Assalamualaikum wbt dan selamat pagi 🌹
Pagi yang tak berapa hening tapi cerah sempurna ni Aqis nak kongsi pengalaman Aqis bila berurusan dengan cashier.
To be honest, Aqis bukanlah seorang pemakai gloves. Memang nak pakai, sebab kena banyak berurusan dengan orang luar kan, lagi2 dalam proses transaksi secara nyata ni. Biasa la. I suka beli chocolate Nips kat kedai runcit eheks.
Berbalik, sebelum ni Aqis suka sangat tadah tangan bila cashier nak pulang baki duit. Kalau wanita it's okay. Aqis memang boleh concern lagi. Kalau lelaki? Wow sis wow
Takyah nak wow sangat Balqis 😑
Dulu Aqis fikir, "Alaaaa dia nak pulang baki 20 sen je."
Nak sedapkan hati kan. Aqis pon tadah je tangan ni haa dengan rela dan redha. Fuh
Sampai satu tahap tu, Aqis suka ambil atau jaga wuduk aqis sebelum pergi kerja sebab nak buat Dhuha terus. Kalau nak ambil wuduk kat klinik, kena banyak hal nak buat. Aqis pulak pakai shawl gi kerja haa hamekau. Dengan patient yang sangat ramai di klinik, agak ambil masa juga lah if nk ambil wuduk di sana. So sebab tu Aqis siap-siap je dari rumah.
Nak dijadikan cerita, Aqis pagi-pagi akan beli sarapan dekat cafe hospital. Samada kuih karipap, puding roti, makaroni goreng atau karipap. Heheh suka karipap sebenarnya heheh
Mestiiiii pastiiiiii for sureeeee lah akan ada agenda kau bagi duit kau pulang duit. Haa macam nama tajuk nama novel tau.
Dan cashier di sana kebanyakannya lelaki.
Aqis dah ada air wuduk ni.
Acanno?
Baki ada 40 sen lagi ni.
Acanno?
Aqis pon tanpa segan dan silu cakaplah, "Aaa encik, letak bawah ya bakinya. Saya ada wuduk"
Zasssss!
Just simple as that!
Alhamdulillah terluah juga.
Yelah nak jaga hati orang tapi diri kita kena sentuh bagai ishh tak best lah camtu kan..
Lagi satu, selain wuduk, kita kaum hawa yang mahal, eksklusif lagi berharga ni kena tau, kita mana boleh sentuh ajnabi. Kan berdosa.
Even cuit hujung jari ke hujung jari yang lain, itu masih dikategorikan sebagai sentuhan kan.
Nak pegang, salam-salam kita-kita je tak pelah takde hal, sis.
Nak kata kolot, katalah.
Nak kata poyo ke, katalah.
Den tak kisah.
Asalkan diri den dijaga dengan baik, den happy dah 😌🌹
Haa lepas Aqis bagitau suh letak baki duit tu kat atas meja je, cepat-cepat abe tu kata, "ohh sorry sorry" atau dorang akan letak duit tu laju-laju kat atas meja. Cam spontan tau. Entah lah dorang fikir apa, terkejut ke hape.
Alhamdulillah sejak daripada peristiwa tu, Aqis takyah cakap bnyak kali dah dengan cashier tu. Dorang tau sendiri, asal nampak muka Aqis, baki kena pulang dan letak kat atas meja.
Kalau dorang amalkan kat wanita wanita lain yang membeli pon lagi bagus kan 😊
Ladies, awak pon sayang.
Start harini berani ambil tindakan okay.
Jaga diri kalian sebaiknya 🌹
Mahalkan, jangan murahkan.
Kalau dicop sombong ke, bajet ke;
Maka ABAIKAN.
Sekali orang kata camtu, berlipat ganda pahala kita terima balik.
Yang menyayangi,
B.
1 comment:
Salam alayk :) saja nak share pengalaman psl topic ni. Dlu mmg tak kesah sgt psl pulang2 baki duit ni, akal kata 'alah sikit je bukan saja2'. Tapi lama2 diri yg rasa tak selesa. Sy perasan bila dah berhijrah, lagi2 bab pakaian, lelaki kt luar sana lebih mudah baca isyarat kita. Dah nmpk tudung mcm labuh sikit, bila sy nak dpt baki, sy just perlu tuding jari kt atas meja cashier je, terus org tu letak duit tu atas meja. Hihi tak yah cakap pon diorg dah faham. Alhamdulillah pakaian hijrah byk buat sy terpelihara. Bila kat luar pon yg ajnabi tak de dah nak kacau2 gedik2. Jalan pon tunduk je bila sebelah kite, sbb tak ada interest kot bila dah tertutup semua.. tak ada benda yg nak dipandang 😉☺️ Hehe semoga kite terus istiqamah aminn ❤️
Post a Comment