Wednesday, 14 January 2015

Papa. Jika itu pengorbananmu.

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya, sebelum Aqis menaip ni, Aqis tengah merajok! Haha.
Aqis ni tak pandai masak tapi nak gak masak. Lantak lah nakk. Hihi. Papa pegi dapur tadi masa Aqis potong sayur. Pastu cakap2, papa tetibe cakap Aqis masak tak sedap. Apa lagi, sayur pisau abis tinggal kat dapur. Huhu. Plis la jangan ikut perangai ni.

OK, lepak2 dalam bilik bertemankan lagu Heliza Helmi (Jom Berzikir) sebab nak bagi tenang dan Aqis ada buka Quran. Kebetulan, Allah macam suruh Aqis bertenang.

Ayat tu surah Thaha, ayat 65-76.

Tu kisah Nabi Musa yang takut bila nak lawan dengan tukang sihir Firaun. Allah berfirman supaya Nabi Musa jangan takut.

Sedikit sebanyak, Alhamdulillah Aqis rasa lega amat. Sungguh.

Tiba2, tok! tok! tok! “Balqisssssss!~” “Sueeeeeee~~~~~”

Papa panggil. Biasa panggilan camtu pon boleh buat Aqis cuak! Haha!

Papa: Balqis! Sue! Ikut papa pergi dapur. Papa nak ajar cara masak mee goring yang sedap punya. Biar tak pandai boleh jadi pandai.

Sue: Kenapaaa? Sue tengah cari kutu kucing~

*Aqis diam je tapi pegi jugak la dapur.

Papa: Haa sekarang papa nak ajar. Tengok je rancangan masak2, tapi papa jugak nak kena ajar.

Sue: Pergi dapur kak!~

*Aqis still berdiri belakang langsir. Haha!

Papa: Balqisss~~~ Mari sini. PERTAMA! Ambil kuali besar. KEDUA, kita basuh kuali. *HAHAHAHAHAAH! Seriously time ni Aqis gelak besar dah. Tapi tak bunyi. Gelak belakang langsir je haha!

Sue dah relax lepak kat dapur dah.

Papa: KETIGA!

*Atok terbatuk kat depan.

Papa: Tengok kat depan kenapa atok batuk tu? *HAHAHAHAHAHAHAHA. Our papa :)

Papa:  Masukkan minyak. Tengok banyak mana minyak untuk 1kg  mee. Balqissss~~~ Suee~~~ *kiteorang pon pegi la tengok dekat2. Mula2 stay je kat tempat kitorang. Tu papa panggil heheh.

Papa: Hah! Papa macam dah kat rancangan memasak tu dah.

Proses keempat kelima semua macam biasa masak mee la. Tapi papa ada cara tersendiri. Rupanya selama ni papa masak mee goreng ke, kuey tiaw goreng ke, ikut cara arwah wan :’) Baru Aqis tau. Selama ni kitorang selalu request papa masak goreng2 je. Sebab tu yang papa terror. Heheh.

Pastu........
Papa: Nak masak mee, PASTIKAN ADA SAWI DENGAN TAUGEH. KALAU TAKDE...JANGANNN SESEKALI MASAK. CANCEL! Sebab tu papa beli taugeh tadi.
*Burst of laugh! Yes! Aqis gelak jugak hehe. :D

Papa: OK, sementara mendidih, basuh tangan basuh pinggan dulu. Lepas tu boleh bilas baju. 

Papa boleh sidai baju sekali. *Hehe. Tapi satu je, jangan masa tengah masak, pergi basuh kencing atok! *Again, we all laughing! Papa buat lawak je. Atok kat depan pon terkekeh je dengar.

Sue: Ewwww paaa~~~~ (maksudnya kenapa papa cakap time masak ni la)


TIPS PAPA MASAK MEE GORENG

-Potong bawang, sayur kena ada seni. Bukan main potong je.

-Mula masak dengan Bismillah.

-Cili boh, bila dah masuk dalam kuali, tak payah kacau. Biar je dulu. Then baru kacau. Nak kasi 
bawang masak dengan betul katanya.

-Sukatan air kena betul.

-Jangan masuk garam masa masak mee goreng, apa2 yang goreng la. Ni petua arwah wan. Papa belajar.

-Susun sayur kat tepi mee. Dah panas sayur tu, baru gaul. Guna 2 sudip sebab tu mee 1 kg. Banyak!

-Papa siap tanya bungkusan mee kecik berapa gram. Yang besar berapa gram/kg. Penting untuk sukatan air. Sukat air guna cawan.

-Basuh telur kalau nak buat scramble egg. Sabun sekali.

-Basuh sayur, cara ikut Islam kena biar air tu mengalir. Maksudnya, basuh sayur dalam tempat tos air tu. Kalau basuh celup, 20 kali pon takkan bersih.

-Lastly, ambil pinggan. Makan! Hehe ni papa cakap la.

Papa: Lepas ni, papa nak beli barang je, papa nak anak2 papa masak pulak. Papa nak rasa.

*Haa! Papa ada satu dialog ni, “Ni masak camni, masakan tak sedap pon jadi sedap” (sambil pandang Aqis. Aqis dah tutup muka. Heheh)

Macam too personal Aqis kongsi kat sini kan?

Sebenarnya, ada pengajaran yang Aqis dapat. Biasa anak perempuan kan rapat ngan mak je kan (depends). Cuba kita tengok dari sisi ayah kita pulak. Pengorbanan yang ayah buat tanpa kita sedar. Dulu, jumpa papa je nak lari. Lari masuk bilik. Remaja kan. Sekarang dah besar, secara tak langsung akan timbul rasa,  sayangnya pada kedua mak ayah kita tu perlu sama rata.

Kalau ada mak atau ayah garang ke, kita jangan berhenti dari menyayangi dorang. Doakan je agar lembut hati mereka. Percayalah, doa ikhlas dari seorang anak kepada kedua orang tuanya, Allah maha Mendengar.

Sabar je. Perubahannya kita akan nampak di kemudian hari. Alhamdulillah, Aqis sendiri rasa camtu. Kuncinya sabar. Yelah kadang2 mak ayah balik kerja penat. Dengan anak2 lagi, kita sebagai anak kena lah ambil peranan dan cuba fahami situasi mereka.In shaa Allah, segalanya akan baik2 sahaja :) 

Dan jangan lupa!

Andai kamu sedih atau berduka cita ke, ‘berbicaralah’ dengan Allah. Al Quran kan ada. Cuba randomly buka muka surat Quran, jika Allah izinkan, Allah akan ‘beri’ ayat Quran yang paling kena dengan hati kamu supaya tetap bersabar dan jadi manusia yang kuat.

Allah kan saying hamba-hambaNya :)

No comments: