Assalamualaikum wbt.
Saat Aqis taip diary ni, aqis rasa sedih amat.
Semalam ialah last day aqis & kawan2 praktikal. Last tempat di Heritage Physiotherapy & Rehab Center. Masa dihabiskan di sini? 3 bulan chu wollsss. ;'D Arghh I'm feeling so sad yawww. Malas nak cakap an.
Apa yang aqis dapat kat sini?
BANYAK. TERAMAT BANYAK!
Sebelum ni hanyak praktikal di hospital kerajaan. Center ni of course swasta. Suasana amat berbeza dengan Goverment Hospital (GH).
Point nak cakap kat sini?
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Aqis tak lalu nak cerita pasal pengalaman bekerja dulu. InshaAllah ada rezeki, Aqis cerita ya. Haih, orang kental pon kena sedih ke deyyy? Ya benerrr. Gua punya perasaan yang lemah lembut yawww. Hahahahahha. Gelak rasa macam tak ikhlas. Pftt--
Kali ni batch kiteorang 8 orang daripada 12 orang sebab ada problem sikit. Alhamdulillah all praise to Allah, we've done our practical and waiting for next week final exam. Pray for us ya. <3
Antara yang paling aqis akan ingat insan-insan di rehab ni pastinya Kak Sal (pembantu rumah), Atok, Opah, Pn Habibah dan semua of course. Cuma mereka ini antara yang paling terkesan di hati :'''''''''''')
Kak Sal.
Rehab ni berkonsepkan home environment. So pembantu rumah diperlukan. Aqis tak anggap kak Sal sebagai pembantu pon. More to a mother. Tapi versi Indonesia la. Hehe. Paling aqis takkan lupa, mm mm Aqis tengah pantang makan sekarang. Ayam, telur, seafood dan makanan2 tertentu dah sebulan tak ambil. Jadi pagi2 suboh memang kena bangun masak bubur. Hari2 bubur sayur tapi beza2 ah. hehe. Sedih. Takkan nak suruh kawan2 masak. Stok makanan rumah kiteorang more kepada makanan yang Aqis in pantang. If you have any solution, then try to do it until you can. That's what I'm trying to do.Nakk. Makanan tu banyak. Pandai2 la sara diri ya nak. Haa, ambik nasihat untuk anak. Anak? Awwwwwh. <3
Kak Sal kata on last day kiteorang tu, "Balgis (Kak Sal takleh sebut huruf Q betul2. hihi kak Salll~), ni kak Sal bawak in ikan. Kak Sal adanya ayam. Jadi kau ambil saja ikan kak Sal. Kau tak bisa makan ayam kan.."
Kalau korang, tak rasa macam nak peluk2 ke kak Sal ni? Fikir ramai orang je, gua conrol diri dan hanya mampu ucapkan "terima kasih kak Sal" dan rasa serba salah sebab kak Sal yang bawak dari rumah ikan ni. Kot kak Sal nak makan ke kan. Kak Sal kata, tidak apa2. Waduh2 kak Sal.
Tagline tiap kali balik dari rehab, aqis akan salam kak Sal dan ucap "ANNYEONGGG" bajet2 comel sambil buat tangan bentuk Love. Heheh. Ya benerrr gitu. Kak Sal pon layankan aje. Dengan kak Sal sekali buat gaya macam Aqis. Harus cari pengikut Anyeongg. Hihi. Malu i olls.
Disebabkan kak Sal ni, orang cakap, kak Sal iyakan ajja, jadi bila ada orang kacau kak Sal ke, Aqis marah. Protective la konon. Tak tau, Aqis jadi berani bila kadang dorang ada panggil kak Sal, tanpa ada pangkal 'Kak' tu kan, Aqis marah. Aqis kata hormat sikit, kak Sal tu. Haa tau diam. Pastu sengeh2. Hehe. Bukan apa, benda betul, inshaaAllah kekuatan itu cuba Aqis serap. Kalau tak, Aqis diamkan aja. Cegah melalui hati. Hii.
Opah & Atok.
Opah & Atok ni pasangan suami isteri yang menetap di rehab ni. Depa je pasangan tunggal yang stay di sini. Sebab apa Balqis cerita pasal mereka?Atok ni patient stroke. Opah mesti kena ada di sisi atok. Kalau tak, Atok tak senang baring. Jeles tau Atok ni. Tua2 sapa kata tak boleh romantik? Kau nak tak nak, malu tak malu je. Hoii. Cakap macam ada pengalaman kan Balqis. Chill.
Ok. Untuk treatment Atok, Fatihah & Balqis yang akan uruskan. Everyday except Sabtu & Ahad.
Ya, Atok ni patient lelaki. Im trying to care of our 'line' well, InshaaAllah.
Atok Alhamdulillah mampu bercakap dah dan suka bincangkan ilmu keagamaan dengan kami. Sambil buat2 treatment tu kan, Atok suka cerita. Pastu loyar buruk pon kuat. Sebab Si Fatihah ni nakal. Ala, nakal gadis2 ni. Kelakar2 je. Hehe. Aqis pulak orangnya suka buat lawak bila perlu, kerja bila perlu waktunya, main bila tengah rehat, belajar bila nak tahu sesuatu. Im that type of person. Childish tapi tetibe boleh jadi serious in moment.
Opah pulak bekas guru. Rasanya opah ni lebih kurang mama je. Mama pon cikgu. Jadi sifat & karakter guru meme tak boleh pisah. Opah suka bercakap. Tak berhenti. Hehe. Bilik opah ada TV, jadi petang2 kiteorang memang suka layan astro Oasis. Boleh plak petang2 selalu ada rancangan motivasi. Layan la nakkk. <3
Tiap2 kali nak balik, opah mesti ada je bekalkan kiteorang makanan. Makanan opah tiap2 hari ada orang hantar. Jadi yang opah tak makan tu, opah kasi ke kiteorang. Aqis tanya jugak la, "Opah kasi ni, malam nak makan apa?"
Haa, ada jela Opah kata dah ada makanan la. Malam Opah tak makan sebab petang dah makan la. Makanan Atok ada, boleh kongsi la. Awww. Sweet tak depa? Kurr kurr kurr <3
Aqis kan sekarang ada health probs sikit, Opah rajin la bagi itu ini kat Aqis. Katanya Opah pon pernah guna, jadi OK. Haii. Jazakallahu khairan Opah Norma. Banyak budi opah kat kiteorang, Pah. Walaupon Aqis mengaku pernah merajok ngan Opah tanpa Opah sedar. Hihihihihihihi. ;)
Aqis ingat, disebabkan kiteorang nak habis praktikal, Opah ada tanya, nak ke kerja dengan Opah? Aqis & Fatihah la. Setelah berbincang dengan lebih detail, Opah & Atok akan stay sahaja di rehab tu. Balqis & Fatihah inshaaAllah mahu langkah ke hadapan lagi, Opah, Atok. Jaga diri baik2 :'(
Bila kiteorang treat Atok, Atok menangis bila kiteorang cakap kiteorang nak habis dah. Opah pon selalu cakap, "Kome habis ni, siapa lagi la nak rawat Atok. Siapa lagi nak urut badan Opah..."
Aduhhhhhhh. Faham kan perasaan gua?.......
Nak cerita, banyak amat kenangan dengan Opah & Atok.
Banyak...
Pn Habibah.
Pn Habibah salah seorang patient stroke dan kehilangan kaki kanan akibat blood clot. (Sesiapa ada ahli keluarga stroke, pastikan anggota badan mereka digerakkan selalu ya. Mereka tak boleh bergerak selalunya jadi darah tak dapat mengalir baik di bahagian anggota badan yang tertentu. Terutamanya tangan & kaki).Mula2 treat Pn Habibah dulu, Fify (Assistant Physio) yang take over. Aqis hanya bantu yang mana patut. Lama2 Alhamdulillah Aqis diberi kepercayaan untuk take over Pn Habibah dengan bantuan junior2 jikaFify on leave.
Jadi pape, memang rajin bersembang dengan Pn Bibah meskipun ada rasa penat. Yela, hari2 treat benda sama, korang penat tak? Untuk buang persaan tu, Aqis fikir je, Aqis nak kasi Pn sembuh. Apa la function belajar Physio kalau malas buat itu ini. Jadi Aqis cuba elakkan dari fikir perkara camtu berulang kali.
Copp! Kalau Aqis la kan, asyik fikir camtu, cuba kalau mama/papa sakit atau dah tua nanti. Nak ke Aqis ada rasa boring nak jaga depa? Doa moga Aqis bisa jadi anak Solehah. Buat kalian jua. Aamiin.
Peristiwa dengan Pn yang paling Aqis akan ingat sampai bila2?
Hm hm sebenarnya Aqis malas nak cerita benda yang negatif dalam penulisan Aqis. Nanti Aqis ingat. Tak suka. Takpelah.
Adat di tempat kerja kena tegur/marah. Yeah, jarang Aqis kena tapi Balqis terkena. Ini pon sebab misunderstanding. Agak nangis jugak la. Dengan Baba. P dapo pastu nangis an. Hahahahaha. Aqis ingat, Opah tanya nape, Aqis telengkup je tangan Aqis. Tak pandang depan dah. Tak cakap apa2 pon. (Minta maaf la pastu dengan Opah sebab tak jawab soalan Opah.) Heh.
Dan Aqis diberitahu, Pn Habibah menangis kat depan tu, sebab Balqis & Baba kena marah. Ya Allah, sebaknya rasa masa tu Allah je yang tahu. Aqis bukan apa. Dalam kesenangan/kesusahan Aqis, masih juga ada orang yang memikirkan Aqis. Alhamdulillah, Allah memang tak pernah lupa akan hamba-hambaNya.
Alhamdulillah juga, lepas peristiwa tu, Aqis sendiri jumpa insan yang berkenaan untuk terangkan perkara sebenar/misunderstanding tu. Jujurlah, Aqis tak suka untuk bermusuh dengan sesiapapun walaupun Aqis tahu Aqis di pihak yang benar/sebaliknya.
Kuncinya satu, SABAR DAN JANGAN MUDAH MARAH.
BAYANGKAN BILA KITA MARAH, KITA MESTI NAK UNGKAP PERKATAAN YANG TAK ELOK TANPA KITA SEDAR/BOLEH KAWAL. SYAITAN DI BELAKANG BERTEPUK TANGAN MELOMPAT-LOMPAT TANDA KEMENANGAN.
CAKAP MEMANG SENANG, KENAPA TAK USAHA DULU?
BARU KITA BOLEH JUDGE YANG KITA BOLEH ATAU PON TIDAK.
2 comments:
Alhamdulillah...pasti antara kenangan yang terindah :)
in, pasti :')
Post a Comment