Wednesday, 25 November 2015

#dakwahsantai

Bila mahu menegur manusia, hati kata mahu tapi jiwa menahan diri.
Sungguh.
Hati meronta, kadang pinta pada Allah agar kaki, tangan, anggota badan lain melangkah ke hadapan.
Lalu seolah olah diberi kekuatan dari sang Pencipta, masya Allah seronok bukan kepalang tika meluahkan.

Aku salah, kau tegur.
Kau salah, ya aku tahu aku mesti tegur.
Ukhuwah apa, kalau sahabat tengok sahabat yang lain terumbang ambing dek keseronokan dunia?

Dakwah.
Aku sedar, meskipun kau baru sahaja 'dewasa' semalam, hari ini kau kena tahu bahawa kau ialah khalifah. Yang menyampaikan ajaran Allah; juga pengikut Rasulullah SAW.

Aku juga ter'libat' sama.
Yang berceramah itu bukan aku. Aku tak pandai dalam berkata2, lagian membabitkan isu menyampaikan agama.

Caraku mudah. Simple.
Daripada kehidupan seharian, kau akan nampak dakwah itu ada di mana2.
Cth: seorang wanita memimpin tangan seorang buta naik KTM, seorang ummi menyuap bubur ke anak kecilnya. Pelbagai lagi.
Pilih akhlak Rasulullah buat ikutan. Itu akhlak paling THE BEST!!!

Kau mungkin terlihat seorang lelaki metropolitan, ber tie, ber blazer. Waktu zohor, dia pergi ke masjid.

Kau mungkin juga terlihat wanita free hair ambil wuduk.
Kau tak tahu dia struggle untuk kumpul kekuatan bertudung.

Kita apa tahu?
Judge tak sudah.

Hentikan dan mulakan berdoa.
Untuk mereka, kita, aku dan kau.
Moga Allah Mendengar.

* Maaf dengan penggunaan aku, kau. Rhythm sebati dengan panggilan itu.


No comments: