Sunday 1 March 2015

#YasalmaSewingSchool

Salaam 'aleykum!

Huhuih gegeh tak abes cite pasal Bandung, dah masuk cerita lain!
Bedal la nakkkk. Tak cerita nanti lupa ngehh.

Pada hari Sabtu bersamaan 28/2/2015, Aqis ngan Kakak telah sertai satu bengkel anjuran Yasalma di Universiti Malaya di A. Pengajian Melayu.

Peserta seramai hampir 100 orang!
Kenapa Aqis join class yang tak sampai sehari tetapi harga RM169? Untuk pengetahuan, yuran asal is RM360 yawwwwwww!

Aqis dapat tau pasal bengkel ni dari instagram.

Kenapa join?
Sebab, mula2 jujur Aqis tak pernah kenal siapa Yasalma ni.
Aqis pon usha2 la ig beliau. Dan ig sewing school beliau.

Wow!
Design memang kena taste Aqis. Kena ngan beliau, nak fashion yang syariah compliance.
Mula2 jumpa beliau masa class ritu, baju blouse yang beliau pakai dah tarik perhatian Aqis dah. Means, Aqis fikir, Aqis nak belajar dan pandai buat baju cmtu.

Oh untuk pengetahuan kalian, dalam 80% peserta bengkel is ZERO dalam jahit2 ni. Apatah lagi Aqis yang jahit jelujur pon tak tau. *emo nampak gigi.

Di sana kami dilatih oleh beberapa orang guru berpengalaman. Baju2 yang dorang pakai, masya Allah very shariah compliance dan cantik sangat! <3 <3 <3

Cikgu semua muda-muda dan very teratih. Class kitorang seramai 100 orang kan, well, alhamdulillah kitorang berjaya hasilkan satu jubah A-cut versi mini. Peserta ramai, thats why takleh ikut model manusia betul. Jenuh nak bentang kain ramai2 kat lantai hehe

Peserta2 very the peramah. Entah berapa orang dah kitorang main cakap je sesama sendiri. Alhamdulillah ramah semuanya :)

Misi class ni untuk jahit jubah A-cut & belajar cara ukuran badan.

Perkara yang paaaaaaaaaaaaaling Aqis ingat pasal class ni daripada cikgu Salmah sendiri is, "Bagi cikgu, nak belajar menjahit, tak perlu ada mesin dulu. Yang penting, ilmu menjahit tu. Cikgu nak kamu semua berdikari bila ketiadaan mesin jahit."

Such an inspiring words, cikgu <3
Really. *emo bunga namploh juta kali


Cikgu Dila :)


Hasil tangan semua orang <3




More info about Yasalma Sewing School:


Pstt! 
Aqis dah buat dress betul2 untuk Alis hehe.
Dan a skirt! Hanya berpandukan formula asal dress A-cut!


No comments: