Wednesday, 1 May 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2013 (teruja tahap maksimum!)

Assalamualaikum
sape-sape dah pergi PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2013? Balqis dah pergi! keseronokan terlampau meme ditunjukkan masa aqis p sana dengan mama dan para sepupu. aqis memang tak boleh tengok buku. whatever jenis buku lah (kalau lalu kat bahagian buku belajar, Balqis laju sikit jalan terus ke tempat lain. huhuhu) happadaa Balqis.

memang ramai kat sana, tapi tak berapa ramai lah. maybe awal kot aqis sampai. sampai-sampai aqis pergi cari buku yang aqis nak, sepupu tengok-tengok majalah dan mama..............?

MAMA HILANG.

sebab mamaku p tengok novel yang telah diberi diskaun. ade novel lama harga RM5 camtu. mukasurat nipis sikit berbanding novel biasa. novel tebal pon hado. ade harga RM10 tak tahan tu. tapi overall, semua, ya SEMUA buku-buku di situ boleh dibeli dengan harga yang MURRRRRRRRAHHH! wohoo! teruja gila taip.

why aa Balqis teruja macam tahap dapat makan udang goreng tepung? mama dah ajar kami adik beradik dari kecik lagi. supaya baca buku. sayang buku. family kami dah pindah rumah 3, 4 kali dah. mama tetap akan sediakan satu ruang khas untuk buku sahaja. masa duduk kuaters guru dulu, bilik tak cukup untuk bahagian buku. jadi mama sediakan jugak satu ruang, di mana, "hah, nak mentelaah, nak baca buku, nak main komputer, duduk sini. tapi jangan bawak makanan masuk dalam bilik." tapi kiteorang kadang-kadang tu bedal jugak makan dalam bilik. paling nikmat, makan sambil baca komik Shin Chan. ade ke patot?

even Balqis mampu mintak 1 buku je kat mama. huhuhuhu. tapi mama beli banyak buku. semua untuk setiap orang dalam rumah kami. buku, majalah, buku budak-budak malahan nasib mama tak beli ais-krim je. sebab ais-krim bukan kategori BUKU kan. :p

ni sikit info

Tarikh: 26 April - 5 Mei 2013.
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 10 am - 9 pm


so, ade masa lagi kan? p serbu ramai-ramai wok! aqis datang sana, banyak je bas-bas sekolah dari pelbagai ceruk negeri nuh. Klate, Perok, etc2. moh la ambo-ambo. ambo tu 'saya' ke 'awak'..?



sesi beli dan mintak signaturrrre dengan kartunis GEMPAK. 

kakak dengan ada 


mama :) 
mama beli buku alphabet untuk Alis ni. Aqis takde keje, aqis amik gambar mama.
hoho.

novel2! goreng pisang panas!

thanks mama! sebab sudi teman kami anak-anak gadis ni p sini :)
dan belanja aqis buku :p

2 comments:

combi said...

waaaaaa..xg lg....

balqisfz said...

diana: mak saya je. hehe.
combi: mai la p. seronokkkk~! :DD