Wednesday, 20 February 2013

bidadari syurgawi

Assalamualaikum.
sekadar perkongsian balqis untuk hari ini. hee. sesungguhnya bagi seorang perempuan, rasa seronoknya baca nih. (sebenarnya balqis yang rasa. heheh) hei seorang lelaki, apakah perasaan anda ketika membaca ini? anda suka? anda rasa "wahhhhh.. tak sabarnya.." atau anda rasa, "haishhh, ini seronok beronok ronok!"

hehe. wahai kaum Adam, sahutlah cabaran untuk jadi lelaki yang macho, hensem, kacak bergaya, bijak geliga, baik akhlak, etc2 dengan LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SEORANG LELAKI DENGAN SEBAIKNYA. ada bran? ada bran? heheheh.

*p/s: kaum hawa, samalah kita sebenarnya pongggg. nyehnyehnyehh~ kepala kenyeh. 



"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." (Al-Waqi’ah:22)

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin." (Ar-Rahman:56)

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan." (Ar-Rahman:58) 

"Dalam Syurga itu terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya." (Ar-Rahman:70)

“Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, yang tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.” (Ar-Rahman:72)

"Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman:74) 

“KAMI kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (At-Thur:20)

"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya." (Sad:52)

"Demikianlah keadaannya,  dan KAMI jadikan teman mereka, bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya." (Ad-Dukhan:54)

"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah matanya." (As-Saffat:48)
  
"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan ciptaan istimewa, Dan kami jadikan mereka perawan (yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa). Penuh cinta dan sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah: 35-37) 


"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, iaitu kebun-kebun dan buah anggur dan bidadari yang sebaya umurnya.” (an-Naba’: 31-33)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya macam bulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, di mana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang licin itu.” (HR. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (HR. Ath-Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas ra, Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya bidadari nanti akan menyanyi di syurga, bidadari yang cantik disembuyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)

Dari Abdullah ibnu Mas’ud ra, Nabi saw. bersabda, “Kelompok pertama kali yang masuk syurga, wajah mereka bercahaya bagai bulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi setiap orang dari ahli syurga itu diberi dua bidadari syurga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan, shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745) 

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (HR. Thabrani) 


Wallahu 'alam, sekadar perkongsian ya anak-anakkk~

5 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

Nice one :) alhamdulillah

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

kan.. kita pun xdapat nak tandingi.. ganjaran bt org yg beriman kepada Allah

balqisfz said...

innnnnnnnnn :)

balqisfz said...

iye kak. lg kita insan yg biasa ni. jauh perbezaannya. jadi, kita usahalah :) hee

balqisfz said...

iye. usaha tangga kejayaan! :DD