Monday, 1 September 2014

Deco and self-thinking.

Assalamualaykum wbt! :)

Before,
(Ni aqis penah post masa cerita 'Mari ramai-ramai serbu bilik Aqis' tu.



        

dan ini gambar 'Selepas',



Best kan kalau rumah banyak bunga.
Ah! Aqis ada baca satu kajian ni;

Bila kita tinggal di dalam sebuah rumah bersama suami, jikalau boleh, elakkan menghias rumah/bilik utama bertemakan 'girly' sangat.
Kerana lelaki jiwanya tak sama dengan kita.

OK. Cuba perhati dan ingat balik.
Macam mana hiasan dalaman pejabat, sekolah, dewan makan, lobi, bilik hotel?
Semuanya nampak simple dan tenang je kan.

Ahha! That's why lah. Jika mahu menghias, biar berpada.
Jangan pelik jika suamimu keluar, prefer pekena teh tarik kat mamak daripada makan kat rumah.
Sebab tak kena jiwa dia.
Takkan nak tengok tv, suasana ruang tamu pinkkkkkkkk je kan.
Tak macho muchos la beb!
Tu lelaki la.
Kita perempuan, makin simple, makin nak beli barang hiasan banyak-banyak kannnnnnn.

Well, actually we're different in a good way! :)
Lelaki melengkapi wanita dan begitulah sebaliknya.

Allah ada firman untuk hamba-hambaNya bahawa Allah dah cipta setiap yang hidup ni berpasang-pasangan. Supaya kita saling melengkapi.

Ekkkkkkk tettttttttt~~~
Macam takde mengena? Ada kena mengena.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Lu pikirlah sendiri.
Assalamualaykum.

Aqis nak tido. Ngantuk.
OK bye. Adios!

Bingkisan hati.

Assalamualaykum wbt buat sang pembaca.
Ini, ku mahu titipkan cerita.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuhan..
Jagakan hati aku.
Seandainya aku rapuh, pasakkan hatiku kepadaMu.

Rindu.
Acapkali aku nafikan.

Fitrah?
Ya. Kerana aku manusia.

Ya Rabb.
Dengarkan suara dari jasad ini.

Aku bimbang. Aku ini hambaMu yang metah bertatih mencari ilmuMu.
Kestabilan hati ini masih ecer.
Kerana perasaan ini ber’fitrah’ lah, maka aku mengadu kepadaMu Tuhan.

Jika ditanya kepada wanita, mereka boleh pupuk rasa sayang dalam masa sekelip mata; melainkan bagi mereka yang kuat jiwa, serta imaan.
Jika disoal kepada kaum Adam, ah~ riaknya seperti hati kering sahaja.
Meluahkan perkataan ‘sayang’ itu kerana terpaksa. Dek menjaga hati sang pencinta.

Ya Allah..
Kuatkan hati ini.
Tangisanku bukan kerananya. Curahan ini ku tuju buatMu.
Kerana aku mahu mendambakanMu, melebihi aku mendambakannya.
Aku ingin mencintaiMu, melebihi aku mencintainya.

Ya Hayyum ya Qayyum..
Jangan Kau lalaikan hati ini.
Teguhkan pendirianku.
‘Berdiri’kan aku.

Kiranya doktor itu cita-citamu, maka aku ungkapkan; menjadi Muslimah Solehah itu targetku.
Usai menjenguk akhirah, pascanya ku intai dunia.
(ini pesanan daripada salah seoang sahabahku)<3

Andai dia tercipta untukku, maka permudahkan jalan ini ya Tuhan.
Jika ada yang lebih baik, maka Kau bukakan mata hati ini ya Allah, jua buat dirinya. :')

Syaishhh~
Mengapa cinta, sayang dan kasih yang ku persoalkan?
Mengapa perihal dia yang berada di bibir selalu?
Mengapa dia ada di dalam doaku, otakku?

Kerana aku tahu.
Aku punya Tuhan.

Ya Rabb,
Kau sebaik-baik perancang kendati pun kami usai merancang.
Maka hati ini ku paksikan kepadaMu.

Uhh~
Sekali lagi bicara ini mengenai hati.
Kerana hati, aku bisa mati. Kerana hati, aku bisa bahagia.
Jadi aku pilih bahagia.


Izinkan aku ingin menjadi sang pencintaMu ya Tuhan <3