Sunday, 28 December 2014

Bersikap sederhana. Itu lebih baik.

Salam 'alayk warga Bumi!
Innalillah wa inna ilaihi rajiuun buat mangsa2 banjir di Malaysia.

Menjadi satu prinsip hidup Balqis untuk sentiasa hidup secara bersederhana.
Alhamdulillah. Dilahirkan dan diberi peluang bernafas di muka bumi (syukur Allah), Balqis tidaklah daripada golongan keluarga yang dikategorikan kurang mampu dan sebagainya (maaf jika ada yang tersinggung). Semuanya secara sederhana.

Papa yang ketika itu bekerja sebagai operator kilang (Alhamdulillah sekarang sebagai technician di kilang yang sama) dan mama yang baru sahaja mula jadi guru di sebuah sekolah rendah (sehingga kini di sekolah yang sama).

Bila arus zaman makin maju, keluarga kami pun Alhamdulillah makin berkembang sehingga 5 beradik kami kini.Ya, Balqis yang sulong.

Dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, dan paling latest di kolej. Balqis diajar untuk berdikari dan tak dimewahkan hidup dengan harta dunia. Tipulah kalau Balqis tak impikan sesuatu yang cantik, mahal dan selainnya. Ya, niat hati mahu amat tapi........

Semuanya tak boleh dimiliki dengan bergantung harap dengan not kertas mama dan papa.

Seriously cannot!

Pernah satu ketika, Lala (kawan serumah, sekolej, sebilik) tanya Aqis, “Lala tak pernah dengar Aqis called mama papa Aqis minta duit.”

Aqis explained, hehe bukan tak pernah. Ada lah juga Aqis minta sekali dua pastu tak berani dah. Tu pon sebab kat tempat praktikal kat Bentong. Jauh kan. Aqis pulak tengok kawan2 selambek minta duit kt mama abah depa (mungkin dah biasa. tak salah k jika untuk keperluan), jadi Balqis pon try minta untuk PERTAMA KALINYA untuk kesekian kalinya! Haha! Dan pastu tak mau dah minta. Kesian pulak papa. Dah la papa selalu OT. Siapa tegar nak minta kan. Huhu. Tapi macam keiasaan ayah kan, anak minta lah duit ke apa ke. InshaaAllah ayah usaha tunaikan. Itulah papa Balqis <3

Wanita dan barang2 berjenama, deco rumah, barang kemas ke, memang tak boleh dipisahkan kan. Walaupun camna status wanita itu, suami kasi la gelang mami jarum tu ha, mau tak senyum ke telinga cik peah tu? hihi. Kesian Cik Peah dapat nama ni.

Aqis suka mm mm Carlo Rino brand. Ni sebab terpengaruh dengan mama. Sekian. Jadi, beg biasanya, Aqis prefer CR je. Tupon mama sponser. Huhu! Mana mampu nak beli sendiri nakk. Itu apa yang Aqis suka dan rasanya tak perlu bila keluar dengan kawan2 ke, Aqis nak pergi ke butik CR je kan 
kan? Aqis tau, kita kena hormat pilihan/pendapat orang lain. Beg2 tangan, kasut ke dari jenama lain, ya Aqis tiada lah perlu nak complained “ok ni Aqis tak suka, Aqis tak minat.” Pastu Aqis blah dan pergi ke CR? OK fine! Seriously I wont do that for sure!

Itu pentingnya bersikap SEDERHANA. Jangan memandang kepada orang yang tinggi pangkatnya, sebaliknya pandanglah mereka yang rendah statusnya. Dengan itu, kita akan sentiasa ingat diri, bukan 
LUPADIRI.

Aqis teringat, dulu kan Aqis kerja buat waffle, jagung tu semua kan, pas abis SPM 2010 dulu. Ada seorang sahabat Aqis ni. Kerja dengan Aqis. Anak kepada seorang doktor dan adik beradiknya hampir semuanya mempunyai kerjaya yang saaaangat bagus dan akademik cemerlang. So, apa nak cakap? She definitely a humble person! Yes, dari dulu sampai sekarang, dia tetap sama. Kitorang jarang jumpa sebab dia sambung study dalam bidang kedoktoran di USM. Bittaufiq wannajah Maryam Hanani! <3

Aqis rasa nil ah serba sedikit mengenai KESEDERHANAAN yang Aqis nak kongsi bersama kalian. Hoping korang juga boleh la amalkan mulai sekarang ya.

Harta dunia ni sementara. Jadi takde pape yang kita nak megahkan. Harta akhirat tu yang lebih indah <3

Dalam surah al-Isra’, ayat 20-21 Allah dah cakap, Allah akan kurniakan bantuan serta rahmatNya kepada 2 golongan ini. Iaitu golongan yang mementingkan dunia dan akhirat. Tapi golongan yang mementingkan akhirat lebih diutamakan. Jadi, Allah dah bagi firman kan? Apa lagi?

Sampai ketemu lagi ya kalian. Sayang kalian lillah <3

Balqis.
28/12/2014

9.14pm

No comments: