Thursday, 30 January 2014

Ketahuilah, kamu itu wanita solehah.


Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


eh eh Assalamualaikum sahabat... ^^

Aqis selalu dengar/baca hadis ni. Baca. Ya baca. Persoalannya Aqis sendiri faham kah? *senyum kecil.

Wanita selalu dianggap permata. Susah nak cari. Bila dah jumpa, susah pulak nak lepaskan. Iyelah, benda rare kan, sape senang nak lepaskan cemtu je. Macamlah ada orang belanja ais krim 'Baskin Robbin' 31!' (sambil nyanyi lagu tema dia), memang kau boleh tolak tapi sape tak suka ais krim an an an. hehe. terasa nak pandang diri sendiri depan cermin pulak. Itu baru cermin diri an Balqis. hihi lagi.

Wanita.
Sape rasa dia seorang wanita, gadis, ibu, kakak, makcik, ustazah, puan semualah. Kita kaum yang berjiwa lembut, sensitif, penyayang (ewah, cam lain macam je bila describe yang ni. haha), dan sebagainya. 

Ketahuilah, hadis kat atas dah cakap, "....perhiasan dunia adalah wanita solehah...."

Walaupun dia pernah kerja di kelab malam ke, pernah hisap rokok ke, pernah buat perkara yang kurang baiklah ya, dia masih punya peluang untuk menjadi wanita solehah. Menjadi wanita yang bermaruah. Menjadi wanita yang mampu berdiri sendiri, dengan izin Allah. Ya, niat bila nak buat sesuatu mesti kerana Allah kan. Baru ada keberkatan. Baru ada nur nya. :))

Para wanita, ketahuilah kita semua ada chance untuk menjadi solehah. Cuma, tunjukkan ya sedikit usaha ke arah itu. Manusia bisa berhenti buat sesuatu jika dia mula bosan/penat. Itu perkara biasa. Itu lumrah.

Motivasi diri. Muhasabah diri.

Teruskan langkahmu. Kita hidup bukan untuk sehari cuma. Tengok, berapa sudah usia kita sekarang? (Dah reti baca ni mesti awak dah besar ni. hihi) Dan, mati itu rahsia Allah. Kita tak tahu bila. Kita hidup di bumi Allah sebagai khalifah. Untuk belajar dan menyampaikan ilmu Allah.

Allah~

Dunia ini sementara. Kira bonus kita bagus dalam ilmu dunia, tambah pula dengan ilmu akhirat. Bohonglah kalau mat rempit tak tau baca bismillah sebelum makan kan. See? Setiap manusia ada basic islaminya. Jadi jangan pernah bilang kau lupa Allah. Masakan kalimah "Assalamualaikum" pon tak pernah diucap. At least dalam minggu ni lah. Kan? See. 

Islamic basic dah ada dalam diri kita. Teruskan praktikkannya ya!^^

Eh macam dah bincang topik lain ni.  Wahh... teringinnya nak p usrah. Camna lah keadaannya. Cuba cari area sini tapi susah nak jumpa. Maklumlah, awak ni bukan boleh nak keluar sangat Balqis. Takpe, alternatif lain ada, INTERNET! Ya, manfaatkanlah sebaiknya ya.

Macam panjang sangat dah ni. Ada ke yang baca sampai habis ni? haha. Isokay. Balqis menulis untuk kongsian bersama. Mana yang Balqis tau, dia kongsi. Mana dia tak tau, dia kena belajar jugak kan? aiiiyiiii~

Ok lah, tadi tak tau nak taip apa sebenarnya. Pastu dah dapat taip, memang camni an Balqis. Esok lusa, andai Balqis masih bernafas lagi, sampai ketemu lagi ya. InsyaAllah. Salam tengah malam! (sambil babai-babai) 

Salam.

Saturday, 11 January 2014

Komik "Usaha Tangga Kejayaan"

Assalamualaikum wbt.

Ini komik sempoi punya~


Ily ialah seorang pelajar tingkatan 5 di SMK AAA. Ily seorang pelajar yang baik hati tetapi Ily ada satu tabiat buruk. Ily tak suka belajar. Ily tak minat. Bila buka buku, automatik! Ily jadi malas. 

Ily si rambut kuning.

A
Bebear: Ily, tak faham nanti kita belajar sama-sama ya. Awak tak faham, bagitahu lah.
*Ily bosan. BOSAN BOSAN BOSAN STUDY! Arghh! Tapi Ily selalu perhatikan bebear belajar.

B
Ily: Boleh ke aku ni? Macam malas. Ahh! SPM nak dekat. Yang nak berjaya ni aku. Ish, Ily Ily~

C
*Ily mula sesuaikan dirinya untuk belajar, ikut kefahaman dan keselesaannya.

D
*Ily buat study group. Ily ajak kawan-kawan sekali.

E
*Ily berjaya! Alhamdulillah. Ily tamat study dengan cemerlang! Sukanya, gembiranya mak ayah Ily.

F
*Ily usaha. Tapi tanpa doa, ikhtiar, juga bantuan orang sekeliling, sukar juga Ily untuk buat keputusan memajukan dirinya ke hadapan. 


Thursday, 2 January 2014

Adib Fahim. This is a birthday's post for you.

Assalamualaikum.

Harini hari jadi Adib Ayyim. In which Ayyim was spelled like this-----> Fahim. I do like to change people's name! Tapi bukan yang bawa maksud teruk-teruk aa.

Huih, bila masuk umur 21 tahun ni (sekarang memang tak malu mention umur. Tunggu makin naik nanti. Tengok ah. Berani bubuh ke tak. Haha), kakak makin membesar, adik-adik pon makin membesar.

Adib! Kakak buat post ini dengan harapan Adib akan baca lah bila besar nanti ya. Walaupun akak tau, boys tak suka baca something yang panjang.  Yekeeeee? Ok tepuk dada tanya selera.

Adib Ayyyim~~~
Adik kakak dah masuk umur 8 tahun ni. 10 tahun lagi, jadi 18 tahun pulak. Kakak tak tau apa cita-cita Adib yang sebenarnya sebab Ayyim suka tukar-tukar tapi takpelah. Survey la cita-cita adik dengan sebaiknya ya. Adib kecik lagi ni. Dah besar, Adib faham lah tu. Kan 'Fahim' bawa maksud 'yang faham' kan dik. So biarlah selari nama dengan maksudnya ya. Amin.

Adik! Kakak sayang adik. Kakak tak buat video dah. Kakak malas. Sekarang macam-macam lah kakak kena buat. Adik, mana yang baik sikap & sifat dari seluruh ahli keluargamu, mahupun dari insan sekelilingmu, teladanilah ya. Bila besar jadi insan berguna. Bukan untuk diri sendiri je. Untuk agamamu, keluarga, guru-guru, sahabat, kawan, dan masyarakat ya dik.

Ayyim.
Cipta nama sebagai insan cemerlang, bertaqwa. Mama dan papa pon mesti nak benda yang sama. Jangan degil-degil lagi. Jangan keluar rumah senyap-senyap pergi main kat rumah tok, main kat tempat rumput, main bola dan segala aktiviti yang Ayyim dan Abang suka buatlah. Lain kali nak keluar, CAKAP. Kakak malas nak membebel kat sini. Too public, too public. Miahahahaha.

Ayyim.
Boleh periksa dapat nombor yang cemerlang? Nak main, mainlah. Play hard, study smart jugak dik. (pesanan untuk kakak jugak. huhu). Haa, paling penting! Solat. Jangan sesekali tinggal solat. Jadi imam gilir-gilir dengan Abang. Solat jangan nak laju je sebab nak tengok tv. Kakak suruh papa potong Astro tu kang. Bahagi sikit, cerita kartun dengan cerita berfaedah lain. Faham dik?

Ayyim.
Kakak tau kakak garang. Teramat garang. Garang kakak ada sebab. Orang tengok macam hape je kakak ni an. Tapi percayalah, kalau orang tu duduk rumah sekali dengan kita selama seminggu, dia mungkin tau kenapa kakakmu perangai camni. Jangan risau. Kakak cuba untuk kurang ke'raksasa'an akak dan digantikan dengan kakak yang selembut sutera.

Kakak tau, kakak membebel lagi sekarang. Di mana kakak akan berhenti untuk menaip sekarang jugak. Ok. Itu sahaja. Panjang umur, jumpa lagi adik.

Mama, papa, kakak, sue, abang dan alis, semua sayang Adib. Adib kena tau tu.

Sanah helwah Adib Ayyim.
May Allah bless you and granted you Firdausi. InsyaAllah. :)