kate kental, Balqis!

sekental-kental akak, I am still a lady u knows. punyai feelings and sentimental yang mendalam. dalamlah sangat! hahahaha. but at the end, akak tau. ini untuk kepentingan kau. masa depan kau lagi. add math, physic, bio sume jadah-jadah ni su. bende ni kau sebut je, truly, I am pening-pening lalat dan boleh membawa ke tahap di mana akak akan ubah topik lain bila berbual ye. hahaha. kau nak cite ape, cite jelah.

weh su, kau ni. tak pernah kata kau rindu kat akak tau. tapi takpe. akak tak kesah pon. baik gile tak akak post pasal kau? alah, akak anggap benda ni macam diary kecil akak jugak aa. ke gile yang baik? --------------------- ok merepek macam kerepek.

HAPPY BIRTHDAY HAIQAL QADRINI!
MAY UR WISH COME TRUE. INSYAALLAH :)
i love you :)


Monday, 11 March 2013

Balqis versi kartun?

Assalamualaikum

ini ialah Balqis yang dilukis oleh rakan sekelasnya. sungguh baik hati rakan kelasnya itu. Balqis hargai ini. pesanan Balqis, terima kasih sebab lukis gambar Balqis instead jadi 'BALQIS ORANG LIDI'. huhuhu.


Tuesday, 26 February 2013

alis dan papa

Assalamualaikum

hari sabtu.

alis merajuk.

papa: kenapa....?
alis: alis tak nak pergi sekolah esok. (sambil buat muka seposen)
papa: ok............... (senyum) esok tak nak pergi sekolah pon takpe........

satu family gelak terkekeh-kekeh. ngehngeh. terasa nak gelak sekali lagi.

Friday, 22 February 2013

hijabi

Assalamualaikum! :)

lets this talking and represent ME :)

girls,
credit: weheartit.com



eventhough the skater wearing veil or scarf..
tak menghalang langsung dia nak zass sana, zass sini.

si kecik ni pulak? kan :) anak sapa lah ni. hehe.


 Islam itu mudah. tak pernah Islam nak susahkan umat dia.



muka tak sesuai ke dengan gaya tudung camni? shawl ni buat muka awak 
lagi nampak bulat ke? rase tak sesuai? 
awak, salah ape yang difikirkan tu.

 macam-macam cara boleh dipraktikkan. dont worry, be happy...




satukan pulak dengan cara pemakaian yang sopan :)
credit: kivitz




 some peninggalan barang berharga untuk you alls... :))



muehehe. bawal pon bolehhhh. cara ni paling senang aqis pk untuk pakai tudung.
selalu p kedai runcit depan rumah, rilek je gaya camni.
(saje nak bagi nama YouTube sendirikkkk. kehkeh)













semoga berjaya para-para gadis dan wanita! :)

Wednesday, 20 February 2013

bidadari syurgawi

Assalamualaikum.
sekadar perkongsian balqis untuk hari ini. hee. sesungguhnya bagi seorang perempuan, rasa seronoknya baca nih. (sebenarnya balqis yang rasa. heheh) hei seorang lelaki, apakah perasaan anda ketika membaca ini? anda suka? anda rasa "wahhhhh.. tak sabarnya.." atau anda rasa, "haishhh, ini seronok beronok ronok!"

hehe. wahai kaum Adam, sahutlah cabaran untuk jadi lelaki yang macho, hensem, kacak bergaya, bijak geliga, baik akhlak, etc2 dengan LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI DENGAN SEBAIKNYA. ada bran? ada bran? heheheh.

*p/s: kaum hawa, samalah kita sebenarnya pongggg. nyehnyehnyehh~ kepala kenyeh. 



"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." (Al-Waqi’ah:22)

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin." (Ar-Rahman:56)

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan." (Ar-Rahman:58) 

"Dalam Syurga itu terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya." (Ar-Rahman:70)

“Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, yang tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.” (Ar-Rahman:72)

"Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman:74) 

“KAMI kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (At-Thur:20)

"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya." (Sad:52)

"Demikianlah keadaannya,  dan KAMI jadikan teman mereka, bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya." (Ad-Dukhan:54)

"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah matanya." (As-Saffat:48)
  
"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan ciptaan istimewa, Dan kami jadikan mereka perawan (yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa). Penuh cinta dan sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah: 35-37) 


"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, iaitu kebun-kebun dan buah anggur dan bidadari yang sebaya umurnya.” (an-Naba’: 31-33)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya macam bulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, di mana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang licin itu.” (HR. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (HR. Ath-Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas ra, Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya bidadari nanti akan menyanyi di syurga, bidadari yang cantik disembuyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)

Dari Abdullah ibnu Mas’ud ra, Nabi saw. bersabda, “Kelompok pertama kali yang masuk syurga, wajah mereka bercahaya bagai bulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi setiap orang dari ahli syurga itu diberi dua bidadari syurga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan, shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745) 

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (HR. Thabrani) 


Wallahu 'alam, sekadar perkongsian ya anak-anakkk~

Thursday, 7 February 2013

BREAST CANCER. nak tau?

Assalamualaikum

barah payu dara
satu kes yang paling digeruni oleh manusia zaman kini. ayat formal gila, balqis!

tau tak, kat setiap organ badan kita ni ade sel-sel tisu? sel-sel ni akan membahagi mengikut keperluan sahaja. sel yang selebihnya, dipanggil KETUMBUHAN. yes! tumour. ketumbuhan pulak terbahagi kepada dua:
(i) benign- tumor bukan barah
(ii) malignant- tumor jenis barah

barah payu dara ni kategori MALIGNANT. yes sekali lagi. risau kan dengar? wait. dengar dulu aqis nak cerita. benda ni fakta, tapi anggap aqis macam cerita 'SLEEPING BEAUTY' kat anak-anaknya ya. hihihi. nak bagi semangat membaca sikit deh.

ketumbuhan bermula, of course dari bahagian payudara, di mana ia boleh merebak sehingga ke bahagian tisu-tisu berhampiran. contohnya, ke seluruh dada, leher dan so on so on. tambahan lagi, (oii balqis, boleh jadi cikgu BM nih) sel ni boleh keluar dari ketumbuhan asal dan merebak ke saluran darah. lagi bahaya!

penyebab?
memang jah tak tau. takde sape boleh selongkar 'almari' ni lagi.
tapi kebiasaannya, kaum wanita lebih cenderung nak dapat ni. bila usia menigkat? yup. kebiasaannya atas umur 40 tahun. ade sejarah keluarga pon sama. ni lah dipanggil penyakit genetik. turun temurun. 

tahap kanser ni pulak balqis? hah! macam so bagus bagus je nak jadi doktor, balqis ni. i am sharing diz statement ok. ade 4 tahap.

Tahap 1 
ni tahap paling awal. masa ni ketumbuhan dalam ukuran 2 cm atau kurang lah. masa ni jugak, dia serang bahagian payudara je.


                                                                           Tahap 2
ketumbuhan akan meningkat pulak. di antara 2-5 cm. dia dah nak mula attack bahagian bawah ketiak pulak. macam klimaks cerita dah ni.


                                                                           Tahap 3
saiz ketumbuhan dah sebesar 5 cm. ape lagi. dia pon nak jelajah bahagian bawah ketiak, kulit dan otot (bahagian dada) la. dah selamat jelajah dah masa ni.

Tahap 4
ketumbuhan dah menjalar ke organ-organ yang terletak jauh dari bahagian payudara. sasaran dia? kat leher, paru-paru dan tetulang.


rawatan pulak balqis?
kebiasaannya pesakit akan buat pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. 

  • Pembedahan konservatif- pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada. 
  • Mastektomi- seluruh payudara “dibuangkan”.
successfulnya rawatan tu dipengaruhi jugak dengan kesihatan umum dan sikap positif seseorang dalam menentang penyakitnya. so puan-puan tuan-tuan, yeah! kita boleh wok! 
tiada istilah putus asa serta mengalah!
*penyakit insyaAllah boleh sembuh, jika dikesan awal dan dirawat secepat-cepatnya! ayuh!
jom jom check! :))

dengan baik hati, silalah ke SOFTLAN BREAST CANCER (fb) untuk menjadi seperti balqis faiqah (maksudnya, dengan menyokong kempen ini)

*gracias! :DD