Sunday, 30 December 2012

hello 2013!

Assalamualaikum
boleh tak nak nyanyi lagu SELAMAT HARI JADI versi SELAMAT TAHUN BARU? setahun sekali kan..? sejujurnya, aqis taktau ape nak diupdate kali ni. so, baik aqis gambarkan aqis tengah tulis kat diary sendiri supaya lebih feel. ohyeah!

tahun baru, azam pon ofkos nak kena baru jugak. azam lepas tu berhabuk berkepuk, kau nak letak mana balqis wei? bende2 ni terlintas dalam kepala otak aqis:


aqis nak pass exam sem dengan jayanya (doakan aqis!)
dipermudahkanlah praktikal kat hospital (bismillah.. langkah kanan aqis masuk entrance hospital)
setiap hari, aqis nak jadi orang yang lebih baik. perbaiki diri. 
makin besar ni, bia jadi orang, bukan orang-orang.
diri sendiri! menjelmalah~ mohon diberi kekuatan :')
makin matang? erkkk? insyaAllah2 :DD
mama dan papa, tetap dalam hati selamanya :)



 budak berumur 4 tahun yang bernama Balqis :)

darjah 3. mana aqis? ohohoho.
*klu: keje aqis catat nama sape datang sekolah lambat, tunggu depan pintu pagar, 
jaga kelas bila cikgu mesyuarat, bla bla bla........

darjah ompek. 

inilah arwah wan :') baju putih tu. wan dukung aqis mase ni. hehehe :')
al-Fatihah untuk wan..

Monday, 24 December 2012

gracias friend :)

Assalamualaikum

*seikhlas hati, terima kasih sahabat :) muah3 dekat pipi kat. muehehehehehe.

art trade with DAE HYUN

Assalamualaikum

ini untuk dae hyun
*kakak ni nak bagi buku doods sebenarnya :p

kepada dae hyun. ini pertama kali aqis berart trade dengan a guy. soooooooooooooooo................. amat panjang ya 'so' nya. mula2 aqis buat dah rangka doods, it is a guy. iyelah, sebab dae lelaki kan. sesuatu perkara yang aqis tak pernah buat. belek punye belek. ah! buat lain lah. tajamkan skill dulu nak buat doods guy ni. takde konfiden nak terbitkan versi guy lagi! tehehehee!

almaklumlah, aqis ni melukis secara official kat lappy ni umpama part time aqis. lukisan selebihnya yang memang sedia gelebeh, aqis suka conteng2 kat mana2 kertas je. selalu class note lah yang jadi mangsa, sambil2 dengar lecturer mengajar tu kan. nak segarkan otak jugak. so, I buat kerja yang I rasa kerja tu best. muahahah. 

picmonkey dah takde, sedih je nak melukis, mengedit. puii. rilek ah aqis. picbiawak, picsinga ada, tak heran pun. 

aqis: itu pic apa?!!! grr!

Friday, 21 December 2012

holiday, exam, posting and twenty-years-old-to-be

Assalamualaikum

*summary for EPA II 

sekarang kolej telah dibagi cuti sampai tahun depan sempena Krismas dan tahun baru terus. naik je kelas nanti dalam 2.1.2013 (aqis dah 20tahun?!), aqis akan ada mid sem! huhuhuhu. doakan kami generasi akan datang ni ye. nak cutiiiiii. exam 3 hari, lepas tu kena pergi posting. ya Allah, berikan hambaMu ini kekuatan sepanjang berada di sana. 1st posting ever! bismillah......

sahabat :)

Assalamualaikum, kom ape kombek (ape tu 'kombek'?)


kepada sahabatku. gambar nilah yang aqis simpan nak tunjuk kat awok. taw tak ape maksodnye? maksudnyeeeeeeeee. tak kira, walau keadaan diri awok atau aqis tengah panas, marah, sedih, pilu ke.. aqis suka tengok awok senyum duhai sahabat. kerana ianya amatlah mententeramkan saya ye. walaupun aqis tau, awok selalu sedih, kadang2 sikap aqis yang kuat touching, moody2. minta maaf aqis ucapkan dari hati yang paling dalam. sesungguhnya, tak terniat di hati. awok pun taw tu kan. terima kasih sebab jadi sahabat aqis. dunia insyaAllah dan di akhirat sana :)

untuk sahabat, kawan2 yang lain yang aqis pun tersangatlah sayaaaaaaaaang, aqis sentiasa ingat kat korang. ade yang selalu usyar2 blog aqis ni. tu3 si kecik bersapu tangan tu. hihihi. sesungguhnya! korang semua ada dalam hati aqis :') nanti jumpa boleh peluk tak? sebab rindu. hihihihi.

why do you do this, PICMONKEY?

Assalamualaikum


OMG OMG OMG! OYA OYA OYA! whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy???? I am making weirdo super weirdo face rite now! INTREPID, URBANE dan ade seteng2 yang lain dah jadi ROYAL! maksudnya kalau nak guna effect tu kena............................................. b a y a r ......................................................... oh ya Allah. dah lah aqis suka mengedit guna effect ni. saye tak kaye wahai encik PICMONKEY dot com. huhuhu. sedih gila macam hilang anak ja aqis nih. yela. agak2 'GAMBAR MONYET' ni boleh buat jadi free balik tak eh? nak edit kat mana lagiiiiiii~ dah la effect ni lawa. nak melukis lagi :'(

nak tengok website ni, nahhhhhhhhh picmonkey. tengok tengok tengok.

Tuesday, 18 December 2012

art trade with yaya

Assalamualaikum sekali lagi aqis ucapkan...
kepada rakan dan juga taulannnn..... lalallalalal~ peh, rase sedap gile suara aqis. muahahhahah.

haaa. lagi satttu karya agung aqis nak hadiahkan untuk kawan baru kite ah. yaya! hah, macam nama kakak angkat aqis dulu. mane dah kakak aqis tu sekarang. lost contact adelah sesuatu perkara yang tidak menyeronokkan. untuk tuan belog, yaya ooo yaya :)

 untuk awak yaya

ahahah. kepala senget konon2 cik kakak doods ni bajet comel, yaya. kih3. yaya simpan baik2 taw, mane taw aqis datang tebus balik satu hari nanti. muehehehe. ho ya! yaya ade buat contest sekarang kat belog dia. ANDA BERMINAT? apa lagi. bulat2kan mata klik sini. sini sini sini. tu diaaa. tengok kat tulisan kaler atas lah. hehehehhehehe :p

art trade with student kecik@anis!

Assalamualaikum
Alhamdulillah, satu lagi masterpiece aqis sudah mencapai target iaitu ---> hasil kerja yang dah siap! :DD muahahahah! awak, oh awak si student kecik? mesti badan tecik nih. omnom nom nom. sayang, awak punye art comels deh. gracias muje di karoste! (ape maksod ni?)

untuk si kecik student kecik@anis

sejam katenye adik sorang ni melukis. ape dik, senget2, lonjong2 ke, petak2 je, janji ikhlas awak membuat tu. kakak ni terima je dengan tangan yang terbuka seluas2 alam. hehe. esok akak ade function kat kolej, doakan akak yo! :) hah! sape2 yang berminat nak berART TRADE dengan si kecik nih, p rajin jenguk2 kat belog dia eaa. tataaa!

Sunday, 16 December 2012

art trade with enna

Assalamualaikummmmmm
enna. tuan punya nama. haiiiiii. mesti pelik je tuh pandang aqis. fuh3! akhirnya siap lagi karya agungku! aah. memang terbaik mata ini menahankan dirinya.


nampak suramlah kaler ni. ingat konon2 nak buat macam pastel. huhuhu. nah enna. bukan satu, bukan juga tiga. tapi dua kepala tanpa badan aqis bagi. hehehe. harap enna suka suki ye :)

art trade with kak diana

Assalamualaikum dunia!
siap lagi satu art untuk ditradingkan kat kawan baru titeee. muehehe. diana ni kakak rasanya pangkat dia. so kakak, terimalah. budak baru belajar. salah2 ke, tolong2 lah ye. jangan dekuttt2. hee.

wallah! untuk untuk awak kak diana ayob :)
simple je tapi mudahlah sampai ke hati akak. huweee.

are you happy?

Assalamualaikum
sape gembira? angkat tangan. turun. angkat. turun. baiklah, hari ini kita akan nyanyikan 3 buah lagu. lagu pertama, Negaraku. kedua, Negeri Selangor. ketiga, lagu sekolah. satu dua tiga! tehehee.


aktiviti masa lapang

Assalamualaikum
tibe2 jadi ketagih pulak dengan benda karya ni. tengok ramai pulak geng. boleh buat team kawad kaki. cukup dah. mari mari hilangkan boring~ :)



aqis rasa bila ada masa lapang or bila tengah tak buat apa2, aqis akan rajin2kan tangan buat ni. yelah. class lagi. dengan internet slow to the roll lagi kat hostel sana. kira dekat hostel, akan ada masa yang akan dibizikanlah. hahaha. bizi tido eh cik balqis. tapi, aqis dari dulu suka dengan menatang ni. suka sangat! tak bolehlah tengok benda comel cenggini. sekarang pon dah ramai doodlers. (tengok kat blogroll right side aqis ni k) hatiku tertawan~ wawawawwa. hey doods, i lap yu :p

art trade with melAmalina

Assalamualaikum
sedar tak sedar post aqis dah lebih 100 dah? ok, memang sikit untuk budak baru belajar berblogging macam aqis ni. huhuhuhuhuh. teringat dulu mula2 berblog, hape pon taktau. apetah lagi kod2 html bagai tu. pastu bising2 tanya adik su camna ni. camna nak letak corak background tu. nak bagi cantik ni. bla bla blaaa.

eh2 i am talking too much too the point pulak! ahah! ni aqis ade buat lukisan baru. untuk orang baru jugak. haiii melAmalina! aqis tak pasti panggilan mel tu datang dari celah mana. mel awak :) nanti explain lah kat kite name awak betul2 ye. nyway, panggilan 'mel' tu comels gitusss. hee.


mel, untuk awak ni. aqis rasa gambar ni melambangkan seorang gadis yang sedang mencium bunga buatan balqisfz sendiri. hehe. takdelah. aqis rasa sesuatu yang difikirkan oleh seorang gadis, melalui perasaan yang amat tenang. yekeeee aqis ni, pandai2 je. hehehe. nah! hadiah untuk mel :)

Saturday, 15 December 2012

art trade with munirah

Assalamualaikum
wohoo! takku sangka, cepat sungguh cik munirah kite melukis. zas zus zas zus, jadi dah muke aqis versi doodle yang comels. muahahahahahahahahahahahhahahahhahahhah. penatlah gelak weh. ade mengaku comels. puii. cik munirah kite, takpe. awak janganlah malas2 update. awak janganlah malas2 nak lukis. we need each other you know! hah! tertekan gile :p lets share some words and idea will berkembang mambang gambang bambang pamungkas. hehe :)

ni aqis dah bagi seringan ringan hati dah. harap awak suke ye :) hee

today's and art trade with afifah

Assalamualaikum
warghhhh! tak boleh tido! kenapa kenapa? ku lihat familyku sudah tidur dengan nyenyaknya. pheww... mata oh mata. lame2 boleh rabun dok menghadap lappy ni ha. harini aqis complete sehari tinggal rumah sorang. bukan sebab kena tinggal. tapi tak join sekali fam pergi Melaka. anak kawan mama kawen. dan mama kate, sempat singgah rumah sedare kat sana. woi, ngantok mate woi *-* astaghfirullah! so siang ape lagi, misi ajak kakak melepak rumah ah. kakakkkkk~ ekk~ ahahah. kiteorang masak spagetti. tanpa daging kisar yang sedap tuuuuu. tapi isokay, sos PREGO memang mantop. takde daging pon sodap dah wei. ni 1st time kot aqis memasak dengan kakak. setelah 19tahun beb! ofkos lah, umur setahun dua tiga dulu, pandai ke I dengan kakak ni masak? weng3. ade lah kiteorang pergi ke dapur secara berduet beramai2, tapi biasanya bakar biskut je. tu lah, muka biskut dah aqis ni. kadang2 ade kat rumah, kadang2, orang makan aqis(hilanglah saye sebab jalan2 p rumah tok, the store. kate biskot... hehe).

ok, balqis memang suka cakap banyak. nasib baik blog ni takde had perkataan nak taip. (sory, tak layan twitter). tetibe je :p disebabkan dah banyak giiiiiiiile hari aqis tak melakukan senaman yang sepatutnya, aqis ajak kakak p jog kat taman damansara tu. ape name spesifiknye pun aqis tak taw. nasib tadi tak kena langgar kereta. banyak kali kot. alhamdulillah takde ape, cume "hah ye balqis, jadikan pengajaran. ingat, jalanraya tu sekali dah masuk, memang macam tempat berperang." ok, note to myself. kesian balqis kena marah. huhu. apesallah, aqis tiap kali menaip rase macam tengah buat karangan? yep! hari yang boleh dikatakan seronok sebab dapat jumpa sume sepupu sepapat harini. selalu balik, melepak je kot kat rumah. rase sayang pulak nk tinggal. :p

ho yeahhhh~ balqisss~ cepatlah abis cakap..... boleh titooooo~ ho yeahhh~ (sambil geleng2 kepala tahan mata)

malam tu, aaaa~ tinggal aqis sorang je kat rumah. takut gile. tapi aqis kena gagahkan diri jugak even masa tengok tv, nak bersihkan diri, nak masuk bilik, nak tutup langsir, mate aqis melilau je. yelah. bukan kite taw. aqis ni dah la suke berimaginasi kadang2 tu. nasib milah dengan milo ade teman. milo dah start menggatal dengan milah! haa. milah tak layan milo. ngeh3. mama papa adik2 pon balik rumah. seribu kesyukuran ku panjatkan kepadamu ya Allah. legalah sikit. ehem! terima kasihlah yang menemani saye tu even kat alam maya je ye. tu saye cakap 'tq' tu. saje taknak habaq mai teruihhh. misteri sikit. kikiki.

ni tak boleh tido ni sebab mengonlinekan diri aqis lame2 lah ni. DOODLE! aqis sangat teruja mendengar ini! ianya tersangatlah comel sampai aqis rasa nak makan2 je doodle ni macam gula gula. pastu habis, makan lagi. hahahah! aqis buat art trade dengan sorang doodler ni, Afifah  nama dia. macam nama ipah member lame aqis pulak. aqis cuba2 je pong dan harap afifah tu leh tersenyumlah di saat aqis hantar doodle tu kat dia. ok afifah? muehehe.

hai afifah. aqis ni pemalu orangnye kalau mula2 kenal ni.
lame2 insyaAllah, nampaklah kebisingan aqis rasanya.  I think. 
bonjour afifah! :)

ps: awok yang kat hostel tu.... kite rindulah nak merajok2. hehe :p


Friday, 14 December 2012

happy birthday sweet 45 mama & papa!

Assalamualaikum
niat di hati nak update cepat2 belog malam tadi. pastu nak lepak baring ngan mama, adik2. nak manje2. ngeh3. last2 mama p bukak cite Dark Water. ape lagi. memang den layan ah kan. kesian lappy di curuk kerusi sana aqis letak. hee. OYA OYA OYA! OYA stands for O Ya Allah you allsss. hape OMG OMG OMG? muahahah. yesterday was mama's birthday. dan aqis ade kat rumah! hohoho. 5 hb aritu harijadi papa. 2 hb anniversary mama & papa yang ke-23. oh..... kami adik beradik dah membesar dengan jayanya :) hehe. alis pulak 19 hb. eh, pesal rasa macam pernah cakap ni ah? haha. peduli hape. nak jugak tulis balik. takde yang too special sambut harijadi mama semalam tapi dah cukup special dah bagi kami anak beranak even just a wish! bagi aqis, aqis pon tak kisah takde sambutan harijadi bagai mase 10 ogos (tertaip tarikh pulak. muahahahah) hah, 10 ogos tu... janji ade ingatan yang lekat di hati, ingat di kepala. itu terlebih cukup dah. saya rasa bagai orang yang paling dihargai di saat itu. hee.

harijadi mama takde kek. takde belon. takde bunyi bising pum pam pum pam letup2 tu. tapi ade kiteorang............ ekkk~ manis tak manis tak? hahah. aqis ingat nak call mama tengah malam tu tapi takmau lah mama angkat tipon ngan nada baru bangun tido. nanti tak feel. so sampai rumah esok tu, masuk2 kereta je, memang suara sumbang aqis nyanyi 'happy birthday to you mama'  kedengaran lah kan. sebelum tu,aqis ade call nyanyi jugak. so total lagu yang aqis nyanyi semalam kat mama ade lah dalam 4, 5 camtu. tengok! betapa istimewanya seorang mama itu dalam hidup aqis taw. dan adik beradikku.

petang tu, kiteorang kumpul ramai2 dalam bilik. macam nak bincang projek 10 juta ngan Dato' Z pulak. pastu ahli mesyuaratnya, budak2 tecik. Dato' Z nak bukak projek taska hape. ok, aqis ade buat kad sempena takde hadiah nak di bagi ni. huhuhu. kad ok lah kan, hadiah keikhlasan lah tu. nampak tak ade bulat bersinar atas kepala saye ni? :B aqis mintak adik2 tulis nama masing2 kat kad tu. tapi papa tak sempat, papa kerja. so, kad ni untuk papa jugak :) dan alis, dan semualah! aqis dengan alis pergi depan, nyanyi lagi~! oh yeah, suara sumbang mambang I memang nombor satuuu. aqis ada request kat mama nak makan sayur. malam tu kan kan kan, mama kite masak sayur. sekali lagi ekkkk~ ahhahah. annoying tak? peduli hape. ini aqis. mama masak ikan stim, tempe, sambal asam dan disertakan air limau yang pahit. ya ampun...... airnya panas kok, jadi shaya termasukkan biji atau kulit limaunya barangkali, ya kok? waduh3! masakan memang OHSEM! semua kegemaran family kiteorang. simple yet super delicious! :)

 "camna projek taska kita dato'?"

akhirnya, complete sudah projek kita dato'! mari kita bentangkan
proposal ni dekat Madam G. doakan kami  :)
*kad yang tertulis 'SELAMAT HARI LAHIR' tu daripada miss kat, setiausaha syarikat. 
hehe. trimas arigato sahabat! muncung2. senyum2 selalu. hehe :) 

Thursday, 13 December 2012

sambutan hari adik beradik seanterooo

Assalamualaikum
korang pernah tak dengar khabar2 angin pasal NATIONAL SIBLING'S DAY? sambutan hari adik seberadik sedunia? oh mennnn. how come? i am the 1st or the laz person to knoe tiz? hah, ni yang sara, eh rasa seronok nak menaip nih. muehehehehe. sambutan yang berleluasa kat negara luar ni diadakan sempena memperingati or menghayati setiap watak sibling masing2 sepanjang hayat depa nih. yang anak tunggul, boleh sambut sorang. boleh sambut ape... kalau resume ke, biodata ke tanya cmni:

ques: how many sibling do you have? 
answer: 1 

takde kan orang tulis 'none' ke, tanda '-' ke kat kotak isi tu kan? kan kan? habis tu, who are you mannn??

haha. ni sambutan kat luar negara je. takde pun jadi ikutan kat negara Malaysia yang aman damai ni. Malaysia kita ada: inilah barisan kita~ yang ikhlas berjuang~ HAPPY NATIONAL DAY MALAYSIA! I LOVE YOU MALAYSIA! nampak tak semangat plkn ade lagi ni? hahahaha. kat sini, hari2 hari ibu. hari2 hari bapa. hari2 hari adik beradik. berapa banyak hari daaa. sebab..... kita pasti raikan dieorang tiap2 saat sebagai insan yang bermakna dalam hati kita. so, tak perlu spesific date kot. cume hari guru adelah specialnya. kalau hari2 nak sambut hari guru, dengar jelah cakap cikgu. toksah nak ponteng2 sekolah bagai, nak duduk belakang bangunan memonteng, hisap2 curut konon. dah... toksah2. nak jadi orang? 

learn from:
1. parents
2. prophet Muhammad
3. Quran
4. Teachers
5. good friends
6. our mistakes, perhaps?

eh, apesal rase macam keluar topik ni? ha, balqis ni kalau dah bercakap. ahh. pehe2 deh. so, nak buat tajuk entry ape ni? adik beradik? tarikh itu tidak penting, janji ingat di hati? :B 

A sister is a little bit of childhood that can never be lost. ~Marion C. Garretty


jumpa pulak gambar raya 2011 duluh2 tuhhh2. 

Wednesday, 12 December 2012

oh diet!


Assalamualaikum
Ini ade beberapes perkares yangs aqissss nak kongsikans. Wahaha. Berbelits2, terciciq2 ayaq liyoq ceq menyebut neh. Diet. Well, ade ape dengan diet? Sape tengah diet tu, angkat tangan, angkat kaki, angkat2. Dulu, yes! I am a pendiet tegar. Dulu aqis comel sikit. Hhahhah. Tak boleh belah ‘comel’. Nampak tak bold kat situ? :DD comels mean I am chubby. Hehe. Comel pulak dengar. Whahahahah lagi! Paling berat aqis dulu 68kg. nak senaman kat sekolah, maluu. Sebab kite tak boleh lari laju. Kite tak boleh lompat tinggi2. Selalu nak elak time PJ kat sekolah. Humblenye masa tu :’) makan, memang I am veghi da semangat. Mana taknya, makanan dulu mesti nak penuh pinggan. Tak baik kan. Paling aqis faveret, telur goreng lah! Hoyeah! Arwah wan kan suka gorengkan telur 2 biji untuk aqis :’)

So bile makin besar, adelah insiatif nak kecikkan badan. Hamboihh, bukan main kau jah! So aqis start the senaman and tukar cara pemakanan. Makan sikit, excessise lagi. Kawal ya Rabbi. Berat memang turun sampai 49kg. Bila ingat balik, memang aqis takkan bagi tips camna aqis berupaya kecikkan badan kat sape2 lah kan. Mana taknya, ini tidak sihat! Huhuhu. Sadis betul ingat balik. Makan roti. Yep! Tulah ruji harianku. Pagi petang siang malam. Muke cengkung, mulut pucat, protein zat besi entah ke mane2 entah tersebar dalam badan masa tu. So, ade yang nak makan roti  saje sepanjang diet neh? Heheheh. Bolehlah makan tapi seimbangkanlah pemakanan anda ya anak2. Tapi sekarang tak dah makan roti all the time, Alhamdulillah atas nasihat family, kawan2 suma. Dieorang marah, tegur, aqis jangan amalkan camtu dah. Bile aqis makin naik sikit berat badan ni, ngadu jugak(ish2 aqis ni) kat dieorang. tapi dieorang kata, “ha baguslah. Berisilah sikit. Dulu cengkung je.” Gracias muje la vista semua! Pandai amik hati. heheJ

*kalau lalu sebelah lori roti gardineer, aqis mesti cakap, “tu pakwe aqis!” kat gambar pakcik yang depa2 tangan kat lori tu. Hehe.

Rasulullah kite pon berdiet jugak. Hebat tak, dulu2 pon dah ade diet2 bagai ni? Rasulullah tak pernah sakit perut taw sepanjang hayat baginda. Bestnye camtu! Ni adelah serba sikit aqis nak kongsi kat hampa2 suma. Makan2 jugak, ni pon aqis baru taw info ni. So, same2 lah kite amalkan yeee.

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus boleh menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik. (hoo. Baru taw. baru ingat nak kongsi resepi koktel ni. Tak jadilah. Cuba koktel versi lain pulak. Hehehe)
3. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.
4. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian ni memang berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
5. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

6. Buah tamar/ kurma
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

7. Nabi SAW makan buah-buahan lain seperti tembikai.
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air. So, ia boleh menyejukkan badan. Di samping tu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. 
11. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awet muda. (terhighlight pulak. Ngeh3)
12.  Nabi Muhammad saw  juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
13. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat :)
14. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
15. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
Dari segi kesihatan, adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
16. berpuasa



ok, jom duduk depan meja, tadah tangan baca doa makan :)

Tuesday, 4 December 2012

dup dap dup dap

Assalamualaikum
sebenarnya tujuan utama memang nak update cepat2 pastu nak tido pon cepat2. hehe. aqis tengok kak dena bahrin punya belog tadi sooooooooooooooo touching you allssss :') nak baca, baca sini. tibe2 naluri keibuan yang masih kegadisan ni mula melanda. bukan apa, cuba baca ape kata2 yang kak dena titipkan untuk baby-to-be-born-insyaAllah dia. macammana dia cuba sampaikan kat kita, betapa indahnya kisah hidup dia sepanjang bergelar isteri ni. huu.... masa panjang lagi, so Balqis, you must go on go on go on through your life and learn something from it! :)

attatatatungsiii
lepas tertouching baca, dup dap dup dap dup dap. aqis pon bakal menantikan sesuatu ni. sesuatu yang tak pernah aqis buat seumur hidup aqis kot. something yang aqis buat, mungkin ade orang2 yang akan gelak, sedih, marah, bosan, ketawa dan etc2. sekarang boleh la lagi buat selambek, *aduh, nak tidooooooo. nanti nak p kelas lagi, nanti ngantuk. sambung, nanti tiba harinya tak ke akan ada orang yang akan kelam kabut, debar2? fuhh! rase thriller plak mase menaip ni.

ni haaaaa


nampak tak highlight2 tu? 'mak' tu kite la tu. well, bak kata encik kulit putih lah, practise make perfect yaww! muahahahahahahah. translate direct Melayu, usaha tangga kejayaanggg. translate korea plak...ok2 dah. haha.

kan, tengok, sapa kata budak kolej camni takda berlakon2? ni untuk pementasan English sebenarnya. macam kiteorang student physio neh, memang kena banyak interaksi dengan patient bila kerja nanti.
walaupun satu class buat muka toya bila class English ja sebab kena present present present. nak tak nak, kiteorang kena gagah jugak lah. pakcik makcik adik akak abang yang perlu bantuan limb moving ke, nantikan kemunculan saya dengan album terbaru 'PHYSIO, AKU DATANG' heheheheh. verangan kau Balqis. tak lah. ade rezeki aqis, kawan2 yang lain, insyaAllah.. who knows kan? :) yang penting, kena usaha naik tangga, kalau nak cepat naik elevator. keh3. ha, berpandukanlah dengan Malay translate aqis tu.

*bantal kata mari, hibur2kan lah hatii :) tataa.


Saturday, 1 December 2012

adab berdoa

Assalamualaikum

Dari kata Ibnu Abbas RA: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.


1. Berdoa dalam keadaan bersih dari hadas/najis.

2. Memulakan dengan bismillah, memuliakan Allah dan selawat ke atas nabi

3. Menghadap kiblat

4. Memohon ampun dengan rendah diri dan akui kelemahan diri dan dosa.

5. Berdoa dengan penuh kesungguhan dan memahami kandungan doa.

6. Berdoa dengan penuh tawaduk, kusyuk dan rendah diri.

7. Mendahulukan doa untuk diri sendiri sebelum orang lain.

8. Ulangai 3x hajat yang lebih berat.

9. Menghidari diri dari perkara yang ditegah dalam agama seperti makan dan
minum benda haram.

10. Berdoa untuk umum kaum muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.



pray for our parents
pray for ourself
pray for our friends
pray for everyone and
pray for GAZA