Wednesday, 9 December 2015

Sepetang bersama Ustazah

Evening at ustazahs'.
--
Rutin harian selepas balik daripada kerja, Aqis akan singgah ke rumah ustazah. Untuk perbetulkan kembali bacaan quran Aqis.
Sungguh, tajwid entah di mana-mana 😅
--
Yang hadir ke sana rata-rata daripada segenap umur. Dari budak tadika hingga ke nenek yang dah mungkin usianya nak mencecah 80 tahun, wallahu'alam.
--
Aqis perhati sekeliling.
Adik tu. Nenek tu. Makcik tu.
Semua datang. Semua hadirkan diri.
Terlintas dalam benak fikiran, "Bila Aqis dah tua nanti, mampu tak Aqis konsisten untuk jadi Aqis yang sekarang?", "Masih tersisakah imaan Aqis untuk terus terusan menuntut ilmu dan dari segi pengAMALannya?"
--
Wallahi.
Sebak rasanya.
Allah beri pinjam kehidupan seketika.
Ada masa Allah beri Aqis lalai.
Satu saat Allah cuit hati  Aqis untuk berada/merasa dekat denganNya.
:')
--
Semoga yang lepas-lepas jadi teladan. Bukan untuk ingatan manis, tetapi peringatan daripadaNya supaya Aqis tak kekal lalai.
--
Doakan Aqis untuk menjadi wanita solehah.
Dunya wal akhirah.
--
Sayang dari hati,
B.

No comments: