Thursday, 2 January 2014

Adib Fahim. This is a birthday's post for you.

Assalamualaikum.

Harini hari jadi Adib Ayyim. In which Ayyim was spelled like this-----> Fahim. I do like to change people's name! Tapi bukan yang bawa maksud teruk-teruk aa.

Huih, bila masuk umur 21 tahun ni (sekarang memang tak malu mention umur. Tunggu makin naik nanti. Tengok ah. Berani bubuh ke tak. Haha), kakak makin membesar, adik-adik pon makin membesar.

Adib! Kakak buat post ini dengan harapan Adib akan baca lah bila besar nanti ya. Walaupun akak tau, boys tak suka baca something yang panjang.  Yekeeeee? Ok tepuk dada tanya selera.

Adib Ayyyim~~~
Adik kakak dah masuk umur 8 tahun ni. 10 tahun lagi, jadi 18 tahun pulak. Kakak tak tau apa cita-cita Adib yang sebenarnya sebab Ayyim suka tukar-tukar tapi takpelah. Survey la cita-cita adik dengan sebaiknya ya. Adib kecik lagi ni. Dah besar, Adib faham lah tu. Kan 'Fahim' bawa maksud 'yang faham' kan dik. So biarlah selari nama dengan maksudnya ya. Amin.

Adik! Kakak sayang adik. Kakak tak buat video dah. Kakak malas. Sekarang macam-macam lah kakak kena buat. Adik, mana yang baik sikap & sifat dari seluruh ahli keluargamu, mahupun dari insan sekelilingmu, teladanilah ya. Bila besar jadi insan berguna. Bukan untuk diri sendiri je. Untuk agamamu, keluarga, guru-guru, sahabat, kawan, dan masyarakat ya dik.

Ayyim.
Cipta nama sebagai insan cemerlang, bertaqwa. Mama dan papa pon mesti nak benda yang sama. Jangan degil-degil lagi. Jangan keluar rumah senyap-senyap pergi main kat rumah tok, main kat tempat rumput, main bola dan segala aktiviti yang Ayyim dan Abang suka buatlah. Lain kali nak keluar, CAKAP. Kakak malas nak membebel kat sini. Too public, too public. Miahahahaha.

Ayyim.
Boleh periksa dapat nombor yang cemerlang? Nak main, mainlah. Play hard, study smart jugak dik. (pesanan untuk kakak jugak. huhu). Haa, paling penting! Solat. Jangan sesekali tinggal solat. Jadi imam gilir-gilir dengan Abang. Solat jangan nak laju je sebab nak tengok tv. Kakak suruh papa potong Astro tu kang. Bahagi sikit, cerita kartun dengan cerita berfaedah lain. Faham dik?

Ayyim.
Kakak tau kakak garang. Teramat garang. Garang kakak ada sebab. Orang tengok macam hape je kakak ni an. Tapi percayalah, kalau orang tu duduk rumah sekali dengan kita selama seminggu, dia mungkin tau kenapa kakakmu perangai camni. Jangan risau. Kakak cuba untuk kurang ke'raksasa'an akak dan digantikan dengan kakak yang selembut sutera.

Kakak tau, kakak membebel lagi sekarang. Di mana kakak akan berhenti untuk menaip sekarang jugak. Ok. Itu sahaja. Panjang umur, jumpa lagi adik.

Mama, papa, kakak, sue, abang dan alis, semua sayang Adib. Adib kena tau tu.

Sanah helwah Adib Ayyim.
May Allah bless you and granted you Firdausi. InsyaAllah. :)


No comments: