Assalamualaykum wbt buat sang pembaca.
Ini, ku mahu titipkan cerita.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuhan..
Jagakan hati aku.
Seandainya aku rapuh, pasakkan hatiku kepadaMu.
Rindu.
Acapkali aku nafikan.
Fitrah?
Ya. Kerana aku manusia.
Ya Rabb.
Dengarkan suara dari jasad ini.
Aku bimbang. Aku ini hambaMu yang metah bertatih mencari
ilmuMu.
Kestabilan hati ini masih ecer.
Kerana perasaan ini ber’fitrah’ lah, maka aku mengadu kepadaMu
Tuhan.
Jika ditanya kepada wanita, mereka boleh pupuk rasa sayang
dalam masa sekelip mata; melainkan bagi mereka yang kuat jiwa, serta imaan.
Jika disoal kepada kaum Adam, ah~ riaknya seperti hati kering
sahaja.
Meluahkan perkataan ‘sayang’ itu kerana terpaksa. Dek
menjaga hati sang pencinta.
Ya Allah..
Kuatkan hati ini.
Tangisanku bukan kerananya. Curahan ini ku tuju buatMu.
Kerana aku mahu mendambakanMu, melebihi aku
mendambakannya.
Aku ingin mencintaiMu, melebihi aku mencintainya.
Ya Hayyum ya Qayyum..
Jangan Kau lalaikan hati ini.
Teguhkan
pendirianku.
‘Berdiri’kan aku.
Kiranya doktor itu cita-citamu, maka aku ungkapkan; menjadi
Muslimah Solehah itu targetku.
Usai menjenguk akhirah, pascanya ku intai dunia.
(ini pesanan daripada salah seoang sahabahku)<3
Andai dia tercipta untukku, maka permudahkan jalan ini ya
Tuhan.
Jika ada yang lebih baik, maka Kau bukakan mata hati ini
ya Allah, jua buat dirinya. :')
Syaishhh~
Mengapa cinta, sayang dan kasih yang ku persoalkan?
Mengapa perihal dia yang berada di bibir selalu?
Mengapa dia ada di dalam doaku, otakku?
Kerana aku tahu.
Aku punya Tuhan.
Ya Rabb,
Kau sebaik-baik perancang kendati pun kami usai
merancang.
Maka hati ini ku paksikan kepadaMu.
Uhh~
Sekali lagi bicara ini mengenai hati.
Kerana hati, aku bisa mati. Kerana hati, aku bisa bahagia.
Jadi aku pilih bahagia.
Izinkan aku ingin menjadi sang pencintaMu ya Tuhan <3
No comments:
Post a Comment