Saturday, 31 October 2015

Cinta saya buat siapa?

Assalamualaikum wbt.
Semua sihat dak? :)
Tanyalah Aqis. Sihat Alhamdulillah :)

Boleh Aqis nak berkongsi kisah cinta?
Bukan kisah Aqis hehe haaaaaaa dok fikir kisah Aqis la tu. Tak sabo hee.

Ini kisah cinta pada Tuhan.

Haip! Relaks dulu. Dengar dulu kisah Aqis nak cerita ni :)

Cinta pada Allah dengan bersungguh-sungguh akan menghasilkan insan yang berwibawa. Lagi-lagi dalam membawa agama Allah iaitu Islam.

Kerana itu adanya Rasul sebagai penyampai. Sebagai khalifah bumi.

Cinta pada manusia akan pudar.
Cintailah dia tidak melebihi cinta kamu kapada Allah. Bagitu juga terhadap ibu bapa dan sahabat andai.

Cinta pada kaum jantina yang berbeza dengan kita itu fitrah manusia.
Macam mana nak elak kalau dah hadir dalan hati, dalam fikiran?

Solat, ada muka dia.
Mandi, ada muka dia.
Makan, even nak pakai stoking pon muka si dia masih berlegar2 dalam benak fikiran.
Tu belum depan mata.

Bagaimana mahu kawal diri?
Masya Allah.
Kepada Allah kita kembali serah diri.

Pada era moden ni, tak mustahil pasangan (before marriage) wujud.
Yang pegang-pegang, sentuh-sentuh, cucuk-cucuk tu mungkin perkara biasa.

Yang type couple Islamik pula?
Tak terlepas juga. Pasti.
Maksud saya dari segi pergaulan.

Mungkin saya juga tidak terkecuali.
Mungkin saya punya masalah sama.
Mungkin saya masih tertanya-tanya.

Saya menulis kerana yang hadir dari hati.
Kalau saya tak boleh meluahkan pada si dia, saya lebih selesa menulis.

Saya bicara dengan Tuhan, seandainya saya perlu melepaskan perasaan cinta pada manusia seajnabi saya, bagaimana ya Tuhan?

Tika itu Allah seakan memberi jawapan pada saya,
“Tinggalkanlah dia. Sesungguhnya Aku akan menjaga kamu.”

Masya Allah derasnya air mata saya mengalir di ketika itu. Subhanallah.
Kuatkah saya, ya Allah?

Di fikiran saya tika itu, takkan itu bisikan syaitan?
Syaitan sememangnya mahukan saya terus bersama seajnabi saya.
Pasti syaitan seronok bila saya selalu bertemu mata dengan si dia. Pasti.

Jadi saya assumed, itu satu peringatan yang baik.
Adakah saya akan menolaknya mentah-mentah sedangkan rasa sayang sudah dipupuk lama?

Ya, itu silap saya.
Kerana ia sudah saya pupuk lama tanpa saya kawal.
Mungkin.

Saya insan kecil.
Banyak kurang daripada kelebihannya.

Cinta saya biar paksi pada Allah.
Redha Allah atas perbuatan saya, semestinya saya harus ambil kira.

Doakan saya.


B.

     

No comments: