Sunday, 19 April 2015

Mama

Saalam 'alayk.


Mama.

Dari rahimnya, kita dikeluarkan.
Teranan pedih menahan sakit.
Melihat dunia, sesuci hamparan baldu putih.
Merengek menangis 'hiburan' hati.

Mama.

Membesar sudah, menimba ilmu.
Tiada paksaan, redha dititip.
Menggali sehabis, sedaya mungkin.
Berkat doa mama, juga papa, bayi kecil tiada henti menangis, mengucap syukur.
Kembali berair mata kerana kegembiraan.

Mama.

Semakin dewasa usia mengintai.
Doa mohon anak tidak lupa.
Menjaga menitip memberi dan berkasih sayang.
Teringat anak, apakah pesanan mama berikan kepada si kecil ketika menyusukannya dahulu?

Mama.

Doa itu senjata kita.
Jangan lalai, jangan alpa.
Moga Tuhan merahmati semua.
Bertemu kita di Jannah sana.

Catatan,

Anak yang mencintaimu.



No comments: