Salam 'alayk warga Bumi!
Innalillah wa inna ilaihi rajiuun buat mangsa2 banjir di Malaysia.
Menjadi satu prinsip hidup Balqis untuk sentiasa hidup
secara bersederhana.
Alhamdulillah. Dilahirkan dan diberi peluang bernafas di
muka bumi (syukur Allah), Balqis tidaklah daripada golongan keluarga yang
dikategorikan kurang mampu dan sebagainya (maaf jika ada yang tersinggung).
Semuanya secara sederhana.
Papa yang ketika itu bekerja sebagai operator kilang (Alhamdulillah
sekarang sebagai technician di kilang yang sama) dan mama yang baru sahaja mula
jadi guru di sebuah sekolah rendah (sehingga kini di sekolah yang sama).
Bila arus zaman makin maju, keluarga kami pun Alhamdulillah
makin berkembang sehingga 5 beradik kami kini.Ya, Balqis yang sulong.
Dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, dan paling latest
di kolej. Balqis diajar untuk berdikari dan tak dimewahkan hidup dengan harta
dunia. Tipulah kalau Balqis tak impikan sesuatu yang cantik, mahal dan
selainnya. Ya, niat hati mahu amat tapi........
Semuanya tak boleh dimiliki dengan bergantung harap dengan
not kertas mama dan papa.
Seriously cannot!
Pernah satu ketika, Lala (kawan serumah, sekolej, sebilik) tanya
Aqis, “Lala tak pernah dengar Aqis called mama papa Aqis minta duit.”
Aqis explained, hehe bukan tak pernah. Ada lah juga Aqis
minta sekali dua pastu tak berani dah. Tu pon sebab kat tempat praktikal kat
Bentong. Jauh kan. Aqis pulak tengok kawan2 selambek minta duit kt mama abah
depa (mungkin dah biasa. tak salah k jika untuk keperluan), jadi Balqis pon try
minta untuk PERTAMA KALINYA untuk kesekian kalinya! Haha! Dan pastu tak mau dah
minta. Kesian pulak papa. Dah la papa selalu OT. Siapa tegar nak minta kan.
Huhu. Tapi macam keiasaan ayah kan, anak minta lah duit ke apa ke. InshaaAllah
ayah usaha tunaikan. Itulah papa Balqis <3
Wanita dan barang2 berjenama, deco rumah, barang kemas ke,
memang tak boleh dipisahkan kan. Walaupun camna status wanita itu, suami kasi
la gelang mami jarum tu ha, mau tak senyum ke telinga cik peah tu? hihi. Kesian
Cik Peah dapat nama ni.
Aqis suka mm mm Carlo Rino brand. Ni sebab terpengaruh
dengan mama. Sekian. Jadi, beg biasanya, Aqis prefer CR je. Tupon mama sponser.
Huhu! Mana mampu nak beli sendiri nakk. Itu apa yang Aqis suka dan rasanya tak
perlu bila keluar dengan kawan2 ke, Aqis nak pergi ke butik CR je kan
kan? Aqis
tau, kita kena hormat pilihan/pendapat orang lain. Beg2 tangan, kasut ke dari
jenama lain, ya Aqis tiada lah perlu nak complained “ok ni Aqis tak suka, Aqis
tak minat.” Pastu Aqis blah dan pergi ke CR? OK fine! Seriously I wont do that
for sure!
Itu pentingnya bersikap SEDERHANA. Jangan memandang kepada
orang yang tinggi pangkatnya, sebaliknya pandanglah mereka yang rendah
statusnya. Dengan itu, kita akan sentiasa ingat diri, bukan
LUPADIRI.
Aqis teringat, dulu kan Aqis kerja buat waffle, jagung tu
semua kan, pas abis SPM 2010 dulu. Ada seorang sahabat Aqis ni. Kerja dengan
Aqis. Anak kepada seorang doktor dan adik beradiknya hampir semuanya mempunyai
kerjaya yang saaaangat bagus dan akademik cemerlang. So, apa nak cakap? She
definitely a humble person! Yes, dari dulu sampai sekarang, dia tetap sama.
Kitorang jarang jumpa sebab dia sambung study dalam bidang kedoktoran di USM.
Bittaufiq wannajah Maryam Hanani! <3
Aqis rasa nil ah serba sedikit mengenai KESEDERHANAAN yang
Aqis nak kongsi bersama kalian. Hoping korang juga boleh la amalkan mulai
sekarang ya.
Harta dunia ni sementara. Jadi takde pape yang kita nak
megahkan. Harta akhirat tu yang lebih indah <3
Dalam surah al-Isra’, ayat 20-21 Allah dah cakap, Allah akan
kurniakan bantuan serta rahmatNya kepada 2 golongan ini. Iaitu golongan yang
mementingkan dunia dan akhirat. Tapi golongan yang mementingkan akhirat lebih
diutamakan. Jadi, Allah dah bagi firman kan? Apa lagi?
Sampai ketemu lagi ya kalian. Sayang kalian lillah <3
Balqis.
28/12/2014
9.14pm