Sunday, 7 December 2014

WORLD HIJAB DAY 2014 // notes from Mujahabah (final)

Salaam 'alayk!

A little note that I've wrote during WORLD HIJAB DAY (WHD) sessions :)

Kami didedahkan dengan surah-surah Quran (ada 3 ayat yang diberitahu) yang merangkumi/berkaitan/peringatan mengenai wanita & hijab, iaitu:

(i) Surah an-Nuur: 31

A031

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


(ii) Surah al-Israa': 46



 A046

Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al- Quran; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.


(iii) Surah al-Ahzab: 59


A059

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Cover our aurah, Cover our qalb (heart).


Maksudnya, segala perbuatan/tindakan tidak boleh ditipu melalui hati. Dengan menutup aurat, inshaaAllah secara automatik hati pun perlu dikawal daripada melunaskan nafsu dunia yang pelbagai.

Contohnya dalam isu wanita yang baik tetapi masih belum menerima hidayah Allah untuk menutup auratnya. Teringat Balqis pada satu ceramah Ustaz Azhar Idrus;
Beliau mengatakan bahawa hilang Islam seorang Muslim jika dia meninggalkan solat 5 waktunya.

Jadi bagaimana dengan wanita yang tidak menutup aurat tetapi masih solat?

Jawapannya: Solat wanita itu sah, TETAPI dosanya terhadap Allah SWT dalam bab menutup aurat perlu ditanggung olehnya. Kesimpulannya, solat sah dan dia berdosa kerana tidak menutup aurat di luar solat. Yang penting, jangan tinggal solat. Kerana solat ialah 'Muslim basic' bagi segenap orang yang agamanya Islam, dalam mendisiplinkan akidah, tauhid serta akhlaknya. Jika baik solatnya, maka baiklah akhlak dan sebagainya. Dia malu untuk berbuat kejahatan kerana dia tahu bahawa Allah maha Melihat. Wallahu'alam.

Jangan lupa! Malu itu terbitnya dari hati, sehingga boleh buat kuit wajah bertukar warna merah hati! ^^ 


Hijab. Step by step.


Wanita free hair yang hendak berhijab segalaknya biarlah 'bergerak' secara perlahan-lahan. Biar lambat, asalkan niat untuk menutup aurat itu bersifat konsisten. Bagi wanita2 yang alhamdulillah sepurna penutupan auratnya, jangan dibash mereka ini. Husnudzon. Beri mereka peluang/masa untuk menyesuaikan diri dengan hijab, pakaian longgar, stokin dan sebagainya. 

Peranan kita?

  • Nasihat.
  • Beri kata2 semangat/motivasi.
  • Sentiasa ikhlas berkawan dengannya.
  • Membantu di saat dia jatuh.
  • Dan pelbagai lagi kerja pahala yang boleh dibuat :)


Tanamkan sifat sabar dalam diri! ^^



Setiap langkahmu. Setiap ceritamu. Itu plan Allah.

Kita istiqomah dalam mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik. Kita mencuba.
Selebihnya, kita bergantung doa kepada Allah. Doa juga satu istiqomah. <3



Accept dulu. Baru boleh faham.

Macam dalam kelas, kalau nak berjaya, kita kena belajar. Kalau nak faham satu matapelajaran tu, belajar untuk terima siapa gurunya, apa pengisian pelajarannya, adapt dengan suasana kelas, terima teguran kawan-kawan. Kemudian, barulah kita boleh memproses ilmu dan dengan mudah, kita menjadi cepat faham.

Begitu juga dengan menutup aurat. Apa itu aurat? Kenapa kena tutup aurat?
Kita belajar dulu untuk faham kenapa, mengapa, dengan siapa kena tutup aurat/jaga ikhtilat?
Kalian boleh tahu kan mengapa.. :)

Bila kita dah faham, baru kita rasa seronok untuk tutup aurat ^^ Kita ada rasa malu seandainya rambut Asia ni dilihat oleh bukan mahram. Kita mula sedar, Allah turunkan macam2 ayat untuk wanita dalam Quran sebab Allah sayang kita <3 <3 <3



Simpan satu hadis/ayat Quran untuk diri;

"Dengan mengingati Allah ('zikrillah'), maka hati kamu akan tenang." (Surah ar-Raad: 28)




Allah loves you because you're TRYING to be good again, again and AGAIN.

We dont choose the colour of hijab,
We choose what we want get from Allah by wearing hijab.

Accept. Then you're a mukminah.

When you see the mirror, see the heart in you.


Muhajabah= Someone WANTS to wear a hijab.



Tetapkan niat, "For the sake of Allah" ketika nak buat apa2 sahaja.



Tak banyak yang Balqis dapat kongsi sebab ada masa fokus, tangan tak jadi nak menulis. Hehe. Ini sahaja ya yang Balqis boleh beri. Moga bermanfaat. Sama2 kita kejar syurga Allah ^^





No comments: