Assalamualaikum
Ini ade beberapes perkares yangs aqissss nak kongsikans.
Wahaha. Berbelits2, terciciq2 ayaq liyoq ceq menyebut neh. Diet. Well, ade ape
dengan diet? Sape tengah diet tu, angkat tangan, angkat kaki, angkat2. Dulu,
yes! I am a pendiet tegar. Dulu aqis comel sikit. Hhahhah. Tak boleh belah ‘comel’. Nampak tak bold kat situ? :DD
comels mean I am chubby. Hehe. Comel pulak dengar. Whahahahah lagi! Paling
berat aqis dulu 68kg. nak senaman kat sekolah, maluu. Sebab kite tak boleh lari
laju. Kite tak boleh lompat tinggi2. Selalu nak elak time PJ kat sekolah.
Humblenye masa tu :’) makan, memang I am veghi da semangat. Mana taknya,
makanan dulu mesti nak penuh pinggan. Tak baik kan. Paling aqis faveret, telur
goreng lah! Hoyeah! Arwah wan kan suka gorengkan telur 2 biji untuk aqis :’)
So bile makin besar, adelah insiatif nak kecikkan badan.
Hamboihh, bukan main kau jah! So aqis start the senaman and tukar cara
pemakanan. Makan sikit, excessise lagi. Kawal ya Rabbi. Berat memang turun
sampai 49kg. Bila ingat balik, memang aqis takkan bagi tips camna aqis berupaya
kecikkan badan kat sape2 lah kan. Mana taknya, ini tidak sihat! Huhuhu. Sadis
betul ingat balik. Makan roti. Yep! Tulah ruji harianku. Pagi petang siang
malam. Muke cengkung, mulut pucat, protein zat besi entah ke mane2 entah
tersebar dalam badan masa tu. So, ade yang nak makan roti saje sepanjang diet neh? Heheheh. Bolehlah makan
tapi seimbangkanlah pemakanan anda ya anak2. Tapi sekarang tak dah makan roti
all the time, Alhamdulillah atas nasihat family, kawan2 suma. Dieorang marah,
tegur, aqis jangan amalkan camtu dah. Bile aqis makin naik sikit berat badan
ni, ngadu jugak(ish2 aqis ni) kat dieorang. tapi dieorang kata, “ha baguslah. Berisilah sikit. Dulu
cengkung je.” Gracias muje la vista semua! Pandai amik hati. heheJ
*kalau lalu sebelah lori roti gardineer, aqis mesti cakap, “tu pakwe aqis!” kat gambar pakcik yang
depa2 tangan kat lori tu. Hehe.
Rasulullah kite pon berdiet jugak. Hebat tak, dulu2 pon dah
ade diet2 bagai ni? Rasulullah tak pernah sakit perut taw sepanjang hayat
baginda. Bestnye camtu! Ni adelah serba sikit aqis nak kongsi kat hampa2 suma.
Makan2 jugak, ni pon aqis baru taw info ni. So, same2 lah kite amalkan yeee.
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu
baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan
laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur
maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif
dalam tubuh sekaligus boleh menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan
dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu
dan gastrik. (hoo. Baru taw. baru ingat nak kongsi resepi koktel ni. Tak
jadilah. Cuba koktel versi lain pulak. Hehehe)
3. Rasulullah SAW memakan buah-buahan
terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam
sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan
nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah
sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi,
kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.
4. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin
seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW
bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian
ni memang berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients
adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem
pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan
kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
5. Baginda SAW juga memakan roti yang
diperbuat daripada gandum asli.
Gandum
sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum
proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang
mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
6. Buah tamar/ kurma
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan
beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat
berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan
keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat,
protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi
hidangan tersebut.
7. Nabi SAW makan buah-buahan lain seperti
tembikai.
Tembikai
mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan
yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit
terutamanya kanser.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga
mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air. So, ia
boleh menyejukkan badan. Di samping tu, mentimun juga mengandungi vitamin C
yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan
unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang
melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang.
11. Nabi SAW sentiasa mengamalkan
banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan
sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau
menghembus ke dalam air tersebut. Ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam
air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum
makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika
tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan
melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air.
Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan
tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian
wajah dan awet muda. (terhighlight
pulak. Ngeh3)
12. Nabi Muhammad saw juga menyuruh menjamah
secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam
penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
13. Makan berjamaah bersama keluarga atau
sahabat :)
14. Rasulullah SAW melarang
meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan
malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap
kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi
perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan
proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa
tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
15. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
Dari segi kesihatan, adalah tidak
digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan
kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00
malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah
hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
16.
berpuasa
ok, jom duduk depan meja, tadah tangan
baca doa makan :)
3 comments:
Salam, kalau nak cuci-cuci mata jemputla jenguk-jenguk blog saya ada long sleeve maxidress & jubah cotton denim yang stylish leh pakai g pejabat, kuliah, atau jalan2 saje.
-->http://hiasanterindahstore.blogspot.com/
Tq ye:)
tu pasal rasullullah tak sakit perut dan kuat, nak tgok lembau tekan label baby.. kalau rajin selak la entry akak yg lama2 tu..huhuhu
aah kn kak. aqis pon bru bce2 ni kak. lembau ape kak? eh td tgk dh kemboooo:) hehehe. ade aqis tgk y lpas2. mm. aqis nk blaja edit blog lah. kasicomels2 sikit. dalam prosessssss belajar. huu.
Post a Comment