Monday, 23 March 2015

Sahabat.

Assalamualaikum wbt

Izinkan Aqis cerita mengenai sahabat ya. Memandangkan Aqis dikelilingi sahabat2 yang sangat menyayangi Aqis sepertimana Aqis menyayangi mereka :)

Sahabat..
Engkaulah wira
Engkaulah suka
Engkaulah duka
Engkaulah penyembuh
Engkaulah penawar

Duhai sahabat..
Tahukah engkau, cabaran utama dalam persahabatan ialah sifat cemburu yang diapi-apikan oleh syaitan durjana?
Pernahkah kita bersifat sebegitu sahabat?

Sahabat..
Andai aku begitu, tanpa pengetahuanmu, ampunan sesama manusia ku hulurkan kepadamu.
Agar berjumpa kita di Jannah Allah.

Sahabat..
Ketahuilah.
Dengan mengenalmu, aku pelajari sesuatu.
Aku menjadi manusia yang lebih baik, Alhamdulillah.
Aku memerhatimu dalam diam.
Setiap akhlakmu, budi bicaramu, adab susilamu.
Aku ikut.

Baru ku tahu bahawa benarlah sikap/sifat kita diperoleh daripada sahabat yang paling rapat dengan kita.

Alhamdulillah.
Allah telah mempertemukan aku denganmu.
Sejak azali di dalam Luh MahfuzNya lagi.

Kesalahanku.
Kau tegur.
Kau nasihat.

Kegembiraanku,
Kau sambut.
Kau senyum bersamaku.

Indahnya bersahabat :)

Sahabat.
Ketahuilah sesuatu.
Pesanan buatmu.

Aku ini manusia biasa.
Leka terkadang, cuai terkali.
Perasaan sayang antara ukhwah ini kuat, sahabat.

Melihat aku bersama sahabat/kawan lain pasti tidak membuahkan benih perpisahan atau jauh antara kita.
Kau tetap dalam ingatanku, sahabat. Selalu.

Berkawan di dunia, bertemu di akhirat.
Bawa aku bersamamu ya sahabatku :)

No comments: