Thursday, 24 September 2015

Makkah and Madinah

Assalamualaikum wbt.

Diary,
Harini dah Hari Raya AidilAdha (1436 H dah).

Walaupun harini Raya AidilAdha, kami sekeluarga still beraya ke rumah saudara-saudara di kampung. Kali ni pergi ke rumah saudara yang tak sempat ziarah masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Diary,
Sambil duduk2 dalam kereta, Aqis dok fikir, "Apa aku nak tulis dalam diary/blog aku ni? Lama dah tak menulis, dan rasa nak menulis."

Dan tetibe Aqis teringat Makkah. Madinah :')

Then, terus dengar kat radio Ikim FM;
"Labaikallah hummalabbai, Labbai kalaa syariikala kalabbaii~"

Menangis Aqis kat belakang.
Aqis terlampau rindukan Makkah. Aqis rindukan Madinah.
Aqis rindukan suasana kat sana.

Masya Allah TERAMAT SANGAT........

Diary,
Aqis menulis ni secara general.
Ramai orang boleh baca.
Tujuan Aqis tulis entry kali ni bukan dengan niat ujub, riak, jauh sekali takbur.
Aqis cuma nak menulis dan meluahkan sesuatu.

Diary,
Pada tahun 2000, Alhamdulillah Aqis dipilih untuk menjadi tetamu Allah.
Umur baru 7 tahun je masa tu. Aqis pergi dengan arwah Wan dan Tok.

Biarpun baru 7 tahun, setiap apa yang berlaku kat sana, semua Aqis ingat. Dari masa Aqis bawa bear Aqis ke sana, Aqis tertumpahkan air Fresh Orange masa tengah makan dan sebagainya.

Ya, tidaklah semua Aqis ingat tapi yang manis-manis masih dalam ingatan :')

Apa yang Aqis ingat Aqis cerita ya. Yang tak ingat takdelah cerita hehe.

Aqis bertolak ke sana, family kembangan semua hantar kat airport. KLIA tak silap (ada gambar lagi kat airport tu, Aqis pakai baju kurung biru, ngan tudung sekolah heheh)

Sampai je kami ke bumi Allah yang terasa janggal kerana belum dipijak kaki lagi, kami ke Madinah. Menginap di sebuah hotel kat sana. Masya Allah hotel selang beberapa tapak je ke masjid. Nama hotel Aqis tak ingat dah hee.

Apa yang masih dalam ingatan Aqis, Aqis tiap2 hari beli ais krim vanilla kat sana. HARI-HARI.
Sebab sedaaaaaaaaaaaaap sangat. Aqis pon taktau nape sedap sangat <3 Dulu, sebelum sampai ke sana, Aqis ada cakap ngan arwah Wan yang Aqis nak kereta mainan yang remote control tu. Mula2 takdela dapat sebab aktiviti disibukkan dengan beribadah. Aqis? Apa yang Aqis tahu, Aqis buat.

Tiap2 petang, kami akan lalu kat bahagian tempat lepak burung-burung lah kiranya. Maksudnya, tempat pekedai bagi burung makan. Masya Allah banyaaaaaaaaaaak gila burung2 tu dan semuanya jinak-jinak belaka. Aqis datang dekat pon, dorang tak terbang. Still maintain makan.

Satu hari tu, Wan ngan Tok tanya, Aqis nak bagi makan burung tu tak?
Aqis kata tak nak, Aqis tak reti.
Wan belikan jugak. Wan senyum, Wan kata, "Nah (sambil letak makanan burung kat tangan Aqis). Bagi burung tu makan."

Aqis: Camna Wan? Aqis tak reti...........

Wan senyum.
Wan: Campak je macam orang tu buat.

Aqis pon campak lah. Yang kelakarnya, style Aqis campak makanan burung tu pelik tau (Aqis rasa lah). Sebab semua burung-burung tu terbangggggggggggggggggggggggggg waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~

Wan ngan Tok gelak je.

Dah tu burung tu tempek balik gi makan makanan yang Aqis campak tu. Alah sayang.

Ada time tu, kami makan KFC.
Tu dia, kat sana pon ada KFC. Ayam dia comey-comey blako. Kecik molek je.

2, 3 hari kemudian, kami bertolak ke Makkah pulak. Masa ni Aqis tak faham, kenapa kena pindah dari Madinah ke Makkah.

Dan hotel kami menginap juga dekat benor dengan Masjidil Haram.
Keluar hotel je memang terus nampak masjid.

Haa yang ni banyak peristiwa terjadi :)

Aqis minum dan ambil air wuduk kat tempat bawah tanah (sekarang tempat tu tutup dah). Sejuk, nyaman sangat bila air tu mengalir dalam tekak dan kena kulit. Jujur, Aqis tak suka minum air zam-zam time tu. Sebab bagi Aqis rasa dia pelik. Tak macam air yang selalu Aqis minum. Bila dah tau khasiat dia, Aqis minta banyak-banyak permintaan kat Allah, then Aqis minum. Hehe zaman bebudak dulu.

Aqis tawaf Kaabah.
Cuaca kat sana sangat terik tapi tak panas langsung. LANGSUNG!
Masa Aqis tawaf ngan tok, Aqis tengoklah stokin Aqis (stokin Avon Strawberry Shortcake warna putih), hitam legam haa tapak dia. Sebab Aqis rasa macam panas. Tapi sebenarnya tidak.
Ada satu time, Aqis tanya Tok, "Tok, Wan mana?"

Tok: Tu, Wan pergi dekat hajarul aswad. Wan nak cium batu tu.
Aqis tengok lah kawasan Hajarul Aswad tu. Memang ramai orang. Tapi lelaki la. Semua nak sentuh batu hitam. Tapi tak pulak Aqis nampak kelibat Wan masa tu.

Aqis ada satu buku untuk beribadat umrah tau. Pocket size punya. Punya banyak doa, zikir, bacaan dalam tu, yang Aqis paling hafal bacaan time tawaf kaabah tu je. Bila Aqis baca kat Tok ngan Wan, punyalah Aqis seronok sebab Wan ngan Tok kata, "Pandai Aqis", sampai baca tu je sepanjang Aqis tawaf di sana. Hehe

Wan ada ajak Aqis ziarah makam Rasulullah tapi Aqis takmau masa tu. Sayang.....
Alasan Aqis, sebab makam Rasulullah kat bahagian solat lelaki. Kena lalu sana.

Aqis ngan Tok ada juga solat depan Kaabah. Betul2 depan Kaabah. Dengan matahari kat atas kepala, dengan orang ramai tawaf tapi Alhamdulillah tak jadi masalah untuk solat di situ. Apa yang Aqis fikir time tu, "Ooo Aqis solat kat rumah, rupa-rupanya hadap ke sini. Mama papa, semua orang.........." Haa camtu.

Then kami buat sa'ie. Aqis jalan ngan Wan dan Tok.
Tiba kat satu check point, ada lampu kaler hijau tau kat atas tu, Aqis nampak Wan berlari2 anak. Then Aqis nampak ada sorang lelaki ni tolak kerusi roda, dia pon berlari sambil tolak kerusi roda tu sekali. Banyak perkara Aqis tanya Tok dan Wan kat sana. Kenapa camtu, kenapa camni. Half way, Aqis nampaklah ada sebahagian atok, nenek yang kepenatan kat hujung jalan tu. Dorang duduk atas batu besar, hilangkan lelah. Termasuk Tok pon berhenti rehat. Aqis yang semangat betul.

Ada time kami solat dalam masjidil haraam, Aqis solat sebelah Tok dan sorang wanita Arab ni. Wanita Arab tu tinggi sangat. Lepas solat, wanita Arab tu pandang Aqis then senyum kat Aqis ngan Tok then dia speaking Arab. Tu diaaa. Aqis tengok jela dia, Aqis nak buat apa lagi haha. Tetiba dia habis cakap, dia pegang pipi Aqis, dia cium dahi Aqis. Dia nak ke saf lebih depan rupanya.
Aqis ingat sangat perkara tu. Macam manalah Aqis tak rindu suasana kat sana :')

Apa lagi?
Haa Wan sangat generous. Memang, Wan kami saaaaangat generous.
Tok kata takyah la beli barang banyak2 tapi Wan beli jugak. Alasan Wan, setiap cucu kena dapat benda yang sama. Masa tu berapa tah cucu Wan. Masuk satu kedai, nampak gaun, haaa 10 helai beli. Gi pulak kedai cincin, haa beli banyak2. Semua untuk anak cucu. Baiknya Wan.

Diary nak tau?
Masa Wan ada dulu, Aqis sangat sangat sangat rapat dengan Wan. Kalau Aqis sedih kena marah ke, nak makan ke, Aqis cari Wan. Minta 20sen hari2 nak beli keropok Mamee tu haha.
Wan tak pernah tak layan Aqis.
Diary, Aqis nanges ni hahahahahahah

Aqis rindukan Wan....................................

Pasal kereta remote control tu?
Hehe Aqis dapat laaaa. Warna biru kereta tu. Wan tanya, Aqis reti ke main ni kalau Wan beli?
Sungguh2 Aqis jawab, nanti boleh tengok kat kotak tu nak main camna. Sekali balik Malaysia haa hamek kau, jahaman kereta biru gua. Nak kereta mainan, tapi tak reti control remote dia, acannoooooooooooooo?

Sepanjang kat sana, sekali je Aqis dapat call Mama.
Masa Aqis call tu pukul 12 noon. Mama kata kat sana malam pukul 11pm dah. Mama ngah tunggu papa balik kerja.
Aqis cerita kat mama yang Aqis ada satu buku kecik, diary Aqis. Aqis kata Aqis nak tunjuk kat Mama bila Aqis balik nanti.

Sebenarnya Aqis tak berapa ingat pasal buku kecil ni tapi Tok ada cakap yang Aqis memang ada buku ni. Tiap kali Aqis balik hotel, Aqis akan tulis dalam buku tu. Apa yang Aqis buat. Aqis pergi mana. Semuanya. Tok kata Aqis kata kat Tok yang Aqis nak tunjuk kat Mama bila Aqis balik nanti.

Aqis bawa bear gi sana hehehehehehe
Tiap kali nak ke masjid, air cond pasang tau. Katil Aqis tengah-tengah. Tok belah kanan Aqis. Wan katil belah kiri Aqis. Aqis akan selimutkan bear Aqis dan kata, "Bear, kakak nak pergi masjid. Bear tidur ye" Dan perkara tu masih berlanjutan sampai sekarang eheks

Ada masa Aqis akan rasa penat. Jadi Aqis akan tidur dalam hotel je. Tak Wan, Tok yang akan teman Aqis. Begitulah sebaliknya. Wan ngan Tok jaga Aqis ngan baiiiiiiiiiiiiiiik sangat :)

Kami juga ada ambil al-Quran yang diwakafkan. Banyak!
Al-Quran tu masih ada :)

Rasanya ni sedikit sebanyak yang dapat Aqis cerita pengalaman kat sana. Pengalaman budak umur 7 tahun hehe :)

Salam Aidiladha :)

No comments: