Wednesday, 28 January 2015

Kenapa aku lemah? (Moga Allah redha..)

Salam 'alayk.

Bingkisan hati ini.

Aku takut. Sangat takut.

Andai aku tewas.

Andai aku jatuh.

Berkali, berjuta, bermillion bilangan kata-kata semangat.

Kata-kata untuk dijadikan pedoman.

Aku rembas terhadap diri sendiri.

Tapi..

Aku takut.

Aku melawan nafsu diri.

Tiada yang menyuruh. Tiada yang menghalang.

Melainkan dengan bantuan imaan aku sendiri.

Imaan yang jitu.

Mengapa dengan mudah aku perlekehkan?

Aku mahu perkara yang menggembirakan. Perkara yang membahagiakan aku.

Aku pilih jalan yang salah? Jalan yang kurang matangnya dari sisi agama.

Tetapi bernas dari sisipandangan durjana syaitan.

Ah~~ *hembusan nafas keluhan.

Kuatkan aku ya Tuhan.

Hadirkan mereka yang bagus agamanya kepadaku.

Moga Allah redha.

Aamiin.

Balqis.
28/1/2015
5.45pm
Sg Buloh, Selangor.


 
Bukan lukisanku.

Friday, 16 January 2015

Aktiviti masa lapang.

Salaam 'alayk!
Saja gedik2 nak menaip. Heh.

Hari ni Aqis ke kolej di Ampang atas urusan belajar sikit. Then melencong ke KL sat. Aim dia, nak beli kain je. Aqis kan tak suka beli tudung. Tapi beli kain untuk buat tudung takpe kan Balqis. Bukan apa, jimat. Lagi satu, rasa kepuasan dia walaupun sungguh! Bukan daku yang menjahitnya! Hehe.

Aqis ke Ampang, drive. Then ke KL, Aqis tukar naik LRT. Well, Aqis tak suka ingat jalan. Nak ingat tapi macam, mm mm kalau dah terdesak baru rasa nak ingat jalan. Boleh kan?

Kalau driving, mesti ada partner. Kadang2 partner boleh buat2 tido (contoh la), katanya biar Aqis ingat sendiri jalan. Sobs! Gua cuba gua cuba.

Dah sampai sana, merewang la Aqis. Kita bukan selalu keluar jadi tempat dah penah pergi pon boleh sesat. Kat sana, nak dekat 10 orang juga la Aqis tanya, “Ah maaf cik, jalan nak ke Jakel ikut mana?”, “Salaam cik. Sogo boleh ikut sini ya?”

Korang relax je. Jangan malu bertanya. Rapatkan ukhwah dengan orang yang tak dikenali. Tapi! Berpada2. Jangan la kita gatai p tanya abang sado yang tengah minum air jambu batu tu tauuu. Melampau chuolls. Haha gurau.

Haa cenggitu la dari 1st sampai sampai lah balik.
Apa yang Aqis nak puji, warga Malaysia semuanya baik-baik. Yeah, bagus kan camtu. Keep it up Malaysian! J

Sampai ada satu tu, akak tu siap suruh Aqis ikut dia (ok la, percaya. sebab akak tu pakai tag nama bank tu ha). Kebetulan, dia sama jalan dengan Aqis. Praise to Allah, I’ve met new kind lady. Thank you J

Dah sampai Jakel, peh peh peh. Duit yang ditarget untuk dihabiskan di gedung Jakel boleh meningkat mendadak rasanya. SALE everywhere!
Akak Jakel tu cakap patut dah habis promosi tu, tapi sebab tak pindah barang lagi kat gedung Jakel yang baru, so dorang nak habiskan juga stok ni.

Alhamdulillah rezeki J

Dan servis layanan akak-akak Jakel memang mantop! Sangat friendly, asal tengok Aqis sensorang pilih kain, dorang mesti tanya, “ada yang bantu tak?”
Duhh. Kita pula jadi kesian takut kawan dia kena marah ke hape ke lah.

Last2 Aqis cakap, “Akak, saya ke depan dulu ya.”
Ni kes sebab dorang ikuuuuut je kita ke mana2! Waaaa. Tak selesa sebenarnya. Tak sukaaa. Biar daku dengan duniakuuuu. Hhahahah!
Well nak buat camna. Tugas dorang kan. Redhaa  jela.

Oh ya! Jakel KL punya cawangan baru kat belakang tu je. Jalan sikit je ke belakang if korang masuk dari butik Hajra or Mydin tu. Besaqqq baq hanggg oii bangunan baru dia. Fuhh fuh lenguh kaki den merayap dalam tu nanti. Heheh bajet jet jet je macam kita CEO nak rasmikan jejak kaki dulu dalam tu heheh lagi.

Pastu dah puas tahan nafsu kain, Aqis keluar pulak cari SOGO. Nak cari makan je pon. Teringin Subway. *malu. Boleh pulak sesatttt. Nasib la nakkk. Patut jalan short cut, Aqis pergi ke mana2 ntah. Pak arab, mat bangla, semua kaum Aqis jumpa. Memang 1 Malaysia wa cakap sama lu. Takpe rakyat aman, asalkan tak kacau Aqis sudah. Bukan perasan, tapi “Wa home alone maa time tu.”

Haa lagi satu, (berapa banyak lagi daaa) Aqis if nak pergi jalan yang memerlukan Aqis belek, tenung barang tu lama-lama, Aqis tak kisah sapa2 nak ikut pon takpe tapi Aqis prefer gerak sorang je. Senang. Im freeeeeeeee. Hehe. Bimbang kawan kita penat. Tu je. Aqis ni takleh sikit. Nanti tak sampai hati nak jalan lagi sedangkan nak jalan. Hehe.

Masuk SOGO, jalan2 cari Subway dan Big Apple (untuk family), boleh pulak lupa Subway kat luar Sogo kan. Gua pon rasa macam, Pftttt---- Big Apple takdo. Dunkin donut hado. So decide beli Big Apple kat The Store Sg Buloh je. Sonang.

Balik singgah Subway pulak.
Taktau plakkkkk camna nak orderrr. Boleh sokmo kan Balqis???

Jadi nak kaver line, Aqis suruh adik yang take order tu suggest mana yang best. Best kannnn taktik Aqis? Hahahaha.

Nah step bagi sesape yang newbie Subway tu. (macam i lerr tuu)

1. Pilih roti dan menu yang disenaraikan kat atas2 tu. (Alaa macam KFC sume tu lah. Set2 tu)
2. Pilih cheese
3. Pilih sayur
4. Pilih sos
5. Bayar. (Kalau nak tambah air, cakap kat dia)

*Untuk pengetahuan kalian, pilihan sayur, sos dia banyak. Sebab tu semua bahan ni kena pilih sendiri. Sos tu Aqis cmpur 3.

Inti Subway Aqis:
1. Roti: honey oat // Menu/inti: Seafood & crab
2. Cheese: Haa ni Aqis tak perasan. Tapi adik tu bubuh macam cheesedale camtu la.
3. Sayur: Lettuce, Jalapeno
4. Sos: Mustard, BBQ. Lagi satu lupa heheh
5. So total semua campur air isotonic: RM 8.80.
*Panjang roti 6”

Then, gua makannnn dengan sopan santun. Muahahaha!

Pastu balik la. Drive ke Sg Buloh, mak aiiii. Ngantuk baq angggg! Hampir sahaja saya memejamkan mata chuolls sambil memandu! Allah.

OK balik pastu ada kejadian lain pulak. Yang di mana biar saya je yang tau. Sekian! Haha kejam kan. Tinggalkan orang dengan tanda tanya.

Tiada yang penting untuk sesape yang baca ni tahu pon, awak. Wuhuuu!

Sekian dari Balqis melaporkan aktiviti cuti dia. Padahal klinik kol tadi suruh masuk kejee. *kenyit mata. Maaf ya akak2, Aqis takde kat Sg Bulohhhhh. Lagipun harini meme Aqis cuti. In shaa Allah jumpa esok J

Salaam. Mimpi indah ya <3


p/s: Aqis tak hambik gambo pon. Gila duduk sorang2 makan, tetibe amik gambo makanan. I pemalu chu olls.... Muahahha geli geli geli ok babaiii ! 

Wednesday, 14 January 2015

Papa. Jika itu pengorbananmu.

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya, sebelum Aqis menaip ni, Aqis tengah merajok! Haha.
Aqis ni tak pandai masak tapi nak gak masak. Lantak lah nakk. Hihi. Papa pegi dapur tadi masa Aqis potong sayur. Pastu cakap2, papa tetibe cakap Aqis masak tak sedap. Apa lagi, sayur pisau abis tinggal kat dapur. Huhu. Plis la jangan ikut perangai ni.

OK, lepak2 dalam bilik bertemankan lagu Heliza Helmi (Jom Berzikir) sebab nak bagi tenang dan Aqis ada buka Quran. Kebetulan, Allah macam suruh Aqis bertenang.

Ayat tu surah Thaha, ayat 65-76.

Tu kisah Nabi Musa yang takut bila nak lawan dengan tukang sihir Firaun. Allah berfirman supaya Nabi Musa jangan takut.

Sedikit sebanyak, Alhamdulillah Aqis rasa lega amat. Sungguh.

Tiba2, tok! tok! tok! “Balqisssssss!~” “Sueeeeeee~~~~~”

Papa panggil. Biasa panggilan camtu pon boleh buat Aqis cuak! Haha!

Papa: Balqis! Sue! Ikut papa pergi dapur. Papa nak ajar cara masak mee goring yang sedap punya. Biar tak pandai boleh jadi pandai.

Sue: Kenapaaa? Sue tengah cari kutu kucing~

*Aqis diam je tapi pegi jugak la dapur.

Papa: Haa sekarang papa nak ajar. Tengok je rancangan masak2, tapi papa jugak nak kena ajar.

Sue: Pergi dapur kak!~

*Aqis still berdiri belakang langsir. Haha!

Papa: Balqisss~~~ Mari sini. PERTAMA! Ambil kuali besar. KEDUA, kita basuh kuali. *HAHAHAHAHAAH! Seriously time ni Aqis gelak besar dah. Tapi tak bunyi. Gelak belakang langsir je haha!

Sue dah relax lepak kat dapur dah.

Papa: KETIGA!

*Atok terbatuk kat depan.

Papa: Tengok kat depan kenapa atok batuk tu? *HAHAHAHAHAHAHAHA. Our papa :)

Papa:  Masukkan minyak. Tengok banyak mana minyak untuk 1kg  mee. Balqissss~~~ Suee~~~ *kiteorang pon pegi la tengok dekat2. Mula2 stay je kat tempat kitorang. Tu papa panggil heheh.

Papa: Hah! Papa macam dah kat rancangan memasak tu dah.

Proses keempat kelima semua macam biasa masak mee la. Tapi papa ada cara tersendiri. Rupanya selama ni papa masak mee goreng ke, kuey tiaw goreng ke, ikut cara arwah wan :’) Baru Aqis tau. Selama ni kitorang selalu request papa masak goreng2 je. Sebab tu yang papa terror. Heheh.

Pastu........
Papa: Nak masak mee, PASTIKAN ADA SAWI DENGAN TAUGEH. KALAU TAKDE...JANGANNN SESEKALI MASAK. CANCEL! Sebab tu papa beli taugeh tadi.
*Burst of laugh! Yes! Aqis gelak jugak hehe. :D

Papa: OK, sementara mendidih, basuh tangan basuh pinggan dulu. Lepas tu boleh bilas baju. 

Papa boleh sidai baju sekali. *Hehe. Tapi satu je, jangan masa tengah masak, pergi basuh kencing atok! *Again, we all laughing! Papa buat lawak je. Atok kat depan pon terkekeh je dengar.

Sue: Ewwww paaa~~~~ (maksudnya kenapa papa cakap time masak ni la)


TIPS PAPA MASAK MEE GORENG

-Potong bawang, sayur kena ada seni. Bukan main potong je.

-Mula masak dengan Bismillah.

-Cili boh, bila dah masuk dalam kuali, tak payah kacau. Biar je dulu. Then baru kacau. Nak kasi 
bawang masak dengan betul katanya.

-Sukatan air kena betul.

-Jangan masuk garam masa masak mee goreng, apa2 yang goreng la. Ni petua arwah wan. Papa belajar.

-Susun sayur kat tepi mee. Dah panas sayur tu, baru gaul. Guna 2 sudip sebab tu mee 1 kg. Banyak!

-Papa siap tanya bungkusan mee kecik berapa gram. Yang besar berapa gram/kg. Penting untuk sukatan air. Sukat air guna cawan.

-Basuh telur kalau nak buat scramble egg. Sabun sekali.

-Basuh sayur, cara ikut Islam kena biar air tu mengalir. Maksudnya, basuh sayur dalam tempat tos air tu. Kalau basuh celup, 20 kali pon takkan bersih.

-Lastly, ambil pinggan. Makan! Hehe ni papa cakap la.

Papa: Lepas ni, papa nak beli barang je, papa nak anak2 papa masak pulak. Papa nak rasa.

*Haa! Papa ada satu dialog ni, “Ni masak camni, masakan tak sedap pon jadi sedap” (sambil pandang Aqis. Aqis dah tutup muka. Heheh)

Macam too personal Aqis kongsi kat sini kan?

Sebenarnya, ada pengajaran yang Aqis dapat. Biasa anak perempuan kan rapat ngan mak je kan (depends). Cuba kita tengok dari sisi ayah kita pulak. Pengorbanan yang ayah buat tanpa kita sedar. Dulu, jumpa papa je nak lari. Lari masuk bilik. Remaja kan. Sekarang dah besar, secara tak langsung akan timbul rasa,  sayangnya pada kedua mak ayah kita tu perlu sama rata.

Kalau ada mak atau ayah garang ke, kita jangan berhenti dari menyayangi dorang. Doakan je agar lembut hati mereka. Percayalah, doa ikhlas dari seorang anak kepada kedua orang tuanya, Allah maha Mendengar.

Sabar je. Perubahannya kita akan nampak di kemudian hari. Alhamdulillah, Aqis sendiri rasa camtu. Kuncinya sabar. Yelah kadang2 mak ayah balik kerja penat. Dengan anak2 lagi, kita sebagai anak kena lah ambil peranan dan cuba fahami situasi mereka.In shaa Allah, segalanya akan baik2 sahaja :) 

Dan jangan lupa!

Andai kamu sedih atau berduka cita ke, ‘berbicaralah’ dengan Allah. Al Quran kan ada. Cuba randomly buka muka surat Quran, jika Allah izinkan, Allah akan ‘beri’ ayat Quran yang paling kena dengan hati kamu supaya tetap bersabar dan jadi manusia yang kuat.

Allah kan saying hamba-hambaNya :)

Sunday, 4 January 2015

Stokin oh stokin!

Salaam 'alayk^^
Kejap! Baca sat naa apa Balqis nak cakap ni. :)

Tq papa sebab belanja. Hihi *emo tutup mata

Hi hi hi!
Balqis tetibe kan terfikir pasai perkara ni. Dah lama fikir tapi baru nak ekspress di sini.

OK. Adakah kamu seorang wanita? Atau kamu seorang lelaki? (blog public jadi I guess both of sex might see this post).

Wanita dan cantik. Hm boleh dipisahkan tak? Cliche tau soalan.

Setiap apa yang Balqis post, inshaaAllah ianya telus dari hati. Aqis rasa macam Aqis tengah cakap depan2 dengan orang yang baca ni. Nanti lagi panjang Aqis taip. heheh. Thats why I have blog! hehe <3

Wanitaku sayang.
Tahukah kita kena menutup aurat?

Ayat pemula, p selak Quran terjemah, cari surah an-Nisa' ayat 31.
Dah buka?
Ada apa?

Ya.
Pasal wanita dan auratnya kan. :)
OK. Sekarang secara general kita tau kan bahagian mana yang WAJIB kita cover?

Ya. Sekali lagi kamu memang seorang wanita/lelaki yang ada isi ilmu agamanya :)
Muka dan tapak tangan sahaja yang bukan dikategorikan sebagai aurat.

Sekarang Balqis nak bagi sedikit tips ya.

BAGAIMANA MAHU CANTIK DENGAN MENUTUP AURAT?

Slow2. Jadi Balqis nak cakap pasal aurat yang mm mm boleh la, selalu la 'terrrr' abai atau diabaikan ni.
Bahagian kaki.

Macam Ustaz Azhar Idrus cakap kan. Kita keluar rumah tak pakai tudung pon takpe. Asalkan MENUTUP AURAT. Pakailah baldi, tebuk 2 untuk mata. Hehe. Kelakar tapi ilmu yang sangat bermanfaat.

Camtu juga dengan kaki.
Kaki kamu memang gebu, putih, bersih, kemas tapi!
Kita cover ya.

Ambil sepasang stokin, then cuba pakai sehari. Bawa pergi kelas ke. Kerja ke.

Cuba dulu.

Rimas? Panas? Menyusahkan?

OK sekarang pergi kedai2/shopping mall/kedai serbaneka. Jalan2 dan cari sepasang stokin yang paling menarik hati kamu. Tapi hati-hati......

JANGAN SAMPAI TABARRUJ (BERLEBIH-LEBIHAN)

Hehe. Nanti beli ya :)
Bunga2 ke, corak geomatrik ke. plain ke.

Haaaa. Nampak cantik kan kat kaki kamu? <3
Jalan2 dulu dalam rumah dengan stokin tu. Cantik kan.

Nanti..Bila keluar rumah, pakai lagi stokin tu ya.
Corak banyak sangat ke? Hehe. Macam-macam taste kita ya ;)

Ambil kasut yang cover most of kaki kamu.
Kasut yang tutup semua la maksudnya.

Pergi jalan ke tempat yang kamu suka ya.
At least, kamu tak kan terfikir betapa 'rimas'nya bila sarung stokin tu ada kat kaki.

Tiba di rumah dan stokin masih ada di kaki?

TAHNIAH!

Ujian satu hari dah berjaya!
Esok kita cuba lagi ok.

Ni kita-kita je yang tau.
Jadi kita ni nak sampaikan ke awak.
Nanti kita ajar kawan2 kita yang lain ya :)

Seronok tak bila dapat buat Allah makin sayang kat kita?

Yang penting, perlahan lahan.

Selain sokongan/motivasi dari diri sendiri, minta sokongan daripada mereka yang kamu boleh 'masuk' untuk tarbiyah diri kamu. Dan saya sendiri :)

Semoga berjaya!
Nanti kongsi result eh dengan Balqis ^^


Friday, 2 January 2015

Niqab.

Salam 'alayk!
Mind if I share something? :)


Thursday, 1 January 2015

SENYUM. Kau memang tak perlu kata apa-apa :)

Salaam 'alayk!

SENYUM.

Apa yang membuatkan Balqis tetibe pilih topik ni?

OK cemni cerita dia.
Haritu alhamdulilah spend time dengan mama dan Sue serta kawan mama di sebuah shopping mall. Menjadi tabiat Aqis untuk senyum je dengan sesiapa yang Aqis jumpa. Tak kira la kenal ke tak.

Apa yang Aqis noticed, almost all lady yang Aqis tembung, semua senyum! MasyaAllah seronoknya Aqis rasa masa tu. Aqis rasa macam, "Eh kenapa semua senyum ni? Selalu tak camni. Sikit je orang akan balas."

Ni, macam kitorang saling berebut nak 'sapa senyum dulu' hehe.

Its a great feelings really :)))))

Aqis teringat kisah sahabat2 baginda Muhammad SAW yang selalu kecewa.
Kecewa sebab apa?

Sebab tak dapat ucap salaam pertama buat junjungan Muhammad apabila bertembung. Nabi kita selalu menang dulu bab bagi salaam ni. hehe :) Itu satu contoh yang patut kita contohi.

Dan atas reason ni, Aqis nak kita semua bila jalan2 je kat shopping mall ke, kat akak cashier ke, kat makcik guard ke, kita SENYUM :) OK? Berani sahut cabaran tak? Yeah!

Ok kata tengah bertembung dengan pasangan suami isteri kan, kita sebagai kaum hawa ni lebih bagus senyum pada sang isteri. At least dapat elak dari bertembung mata dengan lelaki ajnabi dan tak membawa sangkaan buruk daripada si isteri.

Dengan senyum je pon, kita boleh dapat pahala. Apatah lagi makhluk yang dah buat pelbagai lagi perkara yang membawa darjatnya tinggi bukan di mata manusia. Tetapi Allah.

Ikhlaskan niat, perbuatan kamu keranaNya.

Kamu akan belajar apa itu bersikap humble dengan manusia bila kamu bersifat humble dengan sang Pencipta inshaaAllah :)




Masa sekejap yang berkualiti.

Salaam 'alayk :)
Alhamdulillah baru tengok berita tadi. Keadaan banjir di negeri Pantai Timur sudah makin surut. :)




Ada empat orang je. 
Tu hantu bunga tu Balqis, Noor Afiqah, Syukri dan Khairul Mubarak.

Tarikh 25/12/2014 so public holiday. Time ni la dapat jumpa depa ni. Asalnya Ika dan Syuk ajak lepak luar tengahari tu. Tapi asiif jiddan Balqis really cannot make it. Jadi planned kitorang jumpa petang tu.

Memang planned nak ziarah Kerol. Diagnosed Denggi Berdarah.

Ni, saat Balqis menaip ni, Kerol Alhamdulillah keluar hospital dah 2 hari lepas tarikh ziarah ni.
Depa cakap kat Aqis, Denggi ni elok makan SUP KETAM, BUAH KIWI dan AIR 100 PLUS. 

Aqis tak tau kenapa dan ada apa isi kandungan makanan/minuman ni sampai boleh lawan Denggi ni (malas cari, malas google. Cakap jela Balqis -,-), haa! Sup ketam boleh naikkan sel darah merah.
As we know, sel darah putih ni function dia macam askar dalam badan kita. Kerja dia attack sel2 tertentu je. Bakteria ke, benda2 asing dalam badan, sel darah putih ni punya kerja la tu.

Kalau sel darah putih increase terlebih, bahaya juga. Tu dah penyakit lain ya. Ok lari topik aint?

Kerol ni niaga dekat dengan kolej Aqis. Kat menara Axis tu ha. Jadi ada la certain2 time tu terjumpa. Tu lah, alang dah tau tempat, mai je ziarah. Ni kat Pantai Hospital, Ampang.

Dan! Mereka ni semua kawan-kawan PLKN Aqis la :)

KEM PLKN PRINCESS HALIZA, SEPANG.
KUMPULAN 2 SIRI 8 // 2011.

Thats why bila jumpa, mesti rasa rindu amat. <3

Thank you Ika, Syuk, Kerol.
Ni Allah nak kasi sebab kita jumpa kan, melalui Kerol. Nampak tak hikmah sakit ni? :)

Nota: Kepada mereka yang terpaksa duduk dalam wad, di mana2 sahaja, anda sihat ke, sakit ke, SOLAT kena jaga k ;)
Banyak cara. Kalau was2, boleh rujuk yang lebih arif. Jangan ambil lewa ya saudara saudariku.

Ni Aqis sediakan laman web JAKIM mengenai bagaimana cara2 wudu', tayammum untuk orang sakit/sihat. Moga bermanfaat.