Saturday, 2 February 2013

true love

Assalamualaikum
masa aqis tengah duduk-duduk dalam bilik alis, aqis ternampak album. oo~ album lama punya. sebenarnya aqis selalu belek-belek album lama ni. satu album rasanya nak dekat 1000 kali khatam kot. punya suka tengok gambar-gambar kenangan.

.2/12/1989.

aqis suka tanya, "ma, camna mama dengan papa kenal dulu?"

dulu, mama tak kenal pon papa ni siapa. dulu, makcik papa datang sampai ke kampung mama, nak cari jodoh untuk papa. yang mama tau, nama papa ni UPI. mama tak tau nama sebenar papa. sampai diorang kawen. mama pernah beberapa kali je jumpa papa. masa mama jumpa, mama cakap semua apa yang mama suka, apa yang mama tak suka. mama ni slamber sikit orangnya. masa tu, misai papa lebat.... 

mama: kau pandai mengaji tak?
papa: pandai la. ayah aku imam, mestilah aku tau...
bla bla bla.... ade lah lagi tu depa sembang.

tibanya hari akad nikah.
mama ade dalam bilik pengantin. dengan tok and sedara mara semua.  papa pulak kat depan dengan arwah wan, tok imam beserta saksi-saksi serta ramai lagi. pakcik tu pun masuk bilik pengantin untuk mintak sain daripada mama. mama kata, mama tengok nama pengantin lelaki. ZAINUREN B MUSTAFA? eh, bukan nama dia UPI ke? sebab tak nak terkeliru, mama cakap kat pakcik tu. kang tak pasal kawen dengan orang lain pulak. haiii....

"eh, ni bukan suami saya ni. nama dia upi, bukan Zainuren."

mama usyar kat luar, nampak pulak pengantin lelaki ni kemas gila, segak bergaya, misai tak lebat pon. hensem lah. hehe. mama kata lagi,

"tu, kat luar tu bukan suami saya. misai dia lebat. ni kemas semacam, eh, bukan ni."

tok dah gelak dah time tu. tok ni mak papa. mak mama meninggal dah masa mama umur 19 tahun. tok pon jadi heroin masa tu.

"tu upi lah tu Gee(nama panggilan mama). nama dia memang Zainuren."

Allah, kelakar bila kiteorang dengar. aqis tak pernah jemu dengan cerita ni. betullah, mama dan papa memang bercinta selepas kawen. manis manis je bila aqis bayang-bayangkan balik. orang yang langsung tak kenal antara satu sama lain, boleh kekal bahagia sehingga ke hari ni. insyaAllah... :)

dapatlah kami 5 orang. hihihi 8-)
 aqis, su, adam, adib dan alis :)

8 comments:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

comelnya aqis.. kan selalu gak tgok album2 lama.. nak2 masa org dolu2 kawen...

Unknown said...

klakar :) haha.. 2la..org dlu2 kn..dowg bcinta lepas nikah.. alhamdulillah..kekal je :)

Nazmin Nazifa εїз said...

tengok gambar lama-2 memang best :)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

di tag

http://dyshasahhir.blogspot.com/2013/02/my-blog-giveaway.html

balqisfz said...

hehe. cuba akak teka, mana satu aqis? lain2 adik2 tu. kan kak? tak jemu. seriously! :)))))

balqisfz said...

alhamdulillah mila. mama papa selalu terapkan nilai2 murni. kami anak2 jadikan contoh :)

balqisfz said...

aah in. in pn ad buat selalu?

balqisfz said...

tq kak..