Thursday, 30 January 2014

Ketahuilah, kamu itu wanita solehah.


Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
(HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


eh eh Assalamualaikum sahabat... ^^

Aqis selalu dengar/baca hadis ni. Baca. Ya baca. Persoalannya Aqis sendiri faham kah? *senyum kecil.

Wanita selalu dianggap permata. Susah nak cari. Bila dah jumpa, susah pulak nak lepaskan. Iyelah, benda rare kan, sape senang nak lepaskan cemtu je. Macamlah ada orang belanja ais krim 'Baskin Robbin' 31!' (sambil nyanyi lagu tema dia), memang kau boleh tolak tapi sape tak suka ais krim an an an. hehe. terasa nak pandang diri sendiri depan cermin pulak. Itu baru cermin diri an Balqis. hihi lagi.

Wanita.
Sape rasa dia seorang wanita, gadis, ibu, kakak, makcik, ustazah, puan semualah. Kita kaum yang berjiwa lembut, sensitif, penyayang (ewah, cam lain macam je bila describe yang ni. haha), dan sebagainya. 

Ketahuilah, hadis kat atas dah cakap, "....perhiasan dunia adalah wanita solehah...."

Walaupun dia pernah kerja di kelab malam ke, pernah hisap rokok ke, pernah buat perkara yang kurang baiklah ya, dia masih punya peluang untuk menjadi wanita solehah. Menjadi wanita yang bermaruah. Menjadi wanita yang mampu berdiri sendiri, dengan izin Allah. Ya, niat bila nak buat sesuatu mesti kerana Allah kan. Baru ada keberkatan. Baru ada nur nya. :))

Para wanita, ketahuilah kita semua ada chance untuk menjadi solehah. Cuma, tunjukkan ya sedikit usaha ke arah itu. Manusia bisa berhenti buat sesuatu jika dia mula bosan/penat. Itu perkara biasa. Itu lumrah.

Motivasi diri. Muhasabah diri.

Teruskan langkahmu. Kita hidup bukan untuk sehari cuma. Tengok, berapa sudah usia kita sekarang? (Dah reti baca ni mesti awak dah besar ni. hihi) Dan, mati itu rahsia Allah. Kita tak tahu bila. Kita hidup di bumi Allah sebagai khalifah. Untuk belajar dan menyampaikan ilmu Allah.

Allah~

Dunia ini sementara. Kira bonus kita bagus dalam ilmu dunia, tambah pula dengan ilmu akhirat. Bohonglah kalau mat rempit tak tau baca bismillah sebelum makan kan. See? Setiap manusia ada basic islaminya. Jadi jangan pernah bilang kau lupa Allah. Masakan kalimah "Assalamualaikum" pon tak pernah diucap. At least dalam minggu ni lah. Kan? See. 

Islamic basic dah ada dalam diri kita. Teruskan praktikkannya ya!^^

Eh macam dah bincang topik lain ni.  Wahh... teringinnya nak p usrah. Camna lah keadaannya. Cuba cari area sini tapi susah nak jumpa. Maklumlah, awak ni bukan boleh nak keluar sangat Balqis. Takpe, alternatif lain ada, INTERNET! Ya, manfaatkanlah sebaiknya ya.

Macam panjang sangat dah ni. Ada ke yang baca sampai habis ni? haha. Isokay. Balqis menulis untuk kongsian bersama. Mana yang Balqis tau, dia kongsi. Mana dia tak tau, dia kena belajar jugak kan? aiiiyiiii~

Ok lah, tadi tak tau nak taip apa sebenarnya. Pastu dah dapat taip, memang camni an Balqis. Esok lusa, andai Balqis masih bernafas lagi, sampai ketemu lagi ya. InsyaAllah. Salam tengah malam! (sambil babai-babai) 

Salam.

3 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

Assalamualaikum ~ :D

Betul tu sis..menarik entry ni :D Alhamdulillah..

Sarah Zulkifli said...

entry selalu menarik :)

balqisfz said...

in: ^^ alhamdulillah. ilham drpdNya.
sarah: sarah, kita suka tgk DIY awk jgk. seriously :)