Sunday, 30 December 2012

hello 2013!

Assalamualaikum
boleh tak nak nyanyi lagu SELAMAT HARI JADI versi SELAMAT TAHUN BARU? setahun sekali kan..? sejujurnya, aqis taktau ape nak diupdate kali ni. so, baik aqis gambarkan aqis tengah tulis kat diary sendiri supaya lebih feel. ohyeah!

tahun baru, azam pon ofkos nak kena baru jugak. azam lepas tu berhabuk berkepuk, kau nak letak mana balqis wei? bende2 ni terlintas dalam kepala otak aqis:


aqis nak pass exam sem dengan jayanya (doakan aqis!)
dipermudahkanlah praktikal kat hospital (bismillah.. langkah kanan aqis masuk entrance hospital)
setiap hari, aqis nak jadi orang yang lebih baik. perbaiki diri. 
makin besar ni, bia jadi orang, bukan orang-orang.
diri sendiri! menjelmalah~ mohon diberi kekuatan :')
makin matang? erkkk? insyaAllah2 :DD
mama dan papa, tetap dalam hati selamanya :)



 budak berumur 4 tahun yang bernama Balqis :)

darjah 3. mana aqis? ohohoho.
*klu: keje aqis catat nama sape datang sekolah lambat, tunggu depan pintu pagar, 
jaga kelas bila cikgu mesyuarat, bla bla bla........

darjah ompek. 

inilah arwah wan :') baju putih tu. wan dukung aqis mase ni. hehehe :')
al-Fatihah untuk wan..

Monday, 24 December 2012

gracias friend :)

Assalamualaikum

*seikhlas hati, terima kasih sahabat :) muah3 dekat pipi kat. muehehehehehe.

art trade with DAE HYUN

Assalamualaikum

ini untuk dae hyun
*kakak ni nak bagi buku doods sebenarnya :p

kepada dae hyun. ini pertama kali aqis berart trade dengan a guy. soooooooooooooooo................. amat panjang ya 'so' nya. mula2 aqis buat dah rangka doods, it is a guy. iyelah, sebab dae lelaki kan. sesuatu perkara yang aqis tak pernah buat. belek punye belek. ah! buat lain lah. tajamkan skill dulu nak buat doods guy ni. takde konfiden nak terbitkan versi guy lagi! tehehehee!

almaklumlah, aqis ni melukis secara official kat lappy ni umpama part time aqis. lukisan selebihnya yang memang sedia gelebeh, aqis suka conteng2 kat mana2 kertas je. selalu class note lah yang jadi mangsa, sambil2 dengar lecturer mengajar tu kan. nak segarkan otak jugak. so, I buat kerja yang I rasa kerja tu best. muahahah. 

picmonkey dah takde, sedih je nak melukis, mengedit. puii. rilek ah aqis. picbiawak, picsinga ada, tak heran pun. 

aqis: itu pic apa?!!! grr!

Friday, 21 December 2012

holiday, exam, posting and twenty-years-old-to-be

Assalamualaikum

*summary for EPA II 

sekarang kolej telah dibagi cuti sampai tahun depan sempena Krismas dan tahun baru terus. naik je kelas nanti dalam 2.1.2013 (aqis dah 20tahun?!), aqis akan ada mid sem! huhuhuhu. doakan kami generasi akan datang ni ye. nak cutiiiiii. exam 3 hari, lepas tu kena pergi posting. ya Allah, berikan hambaMu ini kekuatan sepanjang berada di sana. 1st posting ever! bismillah......

sahabat :)

Assalamualaikum, kom ape kombek (ape tu 'kombek'?)


kepada sahabatku. gambar nilah yang aqis simpan nak tunjuk kat awok. taw tak ape maksodnye? maksudnyeeeeeeeee. tak kira, walau keadaan diri awok atau aqis tengah panas, marah, sedih, pilu ke.. aqis suka tengok awok senyum duhai sahabat. kerana ianya amatlah mententeramkan saya ye. walaupun aqis tau, awok selalu sedih, kadang2 sikap aqis yang kuat touching, moody2. minta maaf aqis ucapkan dari hati yang paling dalam. sesungguhnya, tak terniat di hati. awok pun taw tu kan. terima kasih sebab jadi sahabat aqis. dunia insyaAllah dan di akhirat sana :)

untuk sahabat, kawan2 yang lain yang aqis pun tersangatlah sayaaaaaaaaang, aqis sentiasa ingat kat korang. ade yang selalu usyar2 blog aqis ni. tu3 si kecik bersapu tangan tu. hihihi. sesungguhnya! korang semua ada dalam hati aqis :') nanti jumpa boleh peluk tak? sebab rindu. hihihihi.

why do you do this, PICMONKEY?

Assalamualaikum


OMG OMG OMG! OYA OYA OYA! whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy???? I am making weirdo super weirdo face rite now! INTREPID, URBANE dan ade seteng2 yang lain dah jadi ROYAL! maksudnya kalau nak guna effect tu kena............................................. b a y a r ......................................................... oh ya Allah. dah lah aqis suka mengedit guna effect ni. saye tak kaye wahai encik PICMONKEY dot com. huhuhu. sedih gila macam hilang anak ja aqis nih. yela. agak2 'GAMBAR MONYET' ni boleh buat jadi free balik tak eh? nak edit kat mana lagiiiiiii~ dah la effect ni lawa. nak melukis lagi :'(

nak tengok website ni, nahhhhhhhhh picmonkey. tengok tengok tengok.

Tuesday, 18 December 2012

art trade with yaya

Assalamualaikum sekali lagi aqis ucapkan...
kepada rakan dan juga taulannnn..... lalallalalal~ peh, rase sedap gile suara aqis. muahahhahah.

haaa. lagi satttu karya agung aqis nak hadiahkan untuk kawan baru kite ah. yaya! hah, macam nama kakak angkat aqis dulu. mane dah kakak aqis tu sekarang. lost contact adelah sesuatu perkara yang tidak menyeronokkan. untuk tuan belog, yaya ooo yaya :)

 untuk awak yaya

ahahah. kepala senget konon2 cik kakak doods ni bajet comel, yaya. kih3. yaya simpan baik2 taw, mane taw aqis datang tebus balik satu hari nanti. muehehehe. ho ya! yaya ade buat contest sekarang kat belog dia. ANDA BERMINAT? apa lagi. bulat2kan mata klik sini. sini sini sini. tu diaaa. tengok kat tulisan kaler atas lah. hehehehhehehe :p

art trade with student kecik@anis!

Assalamualaikum
Alhamdulillah, satu lagi masterpiece aqis sudah mencapai target iaitu ---> hasil kerja yang dah siap! :DD muahahahah! awak, oh awak si student kecik? mesti badan tecik nih. omnom nom nom. sayang, awak punye art comels deh. gracias muje di karoste! (ape maksod ni?)

untuk si kecik student kecik@anis

sejam katenye adik sorang ni melukis. ape dik, senget2, lonjong2 ke, petak2 je, janji ikhlas awak membuat tu. kakak ni terima je dengan tangan yang terbuka seluas2 alam. hehe. esok akak ade function kat kolej, doakan akak yo! :) hah! sape2 yang berminat nak berART TRADE dengan si kecik nih, p rajin jenguk2 kat belog dia eaa. tataaa!

Sunday, 16 December 2012

art trade with enna

Assalamualaikummmmmm
enna. tuan punya nama. haiiiiii. mesti pelik je tuh pandang aqis. fuh3! akhirnya siap lagi karya agungku! aah. memang terbaik mata ini menahankan dirinya.


nampak suramlah kaler ni. ingat konon2 nak buat macam pastel. huhuhu. nah enna. bukan satu, bukan juga tiga. tapi dua kepala tanpa badan aqis bagi. hehehe. harap enna suka suki ye :)

art trade with kak diana

Assalamualaikum dunia!
siap lagi satu art untuk ditradingkan kat kawan baru titeee. muehehe. diana ni kakak rasanya pangkat dia. so kakak, terimalah. budak baru belajar. salah2 ke, tolong2 lah ye. jangan dekuttt2. hee.

wallah! untuk untuk awak kak diana ayob :)
simple je tapi mudahlah sampai ke hati akak. huweee.

are you happy?

Assalamualaikum
sape gembira? angkat tangan. turun. angkat. turun. baiklah, hari ini kita akan nyanyikan 3 buah lagu. lagu pertama, Negaraku. kedua, Negeri Selangor. ketiga, lagu sekolah. satu dua tiga! tehehee.


aktiviti masa lapang

Assalamualaikum
tibe2 jadi ketagih pulak dengan benda karya ni. tengok ramai pulak geng. boleh buat team kawad kaki. cukup dah. mari mari hilangkan boring~ :)



aqis rasa bila ada masa lapang or bila tengah tak buat apa2, aqis akan rajin2kan tangan buat ni. yelah. class lagi. dengan internet slow to the roll lagi kat hostel sana. kira dekat hostel, akan ada masa yang akan dibizikanlah. hahaha. bizi tido eh cik balqis. tapi, aqis dari dulu suka dengan menatang ni. suka sangat! tak bolehlah tengok benda comel cenggini. sekarang pon dah ramai doodlers. (tengok kat blogroll right side aqis ni k) hatiku tertawan~ wawawawwa. hey doods, i lap yu :p

art trade with melAmalina

Assalamualaikum
sedar tak sedar post aqis dah lebih 100 dah? ok, memang sikit untuk budak baru belajar berblogging macam aqis ni. huhuhuhuhuh. teringat dulu mula2 berblog, hape pon taktau. apetah lagi kod2 html bagai tu. pastu bising2 tanya adik su camna ni. camna nak letak corak background tu. nak bagi cantik ni. bla bla blaaa.

eh2 i am talking too much too the point pulak! ahah! ni aqis ade buat lukisan baru. untuk orang baru jugak. haiii melAmalina! aqis tak pasti panggilan mel tu datang dari celah mana. mel awak :) nanti explain lah kat kite name awak betul2 ye. nyway, panggilan 'mel' tu comels gitusss. hee.


mel, untuk awak ni. aqis rasa gambar ni melambangkan seorang gadis yang sedang mencium bunga buatan balqisfz sendiri. hehe. takdelah. aqis rasa sesuatu yang difikirkan oleh seorang gadis, melalui perasaan yang amat tenang. yekeeee aqis ni, pandai2 je. hehehe. nah! hadiah untuk mel :)

Saturday, 15 December 2012

art trade with munirah

Assalamualaikum
wohoo! takku sangka, cepat sungguh cik munirah kite melukis. zas zus zas zus, jadi dah muke aqis versi doodle yang comels. muahahahahahahahahahahahhahahahhahahhah. penatlah gelak weh. ade mengaku comels. puii. cik munirah kite, takpe. awak janganlah malas2 update. awak janganlah malas2 nak lukis. we need each other you know! hah! tertekan gile :p lets share some words and idea will berkembang mambang gambang bambang pamungkas. hehe :)

ni aqis dah bagi seringan ringan hati dah. harap awak suke ye :) hee

today's and art trade with afifah

Assalamualaikum
warghhhh! tak boleh tido! kenapa kenapa? ku lihat familyku sudah tidur dengan nyenyaknya. pheww... mata oh mata. lame2 boleh rabun dok menghadap lappy ni ha. harini aqis complete sehari tinggal rumah sorang. bukan sebab kena tinggal. tapi tak join sekali fam pergi Melaka. anak kawan mama kawen. dan mama kate, sempat singgah rumah sedare kat sana. woi, ngantok mate woi *-* astaghfirullah! so siang ape lagi, misi ajak kakak melepak rumah ah. kakakkkkk~ ekk~ ahahah. kiteorang masak spagetti. tanpa daging kisar yang sedap tuuuuu. tapi isokay, sos PREGO memang mantop. takde daging pon sodap dah wei. ni 1st time kot aqis memasak dengan kakak. setelah 19tahun beb! ofkos lah, umur setahun dua tiga dulu, pandai ke I dengan kakak ni masak? weng3. ade lah kiteorang pergi ke dapur secara berduet beramai2, tapi biasanya bakar biskut je. tu lah, muka biskut dah aqis ni. kadang2 ade kat rumah, kadang2, orang makan aqis(hilanglah saye sebab jalan2 p rumah tok, the store. kate biskot... hehe).

ok, balqis memang suka cakap banyak. nasib baik blog ni takde had perkataan nak taip. (sory, tak layan twitter). tetibe je :p disebabkan dah banyak giiiiiiiile hari aqis tak melakukan senaman yang sepatutnya, aqis ajak kakak p jog kat taman damansara tu. ape name spesifiknye pun aqis tak taw. nasib tadi tak kena langgar kereta. banyak kali kot. alhamdulillah takde ape, cume "hah ye balqis, jadikan pengajaran. ingat, jalanraya tu sekali dah masuk, memang macam tempat berperang." ok, note to myself. kesian balqis kena marah. huhu. apesallah, aqis tiap kali menaip rase macam tengah buat karangan? yep! hari yang boleh dikatakan seronok sebab dapat jumpa sume sepupu sepapat harini. selalu balik, melepak je kot kat rumah. rase sayang pulak nk tinggal. :p

ho yeahhhh~ balqisss~ cepatlah abis cakap..... boleh titooooo~ ho yeahhh~ (sambil geleng2 kepala tahan mata)

malam tu, aaaa~ tinggal aqis sorang je kat rumah. takut gile. tapi aqis kena gagahkan diri jugak even masa tengok tv, nak bersihkan diri, nak masuk bilik, nak tutup langsir, mate aqis melilau je. yelah. bukan kite taw. aqis ni dah la suke berimaginasi kadang2 tu. nasib milah dengan milo ade teman. milo dah start menggatal dengan milah! haa. milah tak layan milo. ngeh3. mama papa adik2 pon balik rumah. seribu kesyukuran ku panjatkan kepadamu ya Allah. legalah sikit. ehem! terima kasihlah yang menemani saye tu even kat alam maya je ye. tu saye cakap 'tq' tu. saje taknak habaq mai teruihhh. misteri sikit. kikiki.

ni tak boleh tido ni sebab mengonlinekan diri aqis lame2 lah ni. DOODLE! aqis sangat teruja mendengar ini! ianya tersangatlah comel sampai aqis rasa nak makan2 je doodle ni macam gula gula. pastu habis, makan lagi. hahahah! aqis buat art trade dengan sorang doodler ni, Afifah  nama dia. macam nama ipah member lame aqis pulak. aqis cuba2 je pong dan harap afifah tu leh tersenyumlah di saat aqis hantar doodle tu kat dia. ok afifah? muehehe.

hai afifah. aqis ni pemalu orangnye kalau mula2 kenal ni.
lame2 insyaAllah, nampaklah kebisingan aqis rasanya.  I think. 
bonjour afifah! :)

ps: awok yang kat hostel tu.... kite rindulah nak merajok2. hehe :p


Friday, 14 December 2012

happy birthday sweet 45 mama & papa!

Assalamualaikum
niat di hati nak update cepat2 belog malam tadi. pastu nak lepak baring ngan mama, adik2. nak manje2. ngeh3. last2 mama p bukak cite Dark Water. ape lagi. memang den layan ah kan. kesian lappy di curuk kerusi sana aqis letak. hee. OYA OYA OYA! OYA stands for O Ya Allah you allsss. hape OMG OMG OMG? muahahah. yesterday was mama's birthday. dan aqis ade kat rumah! hohoho. 5 hb aritu harijadi papa. 2 hb anniversary mama & papa yang ke-23. oh..... kami adik beradik dah membesar dengan jayanya :) hehe. alis pulak 19 hb. eh, pesal rasa macam pernah cakap ni ah? haha. peduli hape. nak jugak tulis balik. takde yang too special sambut harijadi mama semalam tapi dah cukup special dah bagi kami anak beranak even just a wish! bagi aqis, aqis pon tak kisah takde sambutan harijadi bagai mase 10 ogos (tertaip tarikh pulak. muahahahah) hah, 10 ogos tu... janji ade ingatan yang lekat di hati, ingat di kepala. itu terlebih cukup dah. saya rasa bagai orang yang paling dihargai di saat itu. hee.

harijadi mama takde kek. takde belon. takde bunyi bising pum pam pum pam letup2 tu. tapi ade kiteorang............ ekkk~ manis tak manis tak? hahah. aqis ingat nak call mama tengah malam tu tapi takmau lah mama angkat tipon ngan nada baru bangun tido. nanti tak feel. so sampai rumah esok tu, masuk2 kereta je, memang suara sumbang aqis nyanyi 'happy birthday to you mama'  kedengaran lah kan. sebelum tu,aqis ade call nyanyi jugak. so total lagu yang aqis nyanyi semalam kat mama ade lah dalam 4, 5 camtu. tengok! betapa istimewanya seorang mama itu dalam hidup aqis taw. dan adik beradikku.

petang tu, kiteorang kumpul ramai2 dalam bilik. macam nak bincang projek 10 juta ngan Dato' Z pulak. pastu ahli mesyuaratnya, budak2 tecik. Dato' Z nak bukak projek taska hape. ok, aqis ade buat kad sempena takde hadiah nak di bagi ni. huhuhu. kad ok lah kan, hadiah keikhlasan lah tu. nampak tak ade bulat bersinar atas kepala saye ni? :B aqis mintak adik2 tulis nama masing2 kat kad tu. tapi papa tak sempat, papa kerja. so, kad ni untuk papa jugak :) dan alis, dan semualah! aqis dengan alis pergi depan, nyanyi lagi~! oh yeah, suara sumbang mambang I memang nombor satuuu. aqis ada request kat mama nak makan sayur. malam tu kan kan kan, mama kite masak sayur. sekali lagi ekkkk~ ahhahah. annoying tak? peduli hape. ini aqis. mama masak ikan stim, tempe, sambal asam dan disertakan air limau yang pahit. ya ampun...... airnya panas kok, jadi shaya termasukkan biji atau kulit limaunya barangkali, ya kok? waduh3! masakan memang OHSEM! semua kegemaran family kiteorang. simple yet super delicious! :)

 "camna projek taska kita dato'?"

akhirnya, complete sudah projek kita dato'! mari kita bentangkan
proposal ni dekat Madam G. doakan kami  :)
*kad yang tertulis 'SELAMAT HARI LAHIR' tu daripada miss kat, setiausaha syarikat. 
hehe. trimas arigato sahabat! muncung2. senyum2 selalu. hehe :) 

Thursday, 13 December 2012

sambutan hari adik beradik seanterooo

Assalamualaikum
korang pernah tak dengar khabar2 angin pasal NATIONAL SIBLING'S DAY? sambutan hari adik seberadik sedunia? oh mennnn. how come? i am the 1st or the laz person to knoe tiz? hah, ni yang sara, eh rasa seronok nak menaip nih. muehehehehe. sambutan yang berleluasa kat negara luar ni diadakan sempena memperingati or menghayati setiap watak sibling masing2 sepanjang hayat depa nih. yang anak tunggul, boleh sambut sorang. boleh sambut ape... kalau resume ke, biodata ke tanya cmni:

ques: how many sibling do you have? 
answer: 1 

takde kan orang tulis 'none' ke, tanda '-' ke kat kotak isi tu kan? kan kan? habis tu, who are you mannn??

haha. ni sambutan kat luar negara je. takde pun jadi ikutan kat negara Malaysia yang aman damai ni. Malaysia kita ada: inilah barisan kita~ yang ikhlas berjuang~ HAPPY NATIONAL DAY MALAYSIA! I LOVE YOU MALAYSIA! nampak tak semangat plkn ade lagi ni? hahahaha. kat sini, hari2 hari ibu. hari2 hari bapa. hari2 hari adik beradik. berapa banyak hari daaa. sebab..... kita pasti raikan dieorang tiap2 saat sebagai insan yang bermakna dalam hati kita. so, tak perlu spesific date kot. cume hari guru adelah specialnya. kalau hari2 nak sambut hari guru, dengar jelah cakap cikgu. toksah nak ponteng2 sekolah bagai, nak duduk belakang bangunan memonteng, hisap2 curut konon. dah... toksah2. nak jadi orang? 

learn from:
1. parents
2. prophet Muhammad
3. Quran
4. Teachers
5. good friends
6. our mistakes, perhaps?

eh, apesal rase macam keluar topik ni? ha, balqis ni kalau dah bercakap. ahh. pehe2 deh. so, nak buat tajuk entry ape ni? adik beradik? tarikh itu tidak penting, janji ingat di hati? :B 

A sister is a little bit of childhood that can never be lost. ~Marion C. Garretty


jumpa pulak gambar raya 2011 duluh2 tuhhh2. 

Wednesday, 12 December 2012

oh diet!


Assalamualaikum
Ini ade beberapes perkares yangs aqissss nak kongsikans. Wahaha. Berbelits2, terciciq2 ayaq liyoq ceq menyebut neh. Diet. Well, ade ape dengan diet? Sape tengah diet tu, angkat tangan, angkat kaki, angkat2. Dulu, yes! I am a pendiet tegar. Dulu aqis comel sikit. Hhahhah. Tak boleh belah ‘comel’. Nampak tak bold kat situ? :DD comels mean I am chubby. Hehe. Comel pulak dengar. Whahahahah lagi! Paling berat aqis dulu 68kg. nak senaman kat sekolah, maluu. Sebab kite tak boleh lari laju. Kite tak boleh lompat tinggi2. Selalu nak elak time PJ kat sekolah. Humblenye masa tu :’) makan, memang I am veghi da semangat. Mana taknya, makanan dulu mesti nak penuh pinggan. Tak baik kan. Paling aqis faveret, telur goreng lah! Hoyeah! Arwah wan kan suka gorengkan telur 2 biji untuk aqis :’)

So bile makin besar, adelah insiatif nak kecikkan badan. Hamboihh, bukan main kau jah! So aqis start the senaman and tukar cara pemakanan. Makan sikit, excessise lagi. Kawal ya Rabbi. Berat memang turun sampai 49kg. Bila ingat balik, memang aqis takkan bagi tips camna aqis berupaya kecikkan badan kat sape2 lah kan. Mana taknya, ini tidak sihat! Huhuhu. Sadis betul ingat balik. Makan roti. Yep! Tulah ruji harianku. Pagi petang siang malam. Muke cengkung, mulut pucat, protein zat besi entah ke mane2 entah tersebar dalam badan masa tu. So, ade yang nak makan roti  saje sepanjang diet neh? Heheheh. Bolehlah makan tapi seimbangkanlah pemakanan anda ya anak2. Tapi sekarang tak dah makan roti all the time, Alhamdulillah atas nasihat family, kawan2 suma. Dieorang marah, tegur, aqis jangan amalkan camtu dah. Bile aqis makin naik sikit berat badan ni, ngadu jugak(ish2 aqis ni) kat dieorang. tapi dieorang kata, “ha baguslah. Berisilah sikit. Dulu cengkung je.” Gracias muje la vista semua! Pandai amik hati. heheJ

*kalau lalu sebelah lori roti gardineer, aqis mesti cakap, “tu pakwe aqis!” kat gambar pakcik yang depa2 tangan kat lori tu. Hehe.

Rasulullah kite pon berdiet jugak. Hebat tak, dulu2 pon dah ade diet2 bagai ni? Rasulullah tak pernah sakit perut taw sepanjang hayat baginda. Bestnye camtu! Ni adelah serba sikit aqis nak kongsi kat hampa2 suma. Makan2 jugak, ni pon aqis baru taw info ni. So, same2 lah kite amalkan yeee.

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus boleh menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik. (hoo. Baru taw. baru ingat nak kongsi resepi koktel ni. Tak jadilah. Cuba koktel versi lain pulak. Hehehe)
3. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.
4. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian ni memang berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
5. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

6. Buah tamar/ kurma
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

7. Nabi SAW makan buah-buahan lain seperti tembikai.
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air. So, ia boleh menyejukkan badan. Di samping tu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. 
11. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awet muda. (terhighlight pulak. Ngeh3)
12.  Nabi Muhammad saw  juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
13. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat :)
14. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
15. Elakkan kekenyangan sebelum tidur
Dari segi kesihatan, adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
16. berpuasa



ok, jom duduk depan meja, tadah tangan baca doa makan :)

Tuesday, 4 December 2012

dup dap dup dap

Assalamualaikum
sebenarnya tujuan utama memang nak update cepat2 pastu nak tido pon cepat2. hehe. aqis tengok kak dena bahrin punya belog tadi sooooooooooooooo touching you allssss :') nak baca, baca sini. tibe2 naluri keibuan yang masih kegadisan ni mula melanda. bukan apa, cuba baca ape kata2 yang kak dena titipkan untuk baby-to-be-born-insyaAllah dia. macammana dia cuba sampaikan kat kita, betapa indahnya kisah hidup dia sepanjang bergelar isteri ni. huu.... masa panjang lagi, so Balqis, you must go on go on go on through your life and learn something from it! :)

attatatatungsiii
lepas tertouching baca, dup dap dup dap dup dap. aqis pon bakal menantikan sesuatu ni. sesuatu yang tak pernah aqis buat seumur hidup aqis kot. something yang aqis buat, mungkin ade orang2 yang akan gelak, sedih, marah, bosan, ketawa dan etc2. sekarang boleh la lagi buat selambek, *aduh, nak tidooooooo. nanti nak p kelas lagi, nanti ngantuk. sambung, nanti tiba harinya tak ke akan ada orang yang akan kelam kabut, debar2? fuhh! rase thriller plak mase menaip ni.

ni haaaaa


nampak tak highlight2 tu? 'mak' tu kite la tu. well, bak kata encik kulit putih lah, practise make perfect yaww! muahahahahahahah. translate direct Melayu, usaha tangga kejayaanggg. translate korea plak...ok2 dah. haha.

kan, tengok, sapa kata budak kolej camni takda berlakon2? ni untuk pementasan English sebenarnya. macam kiteorang student physio neh, memang kena banyak interaksi dengan patient bila kerja nanti.
walaupun satu class buat muka toya bila class English ja sebab kena present present present. nak tak nak, kiteorang kena gagah jugak lah. pakcik makcik adik akak abang yang perlu bantuan limb moving ke, nantikan kemunculan saya dengan album terbaru 'PHYSIO, AKU DATANG' heheheheh. verangan kau Balqis. tak lah. ade rezeki aqis, kawan2 yang lain, insyaAllah.. who knows kan? :) yang penting, kena usaha naik tangga, kalau nak cepat naik elevator. keh3. ha, berpandukanlah dengan Malay translate aqis tu.

*bantal kata mari, hibur2kan lah hatii :) tataa.


Saturday, 1 December 2012

adab berdoa

Assalamualaikum

Dari kata Ibnu Abbas RA: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.


1. Berdoa dalam keadaan bersih dari hadas/najis.

2. Memulakan dengan bismillah, memuliakan Allah dan selawat ke atas nabi

3. Menghadap kiblat

4. Memohon ampun dengan rendah diri dan akui kelemahan diri dan dosa.

5. Berdoa dengan penuh kesungguhan dan memahami kandungan doa.

6. Berdoa dengan penuh tawaduk, kusyuk dan rendah diri.

7. Mendahulukan doa untuk diri sendiri sebelum orang lain.

8. Ulangai 3x hajat yang lebih berat.

9. Menghidari diri dari perkara yang ditegah dalam agama seperti makan dan
minum benda haram.

10. Berdoa untuk umum kaum muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.



pray for our parents
pray for ourself
pray for our friends
pray for everyone and
pray for GAZA



Saturday, 24 November 2012

muslimah style

Assalamualaikum
sedari sekarang ni, yah! aqis sangat suka bila bukak majalah pastu ade awek2 model kan pose sana pose sini. peh. hei, sapa tengok model? orang tengok baju model tu. ok, kadang2 tengok jugak model. sekarang internet ni tanpa sempadan kan. luas. seluas2 alam. camtu jugak pemikiran aqis tentang dunia fesyen. wowowo! saya sedar saya ni bukan arif sangat pasal fesyen, bukan jugak fashion student, jauh sekali tukang karut. ape ni? saya rasa macam diri saya unik pulak. hahah. dengan pengetahuan saye yang sikit melalui fesyen ni, saya terfikir masa ngah belek majalah tu kan. saya tengok model freehair menggayakan pakaian. peh. terbang sana terbang sini baju dia. dress dia(effect kipas). beserta lentok badan kalau boleh sampai ke lantai gitu. tu diaa aih.


tapi encik majalah, saye ni berhijab. takpe ke nak gayakan pakaian macam model freehair ni? baju dia sleevelesslah. tak sopan rasanya saye nak pakai. apatah lagi nak pakai p kolej. memang taklah kan. 

tidak apa. tidak apa cik balqis. perkara sebegini pasti ada penyelesaiannya. pakai jelah sleeveless tu.

bia betul? majalah hape aku baca ni? (sambil belek2 majalah)

sabar la. rilek dulu balqis. tu dia.. orang tak habis cakap lagi, nak nyampuk. tak baik mehh. orang tua selalu pesan mehh. tengok ni:



oh begitu.............. amacam? rasanya orang sekarang dah awareness dengan benda2 camni kan. aqis hanya nak berkongsi balik. be creative when you are in the same shoe. suke pulak suai2 padan ni. ade tak kedai baju nak sponsor baju free kat aye? huhuhu. pernah korang tengok buaya terbang? peristiwa ni memanglah pelik serta pasti akan masuk BULETIN TV3 kalau jadi. camtulah perumpamaan ladies pakai tudung dengan seluar pendek. so, jangan buat benda pelik. sendiri yang tanggung nanti. ok, pesanan ni rase macam aqis neh speaker iklan 1Malaysia je. yang baik jadikan teladan, yang buruk tegur2kan. ye? :)

entri kali ni inspired dari post aqis yang lepas2. tengok kat sini. asal rasa macam gangster gila entri kali ni? hahah.

Thursday, 15 November 2012

pertama kali


Assalamualaikum

Aqis teringat. . .

Pertama kali aqis ada basikal sendiri
Aqis suka main basikal roda 3 tu sampai ibu jari kaki kanan kena jahit sebab tersepit dalam rantai. Mama & papa tak boleh tarik jari keluar so aqis dengan basikal2 sekali bawak p hospital, sambil nangis lah jari kaki dok cium je kat rantai tu. Huhu. Sedih gila. And and and kan, aqis ingat jari aqis ni kena ganti dengan jari mayat taw. Pastu lepas kes tu selalu belek2 jari, fikir, “huiyoo, jari mayat. Kenapa putih ah?” hahahhahhahahah. K ni perasan.


Pertama kali aqis masuk darjah satu (I’m teletubbies~ ekkk) :p
Masa ni aqis masih hisap botol lagi. Percaya tak? Sebab su hisap botol jugak. Jadi saye tak puas hati, nak jugak. Ade satu kisah ni. Ok, tup tap tup tap, saye masuk kelas pada hari pertama. Saye pon duduk dan berasa penuh bersemangat sekali kerana dengan rasminya saya dah darjah 1. Yeayea! Cikgu Fodziah pon bertanya,

“ok saya cikfu Fodziah. Guru kelas kamu. Cikgu nak Tanya, sapa kat sini anak cikgu, angkat tangan.”
Ececeh, dengan cepatnye aqis angkatlah tangan. Senyum lagi tu. Haha. Budak belagak tuh.
“ok ramai ye. Cikgu nak tanya lagi, siapa kat sini hisap botol lagi?” 

Ramai gila anak cikgu, kawan2 kite angkat tangan.
…………. Kite tak angkat. Kite malu semalu malunya. Kite rase serba salah gila time tu. Rasa berdosa gila tak jujur angkat tangan. Malam tu, kita dah tak hisap botol dah. TAKNAK DAH. Nanti kawan2 gelak.
Esoknya, cikgu tanya lagi. Pastu… ade jugaklah 2 3 orang yang masih lagi. Ape lagi, pakat gelaklah aqis. Siap tunjuk2 lagi kate. “a ha ha. Hisap botol lagi.” Ni mama yang cerita kat aqis. Mama kate mama cerita kisah ni kat cikgu Fod jugak.

Pertama kali aqis kehilangan wan, selamanya.
Sape nak masak telur goreng untuk aqis lagi? Sape nak buat air sirap dengan teh ais untuk aqis lagi? Dengan sape aqis nak mintak 20sen beli kopok mamee lagi? Aqis ingat lagi, masakan terakhir wan untuk aqis, telur dua biji dengan air teh ais. Aqis balik sekolah je petang tu, depa suma cakap wan kat hospital. Wan dah meninggal… :’( sedihnya bila ingat! Dulu kite suka wan yang masak untuk kite. Kite tak nak tok yang masak. Tok tu nenek kite. Bile kite nak makan je kan,

“wan……..nak makan”
“wan penatlah. Suruk tok ‘ketok’(panggilan)  masak”
“tak nak………. Tok masak tak sedap” (masa cakap ni kite bisik kat telinga wan. Hehe. Nanti tok dengar,  tok kecik ati pulak)

Nanti wan gelak, wan bangun jugak dengan susah payah tu nak masak kat aqis. Arwah wan badan besar. Sebab tu wan masak sedap. Hehe. Wan….. al-Fatihah buatmu…

Pertama kali aqis bukak mata dan jumpa MAMA J my 1st LOVE
Di mana masa ni kat Hospital Universiti,KL yakni pada hari Selasa bersamaan 10 ogos 1993, jam 10.10 pagi, uwekkk..uwek….. aqis pon dilahirkan. Mama kate aqis tak menangis masa keluar tu. Doctor tepuk buttock aqis je, dan bingitlah bilik itu dengan tangisan bayi. Hah, sejak2 tu memang aqis suka menangis lah. Pantang letak je nangis. Tengah malam je nangis. Sampai mama tak larat dah masa tu, tukar pulak nenek yang jaga. Penat nenek, tukar lagi atok pulak jaga. Begitulah seterusnya. Time senyap bila je taw? time papa & mama bawak aqis ronda2 naik kereta and bila dikendong. Haa. Tu kaki saye ni suke nak berjalan-jalan. Harap maklumlah ye awok dan sape2 je :) heheheheheh.

Pertama kali ni banyak mengajar kita untuk menjadi orang yang lagi bagus, baik. Dalam masa yang sama jugak, itulah kenangan kita. Buat benda yang pertama kali kan. Sape teringat mesti tersenyum balik. Tak percaya? Cer try. Dan….alhamdulillahlah aqis membesar dan masih mencari pengertian tentang diri, orang sekeliling dan hidup. Banyak lagi ilmu yang aqis nak timba. Ramai lagi orang yang aqis nak jumpa. So, kita enjoy, enjoy jugak. Janji janganlah kita leka, alpa, lupa. Nasihat mak pak paling penting. Adios! J

kau pergi jua.......... (oh tamtam)


Assalamualaikum

14.11.2012
11.24am
      When you grow up- Priscilla Ahn    ♫

BF: assalamualaikum, hello! Kenapa?
SUE: waalaikumussalam. Kak..
BF: ha kenapa?
SUE: kau ni, kenapa marah2?
BF: ape kau ni. Cakap camtu. Kang akak betul2 kang. Ha…….
SUE: kau dah tengok ke mesej yang su bagi?
BF: mesej ape? Akak letak hp dalam biliklah. (start rase something dah)
SUE: kau baca lah dulu. K bye.
Tut. Tut. Tut..

Inbox
“ anak Milah dah mati :/ ”

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….(titik2 menandakan ekspresi diriku)

Dail nombor mama balik
BF: hello dik! Su mana?
ALIS: su tak nak cakap.
BF: panggil mama dik.
‘mama mama.. kakak nak cakap’
BF: ma… bila?
MAMA: bila apa? Tamtam?
BF: ha……… tamtam dah mati ke ma…
MAMA: tamtam.. aah, malam tadi dia ok je. Nanah dia ada lagi. Su ada jaga. Kakak sedih ke..?
BF: mane ade. Kan aqis takde kat sana. *sigh* dia menyusu dengan milah ke ma?
MAMA: tak dah kak. Milah tu takde susu dah. Mama tak bagi tamtam dekat dengan milah dah   
kak.  (milah suka gigit bawak anak dia merata, kan leher dia sakit)
BF: dah tanam ke ma? (sedih gile time ni)
MAMA: tak lagi. Ok kak. Mama kat Sungai Besar ni. Ada kenduri. Nanti kakak kol papa, bagitau pasal tamtam, suruh tanam.
BF: ha…….

Sekali lagi nak buat titik2
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………………………

Tamtam, nak je kakak tengok tamtam membesar. Kakak dah la lame takde kucing, ni nak ada balik. Ingat lagi mule2 kiteorang jumpa tamtam, nasib tak kena makan dengan kucing gila tu je. Kucing gila, geram! Takpelah, daripada tengok tamtam derita, dengan nanah membengkak kat leher, minum susu pon sikit, tak cukup zat dia dapat. pegilah nak. Sedih gila ayat! Haha :’D

Thursday, 18 October 2012

final exam sudah mariii

Assalamualaikum
Lepas penat jelajah blog orang2 jejak kasih blog aqis kembali.

sekarang iz musim final exam and i am lying down sambil menghadap lappy pinjam ini y'alls. hebat tak? iyolah, takleh 24 hours hadap note, hadap dinding menghapal2 joo. migrain den nanti. jadi, lepas puas sembang. gossip dengan gossip gegirl kat hostel, i bersosial kat laman sesawang ni pulak. muahahah. tak boleh belah laman sesawang. bia aaa. perasan tak, dah sem 2, dua2 sem den inform gak pasal final. ni tandenye nak berkongsi kasih nak bercerita even ade ke yang bace? -_-

so kepada rakan2 seperjuangan yang on mood nak final sampai ada yang demam2, pening2, relax2, still tang tung tang macam saye ni, (rasenye) wish you all the best n study biar lepak, tapi result biar gempak weh. and, doakan saye jugek. untuk menghadapi rintangan kat dalam exam hall kat tingkat 13 tu. hahaha. teringin nak exercise hari2 daki tangga sampai tingkat 10(class). sebabnye pon kan, saye ni pemalas dah sekarang nak exercise kat rumah. jadi, memang kegembiraan saye ni dah terserlah dengan luasnyelah. namun tidak parappa pappa! saya gembira dan happy yah menjadi diri ini. sekian.

:)

Wednesday, 10 October 2012

masa zaman dulu-dulu


Assalamualaikum
typing in a sleepy mood sometime can adding some creative, imaginary ideas and sometime can make us to feel like driving car towards the dead-end-of-the-road. understand what i mean?

meaning is i am sleepy! haha.

final exam is nearly by and i am still loike not to be alert with it. playing playing playing around. oh balqis. ish3. hey, i remembered something. 

*phewww (sound of wind konon2 bring me to the past tense of my life)

when i was a little sweet but not least kid, i went to school. of cos lah! 

people always asking me what are im going to be when grow up?

"saye nak jadi doktor, cikguuuu."
"kenapa awak nak jadi doktor?"
"saye boleh tolong orang sakit, mama saye cakap nanti besar belajar rajin2 jadilah doktor. tu saye nak jadi dokter."

ingat tak kad yang kite dapat masa darjah2 dulu, bagi 3 optional cita2 yang kite nak. otak dokter memang dok fikir DOKTERRRRRRR je. macam dah takde cite2 lain je nak letak dalam tu. padahal nak kate pelajar excellent, oh no. i biase2 saje. terkial2 jugak. hehe. tulislah:

PILIHAN 1: doktor
PILIHAN 2: doktor
PILIHAN 3: doktor
bijak tak bijak?

esoknye kawan2, cikgu tanye, kenapa semua doktor? saye pon cakaplah, 
"tak tau lah nak buat cite2 ape lagi"
kesian tak saye awak2? huhuhuiii~

sekarang, saye dah besar alhamdulillah. saye dah sambung belajar dah, pon alhamdulillah :)
tapi saye bukan doktor yang selalu saye nak jadi sangat mase kecik2 dulu. tapi saye nak tolong orang. saye boleh jumpa orang macam2. saye suke sains. sebab UPSR dulu saye score cemerlang jugak. untuk pertama kali saye dapat markah camtu. lagilah saye suke kat awk en sains. terima kasih cikgu tuition saye dan berkat usaha dan doa :) tapi. saye suke main2 mase form dulu. jiwe remajelah katekan. (sekarang ni saye ape?) 

jadi, ape yang kita belajar dari kecik2 dulu, yang baik2 je ok, terapkan ke besar ni. Alah, korang cube ingat mse kecik2 dulu korang sedegil camne. Dapatkah korang melawan kedegilan aqis yang suke jadi supermak(dulu suke belakon name AMY MASTURA) mase main masak2 dulu? Hoyeahh. So selamat beramal~! Ape kes.

Sunday, 7 October 2012

iklan Milo 2012

Assalamualaikum
sedar tak sedar MILO ni dah lame kan. sory tak kire brape taon dah tapi taw lame sebab mase kecik2 dulu suke minum Milo dalam botol sambil menyilang kaki ketika berbaring. ada gaya cina menang mottttt-to tak? 


from this video, it made my bulu roma meremang. nampak tak semangat kesukanan yang ada dalam diri saye ni? aa dulu saye main netball, tapi masa darjah 6 dulu jelaa. naik form, aii, pencen dah. maklumlah. ok ok, saye malas nak masuk dah. itu, yang jujur. tapi, nak main. ingat oo penat lelah mama, cikgu Wan Pidura, cikgu Norseha(terima kasih cikgu!) dan juga cikgu2 yang lain. maaf cikgu, nama yang tak tersebut tu. dah lame, kurang ingat cikgu. heheh. yang melatih kami. ni, kulit elok mulus, rata(puiiii..) jadi hirang oii. tapi takpe2, bekalan dari cikgu-cikgu tula buat saya taw bila tangkap bola, kaki sebelah tak boleh gerak. nak tangkap bola, tak boleh serbu macam akak2, makcik2 serbu kedai kain yang tengah sale. hehe. 

majulah sukan untuk negara! 

Saturday, 6 October 2012

keep calm....

Assalamualaikum
keep calm and...........





however you do, think calmly, think positively and you can do it right :)

Friday, 5 October 2012

goreng pisang yang sangat mudah untuk dibuat

Assalamualaikum

penah tak korang makan pisang goreng yang sedap lagi rangup seakan2 kuih muih cik semah kat depan sekolah agama tu? aqis telah mencuba resepi ni and bahan2nye senang ya amatt. ok, jom oppa2 mengguring.


benda ni je sebenarnye. kihkih. ade yang marah tak, tak, tak? heheh. saye memang nakal ye awakkk.
haa. cara bancuhannya, just tambah AIR! mudah dan senang kan. jimat masa. lagi2 kalau student macam aqis nih, dah tahap kemalasan kepenatan balik class tu, hah, bancuh terus campak masuk kuali je. hasilnye, memang rangup, lembut, sedap sangat u'olls. kalau tak sedap, tak habaq mai kat hampa la.

*oh ye, guna pisang emas ye.

tadaa!


selamat mencuba yek! tehee!

Wednesday, 26 September 2012

kempen cover your 'pride'

Assalamualaikum


 campaign done by sue anna joe

campaign by aishah amin



tabik berspring2 kat blogger kak anna, kak aishah untuk kempen ni. ayuh cantik ke arah yang lebih manis. as a principal pennn-na (PRINSIP) on how to be beautiful iz, by covering urself. thats mean, woman is SO HOT ok. so please think twice and again before 'twitt' (bunyi nak cuit :p) us. aqis pernah berfikir,

"cantik dah gaya ni''
"ok, style baru, siap!"

before i thought, i have not completely cover what it should be. it is still terdedahss eventhough i was wearing a scarf. my sister, SELALU tegur tentang cara pemakaian tudung, baju yang tak sesuai dengan style aqis yang berhijab. but, saya sangat keras kepala. kate "takpe la", "bia jela" kat adik. keras kepala punye pasal kan. lama kelamaan, hari punya hari, aqis makin suka tengok dr.cinta punye belog. dalam tu ade banyak pengisian tentang islamik. kata2 peransang. but, tuan punye belog ni suka doodling. di mana aqis tengok sangatlah kreatif dan amatlah comel. sesuai dengan jiwa remajes2 den gitus. dan tu sebab utama i loike masa aqis mula2 tengok doodling akak ni. sebab comel. then, perjalanan tu bergerak untuk tag2 gambar ngan kata2 peransang dekat kawan2, awok tu pulak. baik tak aqis? baik tak? hahaha. tapi just tengok je taw. tiap2 hari bila online, bukak. bile buka je, mesti ngah online. of course lah kan? kalu tak macam mana nak capai kehendak untuk get connected to the internet kan? apparaa.. suddenly, sikit2 bende tu, kata2 tu, gambar2 tu lekat kat ingatan. tapi buat2 donno lagi. fikir, nanti2lah. then, datang lagi kata2 peransang dari hamba2 Allah, untuk melihat saya menjadi yang lebih baik. insyaAllah. jika itu niatnya. aqis suka google fesyen2 muslimah. kau mix, match je baju tu ngan seluar ni. kau belit je selendang macam2 style pon. 

tapi..

please cover your 'pride'..  :)

oppa tak oppa, bye2! 

Sunday, 16 September 2012

Malaysia Day

Assalamualaikum

if it not too late, I would like to say it confidently, enthusiastically, strongly, gladly :
HAPPYYYYYYYYY MALAYSIA DAYYYY! :))
how i am proud to be a Malaysian.
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!



about this young girl, Yasmin J Hunwick

Assalamualaikum
harini macam sebak semacam je. plus! ade post lepas2 terpadam. haiyoo. careless balqis. sebenarnye tak boleh tidur ni jadi macam nak cakap banyak. tapi bile menaip rase macam aa~ what i am supposed to tell about? memang what the chicken la. haha. actually kan, i've found this girl. TerritoryYasminJHunwick on FB. namenye menarik, so aqis bukak lah.

innalillah, it's about a girl who had passed away on june this year. mamanye yang jadi admin page tu. baru aqis tau. cantik, manis orangnye. dari ape yang aqis bace, arwah meninggal sebab excident. masa buat u turn. nak buat macam mana, ajal di tangan tuhan kan.

apa yang menarik perhatian aqis untuk terus membaca ialah kenapa? apa yang terjadi kat arwah?
ok lagi, aqis suke bace penulisan arwah kt blog. so sincerely & so herself. slamber je. (her illusionist)
she such a funny person based on her handtyping.

lets,
arwah berminpi.. di mana dia melihat gambaran neraka. mimpi tu berulang. sampai arwah takut nak tidur, takut mimpikan benda yang sama. sebelumnya, dia ada baca buku, tajuk dia BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR? wallahu'alam, ade rahsia antara Allah dengan hamba-Nya.. kan korang..


cukuplah, kisah ringkasan ni dijadikan pedoman & tauladan. untuk awak2 dan jugak diri saye sendiri.
sentiasa beringat. dalam setiap apa yang awak lakukan, ape yang awak cakapkan, tiap langkah yang awak aturkan. honestly, i am not too good to ask you to do that, do this, to dont do that, dont do this. i only asking for you, us together towards a better life.

al-Fatihah..