Thursday, 15 November 2012

pertama kali


Assalamualaikum

Aqis teringat. . .

Pertama kali aqis ada basikal sendiri
Aqis suka main basikal roda 3 tu sampai ibu jari kaki kanan kena jahit sebab tersepit dalam rantai. Mama & papa tak boleh tarik jari keluar so aqis dengan basikal2 sekali bawak p hospital, sambil nangis lah jari kaki dok cium je kat rantai tu. Huhu. Sedih gila. And and and kan, aqis ingat jari aqis ni kena ganti dengan jari mayat taw. Pastu lepas kes tu selalu belek2 jari, fikir, “huiyoo, jari mayat. Kenapa putih ah?” hahahhahhahahah. K ni perasan.


Pertama kali aqis masuk darjah satu (I’m teletubbies~ ekkk) :p
Masa ni aqis masih hisap botol lagi. Percaya tak? Sebab su hisap botol jugak. Jadi saye tak puas hati, nak jugak. Ade satu kisah ni. Ok, tup tap tup tap, saye masuk kelas pada hari pertama. Saye pon duduk dan berasa penuh bersemangat sekali kerana dengan rasminya saya dah darjah 1. Yeayea! Cikgu Fodziah pon bertanya,

“ok saya cikfu Fodziah. Guru kelas kamu. Cikgu nak Tanya, sapa kat sini anak cikgu, angkat tangan.”
Ececeh, dengan cepatnye aqis angkatlah tangan. Senyum lagi tu. Haha. Budak belagak tuh.
“ok ramai ye. Cikgu nak tanya lagi, siapa kat sini hisap botol lagi?” 

Ramai gila anak cikgu, kawan2 kite angkat tangan.
…………. Kite tak angkat. Kite malu semalu malunya. Kite rase serba salah gila time tu. Rasa berdosa gila tak jujur angkat tangan. Malam tu, kita dah tak hisap botol dah. TAKNAK DAH. Nanti kawan2 gelak.
Esoknya, cikgu tanya lagi. Pastu… ade jugaklah 2 3 orang yang masih lagi. Ape lagi, pakat gelaklah aqis. Siap tunjuk2 lagi kate. “a ha ha. Hisap botol lagi.” Ni mama yang cerita kat aqis. Mama kate mama cerita kisah ni kat cikgu Fod jugak.

Pertama kali aqis kehilangan wan, selamanya.
Sape nak masak telur goreng untuk aqis lagi? Sape nak buat air sirap dengan teh ais untuk aqis lagi? Dengan sape aqis nak mintak 20sen beli kopok mamee lagi? Aqis ingat lagi, masakan terakhir wan untuk aqis, telur dua biji dengan air teh ais. Aqis balik sekolah je petang tu, depa suma cakap wan kat hospital. Wan dah meninggal… :’( sedihnya bila ingat! Dulu kite suka wan yang masak untuk kite. Kite tak nak tok yang masak. Tok tu nenek kite. Bile kite nak makan je kan,

“wan……..nak makan”
“wan penatlah. Suruk tok ‘ketok’(panggilan)  masak”
“tak nak………. Tok masak tak sedap” (masa cakap ni kite bisik kat telinga wan. Hehe. Nanti tok dengar,  tok kecik ati pulak)

Nanti wan gelak, wan bangun jugak dengan susah payah tu nak masak kat aqis. Arwah wan badan besar. Sebab tu wan masak sedap. Hehe. Wan….. al-Fatihah buatmu…

Pertama kali aqis bukak mata dan jumpa MAMA J my 1st LOVE
Di mana masa ni kat Hospital Universiti,KL yakni pada hari Selasa bersamaan 10 ogos 1993, jam 10.10 pagi, uwekkk..uwek….. aqis pon dilahirkan. Mama kate aqis tak menangis masa keluar tu. Doctor tepuk buttock aqis je, dan bingitlah bilik itu dengan tangisan bayi. Hah, sejak2 tu memang aqis suka menangis lah. Pantang letak je nangis. Tengah malam je nangis. Sampai mama tak larat dah masa tu, tukar pulak nenek yang jaga. Penat nenek, tukar lagi atok pulak jaga. Begitulah seterusnya. Time senyap bila je taw? time papa & mama bawak aqis ronda2 naik kereta and bila dikendong. Haa. Tu kaki saye ni suke nak berjalan-jalan. Harap maklumlah ye awok dan sape2 je :) heheheheheh.

Pertama kali ni banyak mengajar kita untuk menjadi orang yang lagi bagus, baik. Dalam masa yang sama jugak, itulah kenangan kita. Buat benda yang pertama kali kan. Sape teringat mesti tersenyum balik. Tak percaya? Cer try. Dan….alhamdulillahlah aqis membesar dan masih mencari pengertian tentang diri, orang sekeliling dan hidup. Banyak lagi ilmu yang aqis nak timba. Ramai lagi orang yang aqis nak jumpa. So, kita enjoy, enjoy jugak. Janji janganlah kita leka, alpa, lupa. Nasihat mak pak paling penting. Adios! J

No comments: