Saturday, 29 November 2014

Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum wbt.

Hihi. Tak pernah post pasal makanan, tetibe kan.
No lah. Aqis mahu kongsi sahaja dengan kalian, andai yang sedang mencari cari nak makan apa lah harini kan.

Hari hari terakhir di Ampang, kami para gadis melempiaskan masa kami dengan mencari kedai kedai makan yang umphh umphh!

So sebenarnya dah 2 tahun dok mengidam Burger Bakar Abang Burn ni.
At last! Alhamdulillah berjaya pujuk kawan kawan terjah Kedai Abang Burn ni haa. Kedai tau. Hahahahahaha.


Yang kitorang p ni, kat jajahan Ampang. Dekat je dengan IPD Pandan Jaya. Dagang Avenue nama penanda dia. Kira Kedai Abang Burn ni dalam kawasan Dagang Avenue tu la. Kecik je kawasan Abang Burn ni. Sebab memang khas untuk tempat masak depa je.

Tempat duduk no worries. Boleh duduk mana2. Cuma kepada sesiapa yang datang malam, meme kena melilau cari meja la. Full house oooo!

So, kalian boleh usha FB Abang Burn di sini:
Facebook Abang Burn

Tempat jajahan Abang Burn:
Lokasi jajahan Abang Burn

Haaaaaa!
Ni ada satu berita baik.
Abang Burn ada buat satu kempen untuk turunkan harga burger dr belasan ringgit ke RM5 sahaja! Bayangkan harga barang yang tengah membuak2 naik sekarang, dapat pulak makan burger bakar murah. Kongsi rezeki jika kita masih bisa.

Apa kalian kena buat, isi form yang Aqis bagi ni ya. Klik link ni:
Borang kempen turun harga burger!

Selamat makan burger bakar!

Sambil sambil ingat kat insan yang hanya mampu makan sekeping roti sehari ya.

Anyeongggggggggggg! ^^


9 comments:

Nazmin Nazifa εїз said...

hehehe ! Sedappp,In pun pernah makan ade do Shah Alam juga dekat-dekat dengan UiTM Shah Alam juga la ~ Boleh tahan kot. Kawan yang belikan. Hehe... Enjoy ! ^^,

balqisfz said...

shah alam tu besa kan. ritu penah nampak sana la. tp makannya tempat lain, in. hihi

Адина Ясмин said...

bestnyaa aqiss! i wannntt! huhu

balqisfz said...

Orked, ask Abang Burn to make his jajahan ke Russia! hihi <3

Адина Ясмин said...

haha how i wish! ><

Nor Abdullah said...

Assalamua'laykum Aqiz..
Shukran aqiz singgah blog berhabuk kaknor tu :D waaaa nanges buka2 blog tgk banyak komen2 dari pembaca

Setahun berhenti .. sadis sungguh!
Waaaah burger bakar.. kaknor tak sempat nak rasa lagi .. waaa makan lebih tau kalau pergi lagi.. hehe utk kaknor.. :D

ok komen panjang mcm entry blog hahah#

balqisfz said...

orked: russianian too! ;)

kak nor: waalaikumussalam wbt kak norrrr. akak! lamanya dah. still balqis igt akk. hehe. kak nor kat malaysia dh ke kak?

Nor Abdullah said...

Taklaaaa kaknor still kat jeddah,,
Ni pun jam 2.12 pagi ni..
Tak boleh tido sebab tido awal kikiki

balqisfz said...

Hihi kak norrrrrrr. Skrg pkul 4.02am tauuuuuu. Tsk tsk.