Wednesday, 3 December 2014

KELEBIHAN.

Assalamualaikum wbt.

Really the time iz 2:47am and Im not sleeping yet?! -,-

Ok rasa nak cerita sesuatu ya anak-anak^^

KELEBIHAN.

Ya, kelebihan. So what's with it?

Pernah tak bila kawan-kawan korang tengah sedih ke, korang berusaha nak pujuk dia. Ayat tak lain tak bukan, cenggini hah;

"Sabarlah. Kau ada kelebihan tersendiri yang dia takde."

Kalian, kalian perlu bawa 'kelebihan' tu di dalam paksi yang betul dan baik.
Dengan kelebihan, tak mustahil manusia boleh jadi riak, ujub dan takbur. (Na'uzubillah min zaalik)
Janganlah ya. Tiada apa yang untung dengan bersikap sebegitu.
Balqis sendiri masih bertatih mencari pedoman hidup. Doakan.

Kelebihan ni pastinya sifat/sikap yang paling terbaik yang dimiliki oleh setiap makhluk.
Even haiwan & tumbuhan pon ada kelebihan.

OK, kalau tumbuhan banyak mati/ditebang, hidupan apa yang nak sedut kentut korang, pastu tukarkan kepada oksigen, bagi free pulak tu kat korang.

Jadi, bersyukurlah dengan kelebihan makhluk lain. Bukan jelous dengan kelebihan dia. Kejap, nanti sambung lagi bab ni.

Sambung eh.

Apa yang korang fikir bila dengar/baca pasal kelebihan ni?
Ce fikir. Bagi masa 10 saat.















Tetttttttt. Masa dah tamat! Haha annoying gila.

Ada orang ada kelebihan yang sangat baik tapi, dia tak tunjuk.
Kita usaha untuk jangan jadi takut untuk tunjuk kelebihan kita k.
Kelebihan kita ni kan, UNIK.

Sebab tu kita takut nak pamerkan kan kan kan?
Segan nanti semua orang tengok kita pastu mengharapkan kita akan express perkara yang lebih da bomb lagi kan.

"Nak cakap ke tak nak? Nak ke tak?" <-- Pernah dalam situasi ni? Last2 kita blah je. Tak jadi nak cakap/buat kan.

Kalian,
Kita segalaknya berfikir dahulu sebelum buat sesuatu perkara. Ianya akan bawa kesan jangka masa yang lama/pendek untuk kita pada masa akan datang.

Kalau rasa korang nak benda elok, so apa lagi?
Hati kering je. Gagahkan je kaki tu.

Malu nak angkat tangan tanya lecturer dalam class?
Tak tanya sesat jalan beb.

Malu nak cakap bahasa Inggeris?
Tak cuba, tak pandai beb. Jadilah anak bangsa yang maju dalam pelbagai aspek/bidang. MALAYSIA BOLEH!

Malu nak tegur makcik yang entah siapa2 tetiba duduk sebelah aku?
Tak tegur, tak bina ukhuwah saudara Muslim beb. Kalau bukan Muslim, tunjuk attitude/akhlak yang baik, dah mencukupi :) sabar naa. Sama2 pikat hati mereka <3 :)

Malu itu boleh, sayang.
Berani pon kena ada.

Balancekan ya ;)

Aduhhh laparrrrr. Takpe mari kita teruskan.

Haa sambung atas tadi tu.

Andai, eh mesti ada punya lah situasi camni. Fact!

Tipu ok, kalau korang takde perasaan jelous.
Tahu? Salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Aisyah RA seorang yang sangat cemburu.

Walaupun Siti Khadijah, isteri pertama Nabi telah lama wafat, tetapi itu tidak bisa melembutkan cemburuan Aisyah itu.

Ada kisah,

KISAH 1
Seorang wanita tua datang kepada Nabi Muhammad dan wanita itu dilayan dengan istimewa sekali oleh baginda Nabi.

Sampai Aisyah bertanya, "Wahai suamiku, kenapa engkau melayan wanita itu dengan begitu istimewa sekali?"

Jawabnya Nabi, "Makcik itulah yang sering mengunjungi aku dan Khadijah semasa dahulu." 

KISAH 2
Aisyah secara terang-terangan menyatakan kecemburuannya terhadap Siti Khadijah.

Nabi telah menyembelih seekor kambing lalu membahagi2kan kepada sahabat2 Khadijah.
Tindakan baginda itu ditanya Aisya.

Maka jawab baginda, "Aisyah, ketahuilah kamu, melalui Khadijahlah aku memperoleh anak."

KISAH 3
Aisyah menyatakan bahawa apa yang Baginda Rasulullah sayangkan amat Siti Khadijah itu? Sedangkan Khadijah sudahlah lanjut usianya berbanding Nabi. Sementelahan, setelah ketiadaan Khadijah, Nabi digantikan dengan pengganti yang lebih baik/cantik.

Jawapan Baginda ini paling tersemat dalam hati Balqis :')


"Demi Allah SWT, tak seorang wanita pun lebih baik darinya. Ia beriman saat semua orang kufur. Ia membenarkan saat manusia mendustaiku. Ia melindungiku saat manusia kejam menganiayaku, Allah SWT menganugerahkan anak kepadaku darinya."

Konklusinya?
Wajarlah seseorang itu ada sifat cemburu.
Sebagai manusia dan insan biasa, belajarlah untuk sabar menghadapi insan yang kuat cemburu dan belajar bagaimana untuk kawal sifat cemburu.

Kerana cemburu, manusia bisa binasa.
Kalau begitu, ah, banyak perkara aku kena tahu :)

Bila ada rasa cemburu, cuba buang. CUBA. AT LEAST U TRY.
Jangan layankan. Nak layan 5-10 minit boleh la tapi jangan sampai esok pon nak buat muka toye lagi.
Bahaya. Lama2 kita jadi terbiasa. Jadi hati pon boleh jadi manyak hitam maa. Tak nak ea :)

Huh huh sod ba rooooooooo :) <3

Aqis pon kena sebenarnya. Mama selalu cakap Aqis ni kuat jealous dengan adik2. Memang Balqis kuat jealous tapi malas nak cakap je. Malas nak layan perasaan camni. Pastu blah masuk bilik. Hhahahahahahahahahaha. Bayangkan akak pertama perangai macam anak last.
Haha. Selalu bila mama cakap camtu, Aqis terus jadi ok balik je. Pandai mama tackle Aqis. hihi. Anyeongggggggggggggg <3 <3 <3

Hehe. Ok lah ya. Balqis mengantuk dah.
Salam bertemu lagi! <3 <3







3 comments:

Nor Abdullah said...

Assalamua'laykum balqis..
Kaknor da baca heehe.
Rasa nak update blog pula bila baca entri balqis ni hehehe..
Ye.. dalam islam pun ada kondisi yang di benarkan utk kita cemburu...

balqisfz said...

hehe kak nor kena baca entry panjang balqis :B

balqisfz said...

asiif jiddan......... waalaikumussalam wbt kak nor :)