Sunday, 8 February 2015

Buat kamu.

Assalamualaikum wbt

Catatan ini buat kamu yang dirindui dalam diam.

Assalamualaikum wbt kamu.

Kaifa haluka? Sihat kah?

Kamu itu..
Apa perasaanmu di ketika ini?
Adakah kamu juga berfikiran seperti diriku?

Yang memikir banyak perkara mengenai aku dan bakal zaujku.

Yang entah siapa di mana dan bila.

Kamu..
Satu saat, tiba masanya aku mulai sedar.

Bukan kamu yang harus aku letakkan yang paling awal dalam hatiku.

Kamu muncul dalam bayangan tidurku. Dalam hal ehwal kehidupanku. Bahkan dalam solatku.

Hm.
Ini keluhanku. Jujur keluhan ini secara tulus.

Nampaknya kita berdua telah buka pintu sedikit demi sedikit kepada syaitan laknatullah.

Sedarkah kita?

Hm.

Yang kita nampak, asal tidak pegang-pegang, jalan jauh-jauh, ya kita selamat.

Nafsuku 9. Nafsumu 1.

Nafsuku menjerumus kepada hal dunia seperti barang jualan misalnya. Beg, kasut, tudung. Itu aku.

Nafsumu yang 1 itu apa?
Tak perlu kamu terangkan. Mungkin itu lumrah manusia.

Wanita dan lelaki dicipta untuk saling melengkapi.
Kamu warisan Adam sedangkan aku ini Hawa.

Adakah di ketika ini benar kita saling melengkapi?

Aku jawabkan--
Sama sekali TIDAK.

Couple islamikkah kita?
Tulus, aku jadi segan dengan title sebegitu.

Mudahnya aku mendampingi kamu secara maya, juga realiti.

Mana rasa malu? Mana rasa takut?

Aku kikis perasaan itu bila, kamu semakin dekat denganku.

Sekali lagi syaitan durjana menang.

Sudahlah solat Suboh aku dipujuk syaitan supaya "tidur lebih enak di waktu Suboh."
Inikan pula aku mahu pandai-pandai tarbiyahkan dirimu.
Sedangkan diriku?

Kini aku percaya, untuk dapatkan seorang bakal imam yang terbaik untukku, bukanlah perlu aku ubah dirinya secara menyeluruh. Maksudnya ubah dia jadi baik.

Sepatutnya aku sendiri perlu memperbetulkan paksiku.

Untuk beriman kepada Yang Satu.
Iaitu Tuhan sekalian alam.
Tuhan aku dan kamu.
Untuk kita panjatkan doa dan meminta pertolongan.

Dan aku percaya jika aku usaha untuk jadi lebih baik, aku akan bertemu lelaki yang baik-baik in shaa Allah.

Tika ini kepalaku tidaklah serabut memikirkanmu.
Tetapi lebih kepada memikirkan diriku, Tuhanku serta orang di sekelilingku.

Kamu hanya seorang manusia di sebalik kabus yang tidak ku pasti, di sebalik kabus itu, adakah itu kamu?
Atau yang lain?

Kamu..
Namamu..
Ku pohon kepada Tuhanku.
Jika kamu yang yang terbaik untukku, syukur ku panjatkan kepadaNya.

Andai bukan kamu pilihan itu, makaku doakan yang baik-baik sahaja buatmu di masa depanmu.

Sungguh, aku menyayangimu.
Sayang sekali bagimu, tidak pernah ku ungkapkan kepadamu.

Bagiku, engkau pasti tahu bagaimana aku sayang kepadamu.
Tetapi hanya Tuhan sahaja tahu sedalam mana rasa itu.

Segagah mana mampu aku bawa rasa ini?
Tenggelam dalam hatiku. KepadaNya tempat ku mengadu.

Kamu..
Dalam setiap keputusanku itu(yang lepas-lepas), itu adalah setiap perancanganku.
Perancanganku untuk terus patuh kepada Tuhanku.

Biasalah..
Kadang aku alpa. Kadang aku leka. Aku lupa.

Jadi aku perlu mereset kembali otak dan hati kecilku.

Kamu..
Entah mengapa, malam ini begitu syahdu bagiku.
Jadi aku menulis ini.

Kamu..
Ketahuilah..
Untuk menyayangimu dalam diam ini sangat sukar tanpa aku luah.

Kepada sahabat-sahabat, doakan aku supaya menjadi wanita cekal dan gagah imaannya.

Semoga kita sama-sama berusaha memperbaiki diri.

Aku tidak memaksamu, malah aku menyokong setiap tindak lakumu yang baik-baik.

Tetapi aku lakukan ini dalam diam. Hanya berdiam diri.

Jika aku bilang kepadamu, aku bimbang andai aku kembali rebah kepada perasaanku.

Semoga harimu baik-baik sahaja.

Aku di sini seringkali menyibukkan aktiviti harianku yang pelbagai.

Moga Allah jaga hati kita.

Tulus daripada,
Aku.
9/2/2015
4.11am
Sg Buloh

2 comments:

Unknown said...

Nice word :)

Rashid Majid said...

woot woot new neighbour ;)
mind to be my new neighbour?
dont forget to drop some comment to acknowledge me u r still active blogging ;)

http://rashidmajidofficial.blogspot.com/2015/02/rm-modestyonstreet.html

*nice n deep ;)