Sunday 22 November 2015

Part 1 - Klinik Keusahawan Dr Azizan Osman

Assalamualaikum wbt.
22/11/15 // Sabtu

Semalam Aqis, Atin dan Aira pergi ke Klinik Keusahawanan Dr Azizan Osman.
Ini kali kedua Aqis ke Klinik ni. Bertempat di Menara PGRM, Cheras, KL.
Sebelum ni Aqis pergi kat Menara MCA, KL.

Perkongsian kali ni lebih kurang sama dengan 1st Klinik Aqis pergi. Cuma ada yang berubah, ikut isu semasa sekarang. Dr still Dr yang sama :)

Atin dan Aira, 1st time pergi.
So semangat bila diorang pon semangat sekali mendengar yeah!

Perkongsian yang sama ni membuatkan Aqis suka nak mendengar lagi sebab last gi Klinik Keusahawanan ni bulan berapa kot. Apa? Ingat Aqis ingat semua ka?

Aqis ingat Ustazah Saadiah pesan,
"Kalau belajar, biar ulang-ulang. Macam kasut kotor. Kena sental/berus berulang kali baru bersih."
Haa camtu perumpamaan ustazah bagi.
Setiap kali ada kelas dengan ustazah, ni je ayat ustazah.
Mana la Aqis boleh lupa? Hehe.

Banyak sangat perkongsian daripada DAO.
Hampir 10 muka surat penuh Aqis tulis. More kepada kata-kata motivasi untuk Klinik. Dan strategi untuk IMKK dan selanjutnya.

1 hari nanti Aqis nak ke IMKK.
Moga Allah izinkan.. Aamiin.

Bersama Aira dan Atin :)
Dapat buku freeeeeeee hiks
Dah ada buku ni satu, tambah lagi satu hiks

No comments: