Saturday, 31 October 2015

Ada apa dengan Usrah?

Assalamualaikum wbt
Harini kami berusrah lagi di Masjid Bandar Baru Sg Buloh.

Kalau nak tahu, ni lah usrah pertama yang Aqis join.
Aqis tak malu untuk kata, “Ya, saya pertama kali hadir ke usrah” masa 1st berusrah dulu.

Datang usrah kali ke 3, naqibah kami, Kak Leena minta sesiapa untuk sampaikan hadis untuk minggu ni (hari ini). Jadi Kak Leena minta Aqis.

Masya Allah, Allah je tahu apa aku nak habaq mai ni oiii.
Ramai atau rata-rata orang bimbang untuk ikuti usrah sebab fikir mereka, usrah ni untuk yang Islamik sokmo. Yang tudung labuh. Yang baju longgar dabak.

NOPE!
Usrah is really friendly for me :) Sangat :)
Macam kita ni adik beradik tau.

Aqis hadir dulu, segan juga. Yela mana la Aqis kenal sesiapa kat sana.
Alhamdulillah baru perjumpaan yang beberapa kali ni dah buat Aqis jatuh cinta dengan group usrah kecil kami ni. Sungguh :)

Nak tahu lagi?
Sebenarnya ramai yang sama macam Aqis rupanya.
Maksud Aqis, yang pertama kali datang, yang teringin nak datang sebab tengok kawan serumah pon hadir sama dan sebagainya.

Group usrah, saling mengingati.
Usrah mean family :)

Saat kita rasa masalah kan, boleh juga luah di sini.
Nasihat yang akan kamu terima balik sangat bersifat kerohanian dan mendamaikan. Sungguh.

Nak buat perkara baik, macam business jugak.
Jangan tangguh-tangguh. Baru berjaya. Baru dapat hasil yang paling bagus.

Cubalah sekali hadir ke mana-mana usrah yang kalian tahu.
Jangan lupa selidik terlebih dahulu usrah bagaimana yang akan dihadiri.
Siapa naqib/naqibah dll :)

Perhatikan bagaimana perasaan berada di sana dan bandingkan dengan kehidupan harian kalian.
Rasa macam nak buat baik je selalu hehe <3

Wow!

Pasang niat starting today, nak pergi usrah okay! ^^



Cinta saya buat siapa?

Assalamualaikum wbt.
Semua sihat dak? :)
Tanyalah Aqis. Sihat Alhamdulillah :)

Boleh Aqis nak berkongsi kisah cinta?
Bukan kisah Aqis hehe haaaaaaa dok fikir kisah Aqis la tu. Tak sabo hee.

Ini kisah cinta pada Tuhan.

Haip! Relaks dulu. Dengar dulu kisah Aqis nak cerita ni :)

Cinta pada Allah dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan insan yang berwibawa. Lagi-lagi dalam membawa agama Allah iaitu Islam.

Kerana itu adanya Rasul sebagai penyampai. Sebagai khalifah bumi.

Cinta pada manusia akan pudar.
Cintailah dia tidak melebihi cinta kamu kapada Allah. Bagitu juga terhadap ibu bapa dan sahabat andai.

Cinta pada kaum jantina yang berbeza dengan kita itu fitrah manusia.
Macam mana nak elak kalau dah hadir dalan hati, dalam fikiran?

Solat, ada muka dia.
Mandi, ada muka dia.
Makan, even nak pakai stoking pon muka si dia masih berlegar2 dalam benak fikiran.
Tu belum depan mata.

Bagaimana mahu kawal diri?
Masya Allah.
Kepada Allah kita kembali serah diri.

Pada era moden ni, tak mustahil pasangan (before marriage) wujud.
Yang pegang-pegang, sentuh-sentuh, cucuk-cucuk tu mungkin perkara biasa.

Yang type couple Islamik pula?
Tak terlepas juga. Pasti.
Maksud saya dari segi pergaulan.

Mungkin saya juga tidak terkecuali.
Mungkin saya punya masalah sama.
Mungkin saya masih tertanya-tanya.

Saya menulis kerana yang hadir dari hati.
Kalau saya tak boleh meluahkan pada si dia, saya lebih selesa menulis.

Saya bicara dengan Tuhan, seandainya saya perlu melepaskan perasaan cinta pada manusia seajnabi saya, bagaimana ya Tuhan?

Tika itu Allah seakan memberi jawapan pada saya,
“Tinggalkanlah dia. Sesungguhnya Aku akan menjaga kamu.”

Masya Allah derasnya air mata saya mengalir di ketika itu. Subhanallah.
Kuatkah saya, ya Allah?

Di fikiran saya tika itu, takkan itu bisikan syaitan?
Syaitan sememangnya mahukan saya terus bersama seajnabi saya.
Pasti syaitan seronok bila saya selalu bertemu mata dengan si dia. Pasti.

Jadi saya assumed, itu satu peringatan yang baik.
Adakah saya akan menolaknya mentah-mentah sedangkan rasa sayang sudah dipupuk lama?

Ya, itu silap saya.
Kerana ia sudah saya pupuk lama tanpa saya kawal.
Mungkin.

Saya insan kecil.
Banyak kurang daripada kelebihannya.

Cinta saya biar paksi pada Allah.
Redha Allah atas perbuatan saya, semestinya saya harus ambil kira.

Doakan saya.


B.