Assalamualaikum
wbt.
Sebenarnya,
sebelum Aqis menaip ni, Aqis tengah merajok! Haha.
Aqis ni
tak pandai masak tapi nak gak masak. Lantak lah nakk. Hihi. Papa pegi dapur
tadi masa Aqis potong sayur. Pastu cakap2, papa tetibe cakap Aqis masak tak
sedap. Apa lagi, sayur pisau abis tinggal kat dapur. Huhu. Plis la jangan ikut
perangai ni.
OK,
lepak2 dalam bilik bertemankan lagu Heliza Helmi (Jom Berzikir) sebab nak bagi
tenang dan Aqis ada buka Quran. Kebetulan, Allah macam suruh Aqis bertenang.
Ayat tu
surah Thaha, ayat 65-76.
Tu kisah
Nabi Musa yang takut bila nak lawan dengan tukang sihir Firaun. Allah berfirman
supaya Nabi Musa jangan takut.
Sedikit
sebanyak, Alhamdulillah Aqis rasa lega amat. Sungguh.
Tiba2, tok!
tok! tok! “Balqisssssss!~” “Sueeeeeee~~~~~”
Papa
panggil. Biasa panggilan camtu pon boleh buat Aqis cuak! Haha!
Papa: Balqis! Sue! Ikut papa
pergi dapur. Papa nak ajar cara masak mee goring yang sedap punya. Biar tak
pandai boleh jadi pandai.
Sue: Kenapaaa? Sue tengah cari
kutu kucing~
*Aqis
diam je tapi pegi jugak la dapur.
Papa: Haa sekarang papa nak ajar.
Tengok je rancangan masak2, tapi papa jugak nak kena ajar.
Sue: Pergi dapur kak!~
*Aqis still
berdiri belakang langsir. Haha!
Papa: Balqisss~~~ Mari sini.
PERTAMA! Ambil kuali besar. KEDUA, kita basuh kuali. *HAHAHAHAHAAH! Seriously time ni
Aqis gelak besar dah. Tapi tak bunyi. Gelak belakang langsir je haha!
Sue dah
relax lepak kat dapur dah.
Papa: KETIGA!
*Atok
terbatuk kat depan.
Papa: Tengok kat depan kenapa
atok batuk tu?
*HAHAHAHAHAHAHAHA. Our papa :)
Papa: Masukkan minyak. Tengok banyak mana minyak
untuk 1kg mee. Balqissss~~~ Suee~~~
*kiteorang pon pegi la tengok dekat2. Mula2 stay je kat tempat kitorang. Tu
papa panggil heheh.
Papa: Hah! Papa macam dah kat
rancangan memasak tu dah.
Proses keempat
kelima semua macam biasa masak mee la. Tapi papa ada cara tersendiri. Rupanya
selama ni papa masak mee goreng ke, kuey tiaw goreng ke, ikut cara arwah wan :’)
Baru Aqis tau. Selama ni kitorang selalu request papa masak goreng2 je. Sebab
tu yang papa terror. Heheh.
Pastu........
Papa: Nak masak mee, PASTIKAN ADA
SAWI DENGAN TAUGEH. KALAU TAKDE...JANGANNN SESEKALI MASAK. CANCEL! Sebab tu
papa beli taugeh tadi.
*Burst
of laugh! Yes! Aqis gelak jugak hehe. :D
Papa: OK, sementara mendidih,
basuh tangan basuh pinggan dulu. Lepas tu boleh bilas baju.
Papa boleh sidai
baju sekali. *Hehe. Tapi satu je, jangan masa tengah masak, pergi basuh kencing
atok! *Again, we
all laughing! Papa buat lawak je. Atok kat depan pon terkekeh je dengar.
Sue: Ewwww paaa~~~~ (maksudnya kenapa papa cakap
time masak ni la)
TIPS PAPA MASAK MEE GORENG
-Potong
bawang, sayur kena ada seni. Bukan main potong je.
-Mula
masak dengan Bismillah.
-Cili
boh, bila dah masuk dalam kuali, tak payah kacau. Biar je dulu. Then baru
kacau. Nak kasi
bawang masak dengan betul katanya.
-Sukatan
air kena betul.
-Jangan
masuk garam masa masak mee goreng, apa2 yang goreng la. Ni petua arwah wan.
Papa belajar.
-Susun
sayur kat tepi mee. Dah panas sayur tu, baru gaul. Guna 2 sudip sebab tu mee 1
kg. Banyak!
-Papa
siap tanya bungkusan mee kecik berapa gram. Yang besar berapa gram/kg. Penting
untuk sukatan air. Sukat air guna cawan.
-Basuh
telur kalau nak buat scramble egg. Sabun sekali.
-Basuh
sayur, cara ikut Islam kena biar air tu mengalir. Maksudnya, basuh sayur dalam
tempat tos air tu. Kalau basuh celup, 20 kali pon takkan bersih.
-Lastly,
ambil pinggan. Makan! Hehe ni papa cakap la.
Papa: Lepas ni, papa nak beli
barang je, papa nak anak2 papa masak pulak. Papa nak rasa.
*Haa!
Papa ada satu dialog ni, “Ni masak
camni, masakan tak sedap pon jadi sedap” (sambil pandang Aqis. Aqis dah
tutup muka. Heheh)
Macam
too personal Aqis kongsi kat sini kan?
Sebenarnya,
ada pengajaran yang Aqis dapat. Biasa anak perempuan kan rapat ngan mak je kan
(depends). Cuba kita tengok dari sisi ayah kita pulak. Pengorbanan yang ayah
buat tanpa kita sedar. Dulu, jumpa papa je nak lari. Lari masuk bilik. Remaja
kan. Sekarang dah besar, secara tak langsung akan timbul rasa, sayangnya pada kedua mak ayah kita tu perlu
sama rata.
Kalau
ada mak atau ayah garang ke, kita jangan berhenti dari menyayangi dorang.
Doakan je agar lembut hati mereka. Percayalah, doa ikhlas dari seorang anak
kepada kedua orang tuanya, Allah maha Mendengar.
Sabar
je. Perubahannya kita akan nampak di kemudian hari. Alhamdulillah, Aqis sendiri
rasa camtu. Kuncinya sabar. Yelah kadang2
mak ayah balik kerja penat. Dengan anak2 lagi, kita sebagai anak kena lah ambil
peranan dan cuba fahami situasi mereka.In shaa Allah, segalanya akan baik2
sahaja :)
Dan
jangan lupa!
Andai
kamu sedih atau berduka cita ke, ‘berbicaralah’ dengan Allah. Al Quran kan ada.
Cuba randomly buka muka surat Quran, jika Allah izinkan, Allah akan ‘beri’ ayat
Quran yang paling kena dengan hati kamu supaya tetap bersabar dan jadi manusia
yang kuat.
Allah
kan saying hamba-hambaNya :)