Monday, 23 February 2015

Trip to Bandung, Indonesia (Part 2)

Salam 'aleykum!

Seperti yang dijanjikan, ini sambungannya :)

Selepas puas menikmati pemandangan, kami singgah ke Restoran Bebek Unti. Bebek tu itik. Famous betul perkaaan bebek ni.


Restoran bebek kannnn. Tapi Aqis order soto Bandunggg. Tak makan bebeknya pakkk.
Aqis ada try bebek bakar kakak punya, hm mm not bad. Rasa macam ayam!
Ada plak order bebek goreng. Dan pelbagai bebek lagilah yang diorder.

Hari 1st kat sini, kitorang more to jalan2 sahaja.

Selepas capek semuanyaaaa, malam tu singgah factory outlet pulak.
Factory outlet ni macam kedai2 yang jual barang branded. Ada yang buat sale dan ada yang jual harga bisa. Tu depends pada kedai jugak lah. Aqis tak beli apa2 pon. Mahei!

Ni pon, walaupun kawasan outlet camni, still ada peniaga yang jual2 pergi ke setiap pelanggan tu.
Yang penting, hati2 lah ya. Aqis pon gerak ke mana2 mesti dengan kakak & ada serta akak2 tu. Safety 1st.

Salah satu outlet macam kat belakang kitorang tu ha.

Dah penat semua, kami akhirnya pulang ke apartment kami.
Mummy booked 2 apartment. Satu dengan 3 bilik dan lagi satu yang 2 bilik.
Aqis duduk 3 bilik tu. Sumbat sekali kitorang bertiga dalam 1 bilik hehe.

Alhamdulillah, selesa tempatnya. TV, peti ais, pemanas, makanan tambahan. Semua ada. Kira macam rumah la.

Dah siap semua, masing2 kebulur, makan la bubur segera. Sume segera la. Haha!

Sayangnya! Aqis terlupa dah nama apa apartment tu! MasyaAllah info penting boleh lupa!
Aqis pergi sana, tak bawa jurnal diari Aqis. Pen pon takde. Jadi nak tulis aktiviti seharian meman tak dan.

Yang penting, Bandung Indonesia memang best!
Nak jadi gila sekejap tengok harga kain murah?
Ya hari ke-2 tu baru kami pergi shopping.
MasyaAllah masyaAllah obralnya (obral= SALE!) merata2 sihhh!

Continue-- 

Sunday, 22 February 2015

Trip to Bandung, Indonesia (Part 1)

2302'15
Sg Buloh, Selangor.

Salam 'alaykum! ^^
Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kat diaaaaaaaaaaaaa si belogkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu <3 <3 <3
Sihat kamu? Hihi.

Belog sayang,
12-15 hb Feb ritu alhamdulillah Aqis pergi rombongan cik jemah ke Bandung Indonesia. Kitorang naik Air Asia di KLIA2. Tu lah 1st time Aqis jejak kaki ke KLIA2. Besar juga. Maju Malaysia, berapa tahun pembinaan, dapat hasil cemtu. Syabas betteyyy Malaysiaku gemilang! *semangat.

Kami pergi dengan 2 group.
Group pertama, seramai 8 orang. Tu termasuk Aqis, sepupu2 Aqis (Kakak & Ada).

Group kedua group cikgu cikgi seramai 3 orang. Di mana termasuk mama sekali.

Ya, saya ke tempat orang dengan ketiadaan mama dan papa saya dan saya semestinya perlu berdikari. Alhamdulillah saya ada kakak dan Ada juga. Dah kenapa ayat Aqis -,-

Dan!
Nyaris kami tertinggal flight okehh!
Ada sorang akak ni, akak ni ingat flight dia esok padahal harini!
Katanya barang-barang anaknya sempat capai susu, botol ngan pampers je. Tsk tsk sian adik kena shopping kat sana ea. Hehe.

'Pujuk' punya pujuk kat encik yang jaga kat pintu masuk flight tu, dapat juga kami masuk setelah dia berwalkie talkie dengan krew flight kami. Fuhh! Praise to Allah, cecepat kitorang lari! Haha Tuhan je tau cemna reaksi setiap muka dari kitorang hehe.

Oh lupa mention, Aqis dan sepupu2 gerak ke KLIA2 pukul 4am tu. Pftt-- malam tu memang tak tido. Mengemas baju sokmo. Flight pukul 6.40am.

Alhamdulillah, Bandung :)
Kiri sekali tu Mummy selaku ketua trip, then kak Angah & anaknya (Hana comel!),
      Cik Zubaidah tailor hebat, Ada bulat, kakak lemah lembut
       dan Aqis comel muahahaha!
Sesampainya di sana, kami disambut oleh mas Rino, iaitu guide tour kami selaku supirnya. Rino memang bagus, sopan santun betul. Bawa je ke mana kitorang nak pergi. Siap pesan awal2, kat tempat ni kena hati2. Jaga beg. Bila hujan, bantu kitorang semua beli payung. Tawar menawar. Waduh karen ini puji nya melambung lambung pak! Hehe taklah. Cuma nak cakap, mahu percaya orang, ambil langkah berjaga2 dengan mengenali orang itu dahulu. Lebih2 lagi kalau dia akan sentiasa ada dengan kita. Dan jangan lupa, berbudi kembali bila orang berjasa dengan kita :)

Kitorang sampai pagi. Pukul 8.45am time Indonesia.
Timing Indo dengan Malaysia, Indo lambat sejam.

Kami cari breakfast dulu. 
Tempat2 makan semua dicadangkan oleh mummy sebab mummy dah kali ke3 mai Indo. So expert berbanding newbies macam kami ni heheh.


WARUNG SULUH.
Menu di atas: Toast bread with choc+strawberry & sup buah.


Kenapa sup buah? Sebab isi dia macam isi tomyam dah. Hee.
Di sini, trylah makan buah-buahannya.
Buah2 kat Indo memang sangat fresh! Cos depa tanam sendiri!

Bayangkan, bawang dengan buah strawberry tu ditanam kat belakang rumah je!
Wau!

Tapi yang tak bestnya, hati2 ya para pelancong. Bukan apa, dorang ni gaya jualan tak macam kita. Dorang akan ikut je krang untuk promosikan jualan dorang la. That's why, nak gerak, pastikan sentiasa dalam kumpulan. Untuk keselamatan. 
Tapi jangan risau, warga Indo di sana baik2 belaka :)

Dorang cakap, kalau orang jual keychain ke hape ke yang ikut2 korang tu, jangan beli. Beli je kat kedai2. Kenapa? Sebab..Kalau korang dah beli kat sorang, kawan2 dia yang lain pon akan datang ke kalian. Mm mm. Agak takut jugalah situasi camtu. Cemna, itu cara dorang cari rezeki.

Apa-apa hal, kita hormat sahaja kepada setiap keringat orang2 di sana bekerja ya.

Alhamdulillah kenyang.. :)
Rotinya saaaaaaaangat lembut!
Dekorasi kedainya pehhh memang mabeles!
Dia buat camna tau?
Baang2 terbuang camtu, yang kita tak terfikir pon, haa yang tu lah dorang buat hiasan kedai. 
Memang cantik. Kayu je semua. Uhhhh suka suka suka!

Tadaa! Gambar kurang jelas. Hp camera dop cantik aih.

Then terus ke Kawah Putih. 2 jam perjalanan dari airport. Sempat juga la tidur dalam van.
Van memang besar. Ada 4 tempat duduk belakang.

Oh ya, sedikit bayaran dikenakan ya untuk masuk ke Kawah Putih.
Tempat tumpuan pelancong :)

Semua dapat aircond :)


Mula-mula sampai, hujan..



Dah tak hujan dah :)
Tangga nak turun ke Kawah Putih.
Letih sikit tapi berbaloi dengan pemandangannya :)

Kawah Putih bahagian atas.

Pemandangan kat Kawah Putih memang cantik. Sini pon boleh disewakan untuk pengantin photoshoot outdoor.


To be continue...