Cinta.
Itu fitrah dalam kehidupan manusia. Haiwan & tumbuhan juga ber'cinta'? Wallahu'alam.
Manusia bisa untuk cinta kepada manusia. Cinta kepada Rasul. Cinta kepada haiwan ternakan. Tapi, cinta yang paling agung pastinya cinta kepada sang pencipta kita. Allahu Rabbi <3
Perasaan cinta itu akan hadir, tidak perlu ditelefon terlebih dahulu untuk mengkhabarkan akan kedatangannya. Ianya berlaku secara spontan. Jika kita terpandang wajah si sukun, dari mata turun pula ke hati. Hati pula bisik kata cinta. Nah, pasti siang malam teringatkan si dia. Tengok gambar tak berkelip. Dalam toilet pon boleh bayang wajah si dia. Tengah potong bawang pon boleh termenungkan si dia! Wah, kira dahsyat dah tu. Rileks brader rileks~
Allah tidak melarang manusia untuk bercinta. Untuk saling meluahkan isi hati yang saling terpendam. Sebab itu, adanya "Aku terima nikahnya Peah binti Bakar dengan mas kahwinnya......"
Tu diaa.
Indahnya alam perkahwinan ni. Bagi yang sedang atau pernah melaluinya lah. Bagi yang tak pernah ni, sila bayangkan sahaja ya. Terima kasih :D
Saling meluahkan kata cinta sebelum bernikah kan tak syiok. Nanti dah ada ikatan yang sah, 'Kanda kekurangan ayat', 'Dinda pula bosan mendengar'. Aaa. tak bestnya. Jadi, itu pentingnya sikap sabar. Sod ba ro. Sabar.
"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang indah" (al-Ma'rij: 5)
"Sesungguhnya setiap kesukaran itu akan disertai kemudahan" (al-Insyirah: 5)
"Dan kerana Allah, bersabarlah kamu" (al-Muddhathir: 7)
Mudahnya untuk jadi sabar jika kita belajar untuk jadi sabar. Macam sadaqah. Sadaqah free? Senyum jerr-err. Mudah kan? :)
Dalam al-Quran, surah an-Nisa' ayat 1 ada dinyatakan,
"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari yang satu (Adam) & Allah menciptakan pasangannya (Hawa) daripada Adam;
dan dari keduanya, Allah memperkembangkan lagi lelaki dan perempuan. Bertakwalah kepada Allah & (peliharalah) hubungan kekeluargaan."
Nah.. boleh sambung lagi tu kecintaan kita kepada anak-anak. Umpama kitaran hidup manusia. Dari atok nenek, adanya mak ayah, kemudian lahirnya kita, seterusnya dah berumah tangga, ada anak-anak pula. Kemudian anak-anak pula berkahwin, dapat lagi keturunan baru. Fuh. Selamat memimpin kelasi (anak2) di dunia ini ya wahai kapten (ibu bapa).
Ingat, hilangnya kasih sayang sesama manusia, hilang jugalah kasih Allah terhadap kita.
2 comments:
Insyaallah... semoga dapat mengecapi erti cinta sebenarnya & sabar itu indah :)
In syaa Allah :) nice one !! Pasti,sod ba ro itu indah ^^,
Post a Comment